Anda di halaman 1dari 8

TAJUK 7

SINTESIS PENDEKATAN KODALY, ORFF DAN DALCROZE

7.1

Sintesis Kodaly, Orff dan Dalcroze Secara umum ketiga-tiga tokoh ini mengutarakan falsafah masing-masing

dengan dan terdapat perbezaan antaranya. Namun apabila dilihat dari aspek muzikal itu sendiri, adalah ternyata ketiga-tiga mereka mempunyai hasrat yang sama dan seiring. Jelasnya elemen-elemen muzik diberikan fokus dan tumpuan dalam membina potensi muzikal dikalangan kanak-kanak. Nyatanya perbezaan ketara adalah dari aspek kaedah, teknik dan pendekatan oleh tokoh-tokoh berkenaan.

7.2

Perbezaan pendekatan Kodaly, Orff dan Dalcroze Berdasarkan pendekatan yang dijelaskan dan diaplikasikan oleh ketiga-

tiga tokoh tersebut, terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat melalui pendekatan mereka. 7.2.1 Falsafah tentang Pendidikan Muzik Pertama sekali, kita dapat lihat perbezaan daripada segi pandangan mereka dalam pendidikan Muzik terhadap kanak-kanak. Zoltan Kodaly seperti yang diketahui, beliau merupakan seorang yang berjiwa `patriotik dengan menerapkan muzik rakyat dalam pendidikan. Tegasnya, Kodaly berpandangan bahawa Muzik rakyat perlu menjadi asas muzik yang penting dalam pendidikan kanak-kanak. Carl Orff pula berpandangan bahawa dalam pendekatannya perlu ditekankan mengenai aplikasi kemahiran bermain alat muzik dalam pendidikan Muzik kanak-kanak. Manakala Dalcroze pula berpandangan mengenai

pendekatannya, pergerakan dalam aktiviti muzikal amat penting supaya unsur muzik mudah untuk diterapkan.

PERBANDINGAN FALSAFAH, KAEDAH DAN PENDEKATAN TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN MUZIK

Kodaly
Konsep irama asas kanak-kanak disamakan dengan pergerakan seperti berjalan, berlari dll. Muzik kepunyaan semua manusia. Ianya perlu diajar kepada semua lapisan masyarakat. Nyanyian adalah asas kepada kemahiran muzik. Suara adalah alat muzik semulajadi. Alat muzik tidak diperlukan. Inner hearing sangat penting dalam kemahiran menyanyi, bermain alat muzik Pengajaran muzik perlu berlaku di awal pra sekolah. Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi dalam kurikulum pendidikan muzik di sekolah. Muzik rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Nyanyian koir penting untuk menghasilkan keseronokkan yang boleh mewujudkan manusia yang berdisiplin, berperibadi tinggi dan mulia.

Orff
Eksplorasi yang menggalakkan kanak-kanak meneroka dan melakukan eksperimen dengan bunyibunyi muzikal, merangkumi aspek ruang bunyi dan bentuk. Kanak-kanak harus dibenarkan mengalami pengalaman muzikal sebelum diajar tentang elemen muzik dalam bentuk notasi. Kanak-kanak harus mengalami pergerakkan dan irama muzik sebelum memahaminya secara teori. Memperkenalkan konsep `echoing patterns melalui `inner hearing dan mendemonstrasikan dihadapan murid. Irama adalah elemen paling penting yang perlu diajar terlebih dahulu sebelum elemen-elemen lain. Elemental muzik adalah merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak mengikuti latihan khusus. Transisi daripada pertuturan kepada aktiviti berirama dan kemudiannya kepada nyanyian.

Dalcroze
Eurythmic iaitu pergerakkan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan atau tanpa muzik Tubuh badan merupakan alat muzik utama Kanak-kanak mempunyai emosi, pembelajaran muzik yang asas ialah bagaimana menukarkan emosi muzik kepada bentuk pergerakkan anggota badan. Emosi dapat dirasai /diluahkan melalui pergerakan. Gaya atau pergerakan menggambarkan perasaan. Konsep `inner hearing dipupuk dengan cara mendengar muzik secara mental semasa membaca skor muzik, aktiviti yang memberikan kelebihan dalam meningkatkan kemahiran solfej.

7.2.2 Kaedah Dari jadual di atas dapat kita lihat dengan jelas perbezaan konsep dan falsafah yang dibawa oleh ketiga-tiga tokoh pendidik muzik ini. Setiap tokoh ini mempunyai kaedahnya yang tersendiri, Zoltan Kodaly menyatakan bahawa suara merupakan aspek utama dalam permulaan

pembelajaran muzik bagi kanak-kanak. Manakala Carl Orff pula menyatakan bahawa sebelum memulakan pembelajaran muzik, kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman bagi menghasilkan hasil pembelajaran yang berkesan. Bagi Dalcroze yang memberi fokus kepada emosi dan gaya perluahan perasaan kanak-kanak pula menggunakan kaedah pergerakan sebagai alat muzik yang asas dan utama dalam pembelajaran muzik kanak-kanak. Dengan bersandarkan konsep dan falsafah ketiga-tiga tokoh di atas, kaedah yang dinyatakan akan lebih berkesan sekiranya teknik-teknik tertentu dapat digunakan sewaktu mengaplikasinya dalam bilik darjah. Teknik-teknik pengajaran yang dicadangkan ialah tunjuk cara, berkumpulan, sumbang saran, melalui permainan, simulasi dan juga kuliah. Justeru itu, seseorang guru perlu memahami dan oleh itu seharusnya mematuhi prinsip-prinsip tertentu agar pelaja dapat memberikan respons yang diharapkan. Antaranya ialah ; i. Tahap kebolehan serta kemahiran muzikal pelajar mestilah bersesuaian dengan bahan pengajaran yang disediakan oleh guru. ii. Isi kandungan pelajaran seharusnya disampaikan dalam urutan yang wajar dan logik serta mempunyai kaitan antara satu sama lain iii. Perkembangan pembelajaran pelajar tidak terlalu cepat dan drastik tetapi wajarlah bermula dari ansur mudah ke sukar iv. Bagi yang bersifat abstrak, pelajar memerlukan contoh yang bersifat konkrit agar mereka lebih mudah memahami

v. Wujudkan kekerapan latihan bagi tujuan peneguhan serta melibatkan secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dicipta secara kreatif dan menarik oleh guru vi. Guru bertindak sebagai pemudahcara dan setiap pelajar wajar diberi bimbingan untuk mencapai tahap yang dikehendaki Berpaksikan kepada pematuhan kepada prisnsip-prinsip di atas, guru harus menjalankan aktiviti mengikut kesesuaian pelajar masing-masing. Sebagai contoh, dengan mengambil kaedah oleh Orff, sebutan secara berirama amat digalakkan bagi seseorang kanak-kanak yang bertujuan sebagai latihan kepada sebutan vokal dan konsonan. menariknya Orff akan memeinta pelajar menyebut silibel seperti ma me mi mo mu atau la le li lo lu, walau pun ia tidak mempunyai sebarang makna. begitu juga untuk membimbing pelajar memahami nilai-nilai not lagu yang pendek seperti te dan yang panjang ta-a-a-a. Dalam bidang permainan alat misalnya, guru boleh menggunakan suara bagi menggantikan bunyi alat muzik sebenar contohnya seperti `Bum untuk drum dan `Cing untuk kerincing. Ajukan bunyi berkenaan akan membawa kepada pengaplikasian bermain alat yang sebenarnya. Kaedah imitasi merupakan satu kaedah yang signifikan dengan kemahiran asas muzikal kanak-kanak. Dengan kaedah tunjukcara (demo) dan ajuk, pelajar berpeluang untuk melatih diri dengan lebih yakin. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan corak irama satu bar dan meminta pelajar menepuknya berulangkali setelah diberi tunjuk cara oleh guru. Bagi Orff pula, beliau cenderung kepada permainan alat muzik terutama alat muzik seperti glokenspil dan zailofon. Kedua-dua alat ini boleh diubah barnya mengikut kesesuaian skel muzik yang ingin dimainkan. Orff juga banyak menumpukan skel 5 not iaitu pentatonik dalam memenita pelajar berlatih memukul bar-bar alat muzik berkenaan. Perlakuan ini boleh

dijadikan satu latihan dalam melatih koordinasi psikomotor pelajar. Dengan membahagikan kepada beberapa kumpulan seperti kumpulan yang memainkan melodi, dron, bordun dan ostinato akan meningkatkan kemahiran bermain mengikut tempo yang betul dan bermain alat secara ensembel. Di sini konsep guru sebagai fasilitator menjadi keutamaan dan ia seharusnya sentiasa diamalkan.

Latihan

Secara berasingan, cuba anda fikirkan ketiga-tiga kaedah yang dinyatakan boleh diaplikasi kepada pengajaran dan

pembelajaran untuk subjek selain dari pendidikan muzik. Berikan satu contoh aktiviti berpandukan kepada setiap kaedah tersebut.

7.2.3 Gabungan unsur Kodaly, Orff dan Dalcroze dan pengaplikasian dalam kelas muzik di sekolah rendah

Dari sudut istilah dan pendidikan, gabungjalin membawa maksud proses intergrasi kepelbagaian kaedah dalam melaksanakan pemindahan pengetahuan atau kemahiran dalam aktiviti pengajaran. Justeru, dalam setiap pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah, guru-guru boleh memilih kaedah samada Kodaly, Orff dan Dalcroze untuk dipraktikkan terutama melibatkan aktiviti-aktiviti muzikal seperti nyanyian, permainan alat serta muzik dan gerakan. Bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti muzikal seperti yang dinyatakan, perancangan yang menyeluruh dan teliti amat diperlukan. Bagi memastikan pengajaran & pembelajaran muzik berkesan dan menarik minat pelajar, terdapat beberapa komponen yang penting yang perlu difikirkan guru. Iaitu; i. persekitaran bilik muzik

ii. iii. iv. v.

kurikulum berpusatkan pelajar guru adalah penyampai ilmu strategi dan kaedah pengajaran & pembelajaran motivasi dan pengurusan

Maka setelah itu, guru mula merancang aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid dalam mendengar, menyanyi, memainkan alat muzik serta muzik dan gerakan. Orff mengutamakan proses eksplorasi dalam pergerakan. Guru boleh

melaksanakan aktiviti dengan menggunakan muzik yang bertempo perlahan pada mula, sederhana laju dan akhirnya laju. Berasaskan elemen muzik, pergerakan akan terbentuk secara spontan dan semula jadi seperti melompat, berjalan dan berlari. Kodaly pula menggunakan isyarat tangan dalam aktiviti nyanyiannya. Pergerakan tangan tadi mampu memberikan koordinasi yang baik dan kesan ingatan solfa yang mendalam pada pelajar. Justeru itu Kodaly memberi garis panduan seperti berikut ; i. ii. iii. iv. julat suara yang sesuai ( biasanya skel pentatonik ) postur badan yang baik teknik pernafasan yang konsisten pengeluaran suara ( ton) yang jelas

Bagi Dalcroze pula yang lebih mengutamakan eurhythmic supaya pelajar lebih peka terhadap muzik melalui pergerakan. Perkara-perkara yang perlu diambil kira sekiranya melaksanakannya ialah kemahiran mendengar, merasai, berimiginasi, menginterpretasi bunyi dan bertindak kepada bunyi yang didengar.

Penggabungjalinan di antara kaedah-kaedah yang digunakan mempunyai kelebihannya tersendiri. Antaranya ialah pengajaran muzik yang berlaku disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Ia juga dapat melahirkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang sangat menarik dan berkesan terutama dalam aktiviti nyanyian, pergerakan berirama dan permainan alat muzik.

Contoh aktiviti penggabungjalinan kaedah

1. Menggunakan teknik permainan iaitu `mesej rahsia. Diawal permainan, guru memberikan satu nota yang mengandungi mesej rahsia kepada seorang pelajar. Pelajar itu kemudiannya membaca mesej tersebut dengan cara menyanyikannya ke telinga guru. Atau pelajar itu boleh juga diminta menyanyi secara senyap dan meminta guru memberikan maksud mesej dengan menggunakan isyarat tangan. 2. Dalam kaedah permainan, ia juga boleh digabungkan dengan kaedah penghafazan. Pelajar biasanya menjadi seronok apabila mempelajari sesuatu dengan cara menghafaz ( learning by heart ). Begitupun untuk lebih menarik jika dapat disesuaikan dalam bentuk permainan. Guru akan menggunakan isyarat tangan sementara pelajar diminta menghafaz sambil membunyikan melodi tersebut di dalam. Langkah selanjutnya, pelajar melakukan semula isyarat tangan yang sama sambil menyanyikan pula melodi secara solfa. Guru perlu menyedari bahawa pelajar harus mempelajarinya peringkat demi peringkat. Latih pelajar mengikut frasafrasa yang pendek pada awalnya, dan beransur kepada latihan dalam frasa-frasa yang panjang. 3. Seorang guru yang ingin mengadakan aktiviti nyanyian boleh memilih untuk mengikut konsep Dalcroze iaitu memberi fokus kepada solfej. Sekiranya dia memilih konsep Orff, akan lebih kepada sebutan berirama sementara Kodaly pula menggunakan isyarat tangan dan solfa sahaja. Jelasnya ketiga-tiga kaedah ini dapat membantu pelajar dalam aktiviti-aktiviti nyanyian.

Latihan

Bina peta minda berdasarkan keseluruhan isikandungan dalam topik ini dalam bentuk grafik. Anda bebas menggunakan kaedah dan teknik anda sendiri di dalam menyediakan tugasan ini.

dokumentasikan dan masukkan ia ke dalam folio tugasan.

Tamat

Anda mungkin juga menyukai