Anda di halaman 1dari 38

EDUP3023

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

KULIAH 8,9 & 10


Perkembangan sosioemosi
(rohani,sosial,emosi dan moral).
SOSIOEMOSI
???????
????????????????
Proses membina hub dgn orang
lain/hampir dgn mrk
Hub dgn persekitaran membantu
kanak berkomunikasi dan berinteraksi
Hub ibu bapa/pengasuh memberi
kesan dlm mengurus emosi &
persekitaran sosial.
• Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial
dengan individu2 di persekitaraan kanak2.
•Menurut beliau personaliti seseorang kanak-kanak
dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.
•Terdapat 8 peringkat perkembangan psikososial
•Setiap peringkat saling berkait antara satu sama lain.
•Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan
dengan krisis perkembangan dalam setiap peringkat
yang mana setiap peringkat mempunyai matlamat
untuk dicapai.
5 Prinsip Utama Teori Psikososial Erikson
8 peringkat perkembangan psikososial Erikson.
PERINGKAT 1: ASAS KEPERCAYAAN LAWAN ASAS KETIDAKPERCAYAAN (DARI
LAHIR HINGGA 1 TAHUN)
Cabaran pertama:- membina asas kepercayaan dengan
persekitaran.
Kepercayaan boleh dibina apabila seseorang bayi
mendapat jagaan yang sempurna secara berterusan oleh
penjaga iaitu ibunya.
Cara asuhan ibubapa mempengaruhi kepercayaan kanak-
kanak.
Menurut Erikson, asuhan yang seimbang dan tekal akan
menanam perasaan percayakan diri sendiri dan ketahanan
dalam menghadapi cabaran hidup apabila dewasa.
IMPLIKASI TERHADAP PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Apabila berdepan dengan pelajar yang mempunyai
masalah, guru harus menetapkan rutin bilik darjah yang
berkala dan tetap supaya timbul rasa kepercayaan

Kanak-kanak perlu dilayan dengan mesra, mencurahkan


kasih sayang dan guru harus mengambil berat terhahap
mereka.

Kanak-kanak diletakkan di dalam sistem rakan sebaya di


mana seorang rakan yang sesuai bertindak membantu
kanak-kanak semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Peringkat 2 : Autonami lawan
keraguan (1-3 tahun)
 Kanak-kanak cuba untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan
iaitu dia ingin mempunyai autonomi ke atas perlakuannya.
 Mereka sudah mula mencuba melakukan sesuatu perkara sendiri.

 Contoh: ingin cuba makan dan minum sendiri dan sudah boleh
dilatih ke bilik air.
 Pada tahap ini, mereka mempunyai keinginan untuk melakukan
sesuatu perkara secara bebas tanpa bergantung kepada orang lain.
 Ini adalah pembentukan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut.
 Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk berdikari dan meneroka

perlakuan fizikal akan merasa mempunyai autonomi. Kanak-kanak


yang tidak diberi peluang akan mula merasa ragu-ragu terhadap
kebolehan diri.
 Kawalan yang ketat dan kerap memberi dendaan terhadap

kesalahan yang dilakukan akan menjadikan kanak-kanak tersebut


takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.
Implikasi terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.
 Beri peluang dan sokongan kepada kanak-kanak utk mencuba

kemahiran-kemahiran baru.
 Pastikan ia dibawah pengawasan penjaga

 Sesuai dgn kebolehan & kematangan kanak-kanak. (mental & fizikal)

 Pastikan persekitaran selamat utk kanak-kanak mencuba


kemahiran.
 Faktor keselamatan perlu diambil kira.
 Jangan menghukum kanak-kanak apabila tersalah langkah dalam

proses ini.
 Hukuman dan dendaan akan membawa kepada pengurangan rasa

autonomi dan menimbulkan keraguan.


 Beritahu kanak-kanak dengan ayat yg mudah difahami aspek-aspek

keselamatan atau cara-cara yang betul utk melakukan sesuatu.


 Tetapkan peraturan yang ringkas dan mudah difahami.

 Pembentukan disiplin harus tetap dan berkala.


Peringkat tiga: Inisiatif lawan rasa bersalah
(4 hingga – 5 tahun)
 Kanak-kanak pada peringkat ini terdedah kepada persekitaran.
 Mereka akan meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-
kemahiran baru.
 Mereka mula berinteraksi dan mengambil banyak inisiatif untuk
melakukan sesuatu bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka.
 Contohnya, mereka suka bertanya dan meminta penjelasan tentang
peristiwa dan situasi yang didahului.
 Kanak –kanak akan cuba untuk lebih berdikari .
 Mereka juga akan cuba melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan
usia mereka.
 Contohnya, ingin menolong ibu memasak di dapur.
 Ibubapa perlu memberikan peluang yang bersesuaian dengan kanak-
kanak.
 sokongan dan peluang yang diberi oleh orang dewasa akan
mengalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak . Ibubapa perlu
menghargai hasil kerja kanak-kanak.
 Ibubapa yang suka mengkritik atau mengenakan denda pada
tingkahlaku kanak-kanak yang disebabkan oleh perasaan ingin tahu
kan menimbulkan perasaan bersalah pada diri kanak-kanak tersebut.
 Mereka akan kurang initiatif untuk mencuba sesuatu aktiviti.
 Situasi ini akan menyebabkan kanak –kanak ini akan mengasingkan
diri dan akan menimbulkan rasa takut serta kurang yakin untuk
mencuba sesuatu kemahiran yang baru.
Implikasi terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran.
 Beri pujian kepada kanak-kanak yang menunjukkan inisiatif mencuba
kemahiran-kemahiran baru.
 Pujian yang diberi haruslah konsisten dan bersesuaian dengan
tingkahlaku yang ditunjukkan .
 Elakkan daripada memarahi atau menhukum kanak-kanak yang
membuat kesalahan .
 Beritahu kanak-kanak dengan jelas kesalahan yang dibuat dan bantu
mereka untuk mendapatkan kemahiran tersebut.
 Laksanakan kurikulum pembelajaran yang boleh membentuk kanak-
kanak untuk mencapai kemahiran-kemahiran ini.
 Contoh, latihan kordinasi otot kasar dan otot halus untuk aktiviti
fizikal dan penulisan.
 Latihan minda yang sesuai untuk merangsang perkembangan kognitif
dan berbahasa serta latihan emosi dan sosial untuk mengalakkan
perkembangan sosioemosi yang sihat.
 Beri peluang kanak –kanak mencuba kemahiran-kemahiran baru
melalui kaedah bermain.
 Kaedah bermain adalah strategi yang baik untuk mengaplikasikan
kemahiran-kemahiran baru.
 Kemahiran akedamik seperti membaca, mengira , menulis diterapkan
elemen-elemen permainan semasa pengajaran.
 Galakkan mereka bertanya soalan tentang perkara-perkara yang baru
dipelajari.
 Beri maklumbalas yang ringkas dan mudah difahami kanak-kanak .
Kanak –kanak mula memasuki alam persekolahan sekolah rendah

Guru dan rakan sebaya akan mempunyai pengaruh yang besar


ke atas perkembangan kanak- kanak pada peringat ini.
pemikiran mereka mula mencapai operasi konkrit dan mereka
berupaya membuat transformasi dan pertalian antara dua situasi
yang berkaitan dan mula berfikir dengan logik.
Tugasan utama adalah menimbulkan rasa kompetensi dan industri .
Istilah industri membawa kepada kejayaan dalam melaksanakan
sesuatu kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan
hati kanak- kanak.
Sekiranya kanak- kanak diajar sesuatu kemahiran dan
tugasan , mereka akan cuba melakukannya dengan penuh
minat.

Kemahiran yang diperolehi oleh dalam peringkat ini berkisar


kepada kemahiran yang diperolehi daripada alam
persekolahan.

guru dan ibubapa perlu sentiasa membantu dan membimbing


kanak –kanak dalam mencapai kemahiran –kemahiran yang
patut capai pada peringkat ini.
Kanak –kanak yang berjaya dalam peringkat ini akan menimbilkan
rasa yakin pada kebolehan diri sendiri.

Mereka akan berusaha dan mampu untuk memperoleh kemahiran


yang diajar .

Sebaliknya , kanak –kanak yang sentiasa dimarahi dan dikritik pada


peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada berkeupayaan bukan
sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan
sosial dengan individu dipersekitaran mereka.
IMPLIKASI TERHADAP PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Berikan aktiviti- aktiviti yang mencabar tetapi sesuai dengan
kebolehan kanak- kanak. Memberi aktiviti yang diluar kemampuan
kanak –kanak sukar menjayakan aktiviti tersebut . Ini menyebabkan
kanak- kanak rasa rendah diri dan tidak percaya kepada kebolehan
diri.

Beri pujian dan perghargaan kepada setiap usaha yang dilakukan


atau kejayaan yang diperolehi walaupun kecil. Maklumbalas boleh
diberikan secara verbal atau bertulis.
Beri peluang kepada kanak- kanak untuk berkongsi kejayaan yang
mereka melakukan.

Galakkan kanak- kanak untuk bersaing dengan keupayaan diri


mereka sendiri dan bukan dengan orang lain. Elakkan daripada
membandingkan kanak- kanak dengan rakan sebaya mereka yang
lain.

Mengenal pasti pelbagai kebolehan kanak- kanak dan jenis


kecerdasan mereka.
Peringkat 5:Identiti lawan kekeliruan
identiti (12 hingga 18 tahun)
• Menurut Erikson,remaja akan mencari identiti diri “Siapa
saya”.Mereka ingin memahami diri sendiri dan bagaimana mereka
berbeza dengan orang lain.Pada peringkat ini juga mereka harus
menyeimbangi kehendak diri sendiri dengan kehendak orang di
persekitaran(ibu bapa,guru,rakan sebaya).

• Menurut Erikson,remaja yang berjaya melepasi krisis di peringkat ini


akan berjaya membina identiti diri dan mengetahui kekuatan dan
kelemahan diri sendiri.Mereka yang gagal akan mengalami kecelaruan
identiti,rasa tidak selamat dan ragu-ragu tentang peranan dan fungsi
mereka dalam masyarakat.
Implikasi Terhadap Proses
Pengajaran dan Pembelajaran sama
dgn remaja.
• Beri peluang kepada remaja untuk meneroka kebolehan diri
sendiri dgn mencuba pelbagai aktiviti yg sesuai dgn minat
remaja tersebut.Kaji minat remaja dan libatkan mereka dalam
aktiviti yg boleh meningkatkan minda mrk dan berfaedah.

• Dedahkan pelbagai jenis peluang pekerjaan yang sesuai dgn


minat dan kebolehan remaja.Beri penjelasan yg realistik ttg
pekerjaan yang sesuai dgn pencapaian dan bakat mereka.

• Jemput personaliti-personaliti yg berjaya dlm bidang masing-


masing dan mempunyai latar belakang yang sama dgn
remaja.Guru boleh menjemput personaliti yg pernah belajar di
sekolah yg sama dgn remaja.
 Gerak kerja berkumpulan boleh menolong remaja bekerjasama
dan berkonsi minat.Tanamkan sikap setiakawan dan boleh
bekerja dalam kumpulan.

 Kemahiran berkomunikasi dan mendengar perlu didedahkan


dgn cara berkomunikasi (kemahiran bersosial) yg baik supaya
mereka boleh menyesuaikan diri ke alam dewasa dan pekerjaan.
Peringkat 6 : Keintiman lawan
keasingan (18 hingga 25 tahun)
 Membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina
kehidupan berkeluarga.
Mula memikirkan soal teman hidup, percintaan yang akan
membawa kepada perkahwinan.
Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi
individu lain (suami / isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri.
Peringkat 7 : Generativiti lawan kelakuan
( 35 hingga 65 tahun)
 Individu yg berjaya pd peringkat ini dilihat sebagai seorang yg kreatif dan
produktif.
 Berjaya membina keluarga yang mantap di samping keluarga yang
bahagia.
Berupaya menjaga anak-anak dgn baik dan membina hubungan mesra
dengan pasangannya.
Kehidupan mereka akan lebih bermakna sekiranya anak-anak mereka
dapat didik menjadi insan yang berguna dan menghormati ibu bapa.
Peringkat 8 : Integriti lawan kekecewaan
 Peringkat akhir dalam kehidupan individu.
Individu telah mengalami pelbagai pengalaman dan cabaran dalam
hidupnya.
 Mula memikirkan kembali apa yang berlaku dalam kehidupannya
selama ini.
 Individu yang berjaya melepasi segala krisis perkembangan akan
bangga dengan segala pencapaian dan kejayaan yang diperolehi.
KECERDASAN EMOSI
 Meliputi cara seseorang individu mengendalikan emosi diri dan

persekitaran.
 Mereka bersemangat, mempunyai ketekunan serta dapat

memotivasikan diri sendiri.


 Menghadapi kegagalan dengan tenang dan positif.

 Mengawal tekanan perasaan supaya tidak mengganggu tumpuan

dan pemikiran.
 Menjaga perhubungan dengan orang lain dan bersosial dengan

baik.
 Daniel Goleman ( 1995 ) menyatakan 80% kejayaan seseorang

bergantung kepada kecerdasan emosi ( EQ ) manakala lebih kurang


20% sahaja kejayaan yang disebabkan oleh kecerdasan mental (IQ)
 Meyer dan Salovay ( 1993 ) menyatakan : kepintaran emosi

membolehkan individu berfikir lebih kreatif dan dapat menggunakan


emosi untuk menyelesaikan masalah.
Goleman - menjelaskan lima elemen yang perlu diberi perhatian dalam
kecerdasan emosi.

i) Memahami emosi sendiri


Individu perlu memahami emosi sendiri dalam sesuatu keadaan.

Perlu melatih diri semenjak kanak-kanak supaya berupaya mentafsir


keadaan emosi kita dalam sesuatu situasi.
Harus berupaya membezakan emosi yang terlibat dalam sesuatu
keadaan.
ii) Kebolehan mengendalikan emosi
Sesuatu yang agak sukar

Memerlukan latihan daripada zaman kanak-kanak.

Individu yang dapat mengendali dan meregulasi emosinya akan lebih


tenang dan berjaya dalam hidup.
iii) Memotivasikan diri
 Kecerdasan emosi dapat dipertingkatkan apabila seseorang individu
mendorong dan memotivasikan dirinya untuk membina emosi yang
stabil dan seimbang.
 Orang lain hanya dapat memberi nasihat dan dorongan tetapi
semuanya bergantung kepada individu untuk membuat pilihan.

iv) Menyedari emosi orang lain


o Emosi setiap individu berbeza berdasarkan pelbagai faktor.

o Kadang-kadang dalam satu situasi yang sama, individu yang

berlainan mempunyai emosi yang berlainan.


o Oleh itu, kita perlu peka dengan emosi individu lain yang berada di

persekitaran dan berkaitan dengan kita.


v) Mengendalikan hubungan dengan orang lain
 Kita sedar setiap individu mempunyai pelbagai emosi yang dibentuk
hasil daripada interaksi dengan diri sendiri dan persekitaran.
 Oleh itu, bagi memperoleh kesan yang positif dalam hubungan
dengan individu yang lain secara formal atau informal, individu
tersebut haruslah bijak mengendalikan emosinya dan memahami
emosi orang lain.
IMPLIKASI PERKEMBANGAN EMOSI TERHADAP PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Bina asas kepercayaan di dalam bilik darjah


 Memberi layanan samarata terhadap semua murid
 Elakkan daripada membandingkan antara murid tetapi tumpukan
kepada pencapaian individu
 Elakkan daripada memberi layanan atau hukuman berdasarkan
khabar angin.
2. Bantu murid menyedari emosi dan meluahkan perasaan
– Perkenalkan perbendaharaan kata emosi dan bincangkan
frasa-frasa emosi dalam penceritaan.
– Galakkan murid menulis jurnal untuk luahkan emosi.
– Jelaskan dan ceritakan emosi anda sendiri dalam situasi-
situasi tertentu.

3. Bantu pelajar mengenali emosi orang lain


– Suruh pelajar meneka emosi rakan pada sesuatu situasi
– Semasa murid membaca petikan cerita, menonton filem atau
membuat simulasi, minta mereka kenalpasti emsi karektor-
karektor dalam situasi tersebut.
4. Bincangkan strategi-strategi mengawal emosi
 Bincangkan atau beri alternatif yang boleh digunakan untuk
mengawal emosi
 Menjadi model kepada pelajar. Ceritakan pengalaman sendiri dan

cara mengawal perasaan


 Berkongsi pengalaman pelajar dan cuba fahami emosi nyang

dialami.

5. Bantu pelajar mengenal perbezaan budaya dalam ekspresi emosi


 Beri peluang kepada pelajar membincangkan emosi yang terdapat

dalam keluarga
 Beri kesedaran kepada pelajar supaya peka terhadap emosi orang

lain
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai