Anda di halaman 1dari 26

1

1.0

PENGENALAN

Perhimpunan Kongres Kebangsaan mengistiharkan Turki sebagai sebuah Republik pada 29 Oktober 1923 sejurus sesudah tamatnya Perang Dunia Pertama iaitu melantik Mustafa Kamal Ataturk sebagai Presiden Pertama. Pembentukan Republik itu menamatkan era Empayar Daulah Uthamaniah yang berusia 625 tahun, apabila sultan Abdul Majid b Abdul Aziz diturunkan dari takhta kerajaan pada tahun 1924.

Republik Turki merupakan Negara Islam pertama menjadi sebuah Negara Sekular apabila perundangan syariat Islam dihapuskan dan digantikan dengan sistem perundangan Eropah yang diambil dari Undang Undang Sivil Swiss dan Itali. Demi memperkuatkan kedudukan sekular nasionalisme, Mustafa Kamal Ataturk telah menghapuskan sekaligus segala yang berciri budaya dan peradaban Islam hingga ke akar umbinya. Antaranya ialah menutup sekolah sekolah agama, mengharamkan pakaian jilbab bagi kaum perempuan, melarang amalan poligami, mendaulatkan bahasa nasional dengan Al Quran dan Azan dalam Bahasa Turki, tapak atau kesan sejarah para ulamak dimusnahkan dan taqwim Hijriah ditukar kepada kalendar Gregorian sebagai kalendar rasmi.

Empayar Turki yang meliputi Asia Kecil, Asia Tengah, sebahagian dunia Arab, menjangkau pula ke wilayah wilayah Eropah, Bulgaria, Hungary, Austria Romania membawa kepinggiran Negara Rusia dan seterusnya ke rantau Balkan, Serbia, Montenegro, Macedonia, Kosovo, Bosnia Herzegovenia, Albania dan disebelah timurnya iaitu Georgia, Armenia dan Azerbaijan. Demikianlah bangsa Turki, yang mulanya merupakan hanya komuniti kecil dari kumpulan 24 etnek yang tidak dikenali tiba tiba muncul sebagai kuasa besar dunia. Natijah sinar Islam yang menjadi ikutan, kepercayaan dan pegangan hidup mereka.

Presiden pertama Turki yang menggunakan pelbagai pendekatan baru demi menarik perhatian rakyat supaya lebih berfikiran moden dengan setiap apa dilakukan. Pendekatan baru seperti pemakaian baju kod apabila adanya majlis rasmi dan mesyuarat antara pemimpin Turki. Terdapat pemimpin yang membantah dan tidak bersetuju dengan perubahan yang dibuat oleh Mustafa Kamal Ataturk. Namun disebabkan takut dibunuh atau ditangkap ahli keluarga telah membuatkan pemimpin pada tersebut patuh dengan segala arahan dari Presiden Republik tersebut. Sistem khalifah yang telah lama wujud sejak zaman Khulafa Ar Rasyidin telah dihapuskan dengan mendapat sokongan dari Negara Eropah yang lain yang mengambil kesempatan terhadap Negara Negara Turki. Sokongan dan pengaruh yang kuat dari pihak pihak Eropah terhadap Presiden Turki tersebut telah membuatkan beliau mudah menjatuhkan sistem khalifah di Negara Islam tersebut. Pengaruh yang dibuat Mustafa Kamal Ataturk sejak beliau menjadi askar lagi. Hubungan dan perjanjian yang dipersetujui oleh kedua dua belah pihak atau kedua Negara mempunyai agenda tersendiri. Setiap keputusan dan arahan dibuat oleh beliau perlulah disokong oleh pemimpin pada zaman pemerintahan beliau. Sebagai contoh, Sultan Abdul Hamid telah dibunuh dan dibuang negeri kerana tidak memberi kerjasama dengan beliau. Hal ini membuat, ramai pemimpin masa tersebut gentar dan takut dengan Mustafa Kamal Ataturk yang tidak bersikap optimum.

Masyarakat dan rakyat pada zaman tersebut telah dipengaruhi dengan pelbagai janji dan harapan agar menyokong beliau. Cetusan slogan slogan yang bersifat perjungan telah membuat rakyat yakin dengan pemerintahan beliau. Terdapat rakyat yang tidak menyokong beliau disebabkan perubahan dibuat olehnya. Akan tetapi, rakyat sedar bahawa jika mereka tidak menyokong maka akan berlaku penindasan terhadap mereka.

2.0

PERBINCANGAN

2.1

Turki Uthmaniah

2.1.1

Sejarah Ringkas Turki Uthmaniah

Pembentukan kerajaan Turki merupakan proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Dalam sejarahnya selama lima abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapat dilihat sebuah sistem politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki Saljuk dan mengalami perkembangan yang gemilang dan akhirnya mengalami kemerosotan. Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Kota Konstantinopel oleh Muhammad AlFatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman AlQanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah lantaran kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah membawa kepada kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan. Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya, Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyah. Selepas berkuasa selama 595 tahun dibawah pemerintahan 36 orang sultan, akhirnya kerajaan Khalifah Uthmaniah tumbang dan lenyap ditelan arus zaman. SUMBER

2.1.2

Punca Kejatuhan Negara Turki Uthmaniyah

Negara Turki Uthmaniyyah sememangnya sebuah Negara yang amat terkenal didalam sejarah Islam, tetapi ada beberapa faktor utama yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah iaitu kelemahan pemerintahnya sendiri. Sultan-sultan Uthmaniyyah yang terakhir sememangnya sedah tergelincir jauh daripada landasan perjuangan nenek moyang mereka. Mereka tidak mengingati bahawa kerajaan Turki Uthmaniyyah dibina atas dasar iman dan taqwa sultan-sultannya.

Keperibadian pemerintah yang lemah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan. Sultan dikatakan suka berfoya-foya, suka berhibur, rakus dan mempunyai sifat yang tamak. Mereka sudah leka dengan kemewahan dunia sehinggakan mereka tidak mempedulikan hal kebajikan rakyat. Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Salim II pada tahun 1566 sehingga 1574, baginda dikatakan suka minum arak dan sering barfoya-foya dengan dayang-dayang istana, sehingga dikatakan baginda meninggal dunia disebabkan terlalu banyak minum arak. Sultan Salim II langsung tidak mempunyai kesanggupan untuk menjaga negeri yang begitu luas. Malah baginda telah menyerahkan urusan pentadbiran Negara kepada wazir yang bernama Muhammad Pasya Secilli. RUJUKAN

Sebenarnya kelemahan sultan adalah berpunca daripada kelemahan iman, mereka tidak mengikut syiar dan sunnah Rasulullah s.a.w, malah mereka tidah takutkan Allah S.W.T. Akibatnya, Allah S.W.T tidak lagi memberi bantuan untuk menguatkan kerajaan mereka seperti firman Allah S.W.T dalam surah Al-jasiyah yang bermaksud Allah menjadi pembela kepada orang bertaqwa. Sultan-sultan Uthmaniyyah yang terakhir juga tidak mempedulikan lagi ulama ul-amilin, mereka tidak mendengar nasihat para ulama sufi yang selama ini banyak membantu sultan dalam hal pentadbiran. Kelakuan-kelakuan yang menyimpang oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah di akhir usia pemerintahan, telah memberikan impak yang negatif kepada umat Islam. Kehidupan mereka yang tenggelam di dalam arus materialistik dan Jahiliah telah menjadikan diri dan masyarakat hidup dalam keresahan, celaru dan hilang jati diri.

Selain itu, sultan juga dikatakan telah dipengaruhi oleh keluarganya dalam hal pentadbiran, ini menunjukkan bahawa sultan tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam menentukan keputusan, contohnya pada zaman pemerintahan sultan Ibrahim pada tahun 1640 sehingga 1648, banginda telah dipengaruhi oleh bondanya dan tiga orang isterinya yang masuk campur tangan dalam hal ehwal pemerintahan. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa penyingkiran wazir besar iaitu Kara Mustafa yang telah banyak berjasa kepada sultan Murad IV. Bonda dan isteri-isterinya telah menghasut kaum Inkishariyah agar mereka menuntut supaya sultan ibrahim menyerahkan kepala wazir tersebut kepada mereka. Bonda dan isterinya tidak puas hati dan tidak bersefahaman terhadap wazir tersebut kerana semasa wazir ini memegang amanah dan beliau banyak menyentuh keperibadian perempuan.

Selepas kematian sultan Ibrahim, Kerajaan Turki Uthamaniyyah telah diperintah oleh wanita istana, khususnya permaisuri-permaisuri sultan yang selama ini sememangnya menginginkan kuasa pemerintahan. Di sini jelas menujukkan bahawa Sultan Ibrahim I telah dipengaruhi oleh ibu dan isteri-isterinya dalam melaksanakan pemerintahan. Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah juga, disebabkan kerana kezaliman pemerintah, sultan telah melaksanakan pemerintahan secara kuku besi. Contahnya semasa zaman pemerintahan sultan Abdul Hamid II, walaupun baginda boleh dikatakan seorang pemerintah yang agung, namun begitu banginda juga telah melakukan kesilapan yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Baginda telah mentadbir Negara dengan corak pentadbirannya yang tersendiri, malah para pembesar yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya akan dipecat atau dipenjarakan. Hal ini telah menyebabkan segelintir masyarakat tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran sultan dan cuba untuk mengulingkan kuasa pemerintahannya. Seperti mana yang kita tahu ketenteraan merupakan salah satu faktor yang telah menyebabkan kejayaan karajaan Turki Uthmaniyyah pada awal

penubuhannya. Kemerosotan dalam bidang ketentaraan telah menyababkan kekuasaan Turki Uthmaniyyah semakin berkurang dan lemah. Kemerosoktan ketenteraan bermula apabila disiplin ketenteraan dikalangan pegawai atasan semakin lemah.

Sikap tentera yang tamak dan tidak mempunyai semangat untuk berjihad telah menyebabkan mereka membenarkan begitu banyak rasuah berlaku dikalangan mereka. Pada zaman ini, perebutan jawatan telah bermula diperingkat atasan lagi, malah sultan Suliman sendiri telah meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantik untuk memegang sesuatu jawatan. Pada masa ini juga jawatan tidak lagi dipilih berdasaran kelayakan, inilah yang menjadikan ketenteraan menjadi lemah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rasuah dikalangan tentera bermula dari puncak kepimpinan lagi. Gejala rasuah ini telah menjadi satu amalan bagi mereka, sehinggakan undang-undang syariah yang selama ini menjadi pegangan umat Islam tidak mampu untuk membanteras kegiatan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai tersebut.

Selain itu, pelantikan sesuatu jawatan juga berdasarkan keturunan, yang mana anak-anak mereka akan mengantikan jawatan mereka. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pembunuhan diantara waris-waris bagi mendapatkan jawatan tersebut. Wariswaris sendiri terpaksa dibunuh bagi menjamin tidak ada perebutan kuasa dikemudian hari. Ekonomi merupakan tulang belakang kepada kemajuan empayar Turki

Uthmaniyyah, kemerosotan ekonomi telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah gagal dalam menguruskan pentadbiran negara. Kemerosotan ekonomi yang serius adalah berpuca daripada sikap sultan yang terlalu boros dalam pembelanjaan bagi memajukan Negara semata-mata hanya untuk hiburan dan tujuan kepentingan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Sulaiman, baginda telah menjalankan dasar perluasan kuasa melalui peperangan yang mana memerlukan modal yang besar dalam membiayai ketenteraan.

Hal ini sekali gus telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak, ekoran daripada masalah tersebut, pihak pentadbir terpaksa mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat. Peningkatan cukai yang tinggi telah menyebabkan rakyat tertekan dan cuba bertindak untuk memberontak. Kisah

pengkhianatan terbesar dalam sejarah Islam moden ini, bermula ketika Sultan Abdul Hamid II menolak permintaan Theodore Hertzel (Ketua Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry) agar sultan menyerahkan Palestin sebagai wilayah baru

untuk Yahudi. Harga lumayan yang ditawarkan kepada Sultan Abdul Hamid, supaya baginda menjual bumi Palestin telah ditolak mentah-mentah kerana baginda sudah tahu tujuan sebenar mereka.

Seterusnya pada tahun 1908, gerakan Committee of Union and Progress (CUP) yang mana dalangnya adalah yahudi zionis telah melakukan pemberontakan "Revolusi Turki Muda" menentang khalifah. Hasil daripada revolusi ini, sebuah perlembagaan telah diisytiharkan di Salonika, khalifah telah dipaksa supaya meluluskan pelantikan para menteri yang dipilih oleh Turki Muda. Pada 26hb. April 1909, Jawatankuasa Kebangsaan telah bertindak memecat Sultan Abdul Hamid daripada jawatan khalifah dan sistem perlembagaan dilaksanakan semula. Dengan ini sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah telah berkubur dan digantikan dengan sistem perlembagaan dan parlimen ala barat. Gerakan Nasionalisme yang dipimpin oleh Mustafa Kamal berjaya mendapat tempat dengan Parti Kebangsaan yang dibentuknya. Beliau bercita-cita untuk menggantikan Khilafah dengan Republik Turki. Revolusi yang digerakkan oleh beliau dilihat sebagai memenuhi kepentingan British, sungguhpun beliau cuba mengaburinya dengan rupa nasionalisme. British adalah dalang yang menaja segalanya bagi menjayakan revolusi yang dijalankan oleh Mustafa kamal. Pada masa yang sama, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, telah membantu atau menaikkan lagi semangat nasionalisme di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu adalah Emir Faisal 1 yang berpaling tadah dan memihak kepada Britain turut membuatkan Turki tidak mampu bangkit lagi. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - hari ini, perang salib sudah berakhir. SUMBER

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi, Britain menjanjikan tanah Palestin

kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin telah meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta. Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour. Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis yang sudah mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya.

2.2 Sejarah Ringkas Mustafa Kamal Ataturk

Mustafa Kamal Atatuk merupakan keturunan Yahudi Dunamah iaitu golongan Yahudi yang berpura pura memeluk Islam. Beliau dilahirkan pada tahun 1881 Masihi di Kota Salonika. Bapanya bernama Ali Reza Efendi yang pada mula seorang penghafal Al Quran dan alim tetapi telah dipengaruhi oleh rakannya sendiri sehingga membenci Kerajaan Turki Uthmaniah. Manakala ibunya bernama Zubaidah Hanim yang merupakan seorang yang patuh pada agama Islam dan sering memperingati suaminya yang telah terpesong demi mendapatkan pangkat dan nama. Pada zaman kecil beliau, sering bersendirian dan gemar melakukan semua perkara dalam luar jangkaan.. Tambahan pula, beliau telah dididik oleh ayahnya untuk menjadi seorang yang berkemahuan tinggi, pantang menyerah kalah, adanya sifat kepimpinan dan menjadi pejuang. Oleh kerana sifat degilnya dan keras kepala telah membuatkan ibu dan kakak tidak menyukai perangainya yang sering bersikap kurang sopan. Pada awalnya, beliau didesak oleh ibunya untuk bersekolah di Madrasah untuk menjadi seorang penghafaz Al Quran. Tetapi, beliau menolak kerana beliau lebih gemar bersekolah dengan perkara yang moden. Di sekolah moden di Solonika, beliau sering dipuji kerana

sifatnya yang bijak dan tekun dalam melaksanakan segala tugas yang diberi. Sehingga namanya iaitu Kamal bermaksud pandai dalam mengira matematik oleh gurunya sendiri. Namun selepas kematian ayahnya, ibu beliau telah menjaganya hinggalah beliau belajar di Kolej Tentera. Di Kolej Tentera, beliau diberi pangkat sebagi kapten kerana sifatnya bersungguh sungguh dan menujukkan pretasi yang baik. Mustafa Kamal Ataturk juga mempunyai bapa angkat iaitu Abdul Muhsin Agha yang merupakan rakan kepada arwah bapanya. Bapa angkatnya itu yang selalu membantu dan memberi pertolongan semasa beliau belajar sehingga menjadi seorang tentera berpangakat tinggi. Dengan pertolongan bapa angkat itu juga, beliau lebih mudah naik pangkat kerana bapa angkat seorang yang berpengaruh. Semasa di kolej, beliau dan rakan rakan seperjuangannya telah membentuk sebuah kumpulan rahsia bagi menerbitkan surat khabar, hasil tulisan dan mengkritik tampuk pemerintahan sultan Uthmaniah pada masa tersebut. Mustafa Kamal sangat gemar dalam bidang politik dan bercita cita untuk menjadi seorang ahli politik yang berpengaruh dan hebat pada pandangan mata dunia pada suatu ketika nanti. Beliau juga mempunyai parti pimpinan awalnya iaitu Al Wathan Wa Al Hurriyah yang bermaksud Parti Tanah Air dan Kemerdekaan. Semangat ditambah dengan usaha yang cekal, beliau banyak mendapat pengaruh dengan rakan rakan yang sanggup berjuang bersama beliau. Pelbagai kata kata semangat yang dilontarkan oleh beliau demi mendapatkan pengaruh. Antaranya iaitu negara yang kuat perlulah dikawal oleh tentera yang kuat. Untuk mempengaruhi rakan rakan seperjuanganya, beliau telah menukarkan ucapan assalamualaikum kepada selamat datang dalam Bahasa Turki. Perjuangannya beliau sering ditentang hebat oleh Anuar Basya yang lebih hebat dalam berucap dan berdialog berbanding Mustafa Kamal Ataturk. Anuar Basya merupakan pemimpin yang menentang Sultan Turki Uthamniah, namun berlainan ideologi dengan Musatafa Kamal. Beliau dan Anuar Basya sering terlibat dalam apa sahaja pertempuran sehingga Mustafa Kamal mengambil kesempatan dengan memberi laporan yang palsu untuk menujukkan beliau adalah penyelamat Turki. Pelbagai lagi perubahan dan idea idea baru yang dibuat oleh Mustafa Kamal Artaturk sejak beliau dianggap pahlawan pada pandangan mata rakyat Turki serta pemimpin pada masa itu.

10

Perjuangan beliau tidak berhenti sehingga menjadi Presiden Turki selama 15 tahun yang mengamalkan sistem sekular serta republik pada zaman pemerintahan beliau di Turki. 2.3 Strategi Menjatuhkan Turki (Punca & Sebab)

2.3.1 Tragedi 13 Mac 1924 Tragedi 13 Mac 1924 merupakan impak yang besar oleh masyarakat Islam dunia masa itu sehingga menjadi titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak dapat dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada masa tersebut, umat Islam bagaikan tiada perisai dan perlindungan yang kukuh seperti zaman kegemilangan Nabi Muhammad, Khulafa Ar Rasyidinh, Kerajaan Abasiah dan Turki Uthmaniah. Sistem khalifah yang menjadai tonggak dan tampuk pemerintahan yang kukuh telah rapuh kerana mengalami tentangan yang hebat dari faktor luaran mahupun dalaman. Faktor luaran yang dapat diperlihat adalah dari negara negara Eropah yang ingin membalas dendam kerana kejatuhan di Zaman Kegelapan iaitu Zaman Renaisans. Bagi faktor luaran pula disebabkan oleh seorang pengkianat negara yang merupakan Yahudi Duhamah iaitu Mustafa Kamal Ataturk. Ada sesetengah pihak beranggap bahawa Mustafa Kamal dipilih sebagai Presiden atas pilihan rakyat. Ada juga sesetengah pihak beranggapan bahawa beliau dipilih diatas pilihan Majlis Tertinggi Turki Uthmaniah dan dipilih atas saranan pihak Eropah serta pelbagai lagi anggapan yang dibuat demi menaikkan Mustafa Kamal sebagai pemimpin moden Turki. Namun, semua pihak terutama umat Islam kena ingat bahawa sejarah adalah fakta namun ia boleh diubah, ditambah dan dikurangkan demi menjadikan lebih unggul pada mata dunia. Dari hasil rujukan, Mustafa Kamal dilantik menjadi seorang Presiden Turki kerana beliau banyak mempertarungkan nyawanya dalam semua pertempuran yang berlaku di Asia Tenggara. Antara pertempuran yang beliau terlibat ialah menjadi Ketua Pasukan Perang di Palestin semasa beliau bersama pasukan tentera Turki Uthmaniah menentang tentera Inggeris, terdapat pelbagai helah dan taktik yang beliau gunakan demi mendapatkan kemerdekaan.

11

Namun, telah berlaku perkara disebaliknya, beliau membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah Mustafa Kamal Ataturk mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah. Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Hal ini berikutan, supaya Mustafa Kamal dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukan dan kehebatan Mustafa Kamal kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah. Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu.

Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang Islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan. Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju

12

ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan beliau daripada terus menimbulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi beliau tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai.

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah. Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah. Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan.

Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan. Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang Islam telah tertipu dengan tindakan Mustafa yang Berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji beliau melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.

13

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M), tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-Undang Syariah telah dimansuhkan. Sekolah - sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut. Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam. Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh - musuh Islam untuk melancarkan serangan terhadap Islam sehingga hari ini. Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahan khalifah.

Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam. Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dan menggulingkan baginda. Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami. SUMBER

14

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

2.4 Hari Kematian Pemimpin Republik Kematian seorang tokoh politik yang mempunyai semangat republik dan telah membawa perubahan menjadikan Turki sebagai Turki Moden telah menjadi kelainan terhadap negara - negara yang menyokong beliau selama ini. Malahan, telah berakhirnya

pemerintahan yang menjadi titik noktah serta ingatan oleh semua rakyat Turki diatas perubahan yang dilakukan oleh beliau. Ramai yang hadir untuk melihat acara pengebumian Mustafa Kamal Ataturk samaada dari pemerintah negara luar, pemempin tertinggi sehingga rakyat Turki. Namun, telah menjadi tanda sehingga sampai sekarang kerana ramai yang menyatakan beliau mati disebabkan pelbagai penyakit yang telah menimpah terhadap diri beliau. Ada sesetengah pihak menyatakan beliau mati akibat penyakit pelik yang tiada penawarnya. Antara penyakit yang dihadapi belaiu adalah seperti penyakit kulit hingga ke kaki sehingga berasa gatal gatal seluruh badan, sakit jantung, penyakit darah tinggi, panas sepanjang masa walaupun telah diletakkan ais batu di badannya serta diletakkan dalam di tengah lautan supaya berasa sejuk badannya. Disebabkan badannya sering panas, menyebabkan beliau sering pengsan dan kurang ingatan. Pada setiap hari sebelum kematiannya, darah sering keluar di hidungnya yang membuat beliau sukar untuk tidur pada waktu malam. Tambahan pula, Menteri Kewangan iaitu Falih Rifqi yang sering menjadi peneman beliau pada setiap hari kerana hanya Falih Rifqi yang dipercayai pada masa tersebut. Walaupun dalam keadaan sakit, Mustafa Kamal sering bertanyakan keadaan rakyatnya dan masalah negara. Hari menghitung hari, penyakitnya semakin bertambah iaitu penyakit gatal gatal yang dikenali lever cyruz atau bengkak di dalam perut dan hati. Penyakit tersebut yang menyebabkan bekas Presiden Turki tersebut merasa gatal satu badan. Penyakit lever

15

cyruz

atau disebut juga sebagai hepatitis adalah penyakit yang berpunca daripada

keradangan ataupun kerosakan pada sel sel di jaringan hati. Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya telah meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama sembilan hari sembilan malam, sehingga adik perempuan beliau meminta para ulama Muslim memandi, mengkafan dan menyembahyangkannya. Mayat bekas Presiden Turki tersebut dibawa beramai ramai bersama rakyat dengan upacara besar besaran sehingga ke tanah perkuburan. Apabila mayatnya ditanam di tanah perkuburan, tanah tidak menerimanya. Hal ini telah menyebabkan mayat beliau telah diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium Etna Grafi selama 15 tahun sehingga pada tahun 1953. Selepas 15 tahun, mayatnya hendak ditanam kembali namun bumi tidak lagi menerimanya. Akhirnya, mayat bekas Presiden Turki Republik itu dibawa ke satu bukit dan ditanam mayatnya dicelah celah batu mamar sehingga sekarang menjadi kujungan masyarakat masa kini. 2.5 Ideologi Sekularisme Terhadap Negara Turki (Keburukan)

2.5.1 Maksud Sekularisme

Sekularime berasal dari perkataan asasnya sekular dan menurut Kamus Inggeris ia adalah sesuatu yang berhubung dengan dunia nyata bukan berhubung dengan alam kerohanian atau alam akhirat. Kamus Malaysia mendefinisikan sekular iaitu Sekular ilah pelajaran yang berkaitan dengan keduniaan sahaja tanpa adanya rujukan dengana amalan dan didikan agama. Syed Muhammad Naquib Al Attas menyatakan Istilah sekular dari kata Latin seaculum, mempunyai erti dengan dua pernyataan iaitu waktu menunujukkan kepada pengertian sekarang atau kini dan lokasi menunjukkan kepada dunia atau duniawi.

16

2.5.2 Pandangan Islam Terhadap Sekularisme Seperti yang telah dinyatkan Islam dan sekularimse amat bertentangan dan sudah pasti Islam menolak apa jua juga unur yang mengandungi elemen elemen sekularisme. Mengapa Islam menolaknya? Malah, apakah yang menyebabkan ia boleh merosakkan umat Islam? Islam sebagai satu cara hidup adalah bersifat sepadu dan menyeluruh termasuklah segala aspek aspek politik, ekonomi, sosial dan seluruh kehidupan. Oleh itu, agama tidak boleh dipisahkan dari aspek apa sekalipun sebagaimana yang diamalkan oleh golongan sekular yang meminggirkannya dari kehidupan manusia. Berdasarkan hakikat ini, peranan agama dalam kehidupan adalah utama dan penting yang berbeza dari sekular. Pada pandangan Islam, golongan sekular yang melihat agama sebagai sesuatu yang bersifat peribadi nampaknya Berjaya mendominasi pemikiran manusia. Malah ia diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam yang berlandaskan kehidupan secara Barat sekularisme. Peningkatan keinginanan terhadap kebendaan tanpa selari dengan tuntutan kerohanian ditolak oleh agama Islam. Prinsip yang diperjuangkan oleh golongan sekular ini untuk mencari kekayaan dalam kehidupan telah mempegaruhi umat Islam. Kini, terdapat idea sekularisme baru ataupun neo secularism yang membawa erti agama tidak mendominasi kehidupan manusia walaupun mereka mengamalkan kehidupan beragama. Ini menunjukkan bahawa agama digunakan bagi tujuan tujuan dan pada masa tertentu sahaja seperti mereka tidak menghayati konsep bahawa ibadah dapat mencegah dari kemungkaran. Demikian serba sedikit mengenai pandangan Islam terhadap sekularimse yang sememangnya bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup masing masing. Islam menentang habis habisan idea dan amalan sekular dari pelbagai aspek kehidupan yang berlandaskan hukum syarak. Malah, Islam juga menentang segala jenis kemungkaran dan menegakkan kebenaran untuk kebahagian dunia dan akhirat.

17

2.5.3 Sekularisme Di Dunia Moden Turki

`Mustafa Kamal menjalankan pelbagai rancangan dan agenda yang terperinci berdasarkan prinsip sekularisme. Objetif dan tujuan utama beliau adalah untuk memodenkan Turki dan membawa kemajuan seperti negara Eropah yang lain. Tambahan pula, matlamat ia yang lain seperti menguatkan lagi kuasa dalam pentadbiran pusat yang baru, membina negara bangsa, mensekularkan negara dan masyarakat Turki, merealisasikan penglibatan politik selain membawa perubahan dalam struktur sosioekonomi Turki. Dalam menjayakan matlamat dan tujuan tersebut, setiap sudut dari segi politik, ekonomi dan sosial harus diubah demi mencapainya. Bagaimana ia dilakukan? Siapakah yang terlibat? Semuanya menjadi jawapan apabila sekularimse ini menjadi pegangan Mustafa Kamal dalam membawa arus perubahan kemodenan Negara Turki. Sistem Republik yang diamalkannya menjadi lebih kukuh apabila ideologi sekular tersebut diperkembangkan ke negara Turki khususnya. Sistem Khalifah yang berlandaskan syariat Islam telah hilang apabila sekularimse yang mementingkan kebendaan dari agamanya. Undang undang adalah perkara utama dilakukan dalam mensekularkan sesebuah negara. Ianya dapat dilihat iaitu pada 3 Mac 1924, pembubaran beberapa undang undang seperti penyatuan pendidikan sekular. Apabila pendidikan berjaya disekularkan, maka rakyat akan mendapat pendidikan berlandaskan pengajian Barat. Pada 25 November 1925, undang undang pemakaian topi, undang undang pengharaman tarikat, penutupan pusat kegiatan tarikat, penutupan makam wali dan penghapusan jawatan penjaga makam wali pada 30 Nov 1925, undang undang perkahwinan sivil pada 17 Februari 1926, undang undang penggunaan angka Latin bagi Tulisa Turki pada 1 November 1928, undang undang pengharaman gelaran dan pangkat yang digunakan oleh rakyat Turki seperti Efendi, Bey, Pasha pada 26 November 1934 dan undang undang larangan pemakaian mengikut cara Islam pada 3 Disember 1934. Selain itu, beliau bertibdak menukarkan calendar Islam kepada calendar Gregorian (1925), memperkenalakan sistem angka Eropah (1928), menukarkan cuti hujung minggu dari hari Jumaat kepada hari Ahad (1935).

18

Beliau juga bertindak menukar menukar lafaz azan daripada bahasa Arab kepada Bahasa Turki, memansuhkan sekolah agama, menggugurkan mahkamah syariah, memperkenalkan undang-undang sivil Switzerland,'" undang - undang jenayah Jerman dan kod ekonomi Itali serta menggugurkan Islam sebagai agama rasmi dan digantikan dengan pengisytiharan Turki sebagai sebuah negara sekular.'' Selain itu, segala perkara berkaitan hal ehwal agama Islam akan terus diletakkan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri seperti pembinaan masjid dan perlantikan anggota pentadbiran masjid. Kemal juga bertindak melantik profesor-profesor Jerman berbangsa Yahudi sebagai salah satu program beliau untuk memodenkan sistem pendidikan Turki agar setanding dengan negara-negara Eropah yang lain."' Mustafa Kamal akan sentiasa diingati oleh umat Islam kerana terlibat secara langsung dalam meluluskan undang-undang untuk menyingkirkan khalifah terakhir kerajaan Turki Uthmaniyah iaitu Sultan Muhammad Wahiduddin pada 1 November 1922.'4 Meskipun Sultan Abdul Majid II (1922-1924) telah dilantik menjadi khalifah yang baru, baginda tidak lagi mempunyai kuasa memerintah Turki." Kemal dan pentadbirannya kemudian mengambil keputusan menghapuskan peranan dan kedudukan khalifah menerusi proses pengundian.''' Pada 3 Mac 1924, satu undangundang telah diluluskan oleh Majlis Perhimpunan untuk menghapuskan jawatan khalifah.27 Lanjutan daripada pengenalan undang-undang tersebut, Sultan Abdul Majid II dan kaum kerabatnya telah dihalau dari Turki." Tindakan Kemal menyingkirkan Sultan Abdul Majid II telah membawa kepada penghapusan sistem khalifah secara mutlak di Turki yang berusia hampir 640 tahun.

2.6 Sumbangan Pemerintahan Terhadap Negara Turki (Kebaikan) Apabila Turki berada di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Atarturk, pelbagai peraturan dan input luaran yang telah dilakukan bagi menjadikan Turki sebagai sebuah Negara yang kononnya maju menuruti gaya pembangunan dan pemikiran Barat. Apa yang boleh diperkatakan, sememangnya pentadbiran yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Atartuk ini mendatangkan impak yang besar dalam perubahan Negara Turki. Boleh dikatakan Turki yang dahulunya menjalankan pemerintahan secara Islam, dimana ianya

19

berada di bawah empayar Uthmaniah, tidak sedikit pun menjalankan pemerintahan secara Islam. Hal sebegini telah mendatangkan kesan yang sangat mendalam terhadap pembangunan Negara Turki. Tambahan pula, apa yang cuba dibawa oleh Mustafa Kamal Atarturk adalah beliau merasakan bahawa dengan menjalankan pemerintahan secara hukum haram, harus, halal, makruh dan sunat akan menjadikan Turki sebagai salah satu Negara yang mundur dengan pemikiran kolot sebegitu. Mustafa Kamal Ataturk juga percaya bahawa dengan pemisahan pentadbiran dan agama akan membawa kepada kemajuan di Turki. Terdapat beberapa impak atau kesan yang dihadapi Negara Turki atas pemerintahan yang dibawa oleh Mustafa Kamal Atarturk dalam fahaman sekularisme beliau. Antaranya, kesan dari sudut pandang agama, politik , dan sosial di Negara Turki. i. Agama Melihat kesan pemerintahan beliau dari aspek agama, Mustafa Kamal Atartuk telah mengambil langkah awal dimana beliau menghapuskan Islam sebagai agama rasmi di Turki. Bagi Mustafa Kamal Ataturk, beliau mempunyai agenda yang menyatakan bahawa urusan agama dan pentadbiran Negara tidak boleh dicampur aduk bagi memberi manfaat kepada sistem pemerintahan Negara. Hal ini sedemikian, Ataturk beranggapan bahawa agama sepatutnya diamalkan secara individu dan bukannya melibatkan Negara. Atarturk juga mahu Turki menjadi seperti mana barat sama ada dari sudut dalaman dan luaran. Misalnya seperti slogan yang dipengang utuh oleh Mustafa Kamal Ataturk iaitu Garbie doegroe yang membawa erti Berarak Menuju Barat. Tambahan pula, Mustafa Kamal Ataturk telah mengubah setiap perician yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa agama, ditukarkan ke bahasa Turki. Hal ini boleh dilihat apabila beliau telah mengarahkan penyampaian Khutbah di mimbar masjid ditukar kepada bahasa Turki begitu juga dengan Al - Quran. Mustafa Kamal Atartuk telah mengarahkan supaya Al-Quran diterjemah ke bahasa Turki.

20

Pemakaian yang berteraskan Islam juga ditolak oleh Mustafa Kamal Ataturk, beliau melarang golongan lelaki Turki memakai tarbus dan tudung kepada golongan wanita di Turki. Disamping itu, Mustafa Kamal Ataturk melihat para ulama hanya mengutamakan isu keagamaan dan ibadah. Beliau beranggapan bahawa masyarakat tidak perlu mengutamakan soal keagamaan kerana ianya tidak memberi impak yang besar kepada pembangunan Negara Turki, malah pendekatan agama hanya menjatuhkan Negara dan menjadikan Negara Turki miskin dan tidak berdaya saing. Ironinya, sememangnya, Mustafa Kamal Ataturk telah membawa kesan yang besar kepada perubahan turki, baik dari segi ekonomi ii. Politik Dari sudut politik pula, rujukan daripada tulisan Abdul Hakim dalam Mustafa Kemal Ataturk (Negara Republik Sekuler) menyatakan bahawa, Ataturk percaya kedaulatan adalah datangnya daripada tangan rakyat. Beliau menolak fatwa yang dijalankan sebelum zaman pemerintahannya dan kuasa daulat adalah terletak ditangan Sultan atau Khalifah. Mustafa Kamal Ataturk juga telah berjaya menghapuskan kuasa Sultan dimana pada persidangan Majlis Agung Nasional, beliau mengusulkan agar dua fungsi atau kuasa yang dipegang oleh Sultan Turki iaitu kuasa pentadbiran dalaman dan kuasa hal luaran pentadbiran Negara harus dipisahkan. Tambahan penulis juga, Kamal Ataturk juga mengusulkan agar Jabatan Sultan dengan kuasa hal luaran Negara dihapuskan agar tidak menimbulkan keadaan dualisme dalam kuasa eksekutif . Dalam pemikiran Mustafa Kamal Ataturk, Jabatan Khalifah hanya perlu memegang kuasa

dibawah bidang keagamaan sahaja dan bukannya urusan kenegaraan. Ini menunjukan bahawa kuasa Sultan dikurangkan daripada Kuasa sebelumnya. Begitu juga dalam pemilihan bentuk Negara, Mustafa Kamal Ataturk telah

menjalankan bentuk Negara Republik dan bukannya berlandaskan sistem Khalifah. Sistem Khalifah juga dihapuskan dan bermulanya penerapan fahaman sekularisme yang mana Negara Turki tidak lagi dihubungkan dengan agama.

21

iii. Sosial Mustafa Kamal Atartuk tahu bahawa aspek sosial juga merupakan salah satu aspek terpenting yang dapat membawa idea sekularisme yang dibawanya. Dari asperk sosial melalui pendidikan dan kebudayaan, beliau telah membangunkan satu lembaga pengajian falsafah Islam untuk mengakaji hubungan antara falsafah Islam dan hubungannya dengan falsafah Barat. Bagitu juga dengan pendidikan bagi agama Islam, Mustafa Kamal Ataturk telah menukarnya kepada Kementerian Pendidikan pada tahun 1924. Penghapusan sekolah dan institusi perguruan agama pada tahun 1924, Mustafa Kamal Ataturk telah membuka fakulti keagamaan di Universiti Istanbul,Turki. Pemilihan tenaga pengajar seperti khatib dan Imam juga disediakan bagi memberi pendidikan yang bebas daripada pengaruh-pengaruh tradisi yang kolot. Bahkan, idea sekularisme Mustafa Kamal Ataturk bukan sahaja di dalam bidang pendidikan bahkan beliau juga menekankan unsur sekularisme dalam hal ehwal kebudayaan di Turki. Beliau telah memperketat peraturan di Turki dengan mengenakan arahan mengenai tatasusila pemakaian yang berlandaskan agama Islam hanya boleh dipakai oleh pegawai yang bertugas dibawah jabatan keagamaan sahaja. Manakala, bagi semua pegawai negeri, diwajibkan memakai topi dan pakaian barat sebagai pakaian wajib untuk hari bekerja. Selain daripada itu, Pada tahun 1935, Mustafa Kamal Ataturk telah mengeluarkan undang-undang yang mewajibkan warga Negara Turki bercuti pada hari minggu dan bukannya pada hari jumaat. Hal ini kerana, Mustafa Kamal Ataturk menginginkan budaya di Turki mencontohi gaya hidup budaya Barat yang dianggap bertamadun. iv. Ekonomi Falsafah ekonomi berlandaskan Al-Quran dan sunnah yang dijalankan Rasulullah s.a.w telah diteruskan oleh para pemikir Islam yang lain. Walau bagaimanapun, kemuncak kepada perubahan pemikiran Islam telah diubah oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki . Beliau telah mengubah Sistem Ekonomi Islam kepada sistem ekonomi yang dirancang manusia. Sifat dan nilai murni yang ada di dalam ekonomi Islam mula dipinggirkan dan kesemuanya dipengaruh dengan pemikiran sekularisme.

22

Apa yang boleh diperkatakan, Turki mula menggunakan sistem ekonomi yang dinamakan sistem ekonomi kapitalis yang menggunakan amalan riba seperti meletakkan bunga yang tinggi dalam kadar peminjaman kepada peminjam. Ekonomi ini tidak mementingkan nilai akhlak, keadilan serta etika kerja. Oleh itu, dalam hal ini sukar untuk menerapkan kesejahteraan dalam pasaran ekonomi dunia dan ianya disalah guna untuk kepentingan duniawi dan bukannya hakiki. Tuntasnya, sememangnya, pemerintahan Mustafa Kamal Atarturk telah memberi impak yang besar kepada masyarakat di Turki. Paling ketara dapat dilihat dari segi keagamaan. Hal ini kerana beliau sedaya upaya menghapuskan pemikiran dan pembangunan yang berlandaskan Islam hanya kerana mahu mengejar arus permodenan seiring dengan kepesatan Negara Barat disamping merasakan bahawa dengan adanya pemikiran yang berlandaskan agama, maka sesebuah Negara tidak akan maju ke hadapan malah mundur dari arus permodenan. 2.7 Turki Masa Kini

Negara Harapan umat Islam masa kini adalah Negara Turki kerana pesat membangun dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Tampuk pemerintahan yang dipimpin oleh Menteri Turki iaitu Erdogan yang telah membuat perubahan dalam menegakkan Islam di persada antarabangsa dapat diperlihatkan apabila perkembangan positif ekonomi Turki melalui

perlancongan dan juga pertaniaan. Kemelesatan ekonomi seperti yang berlaku terhadap Amerika tidak mengugat Turki untuk turut serta dalam kemelesetan tersebut. Hal ini berikutan, jumlah perdagangan Turki semakin meningkat sebelum berlakunya Arab Spring dengan jumlah empat belas peratus tahun 2009 berbanding enam peratus tahun 2002. Selain itu, kekuatan ekonomi Turki terserlah apabila lawatan Erdogan iaitu Menteri Turki ke Mesir pada 2013 selepas Arab Spring telah membuka lagi pintu perdagangan seperti kemasukan syarikat besar, SME dan Anatolia. Hal ini menunjukkan kemakmuran ekonomi yang amat memberansangkan bukan sahaja untuk negara Turki tetapi negara negara serantau Asia Barat yang baru sahaja dibebaskan daripada cengkaman autokrasi. Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) yang memberansangkan ini telah melayakkan Turki menduduki tempat ke 17 senarai negara ekonomi terbesar di dunia dan ke enam terbesar di Eropah yang

23

dikeluarkan oleh PBB. Pencapaian ini jauh meningkat dari kedudukan ekonomi Turki pada tahun 2002 iaitu negara negara ke 26 ekonomi terbesar di dunia. SUMBER Walaupun Turki pengamal prinsip sekular pada masa dulu, namun pemimpin Turki masa kini lebih berani dalam menegakkan Islam di mata dunia. Sebagai contoh, atas kestabilan politik dalaman Erdogan mengorak langkah untuk menjadi role player politik serantau yang amat mencabar terutamanya selepas berlakunya Arab Spring. Ini tergambar dalam dasar luar Turki yang pragmatik khususnya isu Gaza di mana Erdogan mencipta sejarah menjadi hero dunia Islam apabila dalam Forum Ekonomi Dunai (WTO) di Davos, Switzerland beliau bertikam lidah isu serangan ke atas Gaza dengan Shimon Peres, Presiden Israel dan meninggalkan rakan sejawatnya itu dalam keadaan terpinga-pinga. Nama Erdogan ternyata mula meniti di bibir pecinta - pecinta keamanan. Turki juga menjadi penyumbang utama kepada pembangunan semula Semenanjung Gaza selain Qatar dan Kuwait.

Turki berikrar terus membantu Gaza dengan memfokuskan bantuan dalam sektor pendidikan, kesihatan dan infrastruktur. Ini merupakan sumbangan Turki yang amat signifikan memandangkan isu Palestin merupakan ibu segala konflik di dunia ini. Jika keadilan dapat dikembalikan kepada rakyat Palestin maka sebahagian besar masalah dunia dapat diselesaikan.

Sokongan Ankara terhadap Palestin tidak berbelah bagi di mana Erdogan menegaskan bahawa sokongan terhadap pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) sebagai an obligation not an option. Erdogan juga dengan beraninya mengusir Duta Israel di Ankara dan menggantung kerjasama strategik ketenteraan bersama Israel atas kegagalan Tel Aviv membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Ankara selepas tentera komando Israel membunuh sembilan aktivis keamanan Turki di atas Kapal Mavi Marmara di perairan antarabangsa dalam misi Freedom Flotila menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Erdogan turut memberi amaran keras terhadap Israel bahawa negara haram itu tidak boleh lagi sewenang - wenangnya melakukan apa sahaja yang mereka mahu di laut Mediterranean kerana Tentera Navy Turki akan sentiasa melakukan pemantauan dan rondaan.

24

Dunia masa kini melihat ucapan Erdogan jelas bertenaga dan mempunyai pengisian yang penting untuk memastikan perubahan yang dijana oleh generasi muda Turki bukan berpandukan emosi semata - mata tetapi berpandukan agama dan ilmu. Walaupun menurut Profesor Ihsan Dagi dalam bukunya Turkey Between Democracy and Militarism menyebut bahawa Erdogan has asserted many times that the AK Party was not religiously centered but conservative and democratic, namun berdasarkan ucapan beliau di atas jelas menunjukkan beliau mempunyai jiwa dan roh pemimpin Islam yang tinggi yang telah tertanam sejak menjadi murid Allahyarham Erbakan. Justeru tidak hairanlah pendekatan politik berkhemah Erdogan menyamai apa yang disebut oleh Profesor Tariq Ramadan sebagai the civil state with Islamic ethic menjadi model terbaik kepada banyak negara-negara Arab yang terlepas dari cengkaman kuku besi. Juga tidak hairanlah populariti Erdogan di mata dunia meningkat. Dalam kajian terkini Universiti Maryland, mendapati enam puluh tiga peratus rakyat Mesir memilih Erdogan sebagai pemimpin luar yang dikagumi jauh meninggalkan Presiden Obama.

25

3.0

KESIMPULAN

Turki Uthmaniah merupakan sebuah empayar Islam yang besar sejak tahun 1299 hingga 1923 selama lebih 600 tahun. Setiap empayar mempunyai zaman kebangkitan dan kejatuhan termasuklah Turki Uthamaniah sendiri. Tampuk pemerintahan silih berganti mengikut peredaran masa dan keadaan. Pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku sehingga menjatuhkan tampuk pemerintahan yang bertunjangkan Islam iaitu Sistem Khalifah. Titik hitam bagi umat Islam yang masih diingat iaitu tarikh 3 Mac 1924 yang mana islam ditumbangkan oleh pengkianat bangsa, pengkianat negara dan penentang Islam iaitu Mustafa Kamal Ataturk. Revolusi dan perubahan baru diwujudkan oleh beliau telah membuatkan rakyat Turki masa kini menyanjungnya sehingga adanya patung Memorial beliau di Turki. Menggunakan kuasa republik dan prinsip sekularnya membuatkan rakyat takut dan akur dengan beliau pada zaman pemerintahannya. Setiap perancangan disusun dengan teliti dan terperinci dari aspek mensekularkan politik, ekonomi dan sosial negara Turki masa tersebut. Terdapat kebaikan dan sumbangan yang dibuat oleh beliau, namun kita sebagai manusia yang telah diberikan akal pemikiran wajib merujuk berlandaskan Al Quran serta tidak lari syariat Islam. Objektif dan matlamat untuk memodenkan Turki sebagai negara yang maju telah tercapai. Dunia globalisasi masa kini semakin mencabar, setiap pemimpin mempunyai kelainannya tersendiri dalam memerintah sesebuah Negara. Sekarang, setiap pemimpin mempunyai pilihan dan jawapan dengan apa yang dibuat. Oleh yang demikian, jadikan sejarah Mustafa Kamal Ataturk ini sebagai iktibar supaya ia tidak berulang kembali khususnya di Malaysia. Sejarah Turki yang panjang mengingatkan kembali dengan Sultan Muhammad Al Fateh yang merupakan sultan Turki Uthmaniah pada tahun 1432 hingga 1481 pada usia beliau 21 tahun telah menakluk Kota Konstantinople dengan bala tentera Islam yang mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sejarah tersebut merupakan semangat yang harus dicontohi oleh pemimpin Islam masa kini dalam mengharungi segala cabaran masa kini.

26

4.0

BIBILIOGRAFI

1. Harun Nasution. 1982.Pembaharuan dalam Islam Sejarah Pemikiran dan Gerakan, Bulan Bintang, Jakarta

2. M. Hakan Yakuz. 2011. Sekularisme, Islam dan Demokrasi di Turki Edisi ke-3, Divisi Islam Demokratis,

3. Thoriq Ahmad.2010 Ini Sejarah Kita. Pustaka Buku Putih Kita.

4. http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_the_Jews_in_Turkey#Ottoman_era

5. dwnmasyarakat.dbp.my

CEK FORMAT

Anda mungkin juga menyukai