Anda di halaman 1dari 6

GARIS PANDUAN MENJALANI LATIHAN PRAKTIKUM/ LATIHAN INDUSTRI/ LATIHAN AMALI DI AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

1.0

PENDAHULUAN Garis panduan ini dikeluarkan atas kuasa Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan sebagai penerangan dan panduan kepada setiap Pegawai Agensi dan pihak luar. Garis panduan ini adalah sebagai panduan kepada Institusi Pengajian Tinggi untuk menempatkan pelajar sebagai persediaan menghadapi pekerjaan dalam mana-mana sektor awam atau swasta. Pelajar akan ditempatkan di mana-mana pejabat Agensi pada jangka masa yang ditetapkan dan didedahkan dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar.

2.0

TUJUAN PENEMPATAN PRAKTIKUM 2.1 Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan dan fungsi AADK dalam rawatan dan pemulihan dadah yang menjuruskan kearah Negara Malaysia bebas dadah; Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari kepada situasi pekerjaan sebenar di AADK; Memberikan peluang untuk belajar secara praktikal dalam bidang rawatan dan pemulihan dadah di AADK; Mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja, amalan dan peluang pekerjaan serta etika kerja dalam bidang yang berkaitan; dan Mengasah kemahiran insaniah yang sesuai dengan keperluan kerja.

2.2

2.3

2.4

2.5

3.0

SKOP 3.1 Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara berkaitan tatacara pelaksanaan praktikum kepada pelajar yang berkaitan seperti berikut: 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.1.5 3.1.6 3.1.7 3.1.8 Syarat-syarat praktikum Penempatan praktikum Pendaftaran Disiplin pelajar semasa praktikum Laporan praktikum Sesi penerangan Tanggungjawab Kuasa Perundangan

4.0

PROSEDUR PELAKSANAAN A. 1. SYARAT-SYARAT PRAKTIKUM Sebarang latihan praktikum yang dijalankan di Agensi Antidadah Kebangsaan hendaklah memberi manfaat kepada agensi dan pelajar itu sendiri. Laporan mengenai latihan praktikum tersebut hendaklah dikemukakan kepada agensi selepas 14 hari tamat latihan praktikum di Agensi Antidadah Kebangsaan. Seorang penyelia hendaklah dilantik dari kalangan Pegawai Agensi oleh Ketua Pejabat di tempat pelajar menjalani praktikum untuk memudahkan penyeliaan pelajar dan tugasan yang dilakukannya. Setiap Pejabat Agensi dibenar menempatkan tidak melebihi 5 orang pelajar dengan mengambilkira beberapa faktor seperti kemudahan prasarana, kawalselia dan pengurusan Pejabat Agensi. Tambahan atau pengurangan penempatan perlu mendapat kelulusan dari Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan. Pemantauan hendaklah dibuat terhadap pelajar oleh pegawai penyelia yang dilantik.

2.

3.

4.

5.

B. 1.

PENEMPATAN PRAKTIKUM Penempatan praktikum diuruskan oleh Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan. Penempatan praktikum adalah mengikut pilihan dan keutamaan pelajar. Walau bagaimanapun, penempatan tersebut tertakluk kepada kekosongan dan keperluan Pejabat Agensi. Pelajar tidak dibenarkan membuat perubahan tempat praktikum setelah pengesahan tempat dilakukan oleh pihak agensi. Selepas diluluskan, maklumat pelajar akan direkodkan ke dalam Sistem / Buku Maklumat Pelajar Praktikum.

2.

3.

4.

C. 1.

PENDAFTARAN Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan bertanggungjawab untuk mengurus dan meluluskan permohonan latihan praktikum di Agensi. Permohonan latihan praktikum hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal dari tarikh yang dijadualkan untuk menjalani latihan tersebut. Ini bagi memudahkan proses pendaftaran dan penempatan yang bersesuaian. Semasa pendaftaran, pelajar hendaklah mengisi Borang Pendaftaran Praktikum yang boleh didapati di setiap Pejabat Agensi. Borang tersebut hendaklah diisi dengan lengkap beserta gambar berukuran passport.

2.

3.

D. 1.

DISIPLIN PELAJAR SEMASA PRAKTIKUM Pelajar diwajibkan untuk mematuhi segala arahan, peraturan dan keselamatan yang ditetapkan oleh agensi. Pelajar dikehendaki menandatangani Terma dan Rujukan Menjalankan Latihan Praktikum/ Latihan Industri/ Latihan Amali di Agensi Antidadah Kebangsaan bagi melindungi maklumat sulit agensi berkaitan kakitangan, pegawai, penghuni atau orang yang terlibat dengan agensi.

2.

dan mengecualikan agensi daripada sebarang tuntutan disebabkan oleh kecuaian pelajar itu sendiri. 3. Pelajar dikehendaki berkeadaan kemas, memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata semasa berada dalam kawasan praktikum. Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sewaktu menjalani latihan praktikum kecuali dengan kelulusan organisasi. Pelajar hendaklah mematuhi waktu bekerja yang ditentukan. Pelajar hendaklah mengetik kad perakam waktu setiap kali masuk dan pulang dari kerja. Meninggalkan pejabat atas sesuatu urusan pada waktu pejabat hendaklah dengan kebenaran daripada pegawai penyelia. Sepanjang menjalani tempoh latihan industri, pelajar tetap tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009); Akta IPTS 1996 (Akta 555) dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

4.

5.

6.

E. 1.

LAPORAN PRAKTIKUM Dua salinan laporan praktikum hendaklah dihantar ke Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan dalam tempoh 14 hari selepas tamat latihan praktikum. SESI PENERANGAN Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan yang terlibat dengan program praktikum akan mengadakan sesi penerangan selepas sesi pendaftaran. Kehadiran pelajar untuk sesi ini adalah wajib. Penerangan hendaklah meliputi tentang syarat, peraturan kerja, skop praktikum dan disiplin dalam organisasi yang perlu dipatuhi oleh pelajar.

F. 1.

2.

5.0

TANGGUNGJAWAB 5.0 5.1 5.2 Pegawai Agensi Institusi yang berkaitan Pelajar

6.0

KUASA PERUNDANGAN 6.0 6.1 6.2 6.3 Kod Etika Agensi Antidadah Kebangsaan Kaedah-kaedah Pusat Pemulihan Perintah Tetap Ketua Pengarah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

CARTA ALIRAN MEMPROSES PERMOHONAN PRAKTIKUM

Menerima permohonan daripada IPTA/IPTS

Mengenal pasti permohonan bersesuaian dengan bidang yang dipelajari Mengenal pasti penempatan yang dipohon oleh pelajar Menyemak kapasiti pelajar yang sedang menjalani praktikum di tempat yang dipohon oleh pelajar (Tiada kekosongan penempatan) (Ada kekosongan)

Memproses maklumbalas permohonan pelajar (Menghantar surat maklumbalas pelajar kepada IPTA/IPTS

Memaklumkan permohonan pelajar kepada Ketua PTJ yang terlibat. Memproses maklumbalas permohonan pelajar Menghantar surat maklumbalas pelajar kepada IPTA/IPTS dan Ketua PTJ yang terlibat Merekod data pelajar yang diterima / ditolak untuk menjalani praktikum

Anda mungkin juga menyukai