Anda di halaman 1dari 2

1. Lakonkan satu keadaan p&p di dalam kelas yang menunjukkan kemahiran guru dalam mengendalikan sosio-emosi murid-muridnya.

Situasi Lakonan: Najwa merupakan seorang murid yang baru berpindah dari bandar ke sebuah sekolah luar bandar. Setelah tiga minggu berada di sekolah baru, dia masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan. Ketika rakan-rakan lain bermain, Najwa hanya duduk berdiam diri dan memerhatikan mereka bermain. Guru kelas tersebut, Cikgu Ana dapat mengesan bahawa Najwa sering menyendiri dan tidak bercampur dengan rakanrakannya yang lain. Oleh itu, Cikgu Ana telah menggunakan pendekatan belajar sambil bermain. Cikgu Ana mengadakan aktiviti berkumpulan di dalam kelas yang memerlukan murid-murid berinteraksi sesama ahli dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Hasilnya, Najwa mula berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain dan seronok belajar bersama mereka.

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Perkembangan sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri dan membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial di dalam kelas yang mempunyai latar belakang majmuk yang mesra dan harmoni. Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar belakang

Strategi Pengajaran Dalam Pengurusan Sosio-emosi Belajar Melalui Bermain: Belajar melalui bermain adalah salah satu strategi pengajaran yang dapat memberi perhatian kepada sosio-emosi pelajar dalam kelas pelbagai budaya. Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui

pengalaman langsung Kebangsaan, 2003]

secara

semula

jadi.

[Huraian

Kurikulum

Prasekolah

Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi. Bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Froebel (1782 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan bermain sambil belajar. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.Manakala Dewey (1852 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.

Kepentingan Pengurusan Sosio-emosi Guru perlu mengurus sosio-emosi murid-muridnya secara berkesan kerana kegagalan guru berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid. Antara aspek akan berlaku dalam pengurusan sosio-emosi terdiri daripada berikut: Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap prestasi kesuluruhan Memberi tekanan mental kepada murid dan guru Murid rasa tergangggu dan tidak selesa Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai