Anda di halaman 1dari 12

EDUP3083

Asas Kepimpinan dan Pembangunan


Profesionalisme Guru

Disediakan oleh:
Diong Shi Mei
Evonne Law Xi Chii
Liow Xin Ying
Teow Chia Chen
Pada pandangan anda,
apakah yang dihasrat
oleh guru dalam
kepuasan kerja?
Perasaan seseorang tentang
Cara seseorang melihat dan
pekerjaan dan aspek-aspek
menghargai kerja yang beliau
yang dikaitkan dengan
melakukan.
pekerjaan tersebut.
(Locke & Latham, 1990)
(Spector, 1997)

Kepuasan Kerja

Tahap diri seseorang sama ada suka atau tidak suka


akan pekerjaan mereka berdasarkan jangkaan dan
tafsiran terhadap tugas yang dilaksanakannya.
Kepuasan Kerja Guru
1. Setiap guru baharu akan memasuki dunia pendidikan dengan
membawa hasrat dan harapan untuk menjadi seorang guru yang
terbaik serta dapat mencapai kejayaan yang membanggakan.

2. Kepuasan kerja amat diperlukan demi memastikan guru kekal


dalam profesionnya.

3. Ketidakpuasan kerja tidak boleh dipandang rendah kerana


seseorang guru yang tidak berpuas hati bukan sahaja membawa
kerugian kepada diri sendiri malah kepada seluruh masyarakat
dan masa depan negara.
Hasrat Guru dalam Kepuasan Kerja

1. Tugas pengajaran
2. Amalan taulan sekerja
3. Peluang untuk pembangunan professional
4. Keadaan tempat kerja
5. Gaji
Tugas Pengajaran
Hasil pulangan daripada pelaksanaan tugas merupakan pengaruh
intrinsik yang penting dalam memberikan kepuasan kepada guru.

Apabila aktiviti PdPc yang disediakan oleh guru berjaya


membangunkan minda murid serta membentuk perwatakan murid
secara positif, maka rasa kejayaan dan kegembiraan ini akan
membawa kepuasan kerja kepada guru tersebut.
(Darling-Hammond, 2003; Derlin & Schnieder, 1994)
Tugas Pengajaran
Kajian lain juga mengenal pasti faktor intrinsik seperti pengiktirafan
oleh pihak sekolah, kejayaan murid dan penglibatan guru dalam
proses membuat keputusan dalam hal berkaitan dengan pengurusan
sekolah sebagai faktor motivator kepuasan kerja guru.
(Bogler, 2001; Hean & Garret, 2001)

Apabila guru merasakan tugas pengajaran mereka adalah


menarik, diiktiraf dan dihargai oleh pihak atasan, produktiviti
sering kali akan meningkat.
Amalan Taulan Sekerja
Program pementoran dan komunitif pembelajaran profesional yang
melibatkan guru baharu dibimbing oleh guru berpengalaman.
(Pokewitz & Myrdal, 1991; Kim & Loadman, 1994)

a. Peluang untuk bekerjasama dengan guru lain yang cemerlang


b. Pengiktirafan kepakaran untuk menjadi mentor kepada guru baharu
Kepentingan:
Mewujudkan sokongan positif dan peluang rundingan mesra
seterusnya memberikan perasaan kepunyaan dan kepuasan kerja
kepada guru-guru.
Peluang untuk Pembangunan Profesional
Keinginan untuk pembangunan profesional dan peribadi merupakan
penentu kepuasan kerja dalam kalangan guru baharu bagi
meningkatkan pembangunan kompetensi dari semasa ke semasa.

Mereka yang terlibat dalam


Guru yang memiliki aspirasi
program pembangunan
tinggi dalam profesion
kapasiti lebih berkebolehan
memperoleh lebih kepuasan
dan sanggup menerima lebih
kerja apabila diberi peluang
banyak tanggungjawab.
untuk pembangunan profesional.
(Rane, 2011)
Keadaan Tempat Kerja
Aspek-aspek seperti kemudahan dan peralatan, ruang kerja,
ketidakadilan dan konflik akan mempengaruhi
tahap kepuasan kerja guru.

Menurut Schneider (2003), kemudahan infrastruktur seperti


bilik makmal, peralatan Pendidikan Jasmani, punca elektrik
yang tidak mencukupi serta pengaliran udara di dalam bilik
darjah adalah pengaruh kepada ketidakpuasan guru dan
ketidakhadiran guru dan murid.
Gaji
Faktor gaji merupakan pendorong ekstrinsik dalam
hubungannya dengan kepuasan kerja guru.

Gaji yang rendah mungkin menyebabkan


seseorang guru meninggalkan profesionnya
kerana gaji diperlukan untuk memenuhi keperluan
dan kehendak kehidupan setiap individu.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai