Anda di halaman 1dari 4

Elemen Kemenjadian Murid:

Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir,


berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti
nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi mudd dalam PPPM 2013-2025.

Tindakan Guru Dalam Program


Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
yang memfokuskan aspek kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi selaras dengan
keperluan semasa pendidikan di Malaysia. Melalui TS25, guru-guru hendaklah mengaplikasikan
amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Pihak kementerian telah meletakkan tiga objektif Program Transformasi Sekolah 2025 iaitu
pengaplikasian konsep dan amalan pembelajaran dan pemudahcaraan yang terbaik. Seterusnya
ialah membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan komprehensif dan membangunkan
persekitaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid. Sehubungan dengan itu,
matlamat-matlamat yang perlu dicapai dalam Program Transfromasi Sekolah pula merangkumi
pemantapan kepimpinan sekolah, memaksimakan potensi guru melalui peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran serta mengukuhkan penglibatan anggota komuniti setempat demi
kejayaan murid.
Tindakan yang perlu dilakukan oleh guru novis bagi menjayakan Program Transformasi
Sekolah TS25

Mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21


Guru-guru novis yang masih baru dan semangat berkobar-kobar ini seharusnya mengaplikasikan
pembelajaran abad ke 21 dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru novis perlu
memaksimakan penglibatan murid-murid dalam pengajarannya. Oleh itu, elemen 4K dan 1N dalam
pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 sekali gus dapat memaksimakan penglibatan murid di
dalam kelas.
4K dan 1N merujuk kepada komunikasi, kolaborasi, kreativiti, kritis dan nilai. Komunikasi di
sini dimaksudkan adalah pengajaran guru tersebut hendaklah aktif dan wujudnya komunikasi dua
hala antara guru dan murid ataupun antara murid dan murid. Pengajaran yang memerlukan murid
melakukan pembentangan sesuatu projek akan lebih menarik dan berkesan kerana murid terlibat
sepenuhnya dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Penglibatan murid secara langsung ini
seterusnya dapat memberi peluang kepada murid untuk mencuba dan mengutarakan pendapatnya
tentang sesuatu perkara.
Selain itu, elemen kedua adalah kolaborasi iaitu pengajaran yang memerlukan murid
membuat perbincangan dalam kumpulan mereka. Contohnya, guru mewujudkan satu situasi atau
permasalahan yang perlu diselesaikan oleh murid dalam kumpulan mereka. Setelah perbincangan
berlaku, murid dikehendaki menjelaskan solusi yang mereka hasilkan kepada rakan-rakan yang
lain. Kolaborasi ini secara tidak langsung memerlukan murid menyuarakan pendapat mereka
mengikut kreativiti masing-masing. Disamping itu, mereka boleh mengkritik secara kritis idea-idea
yang dilontarkan oleh rakan-rakan mereka. Oleh itu, pengajaran seperti ini lebih menarik dan
berkesan kerana murid-murid merupakan penggerak utama dalam pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
Seterusnya, guru novis seharusnya sentiasa menerapkan nilai-nilai murni kepada murid
semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung mahupun di luar bilik darjah. Kemenjadian
murid adalah secara holistik termasuk sahsiah murid. Kecemerlangan akademik tanpa nilai-nilai
yang positif dalam diri seseorang murid akan menyebabkan goyahnya semangat dan jati diri
mereka di yang masa akan datang. Oleh itu, Program Transformasi Sekolah ini dilancarkan untuk
melahirkan modal insan unggul yang cemerlang secara menyeluruh untuk mencapai hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Guru novis perlu memaksimakan potensi mereka dalam meningkatkan kualiti pengajaran
Guru novis merupakan guru permulaan yang baru sahaja memulakan perkhidmatan mereka. Guru
novis juga adalah guru yang mempunyai tempoh perkhidmatan yang belum mencapai 5 tahun.
Oleh itu, guru-guru novis perlu menyumbangkan sepenuh komitmen dan tenaga untuk menaik
taraf kemahiran pengajaran mereka. Guru-guru novis perlu belajar untuk melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Menurut Abu Bakar (1994) dalam Chee Kim Mang
(2008) pula mendapati bahawa guru permulaan lemah dalam hal pengurusan kokurikulum dan
sukan. Sementara di dalam kelas, mereka kurang yakin mengawal disiplin kelas dan tidak dapat
mengamalkan teori pedagogi yang dipelajari.Sehubungan dengan itu, mereka perlu banyak
bertanya kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat yang telah mencapai status guru pakar
atau menghadiri seminar-seminar pendidikan yang dianjurkan oleh pejabat-pejabat pendidikan.
Guru novis perlu memantapkan pengetahuan mereka tentang kaedah-kaedah, teknik-
teknik dan strategi pengajaran supaya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah
bersifat pelbagai. Tambahan pula, sekolah-sekolah pada masa kini tidak lagi mengasingkan murid-
murid mengikut tahap pencapaian semasa peperiksaan. Guru-guru akan berhadapan dengan
murid-murid yang pelbagai tahap pencapaian dan kemampuan mereka dalam bilik darjah. Guru
perlu menggunakan pelbagai kaedah dan strategi semasa melaksanakan sesi pengajaran. Oleh
itu, pengetahuan guru yang mantap dalam amalan pedagogi amat diperlukan pada masa kini
untuk memastikan kualiti pengajaran dan fokus kepada kemenjadian murid terjamin.  
Selain itu, guru novis juga perlu menambah pengetahuan mereka tentang kurikulum dan
sukatan pelajaran yang ingin disampaikan kepada murid. Pengetahuan mereka tentang sukatan
pelajaran perlu meluas dan terperinci untuk mengelakkan info-info penting yang perlu disampaikan
kepada murid tidak tercicir. Menurut Cohen, Raudenbush dan Ball (2003) dalam Khalid Johari et
al. (2009), bukti-bukti statistik menunjukkan bahawa amalan pengajaran yang disertai dengan
pengetahuan dan tindakan memberi pengaruh terhadap pembelajaran murid. Oleh itu, guru-guru
novis perlu mengukuhkan pengetahuan mereka supaya proses pengajaran mereka dapat
menghasilkan pembelajaran murid yang lebih bermakna.

Membudayakan amalan Penyelidikan


Guru adalah jentera utama dalam bidang pendidikan di Malaysia. Guru-guru seharusnya memiliki
sikap ingin tahu yang tinggi dalam meningkatkan amalan profesional dan juga kualiti pengajaran
untuk membangunkan modal insan yang unggul di Negara kita. Oleh itu, guru-guru hendaklah
membudayakan amalan penyelidikan dalam tugas harian mereka. Penyelidikan yang dijalankan ini
hendaklah difokuskan kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran bermakna kepada
murid-murid.
            Guru-guru novis yang masih baru dalam bidang pendidikan perlu menceburkan diri mereka
sebagai salah satu cara untuk belajar dan menambah pengetahuan yang baru. Menurut Ramlan
Zainal Abidin et al (2008), Pendidikan sepanjang hayat bermatlamat untuk meningkatkan kualiti
kehidupan individu dan masyarakat. Oleh itu, guru-guru perlu terus belajar dan melakukan
penyelidikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka seterusnya menjadikan pembelajaran
murid lebih bermakna. Hal ini kerana, penyelidikan merupakan satu cabang untuk guru-guru
terutamanya guru novis menimba ilmu pengetahuan untuk menaik taraf ilmu-ilmu yang telah ada
buat masa kini. Penemuan-penemuan terbaru dalam penyelidikan dapat membantu guru-guru
yang lain dalam meningkatkan kualiti pengajaran mereka dan menjadikan pendidikan di Malaysia
setaraf dengan Negara-negara maju yang lain.
        Guru-guru novis yang menceburkan diri dalam bidang penyelidikan ini lebih mudah untuk
menerima ilmu-ilmu yang baru kerana sikap ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka. Mereka
sering membuat refleksi terhadap amalan-amalan harian mereka dan bertindak untuk mengatasi
masalah yang dihadapi. Contohnya, seorang guru melakukan refleksi pengajarannya yang tidak
dapat difahami oleh murid-murid. Guru tersebut akan mencari punca yang menyebabkan murid
tidak dapat memahami pengajarannya seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada masalah
tersebut. Guru-guru yang suka menjalankan penyelidikan ini lebih mudah memperbaiki amalan
untuk menjayakan Program Transformasi Sekolah 2025 dari aspek kemenjadian murid dan
mewujudkan pembelajaran bermakna

Anda mungkin juga menyukai