Anda di halaman 1dari 3

PERTIKAIAN INDUSTRI

DEFINISI
Didefinisikan oleh Akta Hubungan Industri sebagai Apa-apa pertikaian antara
majikan dengan pekerja yang berhubung dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan
atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan-peraturan kerja bagi mana-mana
pekerja tersebut. Oleh itu, dalam Akta Hubungan Industri 1967, mendefinisikan
pihak merujuk kepada pertikaian industri, ertinya kesatuan sekerja pekerja yang
bertindak bagi semua atau mana-mana anggotanya dalam pertikaian industri.
BAGAIMANA PERTIKAIAN INDUSTRI BERMULA

Berlaku apabila perundingan kolektif dengan majikan tidak berjaya untuk


mencapai perjanjian kolektif.
Berlaku disebabkan oleh sikap majikan yang enggan untuk memenuhi
permintaan dan penawaran pekerja.
Ketidakpuasan hati pekerja terhadap majikan disebabkan oleh karenah
birokrasi dalam organisasi.
Tindakan majikan yang menindas pekerja : cth, memberi kerja melebihi
kemampuan pekerja.

PENYELESAIAN KEPADA TINDAKAN INDUSTRI


PERDAMAIAN

Membuat laporan kepada pengarah jabatan hubungan industri berkenaan


pertikaian industri tersebut.
Setelah pengarah jabatan hubungan industri menerima laporan maka beliiau
boleh mengambil langkah yang perlu untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapai tersebut.
Perdamaian diwujudkan melaluai perjajian kolektif diantaran pihak pekerja
dan pihak majikan.
Sekiranya penyelesaian belum dicapai maka ketua pengarah boleh membuat
rujukan kepada menteri untuk tindakan seterusnnya.
Jika pertikaian melibatkan mana-mana pihak perkhidmatan kerajaan atau
badan berkanun rujukan hanya boleh diibuat kepada makhamah industri
setelah mendapat persetujuan YDPA.

PENIMBANGTARAAN

Merujuk kepada kuasa yang diberikan kepada makhamah industri unutuk


mendengar kes yang berkait dengan pertikaiaan industri.
Pengimbangtaraan berlaku apabila pertikaian industri telah dirujuk ke
makhamah industri.
Pihak makhamah akan membuat award untuk sesuatu kes pertikaiaan
industri seperti mengambil kira kepentingan awam, implikasi dan kesannya
kepada ekonomi Negara.

JENIS PERTIKAIAN / PERTELINGKAHAN TRED


PIKET

Dalam seksyen 40 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 membenarkan


seorang pekerja atau lebih pekerja, hadir di tempat atau berhampiran dengan
tempat mereka secara aman bagi tujuan pekerja pekerja mendapatkan atau
menyampaikan sumber-sumber maklumat.
Salah satu cara atau usaha kesatuan untuk mendesak majikan supaya
menurut kehendak pekerja seperti gaji, tempoh bekerja, cuti dan sebagainya.
Walau bagaimanapun dalam melakukan tindakan perusahaan ini terdapat
beberapa syarat.

MELAMBATKAN KERJA (GO SLOW)

Perbuatan melambatkan kerja ini berlaku merupakan salah satu cara atau
inisiatif yang diambil oleh para pekerja untuk mewujudkan mogok.
Berlaku aapabila pekerja tidak puas hati dengan majikan terhadap pelbagai
aspek.

MOGOK

Merupakan suatu tindakan dimana pekerja bersatu, berpakat dengan


menyekat, mengurang,melambatkan kerja (go slow) dan enggan membuat
kerja atau tugasa-tugasan yang berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Mogok akibat wujudnya rasa tidak ketidapuasan hati pekerja terhadap
segelintir pekerja.
Berlaku dalam sesebuah organisasi disebabkan pihak majikan melanggar
terma dan kondisi pekerjaan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat
dengan majikan tidak membayar gaji yang lebih terhadap pekerja yang
bekerja melebihi masa (overtime).

SEKAT MASUK (LOOCK OUT)

Merujuk kepada situasi di mana pekerja ditahan oleh majikannya daripada


masuk ke tempat kerja disebabkan mogok atau piket yang telah dilakukan

oleh seseorang pekerja yang melibatkan diri dalam tindakan industri


tersebut.
CONTOH KAJIAN KES

Dalam kes ini , fakta menunjukkan bahawa 40 orang pekerja telah berpiket
dan membentuk bulatan di pintu masuk ke kilang dimana mereka bekerja.
Tindakan tersebut telah menyebabkan jalan keluar masuk ke kilang
terhalang.Seorang anggota polis telah pun meminta ketua kumpulan mereka
yang berpiket itu berhenti daripada berbuat demikian tetapi tidak
diendahkan. Pihak polis telah membuat tangkapan dan pendakwaan ke atas
dirinya.
Semasa perbicaraan telah dihujahkan bahawa piket yang dilakukan itu
bertujuan untuk menghalang bekalan daripada dihantar ke kilang tersebut.
Oleh itu, pihak mahkamah memutuskan di bawah akta, kesatuan sekerja
tidak berhak mengambil apa sahaja cara yang dipilihnya untuk mencapai
tujuan mereka.
Apabila melakukan piket, kesatuan sekerja hendaklah mematuhi undangundang yang telah ditetapkan, kegagalan berbuat demikianmenjadikan piket
tersebut tidak sah dan tidak dilindungi oleh undang-undang.

KESIMPULAN

Pertikaian industri adalah satu bentuk proses pekerja untuk memastikan


suara mereka didengari oleh majikan. Selain daripada itu tindakan industri
juga merupakan salah satu cara untuk memaksa majikan agar memenuhi
tuntutan pekerja. Walau bagaimanapun pertikaian industri ini jarang berlaku
di Malaysia kerana terikat dengan perundagan.

Anda mungkin juga menyukai