Anda di halaman 1dari 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH PLATO

NAMA PELAJAR : SITI SUHAILA MOHD ZAINI

NO MATRIK : JEA 080138

SESI : SEMESTER 1 2008/2009

NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MOHAMAD

NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH ABD RAHMAN

FAKULTI : AKEDEMI PENGAJIAN MELAYU


Tokoh Falsafah yang dipilih oleh penulis dalam menyelesaikan tugasan ini ialah Plato.

Nama sebenar beliau ialah Aristokles. Plato dilahirkan pada 427M didalemudian am

keluarga golongan atasan Athens. Ayahnya bernama Ariston, seorang bangsawan

keturunan raja Kodrus. Ibunya bernama Periktisne dan berketuranan Salon, ibunya

seorang tokoh lagenda dan negarawan Athens. Dia digelar Plato dari seorang jurulatih

senamannya. Dalam bahasa Yunani, Plato berasal dari kata benda Platos membakwa

maksuk dengan hal demikian, nama plato bererti Si Lebar. Gelaran yang diberikan oleh

pelatihnya itu menjadi popular dan menjadi nama panggilannya sehari-hari. Bahkan

nama plato menjadi nama rasmi yang diabadikan melalui seluruh karyanya. Ketika

masih kecil, ayahnya telah meninggal dunia. Ibunya menikah dengan saudara ayah Plato

yang bernama Pyrilampes. Bapa saudara yang menjadi ayah tirinya itu adalah seorang

tokoh yang disegani di Athens. Plato dibesarkan dan dididik di Pyrilampes. Plato

meninggal dunia ketika berumar lapan puluh tahun dan semasa hayatnya dia hidup

membujang.

Falsafah yang ingin dikupas oleh penulis melalui tokoh falsafah ini ialah falsafah

tentang politik. Plato ialah seorang pemikir falsafahn politik yang unggul dan merupan

seorang perintis yang sangat berwibawa daslm bidang yang diceburinya. Plato telah

mengalami peristiwa sedih iaitu guru falsafah Plato iaitu Socrates yang telah dibicarakan

atas tuduhan mengajar ilmu palsu selagus dijatuhkan hukuman mati berdasarkan

peristiwa itulah Plato bangkit dan berazam untuk meneruskan ajaran Socrates. Plato amat

memusuhi sebarang bentuk kekerasan dan peperangan. Istilah peperangan bagidirinya

2
dianggap satu helah kumpulan berkepentingan untuk mencari keuntungan. Peperangan

juga baginya akan mawujudkan pertentangan kelas antara golongan kaya dan golongan

miskin. Plato merasakan adalah manjadi tanggungjawabnya untuk mengembalikan zaman

kegemilangan masyakat Yunani yang diwakilinya dengan menyarankan kepada masyakat

betapa perlunya satu system falsafah politik. Falsafah politik yang diasaskan oleh Plato

pada masa itu berteraskan keadilan. Pendapat Plato mengatakan hanya keadilan yang

dapat mengurangkan segala bentuk kekerasan. Plato juga melihat konsep keadilan dari

sudut dan kaca mata ahli ekonomi politik. Keadilan juga dikaitkan dengan pengkhususan

buruh di man tiap-tiap warga Negara perlu memiliki pekerjaan yang sesuai dan setaraf

dengan bakat atau kemahiran masing-masing. Walaubagaimanapun kelas-kelas ekonomi

yang diwujudkan bukanlah bersifat rigrid. Plato juga mengatakan pengkhususan

mengikut buruh tidak akan berkekalan daripada keadilan yang berteraskan hokum.

Sebagai sebahagian daripada falsafah politik yang dianggap klasik, falsafah

politik Plato berteraskan kepada etika yang pada masa itu menduduki tempat paling mulia

diantara segala ilmu pengetahuan. Bagi Plato kehidupan individu dan masyarakat itu

sendiri diwarnai dengan nilai-nilai kebajikan, keadilan, dan kebaikkan. Prinsip-prinsip

abstrak tentang kebajikan, kebaikkan, dan keadilan itulah yanga menjiwai falsafah politik

Plato. Falsafah politik plato berbeza dengan falsafah politik kontemporariyang

cenderung membahas istilah politik seperti kebebasan , kewibawaan, kekuasaan,

kewajipan dan sebagainya falsafah politik plato berupaya membahaskan dan

menghuraikan berbagi-bagai sudut kehidupan manusia dalam hubungannya dengan

3
negara. Dia nenerapkan konsep pemikiran tentaang manusia yang baik dan aman serta

memepersoalkan cara yang harus dilaluiuntuk mencapai konseppemikiran itu. Plato

berpendapat manusia dan Negara memiliki persamaan yang hakiki, oleh itu apabila

manusia itu baik Negara juga akan berada dalam keadaan baik dan bererti nagara yang

baik juga mempunyai manusia yang baik, manakala Negara yang buruk maka

manusianya turut dianggap buruk. Negara adalah pencerminan daripada manusia yang

menjadi warganya.

Menurut plato pada masa itu, gambaran tentang Negara benar-benar telah risak

Negara yang wujud pada masa itu begitu buruk dan sama sekali tidak mencerminkan

gambaran yang seharusnya sebagai mana yang ada dalam idea plato. Gambaran Negara

harus dipulihkan kembali dan Negara ideal hendaklah sentiasa diwujudkan. Plato turut

mengatakan Negara menjadi rosak akibat penguasa yang menyelewng. Plato merupakan

pengikut kepada Socrates iatu guru falsafah yang paling dikagumi, dihormti, dan

disayangi. Plato semakin hilang semangat untuk menempuh kerjaya politik ketika ia

mengetaui gurunyanya iaitu Socrates hendak ditangkap dan dibunuh untuk membolot

harta kekayaannya oleh kelompok tiga puluh tyranni. Sorates menolak dan ia terancam

dengan hukuman mati, tetapi kelompok tiga puluh tyranni itu telah tersingkir dari tembok

kekuasaan Athens. Pemulihan pemerintahan demokrasi itu telah membawa harapan baru

bagi seluruh rakyat Athens harapan baru itulah yang mendorong plato untuk berusaha

memperoleh kesempatan menempuh kerjaya dalam bidang politik. Namun semangatnya

4
kembali luntur kerana socretes ditangkap dan dihukum mati oleh pemerintah democrat

dengan tuduhan Socrates adalah seorang penjenayah yang menghasut golongan mda dan

tidak mempercayai golongan dewa dan mempercayai unsur-unsur ghaib. Kemtian

Socrates begitu mempengaruhi plato sehingga dia seolah-olah kehilangan segala-galanya.

Plato yang begitu dipengaruhi oleh Socrates menempatkan kebaikan dan kebajikan

sebagai idea yang tertinggi tidak hairanlah apabila beberapa orang ahli falsafah politik

menarik kesimpulan bahawa bagi plato Negara ideal adalah satu komuniti etnik bagi

mencapai kebajikan dan kebaikan itu.

Apabila plato mengatakan bahawa asal-usul manusia itu terletak dalam

keinginan dan keperluan manusia, dia menganggap Negara dibentuk untuk manusia.

Plato juga menganggap bahawa tujuaan Negara selari dengan tujan hidup manusia iaitu

mengutamakan kesenangan dan kebahagian hidup, maka tugas Negara adalah

mengusahakan cara untuk mendapatkan kesenangan dan kebahagian itu.dengan

mengatakan kesenanagan dan kebahagian tujuan hidup manusia, ia sama sekali tidak

bermaksud hendak mengajar, apalagi menganjurkan dan merangsang semangat

hedonisme iaitu ajaran yang menganjurkan dan merangsang semangat untuk mengejar

kenikmatan hidup. Bagi plato kesenangan dan kenikmatan hidup itu tidak dapat direnguk

melalui pemuasn hawa nafsu selama hidup di alam ini kerana apa yang ada di ala mini

hanyalah realiti semata-mata dari apa yang berada dalam idea, maka apabila seseorang

terpesona dan terpaku dengan realiti bayangan mereka akan mengejar bayangan itu

menyebabkan mereka tersesat ke alam yang tidak ketahuan dan penuh dengan penyesalan

5
dan kekecewaan. Bagi mencapai kesenangan dan kebahagian hidup manusia harus

memiliki ilmu pengetahuan yang akan menjadikannya bijak untuk meyelami segala

sesuatu yang berlaku. Bagi plato kesenangan dan kebahagian hidup yang sebenarnya

terletak didalam keberhasilannya untuk menjalaani satu kehidupan yang penuh dengan

kebaikan dan kebajikan. Plato juga berpendapat Negara yang bersendikan keadilan,

kearifan, keberanian, semangat dan pengendalian diri dalam menjaga keselarasan dan

keserasiaan hidup bernegara. Hanya Negara yang mempunyai cirri tersebut akan

sanggup untuk melaksanakan tugasnya menghasilkan kesenagan dan kebahagian hidup

sejati bagi setiap warganya. Selain itu, kesenangan dan kebahagian hidup yang sejati

bagi setiap warganya harus sentiasa berorientasi kepada asal-usul pembentukannya. Dia

menyedari bahawa Negara yang dibentuk oleh manusia yang memiliki keinginan dan

keperluan yang begitu banyak hanya dapat dipenuhi apabila manusia saling berkerjasama

untuk saling mencakupi keperluan masing-masing. Falsafah yang dikemukan juga

mengatakan Negara ideal harus dapat menundukkan hak dan kewajipan itu pada tempat

yang tepat dan mengatur agar kedua-duanya sentiasa selari dan dengan cara itulah Negara

dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya sesuai dengan fungsinya untuk

mencapai tujuan yang diimpikan oleh pemerintah Negara.

6
Kesimpulannya, berdasarkan daripada falsafah politik dapat di ketahui bahawa

plato amat menitik beratkan kesejahteraan negara dan kebahagian penduduknya. Retorik

politik pada masa kini kebanyakannya bukan lain bahkan retorik sahaja, tetapi retorik

yang mempengaruhi manusia dan menyebabkan berlakunya kejadian-kejadian

yang sebaliknya tidak berlaku. Retorik politik kita sekarang sudah ditembusi oleh cita-

cita yang langsung tidak ada dalam retorik zaman plato. Plato telah menyedarkan orang

ramai bahawa cita-cita dan kejayaan peribadi atau Negara bukanlah yang paling

mustahak dalam kehidupan dan kebaikan orang lain merupakan matlamat paling utama.

7
BIBLIOGRAFI

J.H Rapar. 1993. Falsafah Politik Plato. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

R.M.Hare. 1992. Pemikir-pemikir Agung Zaman Silam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Awang Sariyan . 2008.Falsafah dan Logika Melayu .Selangor: Synergate sdn.bhd

Hashim Musa. 2001. Falsafah, logik, Teori Nilai dan Ethika Melayu Suatu Pengenalan

http//www.wikipedia.plato.com.my

Anda mungkin juga menyukai