Anda di halaman 1dari 5

LIMA TONGGAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Penyelesaian masalah dalam matematik menjadi fokus dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran Matematik. Masalah merupakan satu kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian. Manakala penyelesaian masalah merupakan proses yang digunakan untuk mencari jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan dengan menggunakan strategi yang tertentu. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya dan menjadi fokus utama bagi kurikulum matematik supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah berasaskan kepada persekitaran dan pengalaman sebenar secara berkesan. Selain itu, murid dapat mengaplikasi dan mengadaptasi berbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah baru. Seterusnya, murid dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang mencabar. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah memahami dan mentafsirkan masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian. Antara strategi penyelesaian yang berkesan adalah seperti berikut: 1. Mencuba kes lebih mudah 2. Cuba jaya 3. Melukis gambar rajah 4. Mengenal pasti pola 5. Membuat jadual bersistem 6. Membuat lakonan 7. Membuat analogy 8. Bekerja ke belakang Tonggak yang seterusnya ialah Komunikasi dalam Matematik. Komunikasi ini boleh diwujudkan dalam pelbagai persekitaran yang mana murid boleh menghubungkait media yang berbeza iaitu antara bahan-bahan fizikal, gambar-gambar dan rajah, bagi menjelaskan idea matematik. Komunikasi merupakan salah satu cara untuk menjelaskan konsep Matematik. Apabila komunikasi yang berkesan dicapai, murid-murid dapat memperkukuhkan kefahaman dan pengetahuan matematik mereka dengan lebih mendalam. Murid-murid juga akan menjadi

lebih mahir dalam aktiviti penyelesaian masalah. Seterusnya, murid boleh menerangkan konsep dan kemahiran serta kaedah penyelesaiannya kepada rakan atau guru mereka. Dalam kelas Matematik, komunikasi dapat dipupuk melalui proses mendengar. Murid-murid mampu bertindak balas terhadap apa yang didengar menerusi penerangan guru. Seterusnya murid akan berfikir menggunakan pengetahuan Matematik mereka untuk membuat keputusan. Selain itu, komunikasi dalam Matematik dapat dipupuk melalui proses membaca. Hal ini berlaku apabila murid-murid berjaya mengumpul maklumat, menyusun dan membuat hubungkait antara idea dan konsep melalui bahan bacaan mereka. Komunikasi dalam Matematik juga boleh dipupuk melalui aktiviti komunikasi verbal. Ini adalah melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan soal jawab semasa sesi penerangan guru. Selain itu, komunikasi dalam Matematik juga mampu dipupuk melalui aktiviti penulisan. Komunikasi ini berlaku apabila muridmurid membuat latihan pada lembaran kerja, buku aktiviti mahupun di papan tulis. Tonggak yang seterusnya ialah penaakulan Matematik. Penaakulan merupakan suatu proses membuat penekaan dalam menentukan sesuatu penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini merupakan asa dalam membuat dan memahami Matematik. Penaakulan penting kepada muridmurid untuk supaya mereka dapat mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna. Tonggak seterusnya ialah perkaitan Matematik. Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu diwujudkan supaya murid-murid dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan bidang lain secara amnya dalam kahidupan seharian mereka. Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat perkaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan. Apabila murid-murid mampu mengaitkan konsep Matematik dengan rutin kehidupan, mereka telah berjaya memahami tentang kepentingan Matematik. Tonggak yang terakhir ialah aplikasi Matematik. Dunia kita sekarang menuju kearah kemodenan. Guru-guru harus mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran mereka. Ini dapat mebantu murid-murid untuk memahami konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea matematik. Sebagai contoh, penggunaan kalkulator, computer, perisian pendidikan, serta laman-laman web dalam internet boleh meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan bantuan alat teknologi yang bersesuaian, murid-murid

mampu membuat penerokaan atas usaha mereka sendiri. Oleh itu guru seharusnya memanfaatkan sumber yang telah tersedia dalam bidang ini untuk membantu murid menguasai konsep dan menigkatkan kemahiran matematik mereka secara berterusan dan lebih berkesan. Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi jelas menunjukkan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang dengan teliti terutamanya rancangan pengajaran harian. Berpandukan tajuk yang diberikan oleh pensyarah saya telah diberi tajuk TIMBANGAN BERAT untuk membuat contoh yang sesuai berpandukan lima tonggak dalam pendidikan.

Contoh RPH (Inkuiri Penemuan)

Tajuk : Timbangan berat Masa : 8.00 a.m. - 9.00 a.m. Kelas : 4 Cerdas Kemahiran : Mengukur jisim Objektif pembelajaran : Mengukur jisim menggunakan unit piawai. i) Kilogram Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat; 1) Mengukur jisim menggunakan unit piawai; kilogram 2) Membaca jisim kepada skala kilogram yang terdekat. BBM : Alat penimbang, bata merah, 4 buah buku teks, beg sekolah, minuman botol, kad imbasan, rekod bacaan berat objek, perkakasan ICT Kaedah: Inkuiri Penemuan PSA: Murid telah mempelajari kemahiran pembundaran dalam topik Nombor Bulat dan Perpuluhan.

Set Induksi: (5 minit)


Memanggil 2 orang murid yang berlainan saiz badan untuk datang ke hadapan kelas. Guru bertanya kepada murid siapakah yang paling berat? Murid ketiga dipanggil ke hadapan dan diarahkan mengangkat 2 orang murid tadi. Mengulangi aktiviti kedua dengan murid yang seterusnya. Murid ketiga dan ke-4 kemudian menyatakan kepada kelas dapatan aktiviti mereka sebentar tadi.

Aktiviti 1: (5 minit)

Guru memperkenalkan unit piawai timbangan berat berserta simbolnya menggunakan kad imbasan dan menunjukkan penggunaan unit tersebut pada kotak bungkusan biskut. Kotak tersebut diedarkan kepada murid untuk melihat sendiri penggunaannya dalam bungkusan barangan.

Aktiviti 2: (20 minit) Mengadakan aktiviti kumpulan. Murid-murid dalam kelas dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid. Guru menerangkan bagaimana aktiviti dijalankan- setiap kumpulan diberi masa 3 minit bagi setiap stesen. Setiap stesen dibekalkan dengan: Stesen 1( Alat penimbang dan bata merah), Stesen 2 ( Alat penimbang 4 buah buku teks), Stesen 3 ( Alat penimbang dan beg sekolah, Stesen 4 ( Alat penimbang dan 2 minuman botol) dan Stesen 5 ( Alat penimbang dan sebongkah kayu) dan Rekod catatan bacaan berat obejk. Muid menjalankan aktiviti dalam kumpulan masing-masing mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

Aktiviti 3: (15 minit) Pembentangan hasil kerja oleh setiap kumpulan. Murid dikehendaki membentang hasil aktiviti yang mereka catat Guru merumuskan secara ditir jawapan setelah semua kumpulan membentangkan hasil mereka

Aktiviti 4: (10 minit)

Soal jawab guru dan murid berkaitan bacaan timbang berat kepada kilogram yang terdekat. Guru menerangkan cara menyatakan bacaan jisim objek kepada kilogram yang terdekat menggunakan Teknik Pembundaran. Murid mencatat bacaan berat objek kepada kilogram yang terdekat pada Rekod Berat Objek. (murid melengkapkan lajur ke-3 dalam rekod)

Penutup (5 minit)

Guru merumuskan bahawa setiap objek mempunyai jisim dan ia boleh diukur dengan alat timbangan berat. Guru bertanya kepada murid jisim objek yang ditunjukkan pada rajah 1.

Refleksi

Anda mungkin juga menyukai