Anda di halaman 1dari 2

JABATAN PENDIDIKAN MUZIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS


(TUGASAN 4)
SEMESTER: 3 TAHUN: 2

MZU3093
KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN
MUZIK

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD AIMAN BIN MAHMOR


No. K/P: 000725-01-1381
Program: PISMP Ambilan Jun 2018
Kumpulan Akademik: ANGKA GILIRAN:

G3.4 2018172310017

PENSYARAH:

EDNA SHAMANI WELLINGTON


TARIKH HANTAR: 26/11/2020

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)


Markah:

Tandatangan Pelajar:
Tarikh:

Tugasan 4: Penulisan Jurnal Reflektif


Tugasan MUZK 3093 yang ke 3 adalah berkaitan dengan penghasilan produk NPDL
berasaskan teknologi menggunakan kaedah atau pendekatan muzik yang berkaitan. Saya
dan ahli kumpulan yang lain iaitu Queenie dan Haerryson mula berbincang 3 hari selepas
tugasan ini diberikan oleh kerana terdapat kerja kursus lain yang ingin diselesaikan. Semasa
berbincang, terdapat pelbagai idea dan cadangan yang diberikan. Terdapat juga kekeliruan
yang berlaku sehingga saya perlu bertanya kepada Madam Edna. Setelah itu, kami sebulat
suara memutuskan untuk menggunakan kaedah Kodaly dan menggunakan Slaid
PowerPoint yang menarik sebagai produk NPDL yang berasaskan teknologi.

Seterusnya, kami mengagihkan tugas masing-masing. Saya mendapat tugas dalam


menghasilkan slaid tentang aktiviti isyarat tangan solfa, manakala Queenie tentang langkah
nyanyian solfa Kodaly dan Haerryson pula tentang notasi lidi. Kesemua slaid yang telah
disiapkan dikumpul dan diberikan kepada saya. Slaid yang dikumpulkan telah saya sunting
dengan tema “Futuristic” dan menggunakan beberapa ‘hyperlink’ sebagai kelebihan produk.
Setelah siap, produk ini diberi nama ‘Kodaly Magic Slides’.

Seterusnya, semasa pembentangan menggunakan aplikasi Google Meet. Begitu


banyak cabaran yang saya dan rakan setugas hadapi. Masalah utamanya ialah rakaman di
Google Meet tidak dapat dilakukan oleh kerana komputer riba yang tidak begitu canggih dan
bermasalah. Namun begitu, masalah dapat diselesaikan dengan meminjam komputer riba
yang lebih baik dan laju dari kawan serumah iaitu Faiz. Akhirnya rakaman pembentangan
dapat dilakukan dengan baik.

Setelah pembentangan selesai, saya ditugaskan untuk memuat turun video


pembentangan tersebut daripada Google Drive dan menyuntingnya menggunakan aplikasi
“Kine Master”. Suntingan video tersebut hanya dilakukan di telefon bimbit sahaja
memandangkap komputer riba saya mempunyai masalah. Suntingan yang dilakukan
tidaklah begiru rumit, saya hanya perlu buangkan beberapa bahagian yang tidak diperlukan
sahaja.

Penghasilan produk NPDL ini adalah satu pengalaman yang menarik bagi saya.
Daripada projek ini, saya mengetahui banya fitur yang boleh digunakan di dalam Powerpoint
sebagai contohnya ‘voice record’, ‘hyperlink’ dan lain-lain. Nilai kerjasama dalam kumpulan
juga memainkan peranan dalam penghasilan produk ini. Tanpa bantuan ahli kumpulan yang
lain, produk ini semestinya tidak dapat disiapkan dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai