Anda di halaman 1dari 5

BADRUL HISHAM BIN AHMAD ( 780924085981001 ) HBEF2803 RUMUSAN CERAMAH TAJUK 1 PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN,

T2A1 RUMUSAN CERAMAH

KEBERTANGGUNGJAWABAN

INISIATIF KENDIRI ISI PENTING Secara global, faktor guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan yang dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Faktor guru juga banyak diperkatakan dalam keperluan Pendidikan Abad ke-21 yang menghadapi pelbagai perubahan dan keperluan. Seiring dengan keperluan pendidikan abad ke-21.Dalam dunia kompetitif hari ini, kelebihan daya saing terletak kepada kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada tahap tinggi, iaitu kritis, kreatif, inovatif dan imiginatif . Ianya bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat antarabangsa. Kemahiran berfikir, pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi serta keyakinan kendiri perlu dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik serta mampu berfikir secara mencapah (divergent thinking) bagi menerokai kebenaran. Bagi melahirkan guru berkemahiran abad ke21 dan untuk melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat, mereka perlu dilatih menjadi pemikir dan berupaya menyelesaikan masalah serta berfikiran sebagai usahawan. Dalam konteks pembangunan kerjaya guru, ia merentasi beberapa laluan dengan kemajuan dinilai berasaskan kompetensi, bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan semata-mata. Kehadiran guru-guru di dalam program PPG ini boleh memberi impak yang besar kepada diri sendiri, pelajar, guru besar dan negara. Apa yang dapat boleh diaplikasikan di dalam kelas dan berkongsi dengan guru-guru di sekolah. Pembangunan Profesionalisme Berterusan Program latihan secara sistematik Yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan. Guru-guru yang mengikuti program PPG ini adalah inisiatif sendiri bukan dipaksa oleh mana-mana pihak. Apa yang diharapkan ialah guru menggunakan peluang yang diberi ini untuk mempertingkatkan profesionalisme keguruan dan dapat mengubah segalanya bukan setakat akademik sahaja. Guru perlu meningkatkan kualiti diri untuk menjadikan pelajar kita boleh meneruskan hidup dengan kehidupan mereka pada masa depan dan tidak hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru. Bagi melaksanakannya, apa yang perlu dilakukan ialah dengan meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru-guru yang cemerlang.

BADRUL HISHAM BIN AHMAD ( 780924085981001 ) HBEF2803

T2A1 RUMUSAN CERAMAH

Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai pemangkin utama kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang kepelbagaian pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program-program pembangunan. Dengan cara ini, profesionalisme perguruan dapat dipertingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama. Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah,seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah. Guru sebagai barisan hadapan pelaksana sistem pendidikan negara perlu sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam sistem pendidikan negara, Guru mesti mengekalkan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya. Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah pembelajarn dan pengajaran (P&P) akan meningkatkan kualiti pengajaran guru. Ini amatlah penting agar pengajaran guru tidak nampak ketinggalan oleh muridnya. Contohnya, kita sendiri. Kita boleh berjaya disebabkan guru-guru kita dahulu adalah berkualiti. Sebagai guru, kita sentiasa mencari untuk meningkatkan kualiti diri kita. Kemenjadian pelajar amat penting pada masa sekarang kerana mereka yang akan memimpin negara kita pada masa hadapan. Kita bangga ramai pelajar yang cemerlang setiap kali periksa tetapi ramai juga yang gagal. Kita harus mendidik pelajar pada hari ini untuk menyediakan mereka pada akan datang. Faktor penting yang perlu kita lihat adalah berkomunikasi dengan berkesan, boleh berkolaborasi dengan semua pihak dan mahir di dalam bidang yang diceburi. Ini adalah ciri-ciri yang dikehendaki oleh sesebuah institusi atau seseorang majikan. Guru seharusnya sentiasa proaktif ke hadapan. Faktor guru amat penting dalam membangunkan profesionalisme keguruan ini. Semua guru tidak kira gred perlu ada kompeten, profisien, strategi, aspirasi dan wawasan. Contoh, kompetensi yang diharapkan ialah p & p berkesan, nilai profesional, aktiviti luar bilik darjah dan sumbangan profesionalisme. Laluan kerjaya-3 tahun berprestasi tinggi akan dapat imbuhan. Guru terdiri daripada tiga kelompok iaitu guru berprestasi tinggi, biasa dan rendah. Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan kompetensi, dan bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan. Selain itu, Kementerian Pelajaran telah pun menyediakan banyak peluang peningkatan kerjaya, termasuk peluang kenaikan pangkat kepada guru dan pengetua cemerlang sebagai insentif untuk terus meningkatkan pencapaian, sekali gus membolehkan pengajaran dan pembelajaran lebih baik. Ini seharusnya dilihat sebagai usaha dan perkembangan positif dalam memartabatkan profesion perguruan kerana program pembangunan profesional yang berterusan mensasarkan kepada matlamat mempertingkatkan kompetensi, ilmu pengetahuan serta kebolehan guru.

BADRUL HISHAM BIN AHMAD ( 780924085981001 ) HBEF2803

T2A1 RUMUSAN CERAMAH

Kesimpulan yang dapat dirumuskan di sini ialah tiada institusi perguruan, betapapun gemilang namanya dan betapapun tinggi kualiti pendidikan keguruannya, yang dapat membekalkan pengetahuan dan kemahiran untuk digunakan oleh guru-guru sepanjang kariernya dalam dua spektrum yang semakin kompleks ini. Justeru tertuntut di atas pundak guru untuk mengambil inisiatif mendalami pengetahuan baharu dan menguasai kemahiran baharu serta mengembangkan pengetahuan dan kemahiran tersebut sepanjang hayat profesyen mereka. Ini bermakna pendidikan guru dan peningkatan profesionalisme guru harus diterima sebagai tanggungjawab sepanjang hayat dan harus diinstitusikan sebagai pendidikan sepanjang hayat. Ini bermakna juga institusi pendidikan guru dan institusi pembangunan profesionalisme keguruan tidak boleh berhenti daripada meneroka, memikir, menyelidik, merumus dan melaksanakan program latihan, pendidikan dan pembangunan yang berkualiti tinggi, terkini dan sepadan dengan keperluan masyarakat yang berasaskan pengetahuan. Kesan positif apabila guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ialah dapat menigkatkan kualiti profesioanal dalam diri seorang guru. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah. Seorang guru yang mempunyai daya usaha untuk meningkatkan tahap pencapaian diri tidak akan terperangkap dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai daya usaha untuk menigkatkan diri akan berusaha mencari dan sentiasa memikirkan kaedah pengajaran yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan. Sebagai seorang profesional, guru mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion perguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap. Dengan cara melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi ini akan membantu guru supaya dapat menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna kerana kemahiran yang dimiliki semakin bertambah. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan. Perubahan dan perkembangan dunia hari ini dalam pelbagai disiplin menuntut setiap individu sentiasa memandang jauh ke hadapan. Sektor pendidikan di negara kita sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke 21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (centre for academic excellence) di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperoleh status World Class Education. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima diperingkat antarabangsa. Perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini bukan sahaja pesat tetapi juga telah

BADRUL HISHAM BIN AHMAD ( 780924085981001 ) HBEF2803

T2A1 RUMUSAN CERAMAH

sampai ke peringkat meledak. Jesteru itu, sekiranya seseorang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, lambat laun akan ketinggalan zaman. Sebagai contoh, kemahiran mengajar yang diperolehi oleh seseorang guru terlatih di maktab perguruan sepuluh tahun dahulu, telah tidak berguna lagi dalam perkembangan pendidikan hari ini. Ini bermakna, untuk menyesuaikan diri dalam bidang kerja yang semakin kompleks dan canggih, guru perlu mengejar ilmu pengetahuan. Kita mungkin tidak mahu bidang pendidikan dipandang rendah. Oleh itu, kejayaan guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan membuka mata masyarakat tentang kerjaya seorang guru bukan mudah dan sama tarafnya dengan kerjaya profesional lain seperti juruterbang.Kesan positif lain yang dapat disenaraikan di sini ialah guru dapat menghadapi cabaran dan tuntutan daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya lebih berkesan. Perubahan peranan guru hari ini menuntut guru supaya melengkapkan diri dengan ilmu ilmu baru agar seiring dengan ledakan dunia pendidikan. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu dianggap kurang sesuai dan tidak releven untuk digunakan lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Guru pada hari ini hendaklah sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, sebagai kaum guru yang tanggungjawabnya menerangi masyarakat manusia zaman berzaman, kita tidak memilih untuk membakar diri seumpama lilin. Kita memilih untuk memantulkan dan menyerakkan cahaya iman, cahaya ilmu dan cahaya hidayah ini umpama cermin bersadur perak yang murni, kukuh dan berkilat permukaannya. Maka kemurnian kaum guru sebagai cermin itu wajib dipelihara, kekukuhan kaum guru sebagai cermin itu wajib diperteguh sepanjang masa, dan sinar akalnya dan sinar kalbunya wajib digilap dan disepuh tanpa henti. Supaya cahaya iman, cahaya ilmu dan cahaya hidayah dapat disebarkan dan diserakkan seluas-luasnya dan semurni-murninya. Sebagai guru kita harus sentiasa meningkatkan kompetensi dan perlu seiring dengan kehendak negara hari ini. Kita tidak perlu takut atau risau dengan kemungkinan generasi akan datang akan hilang tradisi, tetapi dengan pengetahuan baharu dan keupayaan berfikir secara kritis, generasi dan guru-guru akan datang tetap relevan dalam pasaran pekerjaan. Melanjutkan pelajaran adalah perlu kerana dalam usaha untuk mendapatkan segala ilmu yang berkaitan, khususnya bagi subjek yang diajar. Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda kearah daya fikir tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial mahukan ahlinya menguasai ilmu. Tambahan pula guru merupakan orang yang akan menyebarkan ilmu. Oleh itu, ilmu guru haruslah lengkap bagi memastikan penyebaran ilmu yang dilakukan adalah tepat.

BADRUL HISHAM BIN AHMAD ( 780924085981001 ) HBEF2803

T2A1 RUMUSAN CERAMAH

Anda mungkin juga menyukai