Anda di halaman 1dari 2

Konsep penstafan dalam Sejarah Melayu (Sulalatus

Salatin)
PENGENALAN (3M)
Konsep penstafan dalam ilmu pengurusan adalah meliputi proses memilih
tenaga kerja dalam sesebuah organisasi[definisi]. Organisasi yang boleh
dikaitkan dalam Sejarah Melayu adalah merujuk kepada pemerintahan dalam
kerajaan di negeri Melaka.Terdapat beberapa kaedah tertentu yang khsusus telah
diamalkan dalam sistem pemerintahan Melaka ketika melantik seseorang bagi
menjawat jawatan tertentu. Amalan ini mungkin bersifat tradisional, namun ia
adalah amalan pengurusan yang telah termaktub diamalkan pada zaman
tersebut dan dianggap sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan. Jawatan dalam
sesebuah negara telah ditentukan oleh sistem feudal sedia ada, maka proses
pengisian jawatan tersebut akan diisi apabila wujud kekosongan perjawatan
tersebut. Kekosongan jawatan adalah dengan sebab kematian penjawat jawatan
berkenaan atau penjawat jawatan itu meletakkan jawatan.
ISI PENTING [20 M] - PILIH 5 ISI
F1. Pembahagian Tugas.
Pemerintahan negeri telah mengamalkan pembahagian tugas dan mewujudkan
skim perjawatan tertentu. Terdapat jawatan utama negara seperti Bendahara,
Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari dan sebagainya(CONTOH). Setiap
jawatan itu mengamalkan konsep pengasingan kuasa dan tugas. Oleh itu tidak akan
wujud soal pertindihan kuasa dan kecelaruan tugas. Semua perjawatan tersebut
pula dikawal dan dipantau oleh Sultan yang menjadi ketua negara.
F2. Pengkhususan Tugas.
Amalan pengkhususasn tugas adalah diberikan kepada golongan yang pakar
dalam bidangnya. Mereka diberikan kepercayaan kerana dianggap lebih tahu bidang
tugas tersebut. Contohnya seorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang
agama akan diberikan tugas sebagai seorang kadi sebagaimana Kadi
Yusuf(CONTOH). Bagi mereka yang mahir dalam ilmu pahlawan maka dilantik
menjadi Laksamana sebagaimana Hang Tuah. Amalan pengkhsusan tugas ini adalah
bagi memastikan pentadbiran Melaka dapat ditadbir dengan cekap dan berkesan.
F3. Lantikan jawatan berdasarkan keturunan.
Amalan penstafan berdasarkan keturunan adalah sesuatu yang tidak boleh
dielakkan pada zaman pemerintahan kerajaan Melaka. Amalan ini dilihat
terutamanya dari aspek perlantikan raja atau sultan. Biasanya pengganti sultan
adalah terdiri daripada anak-anak raja(CONTOH). Terdapat juga perlantikan
bendahara yang dilihat dari aspek keturunannya.
F4. Lantikan mengikut kelebihan akal.

Seseorang individu yang mempunyai kepandaian akal adalah ciri kedua penting
bagi mengisi perjawatan negeri Melaka. Tun Perak (CONTOH) dilihat sebagai insan
yang dinilai kelayakannya mengisi jawatan bendahara berdasarkan kebolehan
akalnya yang tinggi. Kebolehannya menghalang serangan Siam pada kali pertama
dan keupayannya berfikir melebihi pegawai lain telah menarik perhatian Sultan
Muzafar Shah untuk menaikkan pangkat beliau daripada seorang Penghulu
sehingga menjadi Bendahara Melaka. Tun Perak juga sangat pandai berhujah
dengan orang lain sepertimana ketika berhujah dengan Sri Amerta.
F5. Lantikan berdasarkan ciri fizikal.
Sebahagian tugas ditentukan berdasarkan kebolehan fizikal seseorang.
Seseorang yang tangkas dan hebat dalam ilmu persilatan tentunya lebih sesuai
untuk dilantik menjadi laksamana, askar dan pengawal istana. Perlantikan Hang
Tuah dan rakan-rakan (CONTOH) adalah dipilih berdasarkan kebolehannya
mempertahankan raja dan negeri Melaka, walaupun pada awalya mereka hanya
menjadi biduanda raja sahaja. Akhirnya setelah Hang Tuah membuktikan kebolehan
fizikalnya, baharulah beliau dilantik menjadi Laksamana.
F6. Lantikan berdasarkan keperluan tugas.
Setiap individu yang dilantik oleh pemerintah biasanya mempunyai kebolehan
tersendiri. Hal ini dapat dibuktikan melalui perlantikan pegawai diplomatik seperti
Tun Jana Putra dan Tun Perpatih Putih (CONTOH). Kebolehan berbahasa dan
menulis surat adalah ciri paling penting bagi tujuan diplomatik disamping ciri lain
termasuk kebijaksanaan.
PENUTUP [2M]
Kesimpulannya, walaupun teori pengurusan moden belum lagi diamalkan,
namun pemerintahan negeri Melaka telah mengamalkan konsep penstafan yang
dinamik dan tersusun. Perlantikan jawatan tertentu adalah berdasarkan ciri-ciri
tertentu yang telah diamalkan supaya pentadbiran Melaka sentiasa baik dan negara
menjadi maju. Oleh itu tidak hairan jika Melaka telah terkenal dan menjadi tumpuan
para pedagang kerana mengamalkan pengurusan staf yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai