Anda di halaman 1dari 21

KANDUNGAN

Kandungan 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 Pengenalan Lokasi kajian Sampel kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Muka surat 1 3 3 3 8 9 20

LAPORAN KAJIAN KES TERHADAP MURID YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 1.0 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Pendidikan Inklusif Pendidikan inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan pendidikan khas, yang belajar bersama-sama dengan keperluan murid-murid

normal di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. (Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua pengarah Pendidikan. 1996). Matlamatnya ialah untuk memberi peluang kepada pelajarpelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat lainnya pula adalah supaya murid-murid berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. (Mohd Siraj Awang. 1996). Murid berkeperluan khas yang ditempatkan di kelas perdana atau dengan istilah diinklusifkan adalah murid yang dipilih dari kelas pendidikan khas sekolah berkenaan. Terdapat beberapa perbezaan antara murid Pendidikan Khas dan murid Pendidikan Inklusif. Perbezaan tersebut ialah:

PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Merujuk pendidikan bagi kepada yang

PENDIDIKAN KHAS kepada pelajar

peluang 1. Merujuk disediakan yang

berkeperluan khas dari segi JERIS, tidak mencapai biasa mereka tidak faedah

murid-murid jenis

mempunyai belajar

kecacatan darjah

pertumbuhan hinggakan mendapat

dalam

bilik

bersama-sama dengan pelajarpelajar biasa yang seusia

sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa. Mereka terdiri 1

dengannya.

daripada

golongan

cacat cacat

pendengaran, penglihatan, cacat

fizikal,

terencat akal dan termasuk golongan pintar cerdas. 2. Matlamat konteks pendidikan dalam 2. Mencapai matlamat individu dalam pendidikan

memperkembangkan

potensi individu 3. Proses pengajaran adalah dan 3. Proses secara pengajaran oleh dan guru

pembelajaran

pembelajaran pendidikan khas.

kolaboratif oleh guru resos dan guru kelas perdana

4. Menyesuaikan kurikulum bagi 4. Menyesuaikan mencapai keperluan semua

kurikulum

yang istimewa dengan aktiviti kelas.

individu dengan aktiviti kelas biasa 5. Penyediaan /

pembelajaran 6. Pendidikan penyediaan khas untuk

istimewa

umum untuk semua murid

pembelajaran kanak-kanak

bermasalah pembelajaran.

1.2

Pernyataan masalah Dalam menjalankan tugasan ini, kami dikehendaki

menghasilkan satu laporan hasil kajian mengenai seorang murid yang mengikuti program Pendidikan Inklusif berdasarkan komponen berikut: i. ii. iii. Maklumat terperinci latar belakang murid tersebut. Ciri-ciri masalah murid tersebut. Mengenal pasti Program Pendidikan Inklusif yang bersesuaian dengan murid tersebut. iv. Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif yang boleh diikuti dan sesuai dengan murid tersebut.

1.3

Objektif i. Menghuraikan maklumat peribadi, ciri-ciri masalah, punca atau faktor yang menyumbang kepada masalah dan pendidikan yang berkaitan dengan masalah murid yang dipilih. ii. Memberi cadangan dan sokongan yang sesuai dengan

penempatan murid tersebut di kelas inklusif.

2.0

LOKASI Kajian ini dibuat di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya. Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar di Daerah Pekan, Pahang.

3.0

SAMPEL KAJIAN Saya memilih seorang murid perempuan yang berusia 11 tahun sebagai sampel kajian.

4.0

DAPATAN KAJIAN Hasil daripada kajian ini merangkumi maklumat peribadi murid, ciri-ciri masalah murid, mengenal pasti jenis program pendidikan inklusif yang bersesuaian dengan murid dan laporan setelah melaksanakan program tersebut.

4.1

Latar belakang murid. Nama penuh murid yang menjadi sampel kajian saya ialah Norsyamiera Binti Mohammad. Murid ini berusia 11 tahun, dan dilahirkan pada 24 Disember 2002. Murid ini dilahirkan di Hospital Pekan, Pahang. Murid ini adalah anak ke 7 daripada 8 adik beradik. Norsyamiera berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah kerana ayahnya hanya bekerja sebagai petani kerana sudah agak berusia dan ibunya tidak bekerja. Norsyamiera menghadapi masalah pembelajaran dalam kategori slow learner. Murid ini dimasukkan ke kelas pendidikan khas pada tahun 2010 ketika berumur 8 tahun setelah dikenal pasti oleh guru pemulihan dan telah mendapat pengesahan daripada doktor pakar yang berkaitan. Setelah beberapa tahun berada di kelas pendidikan khas, 3

murid ini telah didapati ada peningkatan penguasaan 3M. Murid ini juga boleh mengikuti arahan dengan baik, bagus dalam berkomunikasi dan tidak mempunyai masalah tingkah laku. Oleh yang demikian, jawatan kuasa Program Inklusif yang telah ditubuhkan bersetuju untuk menginklusifkan murid ini di Tahun 4. Ciri-ciri masalah slow learner Maksud kanak-kanak slow learner atau lembam ialah kanakkanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya ransangan serta daya pengamatan yang lemah atau rendah. Ciri-ciri yang dikenalpasti ada murid masalah pembelajaran kategori slow learner ini ialah: 1. Pencapaian pelajaran / akademik jauh berbeza atau ketinggalan dengan murid normal. 2. Pendiam, tidak aktif atau tidak banyak cakap. 3. Sukar menerima arahan. 4. Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa. 5. Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan. 6. Tanpa ketetapan dan ketentuan dalam menjarakkan huruf dan perkataan dalam penulisan. 7. Mancampur adukkan saiz. 8. Idea yang tidak berkembang dan penyusunan idea yang tidak teratur. 9. Perbendaharaan kata yang terhad, dan tatabahasa yang tidak tepat. 10. Huruf terbalik atau urutan dan arah yang salah. Punca masalah slow learner atau lembam ini ialah: 1. Baka 2. Tersekat pengalaman 3. Intelek yang rendah. 4

4.2

4. Masalah emosi 5. Lemah daya ingatan. 6. Faktor persekitaran. 7. Faktor kesihatan. 8. Amalan pemakanan. 9. Kematangan yang lambat. 10. Sosio-ekonomi.

4.3

Program Pendidikan Inklusif yang bersesuaian. Sebelum membuat sebarang keputusan, pihak jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif perlu mengikuti beberapa langkah untuk menentukan program inklusif yang bersesuaian dengan murid. Antara langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam pelaksanaan program inklusif ini ialah: 1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guruguru kelas normal yang akan terlibat dengan perlaksanaan program pendidikan inklusif. 2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti program pendidikan inklusif. 3. Mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka di kelas perdana. 4. Mengadakan sesi suai kenal di antara kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal. 5. Menyediakan kemudahan yang memenuhi keperluan fizikal kanakkanak khas dalam bilik darjah biasa. Terdapat dinyatakan beberapa jenis pendidikan inklusif yang telah

dalam kertas kerja sebelum ini. Murid ini telah dipilih

mengikuti kelas inklusif penuh. Inklusif penuh bermaksud murid tersebut: 1. Mengikuti semua matapelajaran di kelas biasa seperti murid-murid biasa. 2. Senarai nama murid kekal di daftar kelas khas.

3. Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan guru pendidikan khas sekiranya ada masalah dari segi pembelajaran atau tingkah laku. 4. Pelajar pendidikan khas tahun 6 boleh mengambil peperiksaan.

4.4

Laporan setelah melaksanakan Pendidikan Inklusif penuh terhadap murid. 4.4.1 Senarai matapelajaran yang diikuti. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains Matematik Bahasa Arab Kemahiran Hidup Kajian Tempatan Pendidikan Islam Muzik Pendidikan Jasmani Pendidikan Seni Sivik dan Kewarganegaraan.

4.4.2 Penilaian Murid berkeperluan khas yang mengikuti program

pendidikan inklusif ini akan diberi tempoh percubaan selama 2 bulan untuk tujuan penyesuaian diri. Guru pendidikan khas akan bersama murid tersebut sepanjang proses pembelajaran dan pembelajaran. Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian sumatif dan formatif dari aspek: i. ii. iii. Tingkah laku Sosial Akademik

Pelajar

berkeperluan

khas

yang

berjaya

melepasi

penilaian akan terus berada di program pendidikan inklusif manakala yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program pendidikan khas. 4.4.3 Strategi pengajaran dan pembelajaran i. Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan. ii. Melaksanakan proses pengajaran berasaskan prinsip pengarajaran iaitu dari senang ke susah dan dari konkrit ke abstrak. iii. iv. v. vi. vii. Melibatkan seberapa banyak pancaindera. Banyakkan pengukuhan dan latih tubi. Jauhkan dendaan negatif. Mengadakan kelas tambahan. Guru pendidikan khas atau guru resos berkongsi mengajar di kelas yang ada murid khas.

4.4.4 Laporan perkembangan murid. Guru pendidikan khas perlu menyediakan laporan perkembangan pembelajaran murid dengan bantuan guru di aliran perdana. Laporan perkembangan tersebut perlu diberi kepada ibu bapa dan dibentangkan dalam mesyuarat. Selain itu, laporan perkembangan tersebut perlu diletakkan di dalam fail program inklusif. Maklumat-maklumat lain yang perlu

dilengkapkan setelah murid berada di kelas inklusif ialah: i. Rekod kehadiran murid pendidikan khas ke kelas inklusif. ii. iii. Salinan surat menyurat pelaksanaan program inklusif. Laporan sebelum pelaksnaan, semasa pelaksanaan dan penilaian serta tindakan susulan. iv. v. Rekod prestasi murid pendidikan khas. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

5.0

RUMUSAN Untuk menjayakan program pendidikan inklusif ini, hubungan baik antara guru pendidikan khas, guru mata pelajaran, guru kelas di arus perdana dan murid yag terlibat itu sendiri perlu positif. Murid berkeperluan khas akan mempunyai konsep kendiri yang baik berdasarkan model yang berada di hadapan mereka sendiri. Kerjasama antara guru, pihak pentadbir dan pihak ibu bapa amat diperlukan dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian dan meminimumkan ketidakupyaan kanak-kanak berkeperluan khas ini. Antara cabaran yang perlu diatasi oleh pihak sekolah ialah melawan sikap mendiskriminasikan murid yang mengikuti pendidikan inklusif. Pihak sekolah seharusnya membentuk komuniti yang mengalu-alukan pendidikan inklusif, membina masyarakat inklusif dan mencapai tahap pendidikan untuk semua.

6.0

LAMPIRAN

Suasana kelas

Suasana murid di kelas pendidikan khas

Suasana murid di kelas inklusif (kelas perdana)

Suasana murid di perhimpunan pagi

Senarai semak tingkah laku.

Bil a. agresif 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Hiperaktif Suka memukul Suka mencubit Cepat marah Cepat menangis Suka bertumbuk

Perkara

Selalu

Kadangkadang

Tidak

Suka mencederakan diri sendiri Suka merosakkan harta orang lain Tidak ada tumpuan Suka mengganggu kawan Suka menjerit Mengalami fobia Suka membaling benda ke lantai Suka menggoyangkan badan Mengetuk-ngetuk tempat duduk Menyanyi, bersiul dan ketawa sendiri Meragam (tamper-tantrum) Suka tarik perhatian Emosi sentiasa berubah Suka mendesak

1. 2.

Hipoaktif (berdiam diri) Mengasingkan diri

10

3. 4. 5. 6. 7.

Suka berkhayal Suka membebel seorang diri Mudah letih dan tertidur Tidak mahu mencuba sesuatu yang baru Mempunyai pergerakan yang lambat

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Suka menghisap jari Suka menggigit kuku Sugul Merasa takut dan cemas Takut kepada situasi baru Malu dan kurang bergaul Suka minta perhatian Tidak suka berkawan Keluar dari tempat duduk tanpa izin Mengganggu guru bercakap Tidak boleh terima orang baru dengan mudah Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat Tidak memberi kerjasama kepada orang lain Tidak suka kepada rancangan yang diatur Tidak bertindak balas apabila berbual

12.

13. 14. 15.

1. 2. 3.

Sukar memahami bahasa Sukar bertutur (verbal) Suka menggunakan isyarat badan

11

4. 5. 6. 7.

Sukar memahami bahasa isyarat badan orang lain Bercakap terlalu perlahan Bercakap dengan tidak jelas Tidak bertindak balas dengan arahan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Kurang tumpuan perhatian Tidak boleh ikut arahan Kurang daya ingatan Kurang kefahaman Kurang daya ketaakulan Kebersihan diri tidak memuaskan Membuang air kecil / besar tanpa memberitahu Tidak boleh menulis dan membaca Tidak boleh urus diri

12

Senarai semak akademik Bahagian A BIODATA MURID


1. Nama murid:

2. Kedatangan ke sekolah Baik Memuaskan Sederhana Lemah

3. Pencapaian akademik A Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik Sains Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Pend. Islam/Moral P. Jasmani & Kes Muzik B C D E

13

Bahagian B

SENARAI SEMAK
Arahan : Tandakan pada petak yang sesuai

Elemen 1
A. Mengeja

: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis

Ya 1. Murid sukar mengeja perkataan mudah

Tidak

2.

Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal

3.

Murid kerap melakukan kesalahan

i.

menyusun abjad dalam perkataan

ii.

menggabung suku kata secara terbalik

4.

Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata

B. Membaca

14

Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya

Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca ialah;

i.

tidak menghiraukan tanda bacaan;

ii.

menggugurkan perkataan;

iii.

menambah perkataan pada bacaannya;

iv.

melangkau baris.

Ya 7. Murid mengalami kesukaran dalam membaca perkataan yang mempunyai vokal berganding, diftong

Tidak

8.

Murid sukar membaca ayat panjang

C. Menulis

9.

Hasil kerja bertulis murid tidak kemas

10.

Murid sukar menyalin maklumat :

15

dari papan tulis ;

ii

yang diperdengarkan.

11.

Tulisan murid sukar dibaca.

12.

Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya.

13.

Murid menulis secara terbalik

abjad-abjad tertentu.

Ii

perkataan.

Elemen 2
14.

: Kekuatan pada murid


Murid boleh bertutur dengan baik.

15.

Murid boleh menjawab soalan secara lisan dengan baik.

16.

Murid boleh menghasilkan cerita berpandukan gambar;

tunggal

16

ii

bersiri

17.

Murid berminat terhadap perkara baru. Ya Tidak

18.

Murid mempunyai kebolehan lisan setanding dengan rakan sebaya.

19.

Murid mempunyai kecenderungan dalam bidangbidang tertentu..

20.

Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapi pencapaian akademiknya rendah.

21.

Murid mempunyai banyak idea ( full of ideas ).

22.

Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagal untuk memindahkannya dalam bentuk tulisan.

23.

Isi kandungan penulisan murid baik tetapi mengandungi banyak kesalahan bahasa.

24.

Murid mempunyai pencapaian yang baik dalam subjeksubjek kemahiran berbanding dengan subjek-subjek akademik.

25.

Murid boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman

17

daripada bahan yang diperdengarkan.

26.

Murid boleh menceritakan semula petikan yang diperdengarkan.

27.

Murid seorang yang kreatif.

28.

Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan.

29.

Murid boleh bertindak mengikut situasi.

30.

Murid boleh berkebolehan dalam membuat jangkaan.

31.

Murid mempunyai pengetahuan am yang baik.

32.

Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yang tinggi.

Elemen 3

: Kelemahan yang ditunjukkan.

Ya 33. Murid / anak mempunyai masalah rendah diri.

Tidak

34.

Murid kerap memberi alasan untuk mengelak daripada membuat kerja sekolah yang melibatkan bacaan dan penulisan.

18

35.

Murid mengalami masalah tingkah laku.

36.

Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat.

37.

Murid keliru dengan konsep arah.

38.

Murid menghadapi kesukaran dengan konsep turutan.

39.

Murid menghadapi masalah dalam pengurusan masa.

40.

Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang.

41.

Murid sering gopoh semasa bertindak.

42.

Murid sering cuai dalam pergerakan.

19

RUJUKAN

Mok Soon Sang. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan tingkah laku. Puchong Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

K.A.Razhiyah. (2005). Menjadi guru pendidikan khas. Kuala Lumpur; PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

http://www.scribd.com/doc/15742126/Perkaitan-Pelajar-Kajian-Kes-Dengan Penyakitnya

Jabatan Pendidikan Khas, 2002 Program Pendidikan Khas Integrasi. Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur.

20

Anda mungkin juga menyukai