Anda di halaman 1dari 5

JABATAN PENDIDIKAN MUZIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU)

SEMESTER: 3 TAHUN: 2

MUZK3093
KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN
MUZIK
DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD AIMAN BIN MAHMOR


No. K/P: 000725-01-1381
Program: PISMP Ambilan Jun 2019
Kumpulan Akademik: ANGKA GILIRAN:

G 3.4 2019172340017

PENSYARAH:

PUAN EDNA WELLINGTON


TUGASAN: TARIKH HANTAR:

ULASAN KRITIS 9 NOVEMBER 2020


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan (jika ada)
Markah:
Tandatangan Pelajar :
Tarikh :
ULASAN KRITIS – Sympatico’s Orff Ensemble

Konsep Muzik Yang Diaplikasikan

Aktiviti bermain instrumen adalah salah satu aktiviti muzik yang sangat menarik dan
digemari oleh kanak-kanak. Kesesuaian dalam pemilihan aktiviti muzikal yang sangat
menarik adalah sangat penting bagi mencapai objektif dan matlamat pembelajaran di dalam
bilik darjah (Szwed, J. F. 2015). Berdasarkan video yang ditonon, dapat dilihat bahawa
kanak-kanak melakukan aktiviti bermain alat perkusi iaitu zailofon dan timpani. Ini sekaligus
menunjukkan bahawa terdapat pengaplikasian pendekatan Orff yang digunakan dimana
aktiviti ini menggunakan alat perkusi “Barred” yang boleh dicabut dan pasang.Terdapat
beberapa perkara yang boleh diberikan perhatian daripada video tersebut iaitu konsep
muzik yang diaplikasikan, bahan pembelajaran yang digunakan, dan kesesuaian
mengadaptasi aktiviti yang dijalankan kepada murid sekolah rendah dalam konteks
tempatan.

Antara kensep muzik yang digunakan adalah irama. Irama adalah bunyi nilai not
yang dimainkan dengan mengikut tempo yang betul dan sekata. Banyak irama yang
digunakan di dalam video tersebut sebagai contohnya seperti di rajah 1 yang dimainkan
pada durasi 0:06 hingga 1:00.

Rajah 1. Irama yang dimainkan

Seterusnya adalah melodi, dimana banyak juga melodi yang digunakan di dalam
video. Melodi bermaksud irama yang dimainkan secara berpic sama ada tinggi ataupun
rendah. Sebagi contohnya, melodi yang jelas didengar pada durasi ke 1:29 hingga 1:50
dimana ada zailofon yang memainkan “so”,”mi” dan”do” sebagai melodi . Kosep irama yang
seterusnya adalah Harmoni. Harmoni adalah gabungan beberapa bunyi sama ada di dalam
satu alat seperti zailofon ataupun harmoni yang terhasil dari alat yang lain. HarmoniHarmoni
jelas sekali dapat didengari pada durasi ke 0:07 hingga 0:46 dimana zailofon 1 dimainkan
dahulu, dan diikuti zailofon2 dan seterusnya zailofon 3. Harmoni yang terhasil adalah dari
instrumen yang berbeza dari zailofon berpic tinggi, sederhana hingga ke pic rendah yang
dimainkan secara serentak dalam satu masa.

Konsep seterusnya adalah bentuk di mana bentuk adalah sesuatu paten ataupun
corak yang dihasilkan melalui gabungan beberapa corak irama dalam 1 bar atau lebih.
Bentuk sesebuah lagu terdiri daripada beberapa elemen seperti frasa dan motif yang
dimainkan di dalam lagu. Motif kebiasannya dimainkan secara berulang di dalam sebuah
lagu. Sebagai contohnya, motif lagu yang dimainkan seringkali diulang oleh zailofon dalam
persembahan tersebut. Seterusnya adalah ekspresi muzik. Ekspresi merupakan ciri muzikal
yang mempengaruhi sesuatu persembahan dari segi mud dan emosi lagu (Broody, W. 2020,
July 9). Jika diteliti, terdapat elemen ekpresi di awal persembahan iaitu crescendo dan di
akhir persembahan iaitu Forte di mana mereka memainkan secara kuat sebagai penegasan.
Sementara itu, warna ton juga merupakan konsep muzik yang diaplikasikan dalam
ensemble tersebut. Warna ton boleh ditafsirkan daripada kualiti bunyi yang dihasilkan
mengikut bahan-bahan yang dibuat. Terdapat perbezaan warna ton yang jelas hasil
daripada bunyi zailofon dan juga timpani yang digunakan semasa persembahan tersebut.
Konsep muzik yang terakhir adalah tekstur. Muzik yang diperdengarkan jelas sekali
menunjukkan pengaplikasian tekstur polifoni dimana terdapat lebih dari satu suara dan bunyi
yang dimainkan dalam satu masa. Bunyi yang bertindih dan saling bersambung-sambung
menunjukkan tekstur polifoni.

Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Seterusnya, berdasarkan video tersebut, bahan yang digunakan adalah bersesuaian


bagi mendedahkan murid tentang konsep muzik. Bahan yang digunakan adalah zailofon dan
juga timpani. Dengan pelaksanaan aktiviti tersebut, ia akan memberi keberkesanan proses
pengajaran untuk memperkenalkan konsep muzik melalui persembahan instrumental.
[ CITATION Mar17 \l 17417 ] menyatakan bahawa penyediaan kelas dan perancangan PdPc
yang baik mampu membantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran murid dalam
kelas.

Kesesuaian Adaptasi Aktiviti

Berdasarkan video persembahan tersebut, ia boleh diadaptasikan kepada murid


sekolah rendah dalam konteks tempatan. Aktiviti tersebut boleh disesuaikan dengan
kemudahan alat muzik yang terdapat di dalam sesebuah sekolah di Malaysia. Guru muzik
boleh juga menggunakan bahan lain seperti kayu kompang, tik-tok, rekoder, blok kayu,
tambourin, kasternet dan sebagainya dan tidak mengehadkan kepada penggunaan zilofon.
Dengan melakukan aktivti tersebut, murid akan lebih mudak untuk memahami konsep muzik
yang dipelajari. Pengaplikasian pendekata Orff juga akan memudahkan dan melancarkan
proses Pdpc di dalam kelas muzik disamping dapat mencapai hasil pembelajaran yang
diinginkan. Murid juga sekaligus akan lebih tertarik dan seronok untuk meneruskan
pembelajaran di dalam kelas.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, aktivti bermain instrumen adalah amat sesuai untuk


diajarkan di dalam kelas bagi memahamkan murid dengan konsep muzik. Penglibatan murid
dalam proses PdPc akan menjadi lebih bertenaga, bermotivasi dan lebih seronok untuk
dijalankan (Halim, M. H. A. 2010). Pengaplikasian pendekatan Orff juga memainkan peranan
yang amat penting dalam menjalankan proses PdPc agar dapat melicinkan proses
pembelajaran sekaligus mencapai objektif pelajaran yang dimahukan.
Rujukan
Broody, W. (2020, July 9). How To Read Sheet Music: Step-by-Step Instructions. Musicnotes
Now. https://www.musicnotes.com/now/tips/how-to-read-sheet-music/.

Halim, M. H. A. (2010). Faktor-faktor mempengaruhi penglibatan murid dalam aktiviti


kokurikulum di sekolah rendah kebangsaan di daerah Kota Setar.

Szwed, J. F. (2015). Jazz 101: a complete guide to learning and loving jazz. Hachette Books.

Marina Mohd Yusoff. (2017). Pembelajaran Abad 21 Membentuk Disiplin Murid. Retrieved
from Pendidik2u: https://www.pendidik2u.my/pembelajaran-abad-21-membentuk-
disiplin-murid/

Anda mungkin juga menyukai