Anda di halaman 1dari 22

1

1.0

PENDAHULUAN Falsafah pendidikan di Malaysia terdapat di tiga peringkat iaitu pendidikan rendah, menengah dan

tinggi berdasarkan matlamat dan fungsinya tersendiri. Ia mengambilkira aspek falsafah, hasrat negara, nilai Islam, nilai tradisi budaya bangsa, potensi perkembangan personaliti pelajar dan perkembangan keilmuan. 1 Falsafah pendidikan nasional adalah untuk melahirkan ahli masyarakat yang berkeyakinan penuh dan berpegang kuat kepada agama dan berkeupayaan menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan negara.

Sebenarnya, pendidikan di Malaysia merupakan usaha menuju ke arah perkembangan maksimum potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dengan hasrat membentuk insan yang salih daripada aspek gabungan intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan estatika serta yang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ia adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berseni budaya, berkemahiran hidup, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat serta berkemampuan memberi sumbangan bakti terhadap perpaduan, keharmonian dan kemakmuran agama, bangsa dan negara.2 Falsafah pendidikan

merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi dalam pendidikan , ini kerana sikap manusia yang ingin dilahirkan bergantung kepada falasafah yang disalurkan melalui pendidikan . Jika falsafah pendidikan itu berteraskan kebendaan dan keduniaan , maka ianya akan melahirkan

masyarakat yang

hanya mementingkan keduniaan semata-mata sebagaimana

firman Allah dalam

surah al-Jathiah , 45 : 24 yang bermaksud : Dan mereka berkata : Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita didunia ini .. 3

Oleh itu, kajian kali ini bertujuan untuk meninjau bentuk falsafah pendidikan dari sudut kaca mata Islam dan juga barat. Pengkaji cuba melihat sejauhmanakah kesempurnaan falsafah pendidikan Islam atau
1

Kamarudin Hj. Kachar, Strategi Penerapan Nilai-nilai Islam di Institusi Pendidikan (Dari perspektif pengurusan) Teks Publishing Sdn. Bhd. - 1989 2 Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Januari 1988 3 Sheikh Abdullah Basmeih , 1985 , Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran , Kuala Lumpur , Bahagian Hal Ehwal Islam , Jabatan Perdana Menteri , hlm 1337

barat berdasarkan bentuk definisi, konsep, ciri, prinsip, nilai, cabang serta fahaman dan bentuk pemikiran yang diamalkan oleh para sarjana dalam falsafah pendidikan sama ada di Barat atau dunia Islam. Seterusnya tindakan pengkaji untuk membandingkan kedua-dua bentuk falsafah pendidikan Islam dan barat dalam kajian ini adalah semata mata untuk memudahkan kita menilai keseluruhan maltlamat falsafah pendidikan Islam atau barat itu dibentuk dan juga secara tidak langsung memberi ruang untuk kita menilai sendiri kelebihan dan kelemahan kedua-dua falsafah pendidikan tersebut.

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM DAN BARAT 2.1 SUDUT PANDANGAN ISLAM 2.1.1 Konsep Falsafah Pendidikan Islam Hassan Langgulung (1991), mendefinasikan falsafah pendidikan Islam sebagai sejumlah

prinsip, kepercayaan dan premis yang diambil dari ajaran Islam atau sesuai dengan semangatnya serta mempunyai kepentingan terapan dan bimbingan dalam bidang pendidikan.4 Manakala Assyaibani pula mendefinisikan falsafah pendidikan Islam sebagai melaksanakan teori dan metod falsafah di bidang pengalaman manusia yang dipanggil pendidikan. Falsafah Pendidikan Islam juga berusaha melahirkan individu yang soleh dan seterusnya melahirkan warganegara yang beriman dan beramal soleh.5 Ini jelas sebagaimana tuntutan Allah dalam firmanNya surah al-Asr, 103 : 1-3 yang

bermaksud : Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran.
6

berpesan-pesan dengan

Ia juga berusaha melahirkan insan

yang mempunyai keseimbangan dari segi

kebendaan dan rohani. Oleh itu insan yang dididik berteraskan falsafah pendidikan Islam akan bersifat taqwa, iffah, ikhlas, benar dalam percakapan, amanah dalam pekerjaan, istiqamah dalam tingkah laku dan seterusnya memiliki sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi seperti al-rahmah, berbuat

4 5

Hassan Langgulung, 1991, Asas-Asas Pendidikan Islam, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 44. Ahmad Mohd. Salleh, 1997, Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi, Metodologi, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, hlm 26. 6 Sheikh Abdullah Basmeih, op.cit, hlm 1725.

baik kepada jiran, suka menolong orang-orang yang lemah, menghormati hak-hak orang lain serta berusaha kearah melahirkan insan yang berkeperibadian tinggi .

Menurut Mohd. Kamal Hassan ( 1987) falsafah pendidikan Islam juga menekankan konsepkonsep seperti pendidikan seumur hidup, pembangunan seluruh potensi ( Roh ,akal dan jasad) secara sepadu mencakupi aspek kognitif, efektif dan volitional, menyampaikan dua fungsi (sebagai hamba kepada Allah (ubudiyyah) dan sebagai khalifah Allah), memakmurkan seluruh alam, kesepaduan dan kesempurnaan iman , ilmu dan amal soleh, dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat .
7

2.1.2

Sejarah Dan Perkembangan Falsafah Pendidikan Islam Sejarah falsafah pendidikan Islam secara asasnya wujud seiringan dengan perlantikan nabi

Adam alaihi salam sebagai khalifah di atas muka bumi oleh Allah S.W.T. Ini berlaku apabila nabi Adam (a.s.) telah diajarkan oleh Allah tentang nama-nama sesuatu benda dan mengutuskan nabi Adam ke atas muka bumi ini untuk menjadi khalifah yang akan memimpin dan memakmurkan muka bumi ini. Selanjutnya wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad

berkisar tentang suruhan Allah untuk membaca dan menuntut ilmu dengan nama Allah yang Maha Pencipta. Arahan ini menjadi asas kepada pembentukan falsafah pendidikan Islam. Falsafah pendidikan Islam terus rasulullah, zaman melahirkan menjadi teras ar-rasyidin, dan diamalkan dalam kerajaan Bani kehidupan Islam pada zaman sehingga

khulafa

Umayyah, Bani Abbasiyyah

tokoh-tokoh yang terkenal dan menjadi rujukan dalam pelbagai bidang ilmu dan

kehidupan seterusnya membentuk tamadun Islam yang yang ulung. Sebagai contoh, perkembangan pesat pendidikan pada Zaman Abbasiyyah menurut kajian yang dibuat oleh Profesor Tritton
8

sehingga pertengah kurun ke 7 Hijrah (13 M) terdapat kira-kira 75 institusi pengajian tinggi di Kaherah, 51 di Damshiq dan 78 di Aleppo .
7

Mohd. Kamal Hassan, 1987, Pendidikan Dan Pembangunan: Satu Perpektif Bersepadu, Nurin Interprise, Kuala Lumpur, hlm 24 . 8 Ismail Bakar, 1999, Sejarah Dan Tamadun Islam, Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM, Bangi, hlm 194.

2.1.3

Matlamat Akhir Falsafah Pendidikan Islam Falsafah pendidikan Islam bermatlamatkan untuk menuntut ilmu dan kemahiran sebagai satu

ibadat kepada Allah, seterusnya dapat menjalankan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi demi mencapai keredhaan Allah di dunia dan di akhirat .

Abdul Rahman Aroff

(1988)

menyatakan bahawa matlamat terakhir falsafah pendidikan

Islam ialah untuk melengkapkan setiap individu manusia dengan pengetahuan Islam supaya ia dapat hidup sebagai seorang yang beriman, berakhlak tinggi, berpengetahuan dan beramal soleh. Disamping itu, pengetahuan itu juga dapat menyedarkan manusia tentang
9

tugas utamanya sebagai khalifah

Allah, dan tarafnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Langgulung (1986) menyatakan matlamat akhir

Manakala menurut Prof . Dr. Hassan pendidikan Islam ialah untuk

falsafah

perkembangan secara menyeluruh personaliti manusia dalam aspek rohaniah, psikologi , intelektual dan jasmaniah bagi mengimbangi di antara kemestian kehidupan di dunia dan di akhirat .10

2.1.4

Ciri-Ciri Falsafah Pendidikan Islam Falsafah pendidikan Islam mestilah bercirikan dan berteraskan panduan dan asas yang telah

ditetapkan dalam

agama Islam. Allah Taala telah mengariskan ciri-ciri

dan syarat-syarat tertentu

yang mesti digunapakai dalam merangka dasar falsafah pendidikan Islam. Manusia tidak boleh mencipta falsafahnya sendiri tanpa merujuk dan berpandukan ketetapan Allah. Falsafah pendidikan yang tidak menepati kehendak ciri-ciri falsafah pendidikan Islam dengan sendirinya terkeluar

daripada pengertian pendidikan Islam. Falsafah pendidikan Islam mesti menjurus dan membawa kepada keredhaan Allah bukan sahaja didunia tetapi juga diakhirat. Ia juga mesti tidak terkeluar daripada konsep beribadat kepada Allah. Ini jelas sebagaimana firman Allah dalam surah az-

Zaariyat , 51 : 56 , yang bermaksud, Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
9

Abdul Rahman Aroff, 1987, Falsafah dan Konsep Pendidikan, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya, hlm 58 . Hassan Langgulung, 1986, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 2 .
10

melainkan untuk

beribadat kepada Ku.

11

Asyaibani (1979) pula, merumuskan bahawa falsafah

pendidikan Islam mesti mengandungi ciri-ciri dan syarat-syarat tertentu seperti berikut: a. Falsafah pendidikan Islam hendaklah sesuai dengan roh Islam, aqidah dan undangundang Islam. Tanpa syarat ini ia tidak dinamakan pendidikan Islam. b. Falsafah pendidikan Islam hendaklah berkaitan dengan realiti masyarakat dan

hubungannya dengan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. c. Pembinaan haruslah didasarkan kepada aspek kehidupan manusia yang berkaitan

dengan ilmu pengetahuan dan cabangnya serta pengalaman kemanusiaan. d. Falsafah pendidikan Islam adalah bersifat universal yang didasarkan kepada faktor sosial , budaya , spiritual, ekonomi , politik, pendidikan , psikologi dan sebagainya . e. Falsafah pendidikan Islam bersifat memilih supaya ia sesuai dengan roh Islam.

f. Falsafah pendidikan Islam hendaklah didasarkan kepada contoh yang jelas. g. Falsafah pendidikan Islam seharusnya bebas dari pertentangan dan percanggahan dasarnya dan antara prinsip-

antara prinsip-prinsip dan kepercayaan yang menjadi prinsip ini dengan perlaksanaan amalinya .
h.

Falsafah pendidikan Islam seharusnya bersifat dinamik, berkembang , sesuai dengan perkembangan penyelidikan dan kajian-kajian dalam pendidikan yang pelbagai.
12

2.1.5

Cabang Atau Hakikat Falsafah Pendidikan Islam Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan dari tasawwur Islam secara menyeluruh dan

berkisar di sekitar tiga cabang atau hakikat yang besar iaitu hakikat ketuhanan, alam dan manusia. 2.1.5.1 Hakikat ketuhanan Nadiat Jamaluddin (1983) menyatakan bahawa hakikat ketuhanan merupakan konsep

rububiyyah dan uluhiyyah Allah, di mana segala urusan diserah kepada Allah yang mencipta

11 12

Sheikh Abdullah Basmeih, op. cit, hlm 1411. Ahmad Mohd. Salleh, op. cit, hlm 32-33.

manusia dan alam. Allah merupakan punca dan sebab dalam urusannya menyebabkan wujudnya kaainat ini. 2.1.5.2 Hakikat alam Alam dijadikan antara tanda-tanda kebesaran Allah. Manusia akan mendapat tasawwur yang jelas tentang kewujudan Allah melalui pemerhatiannya terhadap alam dan seluruh isi

kandungannya. 2.1.5.2 Hakikat manusia Manusia pula adalah sebahagian daripada alam, tetapi alam dijadikan untuk kemudahan

manusia supaya manusia dapat menggunakannya untuk mengabdikan diri kepada Allah. Hubungan manusia dengan alam adalah dalam bentuk manusia sebagai tuan, tetapi dalam masa yang sama manusia mesti menunjukkan bahawa ia adalah hamba kepada Allah. Manusia juga bertindak

sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. 13

Ketiga-tiga hakikat ini adalah untuk membentuk manusia. Ini bermakna

bahawa proses

pembentukan dan pendidikan itu tidak boleh terkeluar daripada landasan atau hakikat yang telah dibincangkan. Wahyu yang pertama diturunkan iaitu dalam surah al-Alaq, 96 : 1-4 , yang bermaksud Bacalah wahai Muhammad, dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk) Ia

menciptakan manusia dari Pemurah, yang mengajar

segumpal darah beku, bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha manusia melalui pena dan tulisan.
14

Wahyu

yang

pertama

ini

mengandungi perintah yang menyuruh manusia belajar mengenal Tuhan, memahami fenomena alam, memahami diri sendiri serta menghayati bahawa cara hidup yang baik adalah tergolong dalam perkara ini dianggap sebagai teras kepada falsafah

prinsip akidah, ilmu dan amal. Ketiga-tiga pendidikan Islam.

13 14

Ibid., hlm 30-31. Sheikh Abdullah Basmeih , op.cit ., hlm 1704.

Abdul Rahman Aroff (1988) menyatakan cabang dan skop pendidikan Islam amat luas dan menyeluruh, mencakupi perkara-perkara kesihatan, pendidikan akhlak, pendidikan seperti pendidikan tauhid, pendidikan akal, pendidikan akidah, pendidikan emosi, pendidikan estetika, dan

pendidikan sosial.15 Manakala menurut Hasnan Kasan (1998), falsafah pendidikan Islam bersifat menyeluruh dengan merangkumi keseluruhan aspek keperluan manusia dengan mengambil kira tuntutan spiritual dan material. 16

2.1.6 Perlaksanaan Falsafah Pendidikan Islam Di Malaysia Kementerian Pendidikan telah berusaha untuk mempastikan konsep falsafah pendidikan Islam dapat dilaksanakan di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Melalui Akta Pelajaran 1961, seseorang murid Islam mesti diberi Pendidikan Islam selama masa ia berada di sekolah rendah dan menengah. Pada masa kini kerajaan menetapkan sekolah-sekolah yang mempunyai sekurang-kurang 5 orang murid Islam wajib diajar Pendidikan Islam. Sehubungan dengan itu juga, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) telah menetapkan falsafah pendidikan Islam sebagaimana berikut; Falsafah pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penhayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian mempunyai tanggungjawab dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang

untuk

membangunkan

diri, masyarakat, alam sekitar dan

negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. 17

Abdul Hamid Othman (1992), menerangkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menerapkan falsafah pendidikan Islam dalam sistem pendidikan di Malaysia. Usaha-usaha tersebut antaranya guru-guru di maktab-maktab perguruan didedahkan dengan falsafah pendidikan
15 16

Abdul Rahman Aroff, op. cit, hlm 59. Hasnan Kasan, 1998, Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia B , Pusat Pengajian Umum, UKM, Bangi, hlm 23. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, JAPIM KPM, Kuala Lumpur, hlm v

17

Islam, penulisan buku-buku teks digalakkan memasukkan unsur-unsur pendidikan akhlak dan akidah, guru-guru Pendidikan Islam didedahkan dengan pelbagai pengetahuan lain supaya dapat dikaitkan dengan aqidah dan akhlak, dan Kursus Tamadun Islam telah diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab-maktab perguruan mulai tahun 1983.18 Usaha dan langkah yang telah, sedang dan akan diambil dalam sistem pendidikan kita diharapkan dapat merealisasikan konsep dan

perlaksanaan falsafah pendididikan Islam di Malaysia dengan lebih berkesan kearah pencapaian Wawasan 2020 dan wawasan akhirat yang pasti hadir. Dr. Wan Mohd Zahid ( 1993) menegaskan Pendidikan Islam era 2020 perlu menampilkan generasi muslim yang kukuh iman, yang menguasai semua ilmu pengetahuan yang tinggi dan canggih, berketrampilan, yang berakhlak mulia, yang memiliki budaya kerja hebat, yang sentiasa berbakti kepada agama, bangsa dan negara.19

2.2 2.2.1

SUDUT PANDANGAN BARAT Definisi dan konsep falsafah pendidikan barat John Dewey yang merumuskan falsafah secara umumnya sebagai suatu alat untuk membuat

penyesuaian di antara lama dengan yang baru.

20

Seterusnya, apa pula yang dikatakan sebagai falsafah

pendidikan khususnya yang berkaitan dengan dunia barat. Perkembangan falsafah pendidikan terbahagi kepada tiga zaman. Pertama, falsafah pendidikan Yunani yang menjadi asas dalam pembentukan pendidikan barat. Zaman kedua ialah zaman falsafah Kristian dan kemudian barulah falsafah zaman moden.

Menurut Tajul Ariffin Noordin, falsafah pendidikan moden menurut perspektif barat hanyalah hasil daripada pemikiran dan pencarian manusia yang semata-mata berasaskan potensi akal, pancaindera dan pengalaman.
18

21

Harry S. Broudy pula berpendapat bahawa tidak satu pun penulisan (buku) secara tepat

Abdul Hamid Othman, 1992, Kumpulan Kertas Kerja UKM ; Pendidikan Islam Malaysia , Penerbit UKM, Bangi, hlm 35-36 . 19 Wan Mohd. Zahid Mohd Nordin, 1993, Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, hlm 72 . 20 Abd. Fatah Hasan (penyusun), 1982, Pengenalan falsafah pendidikan, Pusat Pengajian Kemanusiaan Bahagian Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 8-11. 21 Tajul Ariffin Noordin, 1993, Perspektif falsafah dan pendidikan di Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 3.

mengandaikan sebarang pemahaman mengenai skop, kaedah dan kesusasteraan berkaitan falsafah pendidikan.
22

Menurut G. Terry Pge dan J.B. Thomas, falsafah pendidikan adalah cabang kepada ilmu

pendidikan yang mana menghuraikan tentang objektif pendidikan dan nilai. 23

Falsafah pendidikan juga didefinisikan sebagai sama dengan falsafah dari proses pendidikan atau falsafah dari disiplin pendidikan. 24 Jadi secara umumnya boleh dirumuskan bahawa falsafah penddikan sebenarnya merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan dan prinsip umum dalam membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Falsafah pendidikan yang pesat dalam menggunakan bahasa Inggeris di seluruh dunia sebenarnya dijangka bermula atau dibangunkan oleh John Dewey, seterusnya melalui revolusi perkembangan ilmu falsafah telah membentuk ilmu falsafah pendidikan yang lebih berbentuk analitikal. 25

2.2.2

Fungsi falsafah pendidikan barat Berdasarkan pandangan penulis atau sarjana dari barat, falsafah pendidikan berperanan sebagai

pembangun kepada teori-teori pendidikan. Salah satu fungsi falsafah pendidikan ialah untuk membolehkan kita menganalisis pendidikan kepada aspek yang lebih sinifikan yang menjadi asas kepada pembangunan teori pendidikan. 26 Oleh yang demikian sesetengah penganalisis dalam bidang falsafah pendidikan di barat berpendapat bahawa sepatutnya dalam memahami ilmu falsafah pendidikan seharusnya kita membahagikan kajian dan analisis terhadap falsafah pendidikan itu kepada bahagian falsafah dan pendidikan, falsafah dalam pendidikan, falsafah untuk pendidikan, dan falsafah pendidikan itu sendiri. Dari ini, maka mudah untuk memahami apakah peranan falsafah dalam membangunkan teori-teori pendidikan yang wujud. Justeru, dengan cara demikian maka proses pembangunan pendidikan akan dapat dirancang dan diuruskan dengan berkesan.
22 23

Harry S. Broudy, 1961, Building a philosophy of education, Ed. Ke-2, Prentice Hall Inc, Englewood Cliffs. N.J., hlm 11. G. Terry & J.B. Thomas dlm Abd. Fatah Hasan, op-cit., hlm 109. 24 Ibid., hlm 109 25 Paul Smeyers & James D. Marshall, 1995, Philosophy and education; Accepting Wittgensteins challenge, Kluwer Academic Publishers, London, hlm 18. 26 Philip G. Smith, 1965, Philosophy of education; Introductory studies, Harper & Row, New York, hlm 70.

10

Manakala bagi John Paul Strain, fungsi falsafah pendidikan ialah untuk mengenalpasti dan menjelaskan justifikasi mengenai pendidikan dan justifikasi tersebut pula boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu teori, psikologi dan sosial. 27 Ini bermaksud segala penjelasan yang dihasilkan tersebut akan menjadi suatu analisis asas dalam menggerakkan praktikal falsafah pendidikan. Contohnya, justifikasi sosial iaitu ilmu falsafah pendidikan menganalisis hubungan manusia dengan hidupan lain. Hasil daripada analisis tersebut diguna pakai dalam praktikal pendidikan. Oleh sebab itulah, beliau berpendapat bahawa falsafah pendidikan adalah cabang yang unik dalam ilmu falsafah manusia.
28

Menurut John Paul Strain

lagi, falsafah pendidikan telah mencapai tahap yang boleh membawa fenomena kewujudan dimensi kehidupan manusia yang berintelektual. 29

2.2.3

Cabang falsafah pendidikan barat Di barat, kebanyakan sarjana falsafah mengkategorikan falsafah pendidikan kepada empat cabang

yang utama iaitu metefizik, epistemologi, aksiologi dan logik, di mana keempat-empat cabang tersebut mewakili keseluruhan ciri-ciri falsafah pendidikan barat yang wujud pada masa kini. Metefizik dalam bahasa Greek ialah meta bermaksud selepas.
30

Oleh itu, metafizik pada awalnya bermaksud segala yang

datang selepas kejadian fizik alam ini. Metafizik adalah cabang kepada falsafah pendidikan yang memberikan perhatian utama kepada realiti atau kewujudan mutakhir.
31

Kewujudan ini menjurus kepada

persoalan mengenai perkara seperti alam, jiwa atau roh dan juga kehidupan. Kewujudan mutakhir ada dua jenis iaitu wujud umum dan wujud mutlak. Wujud umum mengkaji tentang benda yang bersifat umum (berubah atau hilang), manakala wujud mutlak pula mengkaji tentang sesuatu yang ada secara benar-benar ada dan tidak ada permulaan dan tidak ada penghujungnya. Ia akan kekal wujud secara berterus-terusan tanpa perubahan. Harry S. Broudy juga sependapat dalam menyatakan bahawa metafizik merupakan alat

27 28

John Paul Strain, 1971, Modern philosophies of education, Random House, New York, hlm 3. Ibid, hlm 5. 29 Ibid, hlm 8. 30 Abd. Fatah Hasan, op-cit, hlm 18. 31 Tajul Ariffin Noordin, op-cit, hlm 3.

11

untuk kita percayakan tentang realiti, tentang pokok dan langit, kematian dan kebebasan, dunia dan diri sendiri. 32

Manakala epistemologi yang menjadi cabang kedua dalam falsafah pendidikan barat, adalah berkaitan tentang teori pengetahuan dan perihal mengetahui. Perkataan epistemologi adalah berasal dari gabungan dua perkataan Greek iaitu episteme dan ologi yang masing-masing membawa maksud pengetahuan dan kajian mengenai. Ringkasnya, epistemologi memberi makna kajian mengenai pengetahuan.
33

Menurut Harry S. Broudy

pula, epistemologi ialah cabang falsafah yang mana


34

mempelajari tentang struktur, kaedah dan kesahihan ilmu pengetahuan.

Oleh itu, epistemologi ini

mempunyai hubungan langsung dengan kaedah pendidikan, cara pengajaran dan kebenaran tentang ilmu yang dipelajari. Persoalan yang sering diwujudkan dalam epistemologi ialah berkaitan tentang apa yang dapat diketahui oleh seseorang, tentang kebenaran, tentang sesuatu penemuan dan pemikiran serta ilmu yang dikemukakan untuk keperluan pendidikan oleh seseorang pendidik. Penemuan di sini bukan bermaksud penemuan sains kerana ahli epistemologi berbeza dengan ahli sains. Mereka lebih berminat tentang konsep dan juga fakta. Konsep yang dimaksudkan seperti konsep perasaan, pengamatan, pembelajaran dan pengukuhan. Ahli epistemologi perlu memberi perhatian dan mendalami konsep kerana kesilapan dalam memberikan atau menggunakan konsep akan menyebabkan penerangan yang salah tentang fakta yang dikemukakan.

Seterusnya, cabang falsafah pendidikan yang ketiga menurut pandangan barat ialah aksiologi. Aksiologi dari sudut pandangan barat ialah bidang kajian tentang nilai. Nilai tersebut melibatkan nilai baik dan nilai buruk. Isu yang dikaitkan dengan nilai pula ialah berkenaan keobjektifan nilai atau kesubjektifan nilai, bersifat peribadi atau tidak peribadi. Ini bermaksud nilai itu boleh berubah atau tetap dan adakah nilai itu mempunyai peringkat. Isu kedua yang dikaitkan dengan nilai ialah tentang ukuran yang harus digunakan
32

Harry S. Broudy, op-cit, hlm 11. Abd. Fatah Hasan, op-cit, hlm 31. 34 Harry S. Broudy, op-cit, hlm 11.
33

12

untuk membuat pertimbangan moral. Nilai yang subjektif bermakna nilai yang diletakkan oleh manusia menurut kesukaannya, sedangkan nilai yang objektif merupakan nilai yang wujud dengan sendirinya tanpa mengikut kesukaan manusia.
35

Contoh yang paling sesuai ialah tentang nilai cantik. Pandangan yang

berbeza bagi sesuatu kecantikan yang berubah mengikut pandangan manusia dan ukurannya pun berbeza tahap sama ada terlalu cantik atau sederhana cantik. Manakala bagi nilai yang objektif, sukar untuk kita bayangkan dari sudut penilaian manusia mengenai alam. Contoh nilai yang objektif ini melibatkan sifat ketuhanan, iaitu Tuhan yang maha adil, Tuhan yang maha pemurah dan banyak lagi.

Cabang aksiologi ini juga dari kaca mata barat boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu etika dan estetika. Bidang etika ialah berkaitan dengan kajian tentang nilai moral dan peraturan kelakuan yang baik dan betul. Sebaliknya bidang estetika pula mengkaji nilai kecantikan dan seni. Namun begitu, Harry S. Broudy dalam tulisan beliau tidak sependapat dengan pandangan di atas. Beliau memisahkan antara etika dengan estetika sebagai satu sub bidang dalam falsafah pendidikan. Pengertian beliau mengenai etika dan estetika adalah sama. Etika ialah kajian tentang falsafah moral berkenaan penilaian mengenai sesuatu yang memuaskan atau tidak memuaskan, betul atau salah, baik atau buruk, sifat baik atau tidak. disiplin kajian mengenai penilaian tentang objek yang cantik dan hodoh. 37
36

Estetika pula,

Cabang falsafah pendidikan yang keempat menurut pandangan barat ialah logik. Perkataan logik ini berasal dari perkataan Greek iaitu logos. Dalam bahasa Greek perkataan logos ini bermaksud ayat, perbincangan atau undang-undang yang menggunakan prinsip-prinsip yang rasional.
38

Logik ialah satu

kaedah berfikir yang mengandungi pemikiran yang betul, bersistematik, beradab dan yang boleh dipercayai. Apabila kita menggunakan sesuatu pernyataan dan pernyataan tersebut membentuk pernyataan baru, maka ianya disebut sebagai penyimpulan logik. Terdapat dua bentuk logik iaitu logik deduktif dan

35 36

Tajul Ariffin Noordin, op-cit, hlm 5. Harry S. Broudy, op-cit, hlm 12. 37 Ibid., hlm 13 38 Abd. Fatah Hasan, op-cit, hlm 93.

13

logik induktif.

39

Logik deduktif bermaksud dari pernyataan umum kita membentuk pernyataan khusus.

Logik induktif pula berkaitan dengan pernyataan khusus akan membentuk generalisasi atau pernyataan umum. Walau bagaimana pun, segala pertimbangan dan pembentukan pernyataan baru tersebut hanya melibatkan akal semata-mata dan oleh itu ia terdedah kepada kemungkinan berlaku kesilapan. Selain daripada dua bentuk logik tadi, terdapat dua lagi logik yang berbeza. Logik tersebut ialah logik Matematik dan logik simbolik.
40

Perbezaan dua logik ini berbanding logik deduktif dan induktif ialah kemungkinan

untuk berlaku kesilapan tidak wujud kerana hukumnya adalah tetap.

2.2.4

Fahaman falsafah pendidikan barat Perkembangan falsafah pendidikan di barat telah berjaya mewujudkan fahaman yang berbeza-beza.

Fahaman yang berbeza ini telah menwujudkan prinsip-prinsip yang tersendiri yang membolehkan mereka membezakan fahaman mereka itu dengan yang lain. Antara fahaman yang jelas wujud dan dipraktikkan di barat ialah fahaman idealisme, fahaman realisme, fahaman pragmatisme, fahaman perennialisme dan fahaman essentialisme.

2.2.4.1

Fahaman idealisme. Fahaman ini merupakan fahaman yang tertua sekali di barat. Ia melibatkan

kajian tentang perkara yang berkaitan dengan idea, roh, akal, perkara dunia yang nyata dan tidak nyata yang berlaku di alam universal. 41 Menurut fahaman ini, oleh kerana jiwa, akal, roh, nafsu dan banyak lagi yang wujud dalam diri manusia maka adalah perlu manusia mempergunakan, membimbing dan memperkembangkan jiwa dan akal ke arah pembentukan kesempurnaan diri. Idealisme mempunyai dua bentuk asas iaitu idealisme metafizik yang menekankan prinsip semua realiti berpunca dari kerohanian dan fikiran. Manakala idealisme epistemologi berkaitan persoalan atau prinsip tentang pengetahuan dari otak yang diperolehi dari keimanan, taakulan, intuisi dan kaedah saintifik akan diterima oleh manusia walau wujud bukti yang bertentangan dengannya. Idealisme dalam pendidikan boleh dihuraikan kepada dua tahap
39 40

Tajul Ariffin Noordin, op-cit, hlm 6. Abd. Fatah Hasan, op-cit, hlm 99-100. 41 Ibid, hlm 133.

14

iaitu penekanan kepada latihan intelektual dan kepercayaan kepada keistimewaan manusia.

42

Antara

tokoh-tokoh yang terlibat dalam fahaman ini ialah George Berkeley, Burler, Froebel, Leibniz, Kant, Plato, Fichte dan G.W.F.Hegel.

2.2.4.2

Fahaman Realisme. Mazhab (fahaman) realisme yang dikenali sebagai mazhab materialisme atau
43

naturalisme berpendirian bahawa pengetahuan ialah gambaran yang baik dan tepat daripada kebenaran. Ini membawa pengertian bahawa segala pengetahuan yang baik yang

diperolehi di dunia ini

mengambarkan kebenaran tentang dunia dan alam lain. Selain itu, realisme merupakan permahaman tentang keadaan yang sebenarnya berlaku, cara manusia berfikir dengan berpegang kepada kebenaran yang nyata serta melibatkan pancaindera. Fahaman ini berpegang kepada prinsip iaitu terdapat sebuah dunia yang mempunyai kewujudan sebenar tetapi belum diketahui oleh manusia (kepercayaan yang dipegang oleh realisme agama), Kewujudan manusia telah membongkar kewujudan sekarang ini dan pengetahuan tentang kewujudan tersebut telah memberi panduan kepada manusia dalam memahami kelakuan individu dan sosial (kepercayaan yang dipegang oleh realisme natural dan sains yang telah menolak kebenaran wahyu). Tokoh-tokoh yang terlibat dalam fahaman ini ialah Aristotle, Broudy, Pestalozzi, Immanuel Kant, Radelais, Francis Bacon dan John Amos Comenius.

2.2.4.3

Fahaman pragmatisme. Perkataan pragmatisme berasal daripada istilah Greek iaitu pragma

yang bererti kerja. Pragmatisme bolehlah dimaksudkan sebagai kaedah mengatur dan mengurus perkara yang harus dilakukan oleh seseorang.
44

Kewujudan fahaman falsafah ini ialah bertujuan untuk membantu

manusia membina kehidupan serta untuk membantu manusia memenuhi keperluan mereka. Jadi, berdasarkan teori pragmatisme, segala aktiviti intelek dan cara berfalsafah manusia adalah bertujuan untuk menghapuskan kesusahan yang timbul. Mereka percaya kepada prinsip tentang kesusahan yang timbul dari pengalaman semasa berinteraksi dengan persekitaran hanya dapat diatasi dengan kebolehan individu dalam
42

John Paul Strain, op-cit, hlm 125. Tajul Ariffin Noordin, op-cit, hlm 8. 44 Ibid, hlm 10.
43

15

menyelesaikan masalah masing-masing. Manakala, kejayaan dalam menyelesaikan masalah sebenarnya banyak dibantu oleh pendidikan kerana dari pendidikan manusia memperolehi kemahiran dan kaedah yang canggih dalam menyelesaikan masalah dalam kehiduapan. Antara tokoh-tokoh fahaman ini ialah William James, Charles Peirce, John Locke, Jean-Jacques Rousseau, Charles Darwin, John Dewey dan Ferdinand C.S. Schiller.

2.2.4.4

Fahaman Perennialisme. Menurut fahaman ini, prinsip-prinsip dasar pendidikan untuk seluruh

manusia adalah kekal dan tidak berubah mengikut zaman. Fahaman ini berlandaskan kepada kepercayaan bahawa segala prinsip moral dan corak pendidikan adalah sama dan berbentuk universal, maka ia perlu dipatuhi semua masyarakat. Prinsip-prinsip dasar pendidikan yang dimaksudkan ialah manusia secara amnya adalah sama dan pendidikan haruslah sama untuk semua manusia, manusia adalah makhluk yang rasional (berakal) dan pendidikan hendaklah menjurus kepada pembentukan rasionaliti
45

atau dengan kata

lain manusia perlu melakukan sesuatu tingkahlaku atau perbuatan yang baik sahaja (yang rasional) sama ada melalui bimbingan atau pertimbangan peribadi. Prinsip ketiga, penyelarasan manusia terhadap

kebenaran (ilmu pengetahuan), dan prinsip yang terakhir ialah ilmu dan pendidikan adalah suatu persediaan bagi manusia untuk meneruskan kehidupan.
46

Antara tokoh-tokoh fahaman ini ialah Thomas Aquinas,

Hutchins, Adler, Aristotle dan Richard Livingston.

2.2.4.5

Fahaman essentialisme. Fahaman ini amat berbeza dengan fahaman lain kerana ahli falsafah

essentialisme menolak semua label yang cuba untuk mengkategorikan fahaman tersebut kepada satu sistem falsafah sama ada sistem falsafah tradisional atau sistem falsafah semasa dalam masyarakat. Fahaman essentialisme ini berlandaskan kepada prinsip iaitu manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk menetapkan matlamat dan membuat keputusan yang bebas daripada norma kumpulan.
47

Prinsip

tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa falsafah essentialisme ini berpendapat semua pemikiran
45

Abd. Fatah Hasan, op-cit, hlm 173-174. Ibid, hlm 175-176. 47 Tajul Ariffin Noordin, op-cit, hlm 13.
46

16

yang wujud adalah pemikiran seseorang individu yang tidak terikat atau terikut dengan falsafah individu lain atau pemikiran semasa dalam masyarakat tersebut. Asas fahaman ini, cuba memperjuangkan kebebasan dalaman manusia dalam menentukan hala tuju kehidupan masing-masing. Namun begitu, falsafah ini nampaknya terlalu bersifat individualistik, subjektif kerana dipengaruhi intuisi, emosi dan penghayatan seseorang dan kebarangkalian segala tindakan yang akan diambil akan bertentangan dengan norma masyarakat setempat. John Paul Strain pula berpendapat bahawa essentialisme cenderung kepada perkembangan sastera atau seni yang berasaskan kewujudan dalaman diri dan pengurusan kehidupan melebihi mana-mana program falsafah. 48 Antara tokoh-tokoh fahaman ini ialah William C. Bagley, Henry Morrison, Thomas Briggs, Frederick Breed, Isaac L, Kandel, Rass Funney dan William Brickman. 49

2.2.5

Falsafah pendidikan barat dalam sistem pendidikan di Malaysia Sebelum Falsafah Pendidikan Negara diperkenalkan kepada pelajaran sekolah rendah dan menegah

dan juga pusat pengajian tinggi, biasanya guru-guru didedahkan terlebih dahulu dengan konsep pengertian falsafah barat. 50 Namun, Falsafah Pendidikan Negara telah menggabungjalinkan falsafah pendidikan barat dan Islam. Konsep falsafah barat masih dipraktikkan di Malaysia pada masa kini yang menjuruskan kepada aktiviti mencari kebenaran melalui kegiatan berfikir secara mendalam. Falsafah pendidikan barat menekankan sistem persekolahan formal, di mana pelajar wajib belajar di sekolah-sekolah yang merupakan organisasi tersusun dan mempunyai struktur serta hierarki dalam pengurusan dan pentadbiran. Bentuk pengurusan pusat pengajian tinggi juga mempunyai ciri-ciri sistem universiti di barat.

Malahan, di Malaysia penekanan KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) yang berkonsepkan sistem pendidikan dan falsafah pendidikan barat yang menjurus kepada perkembangan individu dalam aspek ilmu pengetahuan. Penekanan itu bermatlamat melahirkan insan yang berilmu dan berdaya saing. Di samping itu, di dalam KBSR dan KBSM
48 49

John Paul Strain, op-cit, hlm 470. Abd. Fatah Hasan, op-cit, hlm 177. 50 Mohd. Salleh Lebar, 2002, Perancangan pendidikan peringkat sekolah dan IPT, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd., hlm 10.

17

ini juga wujud penekanan nilai moral dan agama yang menjurus kepada penerapan nilai Islam. Begitu juga, sistem peperiksaan yang diamalkan sejak zaman sebelum merdeka sehingga kini tidak banyak bezanya. Kelulusan akademik dalam matapelajaran yang menjurus kepada pengetahuan dunia amat dipentingkan kerana ia menjamin masa depan pelajar. Sebaliknya ilmu akhirat atau agama sebagai yang kedua kerana ia bukan syarat untuk lulus peperiksaan dan mendapat sijil.

2.3 Persamaan antara falsafah pendidikan Islam dan falsafah pendidikan barat Persamaan antara dua falsafah pendidikan ini merupakan persamaan yang umum sahaja kerana bila dihuraikan dengan lebih spesifik maka kita akan menjurus kepada perbezaan yang ketara, di mana falsafah pendidikan Islam lebih menyeluruh dan merangkumi apa yang terdapat dalam falsafah pendidikan barat (yang tidak bertentangan dengan Islam). 2.3.1 Persamaan dalam definisi dan konsep. (a) Konsep falsafah dari sudut pandangan Islam dan barat iaitu melihat falsafah sebagai alat untuk membuat pembaharuan. (b) Perbincangan kedua-dua falsafah pendidikan mencakupi semua aspek iaitu aspek ketuhanan (metafizik), ilmu (espitimologi), nilai (aksiologi), dan logik. (c) Falsafah pendidikan Islam dan barat sama beranggapan bahawa objektif pendidikan dan nilai penting dalam penerapan kepada falsafah pendidikan. 2.3.2 Persamaan dalam fungsi atau matlamat akhir. (a) Matlamat untuk menganalisis dan membangunkan teori dan sistem pendidikan. (b) Mewujudkan masyarakat yang berintelektual dan bermoral. (c) Kedua-dua falsafah pendidikan ini meneliti bidang ilmu falsafah yang mencakupi hal-hal keduniaan dan alam roh serta ketuhanan. (d) Kedua-dua falsafah pendidikan ini juga mengutamakan kepentingan ilmu pengetahuan untuk pembangunan manusia. (e) Menekankan tentang nilai-nilai moral.

18

2.3.3

Persamaan dalam ciri-ciri falsafah pendidikan. (a) Percaya kepada alam lain selain alam dunia nyata ini. (b) Percaya tentang roh (wujud dalam fahaman realisme sahaja). (c) Menekankan bahawa manusia perlu berubah dan berusaha untuk kemajuan (diutarakan oleh fahaman pragmatisme). (d) Menganggap ilmu penting untuk kehidupan (diperjuangkan oleh fahaman perenialisme).

2.4 Perbezaan antara falsafah pendidikan Islam dan falsafah pendidikan barat 2.4.1 Perbezaan definisi dan konsep Falsafah Pendidikan Falsafah pendidikan Islam merupakah intipati dan komponen yang paling penting dalam pendidikan. Falsafah pendidikan barat lebih kepada pendekatan untuk mengkaji beberapa aliran fahaman terhadap pendidikan yang muncul dalam masyarakat barat. Definasi falsafah pendidikan Islam sebagai sejumlah prinsip, kepercayaan dan premis yang diambil dari ajaran Islam atau sesuai dengan semangatnya serta mempunyai kepentingan terapan dan bimbingan dalam bidang pendidikan. Takrif falsafah pendidikan barat ialah cabang kepada ilmu pendidikan yang menghuraikan tentang objektif pendidikan dan nilai. Falsafah pendidikan Islam berkonsepkan pendidikan seumur hidup untuk membangun

seluruh potensi roh, akal dan jasad secara bersepadu. Mementingkan konsep ubudiyyah dan khalifah yang diamanahkan untuk memakmurkan alam berdasarkan ilmu, iman dan amal soleh bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Falsafah pendidikan barat dapat dirumuskan sebagai suatu sistem kepercayaan, pegangan dan prinsip umum dalam membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan

19

pendidikan. Ia lebih berpandu kepada pemikiran dan pencarian manusia berasaskan potensi akal semata-mata. 2.4.2 Pebezaan sejarah dan perkembangan Falsafah Pendidikan Falsafah pendidikan Islam lahir seiring dengan perlantikan nabi Adam (a.s.) sebagai

khalifah Allah diatas muka bumi. Ia juga berasaskan kepada wahyu pertama kepada nabi Muhammad dan berkembang pada zaman Rasulullah, Khulafa ar-Rasyidin, Umayyah, Abbasiyyah dan lain-lain sehingga terbina tamadun Islam. Perkembangan falsafah pendidikan barat pendidikan mempelopori Yunani, falsafah Kristian terbahagi kepada tiga zaman, iaitu dan falsafah moden. Di antara falsafah yang

tokoh

zaman pertama ialah Plato dan Aristotles, manakala pada zaman kedua

ialah Thomas Aquines, pada zaman ketiga pula melahirkan tokoh seperti John Dewey. 2.4.3 Perbezaan matlamat akhir / fungsi Falsafah Pendidikan Falsafah pendidikan Islam ialah satu usaha untuk melahirkan individu yang seimbang, sejahtera di dunia dan di akhirat. Ia juga berfungsi untuk melengkapkan setiap individu dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat hidup sebagai seorang yang beriman, berakhlak tinggi dan beramal soleh seterusnya dapat menjalankan tugasnya hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi. Fungsi falsafah pendidikan barat adalah sebagai pembangun kepada teori-teori pendidikan supaya kita dapat menganalisis pendidikan kepada aspek yang lebih signifikan. Di sebagai

samping itu tujuan atau matlamat pendidikan meliputi hal perkembangan individu atau kesedaran kendiri dan juga dalam hal perhubungan di antara matlamat-matlamat

pendidikan dan matlamat-matlamat sosial.

20

2.4.4

Perbezaan ciri-ciri Falsafah Pendidikan Falsafah pendidikan Islam mestilah merujuk dan berpandukan ketetapan Allah,

berkonsepkan ibadat untuk mencapai keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. Ia juga mesti sesuai dengan roh, akidah dan undang-undang Islam. Ciri-ciri falsafah pendidikan barat dapat didasarkan kepada intipati daripada cabang-

cabang falsafah barat seperti metafizik, epistimologi, aksiologi dan logik. 2.4.5 Perbezaan cabang/fahaman/hakikat Falsafah Pendidikan Falsafah pendidikan Islam diasaskan kepada tasawwur Islam yang menyeluruh dalam 3 aspek atau hakikat iaitu hakikat ketuhanan yang menekankan konsep uluhiyyah dan

rububiyyah Allah. Kedua ialah hakikat alam yang merupakan tanda kewujududan dan kebesaran Allah dan yang ketiga ialah hakikat manusia iaitu hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam sekitar. Fahaman falsafah pendidikan barat dapat dibahagikan kepada 5 fahaman iaitu idealisme, realisme, fragmatisme, perenialisme dan essentialisme. Kesemuanya mempunyai takrifan dan fungsi yang berbeza.

2.5 Kelebihan falsafah pendidikan Islam dan kecenderungan falsafah pendidikan di Malaysia Secara teorinya, kelebihan lebih memihak kepada falsafah pendidikan Islam kerana falsafah pendidikan Islam bersifat menyeluruh serta mencakupi semua aspek yang diperjuangkan atau yang diutarakan oleh falsafah pendidikan barat (yang tidak bertentangan dengan Islam). Begitu juga, dalam falsafah pendidikan Islam tidak wujud fahaman yang berbeza-beza di mana kesan perbezaan fahaman itu jika wujud boleh memecah-belahkan kefahaman umat Islam di dalam bidang falsafah pendidikan ini.

Secara praktikalnya, kecenderungan falsafah dan sistem pendidikan di Malaysia masih kepada falsafah pendidikan barat. Namun begitu, kedua-dua falsafah pendidikan sama ada Islam atau barat telah

21

digabungjalinkan di dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara. Lebih daripada itu, penerapan falsafah pendidikan Islam berkembang dengan mekar di dalam sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini. Namun, setakat ini falsafah dan sistem pendidikan Barat masih banyak digunapakai dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pandangan ini disokong oleh Mohd. Salleh Lebar yang mengatakan bahawa, falsafah barat perlu difahami kerana sebahagian besarnya mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita (Malaysia). 51 3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, falsafah pendidikan barat dan Islam mempunyai sedikit persamaan walaupun wujud banyak perbezaannya. Namun begitu kita perlu bersikap positif dengan mengambil aspek yang baik yang terdapat di dalam kedua-dua falsafah pendidikan tersebut. Kelebihan sememangnya memihak kepada falsafah pendidikan Islam yang bersifat menyeluruh tatapi secara praktiknya falsafah pendidikan barat masih diamalkan dan diadunkan dengan falsafah pendidikan Islam kerana sistem pendidikan di Malaysia belum lagi menemui formula yang terbaik dalam pengaplikasian falsafah pendidikan Islam sepenuhnya.

Walau pun begitu, aspek-aspek yang positif seperti kepercayaan kepada Tuhan dan bersikap amanah serta memelihara akhlak yang tinggi seperti yang disyorkan oleh konsep pendidikan Islam perlu diutamakan dalam setiap pertimbangan. Nilai-nilai yang mulia atau nilai moral, kebebasan, mementingkan kemajuan yang terdapat di dalam falsafah pendidikan barat sememangnya perlu diserapkan ke dalam falsafah pendidikan di Malaysia di samping mengutamakan penerapan falsafah pendidikan Islam. Tindakan sedemikian telah berjaya mengwujudkan sistem pendidikan yang idea untuk sistem pendidikan di Malaysia buat masa ini. Namun pembaikan dan pemantauan perlu diteruskan terutama di zaman globalisasi yang tiada had sempadannya. Adalah menjadi matlamat negara untuk memberikan peluang sepenuhnya untuk setiap rakyatnya mencapai tahap tertinggi dalam pelajaran supaya kepesatan pertumbuhan ekonomi terus

51

Mohd. Salleh Lebar, op-cit, hlm 10.

22

lancar dengan sumber bekalan pekerja yang berkualiti tinggi hasil daripada pendidikan yang bermutu dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai