Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza
dari masa lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Ini adalah kerana
perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Sebagai seorang
pendidik yang bertanggungjawab, individu yang bergelar guru pada hari ini harus
sedar tugas dan amanah mereka kini adalah sebagai agen pemacu transformasi
pendidikan. Transformasi ialah melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku,
pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan
sempurna manakala pendidikan merujuk kepada proses atau aktiviti untuk
membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang (Mohammad Qatb) . Oleh
itu, peranan guru pada hari ini tidak sama seperti guru pada masa lalu. Dahulunya
guru hanya sebagai penyampai maklumat tetapi kini guru sebagai fasilitator,
pembimbing dan pemberi ransangan dalam bilik darjah. Transformasi pendidikan ini
telah dirangka dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2035,
Bagi menyahut cabaran PPPM ini guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu
dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan
berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara
melalui pendidikan dengan kata lain, guru perlulah bersiap sedia dalam
meningkatkan profesionalisme kendiri.

1
2.0 Peranan guru sebagai pemacu transformasi pendidikan

2.1 Guru sebagai pembimbing dan penasihat

Secara umumnya, guru adalah sebagai agen penyampai maklumat yang memberi
ilmu kepada pelajar, tetapi dalam menjayakan transformasi pendidikan guru perlulah
bertindak professional dalam mendidik iaitu menyempurnakan pelajarnya dari segi
jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial (JERIS) iaitu guru bukan sahaja ke kelas
semata- mata untuk mengajar untuk menghadapi peperiksaan malah guru
bertanggungjawab dalam memupuk akhlak pelajar supaya menjadi seorang yang
lebih berguna kepada negara pada masa hadapan. Selain itu, guru perlu
membimbing pelajar yang bermasalah dengan memberi nasihat kepada mereka
supaya mereka menyedari dan merefleksi diri terhadap perkara yang mereka
lakukan Guru yang cemerlang, bukan sahaja mampu untuk mengajar dan
membentuk pelajar ke arah lebih baik, tetapi guru yang bersama- sama menuju ke
arah kebaikan supaya pelajar mampu bekerjasama dengan guru. Izharnya, dalam
memacu transformasi pendidikan guru haruslah bertindak sebagai pembimbing bagi
membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERIS.

2.2 Guru sebagai agen sosialisasi

Pelajar umumnya berasa takut dan kurang keyakinan diri untuk menyuarakan
pendapat di dalam kelas. Oleh itu, guru haruslah bertindak sebagai agen sosialisasi
dengan memberi peluang untuk mereka menyuarakan pendapat supaya sesi
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berlaku dalam dua hala. Jika dahulunya
sesi di dalam bilik darjah adalah berpusatkan kepada guru, tetapi kini demi mencapai
transformasi pendidikan proses tersebut adalah berpusatkan kepada pelajar dengan
cara pembelajaran abad ke-21. Contohnya, apabila guru menggalakkan pelajar
bersuara di khalayak ramai pelajar tersebut akan terbiasa dan keyakinannya akan
bertambah serta tidak kekok untuk menampilkan diri di hadapan pada masa akan
datang. Oleh itu, guru berperanan sebagai agen sosialisasi agar pertukaran dan
perkongsian idea yang bernas dapat dihasilkan dalam mencapai kata sepakat.

2
2.3 Guru sebagai role model

Guru bertanggungjawab dalam membentuk akhlak pelajar kerana pada abad ini,
pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah berbanding di rumah.
Oleh itu, guru seharusnya bertindak sebagai role model kerana profesion guru
dipandang sebagai satu profesion yang mulia. Namun tahap kemuliaannya di mata
masyarakat bergantung kepada sejauh mana guru tersebut meletakkan kehormatan
dirinya. Peribadi dan sahsiah yang seseorang akan menentukan kedudukannya di
mata masyarakat ( Abu Bakar Nordin, 1943). Pendidik harus menjadi contoh kepada
pelajarnya dalam perlakuan seharian seperti mengamalkan disiplin yang cemerlang
dengan bekerja keras, menepati waktu kerja dan mempunyai emosi yang mantap
supaya dihormati pelajat dan masyarakat. Sebenarnya, pelajar akan lebih memberi
tumpuan dan perhatian semasa proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas
sekiranya mereka menyukai guru tersebut begitu juga sebaliknya. Sikap dan
penampilan guru banyak membawa kesan positif ke arah meminati suatu pelajaran.
Keadaan sebaliknya berlaku jika mereka tidak menyukai guru tersebut, mereka tidak
akan memberi kerjasama yang sebaiknya kepada guru itu sepanjang sesi PdPc.

3
3.0 Langkah meningkatkan profesionalisme keguruan

3.1 Menghadiri kursus peningkatan profesionalisme

Guru yang unggul perlulah mempunyai stratergi pengajaran di dalam bilik darjah
supaya memainkan peranannya yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah
sentiasa usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
mengajar. Sehubungan ini, guru hendaklah mengikuti kursus- kursus pendidikan
yang dianjurkan oleh pihak Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan daerah
misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme
Keguruan. Kehadiran kursus- kursus seperti ini adalah untuk meningkatkan
pengetahuan dalam perubahan sistem pendidikan yang sering bertukar- tukar
kurikulumnya. Jika sebelum ini di sekolah rendah, menggunakan Krikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) tetapi sejak 2011, ianya telah bertukar kepada
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dimana ianya menuntut pelajar
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan berfikiran kreatif serta kritis. Oleh itu,
jika kita tidak cakna dengan perubahan baru, kita akan sedikit ketinggalan dalam
arus perubahan.

3.2 Kemahiran penggunaan teknologi ICT dipertingkatkan

Pembelajaran abad ke-21 cukup terkenal dengan kemudahan jalur lebar dan
pementasan menggunakan ict. Dewasa ini, kita juga dapat lihat beberapa sekolah
perintis sudah menggantikan buku teks kepada tablet sebagai medium pembelajaran
harian di bawah program yang diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak
tahun 2013 iaitu program Future Classroom Sekolah Berasrama Penuh misalnya
sekolah yang telah menggunakannya ialah Sekolah Tunku Kurshiah. Justeru itu,
guru harus meningkatkan kemahiran dalam teknologi ini supaya memudahkan
proses pengajaran. Jika dahulunya pembentangan digunakan di dalam kertas
mahjung dan tugasan diberikan di dalam buku tulis, kini nota disediakan di dalam
pementasan powerpoint dan terdapat aplikasi untuk memberikan tugasan sekolah
seperti frog vle. Guru perlulah belajar cara menggunakannya dengan individu yang
lebih mahir tamsilnya menghadiri kelas kemahiran atau mempelajarinya daripada
guru yang lebih mahir. Intihanya, guru professional haruslah bersama- sama
meningkatkan diri dengan arus teknologi supaya proses pengurusan dapat
dikendalikan dengan baik.

4
3.3 Pembelajaran sepanjang hayat

Pembelajaran spanjang hayat membolehkan ilmu seseorang itu bertambah dinamik.


Penyampaian maklumat tentang ilmu akan mewujudkan keyakinan dan
kebolehpercayaan pelajar tehadap seseorang guru. Bagi seorang guru, terdapat dua
pilihan untuk pembelajaran sepanjang hayat iaitu meneruskan pembelajaran hingga
ke peringkat tertinggi contohnya melakukan Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) bagi
mempertingkatkan lagi kualiti ilmu pengetahuan yang sedia ada atau melakukan
penyelidikan iaitu lebih cakna dengan perubahan psikologi pelajar dan isu semasa
aga tidak kelihatan jumud dan lebih dipercayai pelajar. Pembelajaran sepanjang
hayat ini dapat memastikan perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru
yang sejajar dengan perubahan dan cabaran yang dihadapi dari satu masa ke satu
masa.

5
4.0 Penutup

Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada


hasrat melahirkan warga global iaitu warga yang berakar nasional dan berakal
internasional. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan
tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan
berfikiran aras tinggi serta world class thinking. Dalam melaksanakan transformasi
pendidikan dan mencapai hasrat PPPM 22013-2035, semua pihak haruslah
berganding bahu dan berkerja sam agar matlamat dapat dicapai dengan lancar.

(1002 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai