Anda di halaman 1dari 4

Ulasan Artikel : Tingkah laku devian di kalangan pelajar sekolah; Tinjauan Literatur

Ringkas
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan devian merujuk kepada
seseorang yang perangainya menyimpang dari normal. Manakala normal pula
merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat memberi maksud menurut aturan, keadaan,
atau pola yang lazim

serta

akur dengan sesuatu standard. Dalam masyarakat

Malaysia sememangnya kaya dengan adat dan adab , terutamanya di kalangan


orang-orang Melayu yang bersandarkan pegangan agama Islam yang membataskan
apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Sebagai contoh , bagaimana
kita diajar semasa kanak-kanak dahulu apabila berjalan di hadapan orang tua kita
hendaklah tunduk sambil menyorongkan tangan menunjukkan betapa hormatnya
kita terhadap mereka.
Namun peredaran zaman dengan ledakan komunikasi tanpa batas telah
membuka ruang penyerapan pelbagai budaya dalam masyarakat tempatan. Menurut
Edward Burnett Taylor ( 1874 ) di dalam Budaya dan Pembelajaran oleh Melissa
Ching dan Adnan Baharom , beliau mendifinisikan budaya sebagai keseluruhan
cara hidup yang kompleks dan merangkumi pengetahuan , kepercayaan , kesenian ,
moral , undang-undang , adat istiadat serta lain-lain kebolehan dan tabiat yang
diperoleh manusia sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat. Pelbagai
persoalan dapat dikemukakan disebabkan tingkah laku devian ini. Adakah
disebabkan terhakisnya budaya masyarakat kita yang kaya dengan adab dan sopan
santunnya.
Persoalan yang dikupas oleh penulis di dalam zahirzainudin.blogspot.com
berkaitan tingkah laku devian di kalangan pelajar sekolah ialah kenapa dan
bagaimana pelajar berubah dan bertindak ganas di sekolah. Menurut beliau , dalam
kajian oleh Boehnke dan Winkel ( 2002 ) tingkah laku devian di sekolah merangkumi
gangguan terhadap guru, merosakkan harta benda sekolah, memukul pelajar yang
lemah,menyebar gosip rakan sekelas, bergaduh , mencabar pelajar lain dan
mencederakan guru. Kes pelajar perempuan memukul dan menendang guru di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK ) Perlis merupakan suatu contoh tingkah laku
devian yang berlaku di kalangan pelajar di Malaysia.

Dalam penulisan ini juga penulis mengutarakan kepimpinan organisasi


merupakan antara faktor yang menjurus ke arah tingkah laku devian di kalangan
pelajar-pelajar sekolah. Sekolah sudah pasti mempunyai peraturan dan undangundang yang tersendiri. Namun pelaksana dan menguat kuasa peraturan-peraturan
sekolah adalah guru. Di sini peranan guru mengurus komuniti kelas dengan
berkesan dapat mengelak tingkah laku devian di kalangan para pelajar. Pelajarpelajar dikatakan bertingkah laku devian untuk

menguji pengurusan guru ,

memperlahankan kehendak-kehendak dalam garis panduan kelas mereka serta


untuk mendapat perhatian guru.
Menurut penulis perubahan yang berlaku dalam politik juga mempengaruhi
tingkah laku devian. Salah satu penyimpangan tingkah laku ialah merasi ketidak
adilan. Pelajar-pelajar ini akan menyertai pertubuhan atau kumpulan yang dapat
melayan tingkah laku dan mengiktiraf perlakuan mereka.
Dari aspek ekonomi pula, beliau berpendapat bebanan kewangan oleh
keluarga turut menyumbang ke arah tingkah laku devian. Manakala dalam hubungan
kekeluargaan yang longgar , kurang perhatian ibu bapa , komunikasi yang terjejas
atau terhalang dalam keluarga akan mempengaruhi tingkah laku devian.
Tingkah laku devian seseorang pelajar akan dikukuhkan lagi apabila mereka
membina perkumpulan yang mempunyai satu aliran pemikiran dan matlamat yang
sama atau hampir sama. Sekiranya bersendirian tindakan mereka tidak sehebat
dalam perkumpulan. Pengaruh rakan sebaya cukup kuat terutamanya dalam
pembentukan keperibadian mereka.
Menurut penulis ,tingkah laku yang ganas di kalangan pelajar juga dikatakan
berpunca daripada aksi-aksi ganas yang dipaparkan melalui televisyen berdasarkan
kajian Felson (1996 ). Pendedahan sejak mereka berumur 3 hingga 5 tahun lagi
terhadap aksi-aksi ganas mempengaruhi tingkah laku di alam remaja. Ibu bapa
sebagai waris mereka seharusnya lebih dipertanggungjawabkan atas perlakuan
anak-anak mereka. Ini kerana mereka mempunyai kata pemutus atas segala tindak
tanduk dan peri laku anak-anak mereka
Pelajar-pelajar yang bertingkah laku devian terhadap guru juga dikatakan
sebagai tindak balas di atas tekanan-tekanan yang dikenakan ke atas mereka
2

seperti tugasan , kerja-kerja sekolah dan pendekatan guru yang tidak sesuai.
Pendekatan provokasi boleh menimbulkan rasa tidak puas hati , marah dan dendam
terhadap guru. Oleh yang demikian guru perlu menggunakan kaedah atau teknik
yang

bersesuaian

dalam

mendekati

pelajar-pelajar

berkenaan.

Guru

bertanggungjawab dalam membina sahsiah dan keperibadian pelajar-pelajar mereka


dalam usaha membentuk keperibadian yang tinggi , berketerampilan serta
melahirkan warganegara yang bertanggungjawab.

LAMPIRAN ARTIKEL

Anda mungkin juga menyukai