Anda di halaman 1dari 16

FACULTY OF BUSINESS & MANAGEMENT

MEI 2014

CBCT 2203

BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

NO. MATRIKULASI : 880804105659001


NO. KAD PENGNEALAN : 880804105659
NO. TELEFON : 0197725829
E-MEL : kamize@ymail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : MANJUNG LEARNING CENTRE


CBCT2203

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 PENGENALAN ……………………………………………………….……….2


1.1 Definisi IT (Information Technology)……………………………………………2
2.0 PENGAPLIKASIAN IT DALAM BIDANG PERBANKAN………………..3
2.1 Faedah Pengaplikasian IT Dalam Bidang Perbankan……………………………3
2.2 Cabaran Pengaplikasian IT Dalam Bidang Perbankan…………………………..4
3.0 PENGAPLIKASIAN IT DALAM BIDANG PENDIDIKAN……………….6
3.1 Faedah Pengaplikasian IT Dalam Bidang Pendidikan………………………...…7
3.2 Cabaran Pengaplikasian IT Dalam Bidang Pendidikan………………………….9
4.0 PENGAPLIKASIAN IT DALAM BIDANG PENGANGKUTAN………….9
4.1 Faedah Pengaplikasian IT Dalam Bidang Pengangkutan………………………10
5.0 PENGAPLIKASIAN IT DALAM BIDANG TELEKOMUNIKASI………10
5.1 Faedah Pengaplikasian IT Dalam Bidang Telekomunikasi……………………...11
5.2 Cabaran Pengaplikasian IT Dalam Bidang Telekomunikasi…………………….11
6.0 RUMUSAN …………………………………………………………………….12
7.0 RUJUKAN…………………………………………………………………..….13

1
CBCT2203

1.0 PENGENALAN

Dalam tugasan ini membincangkan tentang penggunaan IT (Information


Technology) atau Teknologi Maklumat dalam industri perbankan, pendidikan,
pengangkutan dan telekomunikasi di Malaysia. Kewujudan Multimedia Super
Corridor (MSC) yang memfokuskan kepada perubahan ekonomi dari segi ekonomi
pertanian kepada ekonomi perindustrian. MSC juga memfokuskan kepada aspek
kesihatan, pendidikan, kerajaan dan pengeluaran dengan mewujudkan rangka kerja
untuk masyarakat bermaklumat. MSC memberikan projek yang lebih kepada sektor
perkhidmatan.

1.1 Definisi IT (Information Technology)


Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses
pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan
perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu
bentuk pemudahcara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja
tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon pintar, fax, telegram, PDA dan sistem
satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Tiga teknologi asas yang
menyokongnya adalah perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data.
Kotrlik & Williams(2003) mendefinisikan IT adalah teknologi yang
menggabungkan komputer dengan jalur komunikasi berhalaju tinggi yang membawa
data, suara dan video. Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan teknologi
elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan penerimaan
dan penyampaian maklumat seperti perkataan, visual, audio dan nombor kepada
pengguna secara elektronik. Menurut Haag, S. & Keen, P.(1996) IT (Teknologi
Maklumat) adalah satu set alat yang membantu anda bekerja dengan maklumat dan
melakukan tugas-tugas yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat di mana setiap
perkakasan ini memerlukan antara satu sama lain untuk beroperasi. Pada masa kini
terdapat banyak jenis komputer seperti komputermikro, komputer mini, pelayan atau
server, alat pendigit dan komputer super. Perkakasan komputer merupakan mesin
atau alat fizikal yang melakukan fungsi-fungsi asas kitaran pemprosesan data samada
di luar talian mahupun di dalam talian. Fungsi-fungsi tersebut adalah penyediaan dan
kemasukan data, pemprosesan, storan, input dan output. Perisian pula merupakan
2
CBCT2203

jujukan arahan yang terperinci atau aturcara yang direkabentuk untuk mengarahkan
komputer melaksanakan fungsi dan tugasan tertentu. Kemudahan IT diperkenalkan
menjurus pada kebaikan dan kemudahan bagi memudahkan sesuatu urusan dalam
menjimatkan tenaga, waktu dan merupakan strategi utama untuk mencapai kelebihan
daya saing terhadap ekonomi yang berasaskan pengetahuan sejajar agenda Malaysia
untuk mencapai Wawasan 2020.

2.0 PENGAPLIKASIAN IT DALAM BIDANG PERBANKAN

Perubahan teknologi telah memberikan impak yang besar ke atas


perkembangan ekonomi secara global. Seperti yang kita lihat sekarang ini IT sangat
cepat berkembang dan semakin diperlukan masyarakat. Kebanyakan industri
termasuk perbankan turut merasai tempiasnya. Dengan semakin majunya teknologi
informasi, lembaga perbankan yang sarat dengan teknologi telah mengikuti dan
menggunakan teknologi ini sebagai sebahagian daripada sistem pelayanannya yang
dikenali dengan electronic banking. Lantaran itu, wujudnya saluran alternatif
perkhidmatan bank melalui perbankan elektronik seperti Automated Teller Machines
(ATM), phone-banking, PC-banking dan perbankan internet sebagai alat
pemudahcara.
Kini, dengan adanya kemudahan internet ianya telah membuka peluang
kepada pelanggan perseorangan untuk “menubuhkan cawangan bank” di rumah
masing-masing. Dalam erti kata lain, pelanggan tidak perlu ke bank untuk melakukan
transaksi kewangani, memadai dengan mengakses internet di rumah sahaja. Mereka
juga tidak perlu mengikut prosedur tertentu seperti mengisi borang mengikut jenis
transaksi atau beratur lama untuk menunggu giliran.Vijayan & Shanmugam,B.(2004).

2.1 Faedah Pengaplikasian IT Dalam Bidang Perbankan


Melalui IT terkini, perbankan internet bukan hanya menguntungkan ramai
pelanggan bank namun juga menguntungkan bagi pihak bank itu sendiri. Dengan
perbankan internet yang semakin banyak penggunaannya saat ini, pelanggan bank
tidak perlu datang ke bank untuk menyimpan,mengambil, atau sekadar memeriksa
baki wang mereka. Pelbagai kemudahan yang ditawarkan perbankan dalam talian
sekarang ini sudah dapat dimanfaatkan oleh sebahagian besar pelanggan, kerana saat
ini IT sudah boleh dinikmati oleh sebahagian besar masyarakat tanpa mengira
3
CBCT2203

golongan masyarakat. Selain kelebihan-kelebihan diatas yang ditawarkan oleh


perbankan internet, kelebihan lain iaitu memindahkan wang ke akaun lain dengan
perbankan internet, membayar bil-bil bulanan, menambah nilai kad prabayar secara
Internet dari perbankan internet, bahkan jual / beli barangan juga dapat dilakukan
secara talian. Pelanggan boleh membeli sesuatu hanya dengan mengakses internet dan
menggunakan perbankan internet dari bank masing-masing. Semua itu dilakukan
secara talian dan secara tidak langsung bank akan lebih praktikal dalam melayani
pelanggan melakukan transaksi. Jika pelanggan melakukan transaksi dengan
menggunakan kemudahan perbankan talian, maka juruwang bank tidak perlu
melayani pelanggan secara manual, jumlah pelanggan yang datang ke bank untuk
membuat transaksi biasa akan berkurangan dan ini akan membuat bank mendapatkan
keuntungan yang lebih. Kesimpulannya semakin banyak pelanggan yang
menggunakan perbankan talian maka keuntungan pihak bank akan semakin
bertambah besar.

2.2 Cabaran Pengaplikasian IT Dalam Bidang Perbankan


Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor utama
yang menghalang dan menjadi cabaran kepada penggunaan perbankan internet dan
pengaplikasian melalui IT iaitu:

(i) Isu keselamatan dan kepercayaan sistem


Terdapat dua masalah keselamatan yang utama iaitu aktiviti pencerobohan dan
serangan virus. Keadaan ini terjadi kerana sifat semula jadi internet yang kurang
pentadbiran pusat. Hizamnuddin,(2001). Selain faktor keselamatan, elemen
kepercayaan dan isu kerahsiaan dalam melakukan transaksi perbankan juga enting
bagi memastikan penerimaan pelanggan untuk jangka masa yang panjang.
Berdasarkan kajian oleh Suganthi, et al.(2001) di Malaysia, kepercayaan merujuk
kepada tindakan bank secara umum apabila berhadapan dengan kesalahan transaksi
yang berlaku di atas talian. Ramai pelanggan yang meragui kejujuran pihak bank
dalam menangani masalah sedemikian dan bimbang jika bukti-bukti mereka mampu
dipadamkan oleh pihak bank. Manakala menurut Gerrard dan Cunningham(2003),
kebanyakan penduduk di negara jiran Singapura pula berpendapat bahawa mereka
bimbang jika pihak bank berupaya memberikan seberapa banyak informasi mengenai

4
CBCT2203

aktiviti kewangan mereka kepada pihak lain tanpa kebenaran sehingga menyebabkan
sesetengah pelanggan akan dibanjiri dengan kiriman junk mail.

(ii) Kurang kesedaran tentang kewujudan dan kelebihan produk


Rogers dan Shoemaker(1971) menulis penerimaan atau penolakan sesuatu inovasi
bermula apabila ‘pelanggan tahu’ tentang produk tersebut. Di United Kingdom,
Daniel(1999) melaporkan bahawa pelanggan biasanya akan mencari produk
kewangan dan bank yang menawarkan nilai yang terbaik kepada wang yang
dilaburkan. Oleh itu, para pelanggan mesti diberitahu akan kewujudan dan kelebihan
produk baru berbanding saluran sedia ada yang lain melalui aktiviti promosi yang
hebat agar lebih membantu pihak bank untuk mencapai sasarannya. (Suganthi et al.
2001).

(iii) Wujud saluran alternatif


Apabila memperkatakan tentang saluran perbankan, ia merujuk kepada beberapa
jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank, namun penggunaan ATM adalah yang
paling ketara terutamanya untuk tujuan pengeluaran tunai dan pemindahan wang.
Kajian oleh Guru et al.(2000) menunjukkan kesemua responden lebih gemar
menggunakan ATM berbanding hanya 20% penggunaan phone-banking dan 3.3%
penggunaan PC-banking. Lim et. al.(2003) juga mendapati perkhidmatan ATM
paling kerap digunakan di Malaysia, Singapura dan Thailand. Pelanggan juga
cenderung untuk menggunakan campuran dalam saluran perkhidmatan bank dengan
tujuan mendapatkan kos yang lebih efektif dan menggabungkan kelebihan daripada
setiap satu saluran yang digunakan (Barry et al.,2002).

(iv)Kesukaran mengakses komputer atau internet


Para pelanggan dari semasa ke semasa seringkali berhadapan dengan sistem ATM
bank yang seringkali tidak berfungsi kerana sedang diperbaiki atau dikemaskini.
Bahkan pelanggan turut menjangkakan bahawa masalah yang hampir serupa juga
akan berlaku dalam perbankan internet. Gerrard and Cunningham,(2003). Kadar
penembusan jalur lebar di Malaysia pada tahun 2013 mencecah 66.7% (Kosmo, 5
Februari 2013). Masalah lain yang berkaitan dengan perbankan internet secara
elektronik ialah gangguan elektrik. Oleh yang demikian, satu infrastruktur perlu

5
CBCT2203

dibentuk bagi mengatasi masalah ketidakstabilan bekalan elektrik di sesebuah


kawasan (Guru et al., 2000).

(v) Kompleks dan sukar dikendalikan


Pengendalian yang mudah merupakan salah satu aspek penting untuk penerimaan
sesuatu perkhidmatan baru dari perspektif pelanggan Cooper, (1997). Perkhidmatan
yang rumit dan perkhidmatan pelanggan yang kurang menyebabkan pelanggan tidak
mengulangi penggunaan perbankan dalam talian Dover, (1998). Kajian oleh Daniel
(1999) dan Black et al. (2001) mendapati kesukaran mengendalikan transaksi
kewangan menerusi internet berlaku disebabkan oleh tahap kemahiran komputer yang
rendah di kalangan pengguna.

(vi)Bebanan kos
Faktor terakhir yang menghalang penggunaan perbankan internet ialah kos. Jika
pelanggan mahu mengadaptasikan teknologi baru, penelitian terhadap kos selalunya
diambil perhatian (Suganthi et al., 2001). Selain membuat perbandingan dengan
produk-produk lain yang hampir serupa, pelanggan turut memastikan agar kos yang
terlibat bertepatan dengan perkhidmatan yang akan diperoleh. Antara kos yang
dimaksudkan itu ialah bayaran perkhidmatan bank, yuran mengakses internet dan kos
membeli peralatan seperti komputer dan modem (Sathye, 1999).

3.0 PENGAPLIKASIAN IT DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Salah satu bidang yang mendapat impak yang cukup tinggi dengan
perkembangan IT adalah dalam bidang pendidikan. Kemajuan teknologi moden
adalah salah satu faktor yang turut mempengaruhi pembaharuan pesat berlaku dalam
dunia pendidikan. IT telah mengubah cara manusia bekerja. DeMartino, D. J., &
Prinz, A. M. (1998) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier.
Everyday tasks are simplified”. Beliau menyatakan bagaimana teknologi dapat
memudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi
untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran. Kerajaan
menerusi MSC juga memfokuskan dalam bidang pendidikan dengan memberikan
perhatian mendalam tentang perkara tersebut kerana menyedari hakikat tentang
peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh teknologi dalam pendidikan. Kerajaan
6
CBCT2203

yakin bahawa teknologi boleh membantu mencapai matlamat dan tujuan pendidikan
untuk menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran(PdP) lebih berkesan dan
bermakna, Yelland, N. et.all.(1997) mengatakan bahawa teknologi dapat memberi
kesempatan kepada kanak-kanak untuk meningkatkan proses pembelajaran.Bailey,
D.H.(1996) mengatakan bahawa multimedia adalah teknologi baru yang dapat
memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembangunan
yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara
mengumpulkan bahagian-bahagian tertentu yang bermakna dari kehidupan pelajar.

3.1 Faedah Pengaplikasian IT Dalam Bidang Pendidikan


Kini dalam era dunia sains dan teknologi yang semakin canggih, komputer
mungkin mengambil alih peranan buku dalam menyimpan dan menyebarkan
pengetahuan kepada orang ramai. Dengan erti kata lain komputer akan mengubah
cara belajar dan cara kita menyimpan pengetahuan. Hal-hal yang berkaitan contohnya
pendaftaran pelajar, penjadualan kelas, pemprosesan keputusan peperiksaan,
penyimpanan peribadi pelajar dan guru boleh dilaksanakan oleh komputer dengan
berkesan dan cepat dalam membantu pihak pentadbiran. Keputusan SPM dan STPM
turut diproses dan boleh diakses dengan menggunakan computer. Oleh itu teknologi
komputer kini sangat dititikberatkan dalam bidang pendidikan untuk menbantu dalam
proses pentadbiran, penyelidikan, juga apa yang penting ialah memudahkan serta
membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bidang
pendidikan telah berkembang dengan baik dari segi penyampaian pengetahuan kepada
pelajar-pelajar yang memberikan kemudahan dan kebaikan yang tersendiri. Hal ini
dapat dibuktikan dengan terhasilnya idea tentang E-Learning yang berunsurkan
penyampaian pembelajaran menggunakan pelayar internet bererti pembelajaran
dengan menggunakan bantuan elektronik yang menggunakan komputer. Ia digunakan
secara meluas dalam suasana pembelajaran khususnya pada peringkat yang lebih
tinggi seperti di universiti. E-Learning juga sering disebut sebagai 'on-line course'.
Dengan bantuan E-Learning pelajar dengan mudah dapat mengambil nota atau
menikmati kemudahan seperti menghantar e-mail kepada pensyarah sebagai tugasan
pelajaran dengan mudah dan berkesan sekali.Terdapat beberapa contoh yang boleh
ditunjukkan di sini yang berkaitan dengan pengaplikasian IT dalam bidang pendidikan
seperti:-

7
CBCT2203

a) Computer-based Training (CBT)


CBT merupakan proses pendidikan berasaskan komputer yang menggunakan bantuan
media CD-ROM dan disk-based sebagai media pendidikan. Dengan memanfaatkan
media ini, sebuah CD ROM boleh memuatkan elemen-elemen yang berguna serta
penting seperti video klip, animasi, grafik, suara, multimedia dan program aplikasi
yang akan digunakan oleh peserta didik dalam pendidikannya. Dengan CBT, proses
pendidikan melalui bilik darjah masih dapat dilaksanakan dengan bantuan tersebut.
Maka dengan itu, proses pendidikan akan berlangsung dengan sempurna dan
berkesan.

b) Web-based training (WBT) 


Web-based training (WBT) boleh didefinisikan juga seperti e-learning. Kaedah ini
menggunakan komputer sebagai saluran untuk melayari internet. Pelajar dapat
memperoleh maklumat yang berkaitan dengan hanya mengakses internet untuk
membuat kajian atau tugasan pembelajaran. Secara kesimpulannya penggunaan
multimedia dalam bidang pendidikan mendatangkan pelbagai faedah yang boleh
membantu pelajar serta pendidik untuk menambahkan mutu pembelajaran secara
pantas dan efektif.

c) Virtual Learning Environment (VLE) 


Terdapat pelbagai takrifan tentangan pembelajaran maya dan berubah-ubah mengikut
perspektif yang mana pembelajaran maya tersebut dilaksanakan. Pembelajaran maya
juga sering dikaitkan dengan istilah-istilah dan konsep-konsep lain seperti e-
pembelajaran, pembelajaran secara talian (on-line learning), pembelajaran jarak jauh,
pembelajaran berasaskan laman web dan sebagainya. Menurut. Mohaiadin, J. (2000)
pembelajaran maya adalah satu corak memperolehi ilmu atau pendidikan
menggunakan sistem pendekatan penyampaian pengajaran bagi membolehkan
perubahan kekal dalam diri seseorang individu dari segi mental, pemikiran, konsep,
sikap dan perlakuan melalui pengalaman yang tertentu yang diuruskan melalui suatu
sistem talian (online) yang menguruskan pembelajaran, membekalkan makanisme
penghantaran pengetahuan/maklumat, pemantauan prestasi pelajar, penilaian dan
capaian kepada sumber pengajaran dan pembelajaran yang segera.
Antara contoh paling baik di mana IT di aplikasikan di dalam bidang
pendidikan adalah di mana pihak universiti Open University Malaysia yang
8
CBCT2203

mewujudkan jaringan myVLE melalui portal www.oum.edu.my/ bagi pelajar dan


tenaga pengajarnya dalam membuat sebarang rujukan atau perbincangan atau
pengurusan berkaitan pembelajaran. Kerajaan juga mengambil inisiatif melalui
program tranformasi negara yang mewujudkan http://1bestarinet.net/, di bawah projek
inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  Visi 1BestariNet adalah
mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara
murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras
internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia.

3.2 Cabaran Pengaplikasian IT Dalam Bidang Pendidikan


Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar
LCD dan computer riba, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru
yang tidak cekap mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum
memulakan proses pengajaran. Faktor kekurangan masa juga menghalang guru bagi
membuat persediaan terhadap alatan yang melibatkan penggunaan teknologi. Selain
itu pengetahuan asas teknologi amat penting bagi semua pengguna teknologi dalam
bidang pendidikan bagi kelancaran dan pencapaian matlamat IT itu sendiri.

4.0 PENGAPLIKASIAN IT DALAM BIDANG PENGANGKUTAN

Bidang pengangkutan menggunakan IT untuk mempermudah pekerjaan. Jalan


raya dipasang dengan pelbagai sensor yang memberikan pesanan kepada komputer
pusat untuk memudahkan pengendalian jalan raya tertentu dalam mengatur lampu
lalulintas. Demikian juga penjualan tiket di terminal pengangkutan awam dan
pembelian tiket melalui talian.
Semua kegiatan bidang tersebut tidak lepas dari penggunaan IT. Bidang
pengangkutan menyediakan sistem IT bersepadu secara menyeluruh untuk
merangsang permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Prestasi pengangkutan awam darat dipantau melalui penggunaan CCTV dan pengesan
GPS.(http://www.epu.gov.my/) Sistem navigasi kapal laut sangat terbantu dengan
adanya komputer dan navigasi satelit sehingga arah dan tujuan kapal dapat ditentukan
secara tepat. Seperti halnya pengangkutan laut, pengangkutan udara sangat
bergantung kepada bantuan sistem komputer. Sistem komputer yang ada di ruang
jurumudi digunakan untuk mengendalikan pesawat dari pelepasan sehingga
9
CBCT2203

pendaratan. Dengan adanya sistem komputer, jurumudi dapat mengatur kendalian


pesawat, menentukan posisi pesawat, menghitung ketinggian, mengawal kelajuan,
mengetahui bahan bakar, bahkan mengesan secara tepat keadaan cuaca yang dapat
membahayakan pesawat.

4.1 Faedah Pengaplikasian IT Dalam Bidang Pengangkutan


Dipetik dari penulisan Maarof, M. A. (2004) terdapat banyak kemajuan dalam
bidang pengangkutan dan perhubungan di Malaysia yang mengaplikasikan IT, seperti
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan lapangan
terbesar di negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di
rantau Asia Tenggara dilengkapi kemudahan teknologi terkini bertujuan untuk
menyediakan keselesaan dan keselamatan yang maksimum kepada penumpang.
Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, PUTRA, dan MonoRail juga terlibat sama dalam
mengaplikasikan kemajuan dengan sistem pembelian tiket secara online atau melalui
mesin selain pembelian melalui kaunter (Schwarcz, S.2003). Selain itu, sistem
pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, monorail dan PUTRA
menjimatkan masa, wang dan tenaga kepada pengguna dan pelancong asing menuju
ke destinasi mereka. Perkembangan teknologi yang semakin canggih membolehkan
Terowong SMART dibina di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Terowong SMART
merupakan lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan mempunyai struktur
jalan dan perparitan yang sepanjang 9.7 kilometer. Pembinaan terowong ini bertujuan
untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur (Ali Munir, H.2004)

5.0 PENGAPLIKASIAN IT DALAM BIDANG TELEKOMUNIKASI

Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi


kini telah mempengaruhi sistem komunikasi global dan amat mempengaruhi
kehidupan rakyat Malaysia. Hala tuju negara dalam memajukan bidang
telekomunikasi berada pada paksi yang tepat dengan mengutamakan teknologi satelit
dalam usaha menaik taraf perhubungan global Negara. Satelit Asia Timur Malaysia
(MEASAT-1) dilancarkan menggunakan Arianes-4 pada 13 Januari 1996, diikuti
MEASAT-2 pada 13 November tahun yang sama dan MEASAT-3 pada 12 Disember
2006. Sejajar dengan perkembangan teknologi yang kian pesat, pada 22 Jun 2009,
MEASAT-3a dilancarkan bagi melengkapkan kemampuan MEASAT-3. Kini Measat
10
CBCT2203

Satellite Systems Sdn Bhd. (Measat), mendahului industri komunikasi satelit Asia
Pasifik dengan penyediaan landasan transmisi satelit serba guna yang paling berkuasa
dan berpotensi daripada segi komersial (http://www.arkib.gov.my/ (2014).

5.1 Faedah Pengaplikasian IT Dalam Bidang Telekomunikasi


Pengaplikasian IT membolehkan pengguna di Malaysia melayari internet
bukan saja melalui komputer malah melalui telefon pintar yang mempunyai pakej
data internet disediakan oleh syarikat telekomunikasi. Perkembangan pesat IT
merangsang peningkatan sistem telekomunikasi di Malaysia daripada sistem analog
kepada sistem digital PCN dan GSM, Protokol Aplikasi Tanpa Wayar (WAP), Sistem
Radio Paket Am (GPRS), sistem 3G, perkhidmatan talian pelanggan digital asimetrik
(ADSL), WiFi dan terkini, sistem 4G, (Afiq Hanif,2007). Perubahan ini amat penting
kerana sistem digital yang digunakan dalam teknologi maklumat menyatukan bidang
komunikasi, penyiaran dan maklumat.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan
lebih banyak lesen untuk meningkatkan perkhidmatan komunikasi dan mewujudkan
persaingan sihat di kalangan penyedia perkhidmatan. Perkhidmatan seperti IPTV,
permainan dalam talian serta muzik diwujudkan yang mana ini seterusnya boleh
mewujudkan banyak peluang perniagaan dalam talian. Ia memberi faedah dan
peluang bagi urusan perniagaan kerana memudahkan proses jual/beli yang
menjimatkan masa dan tenaga kedua pihak.

5.2 Cabaran Pengaplikasian IT Dalam Bidang Telekomunikasi


Jurang digital wujud disebabkan oleh tiada akses kepada dunia
telekomunikasi. Ini disebabkan oleh perbezaan kedudukan lokasi atau taraf
sosioekonomi. Oleh itu SKMM mewujudkan konsep ‘Jalur Lebar untuk Semua’ yang
membolehkan ketercapaian jalur lebar ditingkatkan dengan menjadikan akses jalur
lebar sebagai utiliti asas dan diperluaskan kepada semua pengguna samada di bandar,
kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

11
CBCT2203

6.0 RUMUSAN

Teknologi sangat berguna dalam kehidupan kita dan dapat membuat


kehidupan kita menjadi lebih maju. Tanpa IT kita tidak mampu bekerja dengan lebih
baik kerana kemampuan kerja kita sangat terbatas. IT membantu mewujudkan
masyarakat makmur yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas
dan mempunyai daya tahan tinggi. Ini meningkatkan kecekapan operasi dan
membangun keupayaan bagi mengatasi cabaran bagi mencapai Wawasan 2020 dan
strategi utama untuk mencapai mencapai kelebihan daya saing terhadap ekonomi yang
berasaskan pengetahuan untuk manfaat rakyat Malaysia.

(2, 959 PATAH PERKATAAN)

12
CBCT2203

APENDIKS

7.0 RUJUKAN / REFERENSI

Afiq Hanif (2007) http://www.hmetro.com.my/ myMetro Negara maju bersama


evolusi telekomunikasi (2014 Jun 28)

Ali Munir, H. (2004). Sistem kawalan banjir dengan menggunakan


mikropengawal (Doctoral dissertation, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn).

Bailey, D.H. 1996. Constructivism and Multimedia: Theory and Application:


Innovation andTransformation. Jounal of Instruction Media. 23(2).161-165

Barry, H., Rober, H. dan Paul., (2002). Consumer attitude and the usage and adoption
of home-based banking in the United Kingdom. International Journal of Bank
Marketing, Vol. 16: 15-23.

Black, N.J., Lockett, A., Winklhofer, H. dan Ennew, C., (2001). The adoption of
internet financial services: A quantitative study. International Journal of Retail &
Distribution Management, Vol. 29(8): 390-398

Cooper, R.G., (1997). Examining Some Myths About New Product Winners. Oxford:
The Human Side of Managing Technological Innovation.

Daniel, E., (1999). Provision of electronic banking in the UK and the Republic
Ireland. International Journal of Bank Marketing, Vol. 17: 72-82.

DeMartino, D. J., & Prinz, A. M. (1998). A Look at the Role Technology. InSociety
for Information Technology & Teacher Education International Conference (Vol.
1998, No.1, pp. 661-664).

Dover, P.A., (1998). The effect of technology selection on consumer adoption of in-
home computerized banking. International Journal of Bank Marketing (2): 31-37.

13
CBCT2203

Gerrard, P. dan Cunningham, J.B., (2003). The diffusion of internet banking among
Singapore consumers. International Journal of Bank Marketing, Vol. 21(1): 16-28
Haag, S., & Keen, P. (1996). Information Technology: Tomorrow's Advantage Today.
McGraw-Hill Companies, Inc., PO Box 545, Blacklick, OH 43004, Attn: Order
Service.

Hizamnuddin Awang, (2001). Polisi keselamatan bagi melindungi maklumat dalam


internet, dalam Malaysia’s Premier Internet Magazine.

http://www.arkib.gov.my/ perkembangan telekomunikasi Negara (2014 Jun 28)

http://www.coe.uh.edu/ insite/elec_pub/HTMLI997 [2014, Jun 02]

http://www.epu.gov.my/ RM KE10 Mewujudkan Persekitaran ke arah Meningkatkan


kualiti hidup (2014 Julai 6)

http://www.magazine.jaring.my/ 2001/august/index2.html?content=stay10.html (2014


Jun 28)

Kotrlik, J. W. K. J. W., & Williams, H. A. W. H. A. (2003). The Incorporation of


Effect Size in Information Technology, Learning, Information Technology, Learning,
and Performance Research and Performance Research. Information Technology,
Learning, and Performance Journal, 21(1)

Maarof, M. A. (2004). Teknologi Maklumat Siri III: Multimedia, Keselamatan Data


dan Koridor Raya Multimedia (MSC). Penerbit UTM.

Mohaiadin, J. 2000. Isu dan Implikasi ‘E-Learning’ Terhadap Sistem Pendidikan


dalam Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan 2000. Kuala Lumpur. Persatuan
Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM). Kertas Kerja. 245-252.

Rogers, E.M. dan Shoemaker, F., (1971). Communications in Innovations, New York:
Free Press.

14
CBCT2203

Sathye, M., (1999). Adoption of internet banking by Australian consumers: An


empirical investigation. International Journal of Bank Marketing, Vol. 17(7).

Schwarcz, S. (2003). Public Transportation in Kuala Lumpur, Malaysia. MTRG,


Malaysia.

Shanmugam, B., & Guru, K. (2000). E-banking developments in Malaysia: prospect


and problems. Journal of International Banking Law, 15(10), 250-56.

Suganthi, R., Balachandher, K.G., dan Balachandran, V., (2001). Internet banking
patronage: An empirical investigation of Malaysia. Journal of Internet Banking and
Commerce, Vol. 6(1).

Vijayan, V. P., Perumal, V., & Shanmugam, B. (2004). Waves Of Multimedia


Banking Development. The Journal of Internet Banking and Commerce, 9(3).

Yelland, N., Griesshaber, S., Stokes, J., & Masters, J. 1997. Integrating technology,
teaching andlearning with early chilhood professionals. Proceeding of SITE 97.

15

Anda mungkin juga menyukai