Anda di halaman 1dari 2

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN, KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI ISI PENTING Kehadiran guru-guru di dalam program PPG ini boleh

memberi impak yang besar kepada diri sendiri, pelajar, guru besar dan negara. Apa yang dapat boleh diaplikasikan di dalam kelas dan berkongsi dengan guru-guru di sekolah. .
Pembangunan Profesionalisme Berterusan Program latihan secara sistematik Yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.

Guru-guru yang mengikuti program PPG ini adalah inisiatif sendiri bukan dipaksa oleh manamana pihak. Diharap guru menggunakan peluang yang diberi ini untuk mempertingkatkan profesionalisme keguruan dan dapat mengubah segalanya bukan setakat akademik sahaja. Guru perlu meningkatkan kualiti diri untuk menjadikan pelajar kita boleh survive dengan kehidupan mereka pada masa depan. Tidak hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Katanya transformasi keguruan sebagai profesion pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru.Bagi melaksanakannya, kita perlu meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru-guru yang cemerlang. Kita mahu jadikan profesion perguruan sebagai profesion yang diminati dan menarik perhatian ramai pelajar, katanya. Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang

berkualiti. Guru sebagaipemangkin utama kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang pelbagaipendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui programpembangunan. Dengan cara ini, profesionalisme GB itu dapat ditingkatkan bermuladaripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama.Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjayamemberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah,seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al., 2003).Contohnya, kita sendiri. Kita
boleh berjaya disebabkan guru-guru kita dahulu adalah berkualiti. Sebagai guru, kita sentiasa mencari untuk meningkatkan kualiti diri kita. Kemenjadian pelajar amat penting pada masa sekarang kerana mereka yang akan memimpin negara kita pada masa hadapan. Kita bangga ramai pelajar yang cemerlang setiap kali periksa tetapi ramai juga yang gagal. Kita harus mendidik pelajar pada hari ini untuk menyediakan mereka pada akan datang. Contohnya, murid tahun 1 yang kita didik hari ini boleh survive hidup mereka pada tahun 2025 nanti. Faktor penting yang perlu kita lihat adalah berkomunikasi dengan berkesan, boleh berkolaborasi dengan semua pihak dan mahir di dalam bidang yang diceburi. Ini adalah ciri-ciri yang dikehendaki oleh sesebuah institusi atau seseorang majikan. Guru sentiasa proaktif ke hadapan. Jangan tunggu guru besar suruh baru nak buat. Faktor guru amat penting dalam membangunkan profesionalisme keguruan ini. Guru perlu membuat kajian tindakan bagi mengenalpasti kelemahan atau kekuatan yang ada pada pelajar. Media sosial seperti facebook, juga memainkan peranan penting. Guru seharusnya guna ict di dalam p & p. Boleh berhubung dan tukar maklumat.

Semua guru tidak kira gred perlu ada kompeten, profisien, strategi, aspirasi dan wawasan. Contoh, kompetensi yang diharapkan ialah p & p berkesan, nilai profesional, aktiviti luar bilik darjah dan sumbangan profesionalisme. Laluan kerjaya-3 tahun berprestasi tinggi akan dapat imbuhan. Guru terdiri daripada 3 kelompok iaitu guru berprestasi tinggi, biasa dan rendah. Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan kompetensi, dan bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan, katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di sini hari ini. Selain itu, Kementerian Pelajaran akan menyediakan banyak peluang peningkatan kerjaya, termasuk peluang kenaikan pangkat kepada guru dan pengetua cemerlang sebagai insentif untuk terus meningkatkan pencapaian, sekali gus membolehkan pengajaran dan pembelajaran lebih baik. Ini seharusnya dilihat sebagai usaha dan perkembangan positif dalam memartabatkan profesion perguruan kerana program pembangunan profesional yang berterusan mensasarkan kepada matlamat mempertingkatkan kompetensi, ilmu pengetahuan serta kebolehan guru. Kesimpulan: Sebagai guru harus sentiasa meningkatkan kompetensi dan perlu seiring dengan kehendak negara hari ini. Kita tidak perlu takut atau risau dengan kemungkinan generasi akan datang akan hilang tradisi, tetapi dengan pengetahuan baharu dan keupayaan berfikir secara kritis, generasi dan guruguru akan datang tetap relevan dalam pasaran pekerjaan, katanya.