Anda di halaman 1dari 5

EDU3083

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

Peranan Kepimpinan Guru Bagi Menghadapi Pendidikan Dalam Abad ke-21

Pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah meletakkan standard


kualiti pencapaian akademik murid sebagai agenda utama reformasi pendidikan. Oleh itu, melalui
PPPM 2013-2025, sasaran dan aspirasi untuk sistem pendidikan berkualiti di Malaysia diharap
dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui kerjasama semua pihak terutamanya komitmen
dari warga pendidik di sekolah. Ini adalah kerana, kualiti pendidikan bagi sesebuah negara
bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan usaha oleh mereka yang berada di sesebuah
organisasi pendidikan. Menurut Usang, Abdul Jawi dan Kamaruddin (2010), antara faktor yang
mempengaruhi pencapaian akademik murid di sekolah adalah kepimpinan di sekolah. Ini
bermaksud, kepimpinan merupakan asas yang penting dalam meningkatkan pencapaian murid
dan seterusnya kejayaan sesebuah sekolah. Dengan kata lain, kejayaan sesebuah sekolah
banyak bergantung kepada peranan dan tugas guru di sekolah.

Guru merupakan pemimpin kepada murid khususnya sewaktu murid berada di sekolah.
Kepimpinan guru amat penting bagi seseorang guru kerana ia membantu dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Kepimpinan seorang pendidik adalah
proses penambahbaikan terhadap pengurusan dan perjalanan sekolah. Menurut Mook Soon
Sang (1996), kepimpinan merupakan satu aktiviti yang sangat kompleks dan dapat didefinisikan
sebagai bentuk interaksi antara pemimpin dengan orang yang dipimpin. Dalam meningkatkan
kecemerlangan sekolah secara berterusan, sistem pendidikan negara telah memfokuskan
kepimpinan pada setiap peringkat. Lazimnya pada peringkat sekolah, kepimpinan selalunya
diberi perhatian kepada guru besar sekolah. Namun begitu, terdapat satu lagi dimensi
kepimpinan di sekolah yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah, iaitu
kepimpinan guru. Kowalski (2010) telah menegaskan bahawa keberkesanan kepimpinan mesti
ada pada semua peringkat di sekolah. Oleh yang demikian, selain guru besar, kepimpinan guru
juga telah menjadi topik perbincangan dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme
mengajar dan reformasi sekolah.

Kini, guru besar tidak lagi dianggap sebagai ‘the only leader’ yang membuat keputusan
untuk penambahbaikan yang berterusan demi pencapaian akademik pelajar (Greenwood, 2011).
Guru besar memerlukan guru dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah
(Katzenmeyer & Moller, 2009; Lambert, 2003). PPPM 2013-2025 menyatakan bahawa
kepimpinan di sekolah akan diperluaskan kepada guru khususnya guru yang memegang jawatan
kepimpinan di sekolah. Ini bermakna, selain guru besar, kepimpinan sekolah juga dapat

1
EDU3083
Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

disumbangkan oleh guru penolong atau guru biasa. Guru pada hari ini berada dalam komuniti
profesion yang mencabar yang sentiasa berubah dan berkembang. Bagi memastikan kejayaan
murid, guru harus bersedia untuk belajar secara berterusan, mengembangkan kebolehan guru
dan bersedia menerima tanggungjawab kepimpinan yang lebih besar. Wan Zahid (1994) telah
menekankan untuk merealisasikan Wawasan Pendidikan Negara sejajar dengan Wawasan 2020,
pemimpin pendidikan perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, sahsiah dan akhlak yang
baik, serta keberanian mencuba dan mengambil risiko. Oleh yang demikian, usaha
penambahbaikan sesebuah sekolah memerlukan keupayaan kepimpinan bukan sahaja dalam
kalangan guru besar, tetapi juga kepimpinan dalam kalangan guru sekolah itu sendiri.

Pada era digital yang dikecapi kini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai
penyampai ilmu kepada murid di sekolah. Hal ini kerana pada zaman teknologi maklumat ini,
murid berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai sumber seperti internet, e-buku, majalah,
surat khabar malah televisyen. Ekoran daripada itu, guru hanya perlu bertindak sebagai fasilitator
untuk membimbing murid menimba ilmu. Oleh itu, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu
pengetahuan dalam bidang major semata-mata malah perlu menguasai ilmu psikologi dan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif
dalam pembelajaran dan pemelajaran. Dalam situasi ini, murid lebih berminat untuk mengikuti
pelajaran menggunakan ICT berbanding cara tradisional kerana mereka lebih terdedah kepada
teknologi sejak kecil. Menurut Cheng (2002), peranan dan cabaran sebagai pemimpin sekolah
semakin kompleks. Oleh itu, guru bukan hanya perlu kepada pengetahuan profesional sahaja
tetapi perlu juga memahami gaya pembelajaran murid mengikut keadaan semasa yang akhirnya
akan memberi kepentingan terhadap sekolah. Sebagai impaknya, guru yang menguasai
teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang
cemerlang.

Antara tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru lagi adalah melahirkan golongan
yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada negara. Hal ini adalah kerana warga pendidik
bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat kepada murid.
Pendidikan kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru perlu sentiasa
menyuntikkan nilai-nilai murni kepada murid supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan
tidak mudah terpengaruh oleh hasutan berunsur negatif. Dengan bimbingan, keprihatinan,
asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan
berfikiran terbuka akan dapat dilahirkan. Atas sumbangan guru, murid yang memiliki jati diri dan
bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara. Hal tersebut ada dijelaskan dalam Al

2
EDU3083
Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

Quran surah Al-Mu’minun: Artinya: Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang
dipikul) dan janji mereka dan orang-orang yang memelihara sholatnya, mereka itulah orang-orang
yang akan mewarisi surga Firdaus, mereka kekal di dalamnya. (Q.S.Al-Mukminun 8-11). Oleh itu,
guru perlu bersedia dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanat yang telah disandarkan
kepadanya. Jika tidak, impak yang buruk akan berlaku kepada anak bangsa.

Malangnya, kini ramai dikalangan murid telah dipengarui oleh budaya barat dan
hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial. Remaja kini seolah-olah tidak dapat
melepaskan diri dalam kepompong sindrom sosial, seperti melepak, mat rempit, penagihan
dadah, bunuh diri dan sebagainya. Sesungguhnya guru perlulah mendukung cita-cita untuk
membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat. Rentetan daripada itu,
guru perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya.
Para pendidik sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat
supaya mereka dapat kembali ke pangkal jalan. Tetapi apa yang berlaku adalah sukar dijangka.
Terdapat segelintir ibu bapa yang kerap kali menunding jari kearah guru tanpa menilai terlebih
dahulu sebab dan musabab sesuatu tindakan diambil. Isu guru dihadapkan ke mahkamah akibat
melakukan tindakan keatas kesalahan murid semakin menjadi isu yang hangat. Hal ini
menimbulkan kegusaran dalam kalangan guru dan impaknya murid tidak lagi menghormati guru
malah lebih berani melawan guru. Secara tidak langsung, guru tidak berupaya membentuk
masyarakat yang berjaya.

Disamping itu, guru juga perlu menguasai subjek yang diajar. Setiap guru perlu
menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar terlebih dahulu supaya tidak terkial-kial
semasa menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajar. Jika tidak, murid
berkemungkinan tidak mendapat pemahaman yang sepenuhnya kerana guru kurang mahir
dengan subjek yang diajar. Di peringkat Institusi yang melahirkan guru hanya menekankan satu
subjek major yang perlu dikuasai oleh seseorang guru tetapi apabila berada di sekolah, pihak
pentadbir memberikan subjek yang bukan major. Rentetan daripada itu, guru tidak dapat
memberikan pengajaran dan pembelajaran yang kerkualiti kepada murid. Hal ini berlaku
disebabkan susunan guru major tidak dititikberatkan dari awal. Oleh itu, pembelajaran sepanjang
hayat perlu dipraktikkan oleh guru bagi memenuhi ciri guru abad-21. Dengan mengambil konsep
belajar untuk mengajar, guru zaman kini akan mampu melaksanakan tugas mengajar dengan
sempurna demi pembentukan anak bangsa yang berjasa kepada negara suatu masa nanti. Guru
merupakan individu yang akan menjadi rujukan kepada masyarakat dalam semua bidang, maka
guru perlu bersiap siaga dengan ilmu yang pelbagai, mahir dan berketerampilan.

3
EDU3083
Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

Pemimpin yang berkualiti amat penting dalam menentukan halatuju sesebuah organisasi
yang cemerlang, oleh itu seseorang pemimpin perlu mempunyai ilmu dan pengalaman dalam
menguruskan sesebuah organisasi. Walaubagaimanapun sebaik mana langkah-langkah tersebut
diambil akhirnya akan bergantung kepada sikap individu itu sendiri yang ingin berubah dan
membawa perubahan. Demi menjana pemimpin yang berkualiti langkah-langkah cadangan jika
dilakukan boleh melahirkan pemimpin organisasi yang mantap, proaktif dan kreatif, dan secara
tidak langsung akan melahirkan generasi yang cemerlang serta sudah tentu akan mewujudkan
budaya kepimpinan yang cemerlang.

4
EDU3083
Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

Rujukan
Cheng, Y. C. 2002. Leadership and strategy. Dlm. Bush, T. & Bell, L. (pnyt. ). The principles
and practices of educational management, hlm. 51 - 69. London: Paul Chapman
Publishing.
Greenwood, J.Y. (2011). African American Teacher Leaders: Selections, Supports, Barriers.
Tesis Doktor Falsafah. Auburn, Alabama: Auburn University.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


(Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah). Kuala Lumpur: KPM.

Kowalski, T.J. (2010). The School Principal: Visionary Leadership and Competent Management.
Routledge Taylor & Francis Group: NewYork & London.

Katzenmeyer, M. & Moller, G. (2009). Awakening The Sleeping Giant: Helping Teacher Develop
as Leaders (3rd Edition). CA: Corwin

Norhailmi Abdul Mutalib (2017). Pembelajaran Abad-21 Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja.
Kangar, Perlis: Percetakan Perlis Sdn. Bhd.

Usang Anak Ngrambang, Abdul Jawi Abnoh Sawi & Kamarudin Mansur (2010). Hubungan
Kepemimpinan Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru Dengan Prestasi Peperiksaan.
Dimuat turun pada 20 Februari 2018 dari
http://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Usang_%20Hubungan%20Kepemimpinan%20
%20Prestasi%20 Peperiksaan.pdf

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin. (1994). Wawasan pendidikan : Agenda pengisian. Kuala
Lumpur: Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai