Anda di halaman 1dari 10

FALSAFAH DAN LOGIKAL

MELAYU ( JXEA 1104 )

KARYA KLASIK

NAMA : MOHD MUSLIM BIN DAUD

NO.MATRIK : JEA 080047

KURSUS : FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU


(JXEA 1104)
TAJUK : KUPASAN FALSAFAH PENAKLUKAN
ISKANDAR ZUL-KARNAIN

SESI : 2008/2009

SEMESTER : 1

NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MUHAMMAD

TUTORIAL : SITI HADIJAH ABD RAHMAN

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU(APM)


UNIVERSITI MALAYA.(UM)
PENAKLUKAN ISKANDAR ZUL-KARNAIN

Alam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu,
kata yang empunya ceritera, bahawa Raja iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya,
Maka duniah nama negerinya, zul-karnain gelarannya; sekali persetua baginda berjalan
hendak melihat matahari terbit maka baginda sampai pada suatu biat, negeri Hindi. Maka
ada seorang raja di tanah Hindi, terlalu besar kerajaannya, setengah negeri Hindi itu
dalam tangannya; namanya Raja Kida Hindi. Setelah ia mendengar Raja Iskandar datang,
maka Raja Kida Hindi pun menyuruhkan Perdana Menteri menghimpunkan segala rakyat
dan raja-raja yang takluk kepadanya .Setelah sudah kampung semuanya, maka
dikeluarinyalah oleh Raja Kida Hindi akan Raja Iskandar ; maka setelah bertemulah
segala rakyat antara kedua pihak itu, lalu berperanglah, terlalu ramai seperti yang dalam
Hikayat itu. Maka alahlah Raja Kida Hindi itu oleh Raja Iskandar, ditangkap baginda
dengan hidupnya Raja Kida Hindi itu; maka disuruhlah Raja Iskandar membawa iman,
maka Raja Kida Hindi pun membawa imanlah dan jadi islam, dalam agama Nabi Ibrahim
Khalilu ‘Ilah ‘alaihi s-salam. Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi
seperti pakaian dirinya; maka dititahkan oleh Raja Iskandar kembali ke negerinya .

Maka adapun akan Raja Kida Hindi itu ada beranak seorang perempuan, terlalu
baik parasnya, tiada berbagai lagi dan tiada taranya masa itu, cahaya mukanya gilang-
gemilang seperti cahaya matahari, dan amat bijaksananya dan sempurna budinya; Puteri
Syahrul-Bariyaah namanya. Maka Raja Kida Hindi pun memanggil Perdana Menteri
pada tempat yang sunyi, maka titah Raja Kida Hindi kepada Perdana Menteri, “ Ketahui
olehmu, bahawa aku memanggil engkau ini, aku hendak bertanyakan bicara kepadamu;
bahawa anakku yang tiada taranya seorang pun anak raja- raja pada zaman ini, itulah
hendak aku persembahkan kepada Raja Iskandar; apa nasihatmu akan daku?” Maka
sembah Perdana Menteri, “Sahaja sebenarnyalah pekerjaan yang seperti titah tuan hamba
itu.” Maka sabda Raja Kida Hindi pada Perana Menteri “Insya-Allah Taala, esok hari
pergilah tuan hamba kepada Nabi Khidir, katakanlah oleh tuan hamba segala perihal ini.”
Falsafah menurut kamus dewan edisi keempat ( 2005:406 ) bermaksud pengetahuan

tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tinggi dan menjadi dasar ilmu- ilmu yang

lain. Perkataan falsafah yang sebenar berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba

dan telah digunakan buat kali pertama oleh seorang ahli fikir Yunani dalam abad ke-6

S.M iaitu Pythogoras ( 570-504 S.M ). Menurut kajian yang di buat didapati bahawa

perkataan falsafah mengandungi dua falsafah iaitu “philo” yang bermaksud cinta dan

“sophai” yang bermaksud kebijaksanaan. Setelah itu muncul pula ahli falsafah Yunani

yang bernama Plato ( 428-347 S.M ). Beliau merupakan orang pertama yang dapat

menjelaskan takrifan falsafah dengan lebih khusus, “ falsafah meneliti hakikat yang

mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya” iaitu apakah yang

sebenarnya menjadi asas dan intipati membentuk sesuatu benda perkara itu apakah

asasnya, apakah esinsi dan apakah zatnya adalah takrifan yang digunakan oleh plato.

Banyak lagi takrifan falsafah yang digunakan tokoh selepas Plato. Mengikut Hasbullah

Bukry (1964-56) membahagikan tiga sudut pandangan, iaitu sudut bahasa, pengertian

praktis dan sudut perbezaannya. Kesimpulan falsafah ialah falsafah sebagai mengasah,

menajam, menghalusi akal budi pekerti yang mengangkat martabat islam hampir kepada

tuhan. Saya telah memilih dan telah disertakan maksud hikayat, iaitu merupakan salah

satu bidang kesusasteraan melayu silam. Cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan

menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang penting. Kebiasaannya cerita

hikayat adalah warisan daripada penceritaan lisan serta mengekalkan format penceritaan

lisan pembaca akan membaca untuk didengari oleh pendengar. Salah satu hikayat ialah

hikayat Iskandar Zul-karnain akan dikupas falsafah yang terkandung di dalam hikayat.

1
Saya ingin mengupas falsafah yang terkandung dalam hikayat sulalatus salatin atau

sejarah melayu mempunyai banyak cerita sejarah melayu dan terkandung banyak falsafah

dalam setiap petikan yang dikemukakan oleh penulis. Antara falsafah yang terkandung

dalam hikayat penaklukan Iskandar Zul-karnain ialah falsafah mengenai politik. Politik

yang dimaksudkan ialah kuasa mutlak atau boleh diistilahkan pemerintahan Autokrasi

yang dimiliki oleh pemerintah. Falsafah politik atau kuasa ditonjolkan oleh Iskandar Zul-

karnain ialah kuasa politik yang dimiliki untuk menjalankan pemerintahan dan

pentadbiran dalam Negara, dan meluaskan pengaruh serta meluaskan tanah jajahan ke

pelusuk dunia. Iskandar Zul-karnain digambarkan mempunyai tanah jajahan yang luas

dan berusaha melalui kuasa yang ada untuk menambah kuasa politik ke negeri yang lain.

Falsafah utama ini mendorong untuk melangkah lebih jauh. Falsafah semangat

perjuangan dalam diri Iskandar Zul-karnain menimbulkan perasaan untuk beliau berusaha

menjadi lebih berkuasa. Usaha menawan negeri Kida Hindi melalui semangat jihad

untuk meluaskan pengaruh agama islam. Contohnya beliau telah mengislamkan Raja

negeri Hindi. Semangat jihad akan menggerakan hati dan fikiran untuk bertindak

melakukan sesuatu berasaskan matlamat yang ingin dicapai. Semangat jihad seringkali

dikaitkan dengan pejuangan islam untuk menegakkan syiar Islam. Falsafah ini akan

mempengaruhi semangat pemimpin dan pengikutnya untuk berjuang mencapai

matlamat. Kerajaan Iskandar Zul-karnain yang kukuh menyebabkan beliau bersemangat

untuk berjihad menegakan islam bersama-sama rakyat jelata. Tokoh falsafah islam juga

menggalakkan penyebaran islam ke seluruh dunia untuk menjamin kemakmuran dan

keamanan alam.

2
Falsafah ilmu pengetahuan merupakan salah satu pecahan daripada falsafah. Ilmu

pengetahuan yang bermanfaat berasaskan kebenaran yang umum dan asas mendorong

untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Dalam aliran falsafah pragmatisme,aliran ini

dikaitkan dengan Peirce (1839-1914),William James(1842-1910) dan John Dewey(1859-

1952) yang berpendapat bahawa kegunaan, kelebihan dan manfaat yang praktikal

sebagai hasil bagi sesuatu fikiran, kegiatan dan perbuatan itu yang menentukan nilai dan

kebenaran dan kebaikan. Sesuatu praktikal dan membawa hasil yang bermanfaat itulah

yang mempunyai nilai dan kebenaran yang tinggi. Epistemologi bermakna kajian tentang

ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh iskandar Zul-karnain digunakan

untuk meluas kerajaan. Disamping itu beliau bijaksana mengunakan akal fikiran secara

rasional dan praktikal dengan bertindak mengislamkan pemimpin utama negeri hindi.

Pemimpin mesti bijaksana dalam mengatur langkah bagi menjamin keutuhan dan

keagungan kerajaan. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang harus dimanfaat

untuk kebaikkan sejagat. Seseorang itu tidak seharusnya membatas ilmu melalui

pemikiran bersasakan logikal sahaja dan ditambah dengan akal yang rasional. Dalam

islam perkara yang membataskan akal adalah batasan hukum hakam yang mengikat akal.

Aliran Rasionalisme menyatakan bahawa segala ilmu pengetahuan tentang alam

diperolehi melalui operasi akal dan bukannya melalui pengalaman semata-mata dan

bukan juga melalui rasa atau hati kalbu. Selain itu, falsafah dalam hikayat Iskandar Zul-

karnain ialah kepercayaan. Hikayat ini menunjukan kepercayaan agama islam iaitu

kepercayaan kepada nabi Ibrahim.

3
Kepercayaan terhadap pemimpin, iaitu rakyat menyerah tugas dan hak untuk memerintah

dan mentadbir kerajaan. Dalam islam seorang pemimpin tersebut boleh diikuti arahan

dan perintahnya selagi tidak bercanggah dengan akidah dan syariah islam. Pemimpin

yang tidak bertanggungjawab dan gagal menunaikan amanah tidak layak menjadi

khalifah. Iskandar Zul-karnain adalah contoh pemimpin islam yang disegani. Matlamat

beliau supaya islam tersebar meluas ke seluruh dunia.

Di samping itu, falsafah yang dapat dikupas adalah budi pekerti, budi bicara dan

kegigihan untuk mencapai matlamat sesuatu perkara. Budi merupakan akal

kebijaksanaan, pekerti, akhlak, tingkah laku, watak, bicara dan daya upaya. Budi

melambangkan jati diri seseorang dan masyarakat tersebut. Sesuatu tindakan atau

perbuatan perlu berdasarkan budi pekerti, budi bicara, budi bahasa dan tolak ansur dalam

membuat sesuatu keputusan. Budi yang luhur dan kudus akan menarik manusia untuk

betindak secara rasional dan mencapai manfaat yang sewajarnya. Anjakan paradigma

pemikiran boleh mengubah keputusan kepada baik menjadi lebih baik. Contohnya, atas

budi bicara Iskandar Zul-karnain telah mengislamkan Raja Hindi. Sekiranya keputusan

yang dilaksanakan tidak berasaskan budi akan merugikan semua pihak. Budi yang

cantik, baik, halus akan membentuk personaliti dan komuniti yang sempurna. Pada

pendapat saya budi bukan merupakan pandangan fizikal atau seseorang tetapi perlu

melihat aspek dalaman, rohani, akhlak, jasmani dan lain-lain. Tamadun tidak akan

sempurna sekiranya, individu,bangsa dan masyarakat tanpa budi pekerti, budi bicara,

budi bahasa, budi akal dalam diri seseorang. Dalam hikayat ini, Puteri Syahrul Sariyah

digambarkan orang yang sempurna budinya.

4
Antara sintesis daripada hasil kupasan falsafah ini ialah kuasa politik yang

dipegang oleh seseorang pemimpin boleh mempengaruhi semangat perjuangan jihad

rakyat untuk menakluk dan meluaskan jajahan takluk. Pemimpin yang berkuasa boleh

mengerakan kemajuan politik, ekonomi, dan sosial sesebuah kerajaan. Seterusnya

pemimpin yang berkuasa juga memiliki ilmu pengetahuan untuk menegakkan politik

melalui penyebaran ilmu. Ilmu yang dimiliki membolehkan islam disebarkan secara

berhemah. Pemimpin politik juga diberi kuasa dan kepercayaan untuk mentadbir negara.

Rakyat menaruh harapan kepada pemimpin supaya kuasa yang ada digunakan

sewajarnya. Pemimpin yang beragama islam menjadi harapan untuk mengukuhkan

akidah dan syariah islam. Salah satu pelengkap kepada pemimpin yang berkuasa adalah

memiliki budi pekerti, budi bicara, akal budi, budi bahasa dan sebagainya akan

menguatkan kerajaan yang diperintah. Hal ini demikian kerana budi yang mulia dalam

diri pemimpin menggambarkan sahsiah, personali, peribadi dan akhlak sebenar pemimpin

yang berkuasa. Sifat pemimpin yang baik dan lemah lembut akan mempengaruhi cara

pentadbiran. Tamadun juga menekan aspek pencapai budi dalam ketamadunan.Ketiggian

budi akan mengangkat martabat insan hampir kepada tuhan. Kuasa politik

mempengaruhi semangat pejuangan dan kepercayaan rakyat. Ilmu pengetahuan dan budi

pula menggerakkan kuasa politik dalam Negara. Pada hakikat yang sebenar pemimpin

haruslah mempunyai cirri-ciri pemimpin yang berwibawa, berkaliber, professional,

akauntabiliti, dan sebagainya untuk menjadi pemimpin yang dihormati.

5
Penilaian yang dapat dibuat dalam falsafah ini ialah politik serta kuasa yang ada pada

pemimpin islam berwibawa dan berkepimpinan boleh menyelamatkan islam. Namun

perlu diberi perhatian bahawa kuasa yang dimiliki mempunyai kelebihan dan kelemahan.

Antara kelebihan memiliki kuasa ialah boleh mempengaruhi sesuatu hal dan boleh

menarik orang lain untuk bersama-sama dalam perjuangan. Pemimpin juga akan

dihormati dan disanjung oleh masyarakat sekiranya beliau mengunakan kuasa bagi

kebaikan. Kelebihan kuasa politik juga dapat menguatkan kerajaan apabila berkuasa

sepenuhnya dan sekaligus dapat mempertahankan islam. Kelemahan sistem politik akan

terjadi sekiranya salah guna kuasa berlaku dalam pentadbiran dan pemerintahan. Salah

guna kuasa atau rasuah politik merupakan jenayah dalam perundangan. Pemimpin yang

terlibat dalam rasuah dibicarakan dan didakwa di mahkamah. Oleh itu, pemimpin mesti

menjauhi rasuah. Dalam perundangan islam juga menyebut hal rasuah serta menegah

perbuatan rasuah. Islam sangat melarang rasuah dan mengenakan hukuman di dunia dan

akhirat. Dalam al-quran dan hadis ada memerihal mengenai rasuah. Pemimpin yang

mengamalkan rasuah politik akan menyebabkan keruntuhan pemerintahan. Akhlak yang

terpuji dan mulia boleh menghalang berlaku rasuah dalam pemerintahan dan pentadbiran

serta dapat menyelamatkan masyarakat, negeri, Negara, bangsa dan maruah diri.

Penutupnya, hikayat ini menceritakan mengenai hikayat Iskandar Zul-karnain yang

menakluki beberapa buah negeri, bertujuan untuk menyebarkan islam ke seluruh dunia.

Penyeberan islam berlaku melalui pengislaman pemimpin negeri tersebut dan melalui

perkahwinan supaya islam tersebar meluas. Iskandar Zul-karnain menyebarkan islam

berpandukan nabi-nabi Allah.

6
Iskandar Zul-karnain adalah tokoh yang menjadi kebanggaan rakyat melayu kerana

dikatakan raja melayu berasal daripada keturunan jurai Iskandar Zul-karnain. Hikayat

penaklukan Iskandar Zul-karnain mempunyai banyak falsafah yang menarik dan

bermanfaat untuk diterokai oleh penkaji masa ini.

7
BIBLIOGRAFI
Abdul Samad Ahmad.1979. Sulalatus Salatin,m.s 4-5.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. Falsafah dan Logikal


Melayu. Selangor:Synergate Sdn Bhd.

Hashim bin Haji Musa,Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu.
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Tun Seri Lanang.1997. Sejarah Melayu.Kuala Lumpur:Yayasan dan Dewan Bahasa dan
. Pustaka.

Http://www.Malaysia.Net / Lists.

Http://ms.wilkipedia. Org/wiki/Falsafah.

Anda mungkin juga menyukai