Anda di halaman 1dari 3

SELOKA 403 09

Assalamualaikum pembuka bicara


Seloka 403 membuka tirainya
Pelajar terdiri pelbagai bangsa
Kelas 403 banyak ragamnya
Sekali pandang smart sekali
Dua kali pandang serius Ya Rabbi
Amirul Adli orangnya berdedikasi
Merangkap presiden kelas kami
Rupa paras cute sekali
Nama panggilan Yana diberi
Baginya Add Math kacang sekali
Itulah naib presiden kelas kami
Kecil-kecil cili padi
Walaupun kecil manis sekali
Inilah dia setiausaha kelas kami
Gelaran Mak Jah becok diberi
Lagaknya seperti Melayu
Berambut panjang manis sekali
Berbangsa Siam itulah Eta
Jujur dan amanah selaku bendahari
Barisan tepi tempat duduknya
Wajah blur tetapi selamba
Nampak lucu hafizuddin namanya
Bab control alim serah kat dia
Claren Raj terkenal sekali
Baju terbang gelaran diberi
Orangnya pula bising sekali
Tetapi dialah penyeri kelas kami
Moy dan Naim selalu bersama
Wajah mereka sangat berbeza
Kedua-duanya kacak la juga

Piala sajak Moy yang punya


Orangnya periang berwajah ceria
Amirul Akmal banyak ragamnya
Makna kata itu trademarknya
Kadang-kadang sakit hati dengan sikapnya
Shamsinar cantik berseri-seri
Dari jauh nampak sopan sekali
Bila ketawa tak ingat diri
Bila bercakap tak henti-henti
Fatihah dan Nuzha merpati sejoli
Nampak serupa ayu tak terperi
Duduk pula sebelah-menyebelahi
Mereka ini pendiam sekali
Jihan dan Nawwar selalu bersama
Ke hulu ke hilir tak kira masa
Seorang lucu seorang berkaca mata
Kalau study kedua-duanya serupa sahaja
Dia ini pantang dipuji
Orangnya pula cerewet sekali
Gelagatnya kadang-kadang menggelikan hati
Itulah Sharanya yang top sekali
Yaya dan Zati bersikap pemalu
Mereka bagaikan isi dengan kuku
Seorang pelajar lama seorang pelajar baru
Berusaha mencapai matlamat yang satu
Orangnya bijak senyum tak henti
Gelagatnya pula mencuit hati
Inilah Chin empunya diri
Sekali pandang cair kami
Chong dan Donny nama diberi
Sentiasa bersama ke sana-sini
Bila study serius nak mati
Bila happy tercabut gigi

Ooi dan Aula nama diberi


Seorang lucu seorang comel sekali
Bila bercakap tak henti-henti
Bila ketawa dua-dua cover gusi
Syamim nama diberi
Budak baru kelas kami
Orangnya selamba cool sekali
Baru ja masuk dah kena buli
Inilah dia hero 403
Judin Desa empunya nama
Perangainya mengalahkan orang gila
Nak buat camna redha jew la
Fatin Natasya pendek sekali
Bila berjalan control kaki
Orangnya cool sedikit crazy
Bila ketawa langsuir pun lari
Asyiqin ayu bertudung labuh
Di barisan belakang tempat duduknya
Bila bercakap berpeluh-peluh
Time study tak ingat dunia
Inilah seloka 403
Kalau salah terima jew la
Ampun dan maaf sama-sama dipinta
Pada yang terasa jangan marah ya

Coretan : students 403/09

Anda mungkin juga menyukai