Anda di halaman 1dari 7

DASAR PANDANG KE TIMUR

Latarbelakang

Dasar Pandang Ke Timur ini telah diumumkan oleh Y.A.B.


Perdana Menteri Dato` Seri Dr. Mahathir Mohamad pada
8hb. Februari 1982 semasa Persidangan "5th Joint Annual
Conference of MAJECA/JAMECA" di Hilton Kuala Lumpur.
Dasar ini bermakna, pihak erajaan akan membuat
pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-
contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan
Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-
keadaan di Malaysia. Adalah tidak tepat jika Dasar
Pandang Ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa sahaja
dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dan
mengenepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara-
negara Barat.

Rasional

Seperti yang kita sedia maklum, negara Jepun dan


Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu
pesat membangun, di beberapa bidang,mereka adalah lebih
maju dari beberapa negara Barat sendiri. Kejayaan
kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan
kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi
mencapai matlamat pembangunan negara dengan
meninggikan
prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan
swasta.

Objektif

Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah


untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan
di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat
Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja
yang positif untuk meninggikan kemajuan negara.
Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar
ini ialah 'kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan
kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana
pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak
diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity)
dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan,
pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif
dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan
kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata pening-
katan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka
pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh
menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita'.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun,


nilai-nilai dan etika kerja di atas perlu diamalkan
kerana ianya dapat membantu menjayakan usaha-usaha
pembangunan yang dijalankan.

Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa


Malaysia mengurangkan hubungan dagangannya dengan
rakan-rakan yang ada sekarang. Sebaliknya Kerajaan
akan terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan
mengadakan hubungan dengan rakan-rakan bukan
tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan
hubungan perdagangan yang setia selaras dengan
kepentingan negara.

Strategi Pelaksanaan

T.Y.T. Perdana Menteri Jepun, Encik Nakasone,


semasa dalam kenyataan akhbar bersama dengan Y.A.B.
Dato' Seri Dr. Mahathir semasa Dato' Seri Dr. Mahathir
membuat lawatan ke Jepun pada 23hb. hingga 29hb.
Januari, 1983 dan kenyataan bersama Y.A.B. Dato' Seri
Dr. Mahathir dan T.Y.T. Presiden Republik Korea, Encik
Chun Doo Hwan semasa Dato' Seri Dr. Mahathir membuat
lawatan ke Korea Selatan dari 8hb. hingga 14hb. Ogos,
1983 telah menaruh harapan yang tinggi bahawa Dasar
Pandang Ke Timur ini akan mewujudkan kerjasama yang
lebih rapat di antara Malaysia dengan kedua-dua negara
itu terutamanya dalam bidang ekonomi, perindustrian,
latihan-latihan teknikal dan akademik, program kemajuan
eksekutif, penyelidikan dan pengurusan.

Selaras dengan dasar ini, Kerajaan telah menyusun


strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan,
kekesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di-
kalangan pegawai dan kakitangan. Pegawai-pegawai dan
pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea
untuk mempelajari selok belok teknikal dan aspek
pengurusan di kedua-dua negara tersebut. Di antara
program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-

a) Perubahan Struktur
b) Perubahan Sikap
c) Latihan dan Kursus

a) Perubahan Struktur

i) Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)


ii) Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
iii) Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)
iv) Konsep Pejabat Terbuka
v) Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil
Setempat
vi) Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

b) Perubahan Sikap

i) Perkhidmatan Cemerlang
ii) Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
iii) Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)

c) Latihan dan Kursus

Latihan dan kursus yang dijalankan di bawah Dasar


Pandang ke Timur ini adalah seperti berikut:-

i) Latihan Perindustrian dan Teknikal

Tujuan program ini adalah untuk melatih


pekerja di bidang teknikal dalam usaha
meninggikan kecekapan dan menerap nilai
kerja yang positif dari Jepun dan Korea
dalam meninggikan penghasilan kerja.

ii) Program Pengajian Akademik

Tujuan program ini adalah untuk memberi


peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia
untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di
Jepun dan Republik Korea.

iii) Program Pengajian Teknikal

Program ini adalah menyediakan peluang


latihan teknikal lanjutan pada pelajar-
pelajar lepasan SPVM dan Politeknik.

vi) Program Kemajuan Eksekutif

Objektif program ini adalah untuk menyedia-


kan latihan kepada eksekutif-eksekutif
dalam mempelajari kaedah pengurusan dan
pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun
dan Korea. Mereka akan ditempatkan di
beberapa firma dan agensi Kerajaan di Jepun
dan Korea. Penekanan-penekanan yang di
berikan dalam program ini ialah latihan-
latihan dalam bidang pengurusan Sogoshosha, Perjawatan,
Q.C.C dan pengurusan am.

v) Hubungan di antara Institusi-institusi

Program ini bertujuan untuk menyalurkan


permohonan latihan yang diperlukan oleh
Malaysia kepada institusi pengajian tinggi
di Jepun dan Korea.

vi) Skim Latihan Pembangunan Usahawan

Program yang dikendalikan oleh Unit


Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan
Perdana Menteri memberi peluang dan pen-
dedahan, usahawan-usahawan bumiputra
terhadap idea baru dan teknologi
luar pengetahuan-pengetahuan ini untuk
memajukan urusniaga mereka. Program ini juga
memberi peluang kepada mereka untuk mewujud-
kan peluang 'business contacts' dengan
rakan-rakan perniagaan di sana.

Pencapaian

Satu kajian mengenai tahap kefahaman dari pandangan


kakitangan Kerajaan terhadap perubahan-perubahan dan
strategi- strategi Kerajaan telah dijalankan oleh INTAN
pada pertengahan tahun 1984. Seramai 2,713 responden
dari Kumpulan A, B, C dan D telah ditemuduga.
Kekesanan pelaksanaan dasar-dasar adalah seperti di
lampiran I dan lampiran II.

Pencapaian yang berkaitan dengan latihan adalah seperti


berikut:-

i) Latihan Perindustrian dan Teknikal

Latihan-latihan yang dijalankan ini memakan masa antara 3-


9 bulan mengikut bidang-bidang yang tertentu. Setakat ini,
seramai 801 pelatih telah dihantar ke Jepun dan 123 pelatih
ke Korea. Kumpulan kelima seramai 237 orang akan
berlepas ke Jepun pada 14hb. Mei, 1985 ini. Seramai 20
pelatih dalam kumpulan keempat akan berlepas ke Korea
pada bulan Mei, 1985 ini. Semua pelatih-pelatih adalah
diwajibkan lulus dalam kursus intensif bahasa Jepun/Korea
selama 6 bulan di bawah kelolaan Institut Teknologi MARA
(ITM). Program latihan perindustrian dan teknikal ini ditaja
bersama oleh Kerajaan Malaysia, Kerajaan Jepun dan
Kerajaan Republik Korea.

ii) Program Pengajian Akademik

Dalam Kumpulan I, seramai 39 orang pelajar lepasan Sijil


Pelajaran alaysia telah dihantar untuk mengikuti pengajian
akademik di18 buah universiti di Jepun semenjak bulan
Mac,1983 yang lalu dalam bidang Pentadbiran Perniagaan
dan Sains Kejuruteraan. Dalam Kumpulan II seramai 45
orang pelajar telah dihantar ke Jepun pada bulan Mac,
1985, sementara itu dalam Kumpulan III seramai 92 orang
pelajar sedang dilatih di kelas penyediaan di Universiti
Malaya sebelum dihantar ke Negara Jepun pada bulan Mac,
1986 nanti.

Sementara itu, seramai 26 orang pelajar lepasan Diploma


Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia dan Institut
Teknologi MARA sedang mengikuti pengajian peringkat
Ijazah di Republik Korea.

Kesemua pelajar ke Jepun dan Korea dalam program ini


dikehendaki mengikuti Kursus Bahasa Jepun/Korea di
institusi-institusi tempatan. Kerajaan Jepun dan Korea telah
bersetuju untuk menghantar guru bahasa dari Jepun dan
Korea untuk mengajar di kelas penyediaan tersebut.

iii) Program Pengajian Teknikal

Dalam Kumpulan I seramai 24 orang pelajar telah


ditempatkan di sebelas buah kolej-kolej teknik di Jepun
mulai bulan April 1984 yang lalu setelah menamatkan
kursus Bahasa Jepun selama setahun. Dalam Kumpulan II
seramai 28 orang pelajar telah dihantar pada bulan Mac,
1984 bagi mengikuti Kursus Bahasa Jepun sebelum masuk
ke Kolej teknik Jepun pada bulan April, 1985. 19 orang
pelajar telah dihantar ke Korea pada bulan Februari, 1984
bagi mengikuti Kursus Bahasa Korea selama setahun
sebelum memulakan pengajian di kolej teknik di Korea pada
bulan Mac, 1985.

iv) Program Kemajuan Eksekutif

Sehingga kini 26 orang telah dihantar ke Jepun 30 orang ke


Republik Korea.

v) Hubungan di antara Institusi-institusi


Dalam mesyuarat yang diadakan di Tokyo pada pada 4hb.
dan 5hb. Oktober 1984 telah dipersetujui supaya Jabatan
Perkhidmatan Awam (PSD) Malaysia akan menyelaras
program ini di Malaysia dengan mendapatkan kerjasama dari
Kementerian Luar Negeri Jepun untuk menyalurkan
permohonan dari institusi latihan, penyelidikan dan operasi
dan pengajian tinggi Malaysia kepada institusi yang
berkenaan di Jepun. Keadaan yang sama juga telah
dirancang dengan Kerajaan Republik Korea.

vi) Skim Latihan Pembangunan Usahawan

Dalam tahun 1983, 15 orang usahawan telah dihantar ke


Republik Korea dan 20 orang Ke Jepun. Dalam tahun 1984,
24 orang telah dihantar ke Republik Korea dan 50 orang ke
Jepun.

Penutup

Sebagai kesimpulannya, Dasar Pandang Ke Timur


merupakan satu usaha baik dan positif dari pihak Kerajaan
Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan
pembangunan di negara ini. Melalui kajian yang telah
dibuat oleh pihak INTAN, Dasar ini telah memberi kesan
yang besar terhadap usaha-usaha di atas dan seterusnya
Dasar ini dapat membantu usaha Kerajaan untuk
meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara ini. Di
samping itu ianya boleh menjadi asas pengwujudan sebuah
masyarakat yang dinamik dan progresif.

_______________________________________________________

* Dipetik dari Pekeliling Jabatan Perdana Menteri mengenai


dasar dasar baru Kerajaan bertarikh pada 28hb. Jun, 1983.

Anda mungkin juga menyukai