Anda di halaman 1dari 13

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/320584929

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN MELALUI PEMBELAJARAN


KOPERATIF: SATU KAJIAN TINDAKAN TERHADAP KURSUS COST
MANAGEMENT ACCOUNTING 2

Conference Paper · March 2017

CITATIONS READS

0 6,061

2 authors, including:

Faridah Che In
politeknik kuching sarawak
12 PUBLICATIONS   1 CITATION   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

STUDY ON STUDENT RECYCLING PRACTICES AND AWARENESS OF GREEN PRODUCTS View project

All content following this page was uploaded by Faridah Che In on 24 October 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17)

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN MELALUI PEMBELAJARAN


KOPERATIF: SATU KAJIAN TINDAKAN TERHADAP KURSUS COST
MANAGEMENT ACCOUNTING 2

Faridah Che In
Saifulnizam Zakaria
Jabatan Perdagangan
Politeknik Melaka

Abstrak

Pembelajaran Koperatif adalah merupakan kaedah alternatif di dalam pembelajaran di dalam


kelas dan ia mempunyai dasar atau prinsip khusus yang dapat meningkatkan pembelajaran di
dalam kelas di samping berupaya memupuk nilai-nilai murni yang berguna kepada pelajar.
Tujuan kajian ini di jalankan adalah untuk melihat keberkesanan kaedah ini ke atas pelajar-
pelajar yang mengambil kursus Cost Management Accounting 2 bagi menyelesaikan masalah
dalam memahami kandungan topik varians analisis dan seterusnya meningkatkan minat serta
membina tahap keyakinan diri pelajar. Seramai 30 orang pelajar telah terlibat di dalam kajian
tindakan ini. Hasil daripada tinjauan awal yang telah dilaksanakan melalui ujian teori di
dalam kelas mendapati keputusan terdahulu yang diperolehi oleh para pelajar berada di tahap
yang agak membimbangkan. Maka fokus kajian ini adalah untuk mengatasi masalah tersebut
dengan memperkenalkan kaedah alternatif iaitu pembelajaran koperatif bagi membolehkan
para pelajar memahami topik yang diajar serta menguasai kandung di dalam mata pelajaran
tersebut dengan lebih berkesan. Maka kaedah pengajaran pembelajaran secara koperatif telah
dilaksanakan dan didapati perbandingan keputusan di antara Ujian Pra-Tindakan dan Pasca-
Tindakan ke atas 30 orang pelajar ini telah meningkat secara relatif. Selain itu, hasil dapatan
daripada soal selidik juga turut dijalankan mendapati pelajar juga menunjukkan
kecenderungan serta minat terhadap kaedah pengajaran pembelajaran tersebut berbanding
dengan kaedah berpusatkan pensyarah. Justeru itu, kaedah pengajaran pembelajaran secara
koperatif ini mampu dilihat sebagai salah satu kaedah pengajaran pembelajaran yang efektif
dan harus dilaksanakan di dalam sesi P&P (Pembelajaran dan Pengajaran) secara lebih
meluas khususnya di dalam kursus Cost Management Accounting 2.

KATA KUNCI: pengajaran dan pembelajaran, kaedah alternatif, pembelajaran koperatif


e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17)

1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan salah satu bidang yang penting di dalam menyumbang kepada
pembangunan negara. Institusi pengajian sama ada di peringkat rendah, menengah atau atas
adalah berperanan di dalam melahirkan golongan sasaran yang menjadi tunggak kepada
pembangunan negara (Wahida, 2011). Golongan ini berperanan serta dipertanggungjawab
untuk merealisasikan wawasan negara demi menjana kemajuan negara. Rentetan daripada itu,
pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian
Pedidikan Tinggi untuk memperbaiki dan meningkatkan sistem pendidikan di negara ini
(Zainudin, Mohd Zaki & Nur Azza binti Abd Aziz, 2015).
Pada masa kini, strategi pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar adalah lebih praktikal
berbanding pengajaran berpusatkan pensyarah atau pengajar (Wahida, 2011). Maka, pelajar
dituntut untuk lebih bergiat aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Oleh demikan di dalam menyahut seruan ini, para pendidik perlu mencari idea,
teknik atau pendekatan yang lebih baik untuk diaplikasikan dalam strategi pengajaran
mereka. Sistem pendidikan dan kaedah pengajaran yang berkesan adalah penting untuk
menghasilkan generasi muda yang berkaliber dan memberi sumbangan yang bermakna demi
kemajuan negara (Sarimah, 2015).
Salah satu pendekatan alternatif yang sesuai adalah pembelajaran secara berkumpulan atau
pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif ini memberikan lebih kelebihan kepada
pelajar kerana mereka berpeluang untuk memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu
sama lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri (Ahmad, 2013; Koh et al. 2008).
Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam strategi pe ngajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar (Omar, 2014). Melalui kaedah ini, nilai pembelajaran kendiri dapat
diterapkan kerana mereka mampu untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran
mereka sendiri.

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan kajian lepas di politeknik terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh pelajar di
antaranya adalah berkaitan dengan kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan (Abd
Rahman et al. 2011) penggunaan Bahasa Inggeris dalam proses pembelajaran (Abd Rahman
et al. 2011; Mariappen et al. 2012), ketidakfahaman istilah teknikal di dalm Bahasa Inggeris
(Mohd Rusmi, Azman & Nadiyatul Akmar, 2015), keupayaan meneroka pengetahuan baharu
(Yahya et al. 2008) dan kaedah pembelajaran berpusatkan pensyarah yang lebih
menitkberatkan pembelajaran dan pemahaman secara individu (Johari & Harun (2010).
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17)

Isu permasalahan ini telah menyebabkan pelajar kurang berminat untuk memahami kursus
yang di pelajari. Kursus Cost Management Accounting 2 adalah merupakan salah satu kursus
teras bidang bagi pelajar perakaunan di politeknik. Berdasarkan pemerhatian pencapaian
pelajar perakaunan di Politeknik Melaka di dalam kursus ini terutamanya bagi topik varians
ia menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan iaitu sebanyak 55% pelajar
sahaja yang lulus berbanding topik lain.
Topik varians analisis adalah penting kepada pelajar perakaunan setelah tamat pengajiannya
dan memasuki alam kerjaya di dalam bidang ini. Topik varians analisis di dalam pengurusan
kos adalah penting di dalam bidang perindustrian kerana kepentingan kemahirannya di dalam
berkomunikasi bagi pengumpulan maklumat daripada pelbagai jabatan atau unit yang
mempunyai perbezaan dari segi istilah untuk di terjemahkan dalam satu istilah kewangan di
dalam sesebuah organisasi. Menurut Ali et al. (2000) dan Mustapha & Abdullah (2011)
pengurusan kos adalah penting di dalam mengurus kewangan syarikat agar perbelanjaan
syarikat adalah lebih berhemah. Selari dengan keperluan dan kepentingan tersebut maka
kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran melalui pembelajaran
koperatif terhadap kursus Cost Management Accounting 2 bagi pelajar tahun 3 di semester
satu di Politeknik Melaka, PMK.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah:
i. Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar terhadap keberkesanan kaedah
pembelajaran kopertif di dalam topik varians analisis bagi kursus Cost
Management Accounting 2.
ii. Melihat keberkesanan Pembelajaran Kooperatif dalam meningkatkan
motivasi pelajar untuk mempelajari topik varians analisis bagi kursus Cost
Management Accounting 2.
1.3 PERSOALAN KAJIAN
Berpandukan kepada tujuan kajian ini, persoalan yang ingin dijawab melalui kajian ini
adalah:
i. Melihat sejauh manakah tahap pencapaian pengetahuan pelajar terhadap
keberkesanan kaedah pembelajaran kopertif di dalam topik varians analisis
bagi kursus Cost Management Accounting 2?
ii. Adakah Pembelajaran Kooperatif dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk
mempelajari topik varians analisis bagi kursus Cost Management Accounting
2?
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran
secara koperatif melalui STAD dalam menilai tahap pencapaian pengetahuan dan tahap
motivasi pelajar itu di dalam meluahkan kembali apa yang telah dipelajari malah mampu
untuk menggunakan kepelbagaian idea rakan sebaya bagi menambahkan kefahaman dan
motivasi serta menjana pemikiran kritis untuk mempelajari kurus tersebut.

2.0 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pembelajaran Koperatif


e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17)

Gaya pengajaran pensyarah atau pengajar adalah perlu berbeza dengan gaya pembelajaran
pelajarnya. Ini jelas di dalam kajian Che Ghani et al. (2016) dimana menyatakan jika
pensyarah atau pengajar tidak menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar,
maka ia akan menimbulkan implikasi ketidakselesaan dan kurangnya perhatian oleh pelajar
semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyebabkan pelajar
tertinggal dalam pelajaran. Berdasarkan kepada Felderman dan Silverman (1998) di dalam
teorinya, gaya pembelajaran pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Kaedah
pembelajaran koperatif adalah merupakan salah satu kaedah alternatif di dalam pengajaran
dan pempelajaran.

Semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bertanggungjawab ke atas


pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain daripada pembelajaran mereka sendiri
(Azizi Yahya & Intan Sapinas, 2010). Manakala menurut Ahmad (2013) dan Aziz & Bustam
(2011) pembelajaran koperatif dijalankan dengan saling membantu dalam kumpulan bagi
mencapai prestasi akademik serta memberi penghargaan kepada setiap ahli kumpulan dan
bersikap positif terhadap pelajaran. Ini seiring dengan kajian lepas dimana selain daripada
idea berkerjasama, kaedah pembelajaran pasukan pelajar memberi penekanan kepada
penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan pasukan, ianya boleh dicapai apabila semua ahli
dalam pasukan memberi komitmen yang diperlukan (Ahmad & Umi Kalthom, 2014).

Azizi Yahya dan Intan Sapinas (2010) menyatakan pembelajaran koperatif berlaku apabila
pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan
masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dan seterusnya
pensyarah atau pengajar akan menguji dan memberi gred pelajar berdasarkan pretasi
kumpulan dan kadang-kadang berdasarkan gred individu. Menurut Mohamed (2012) kaedah
pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu-
membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Bilangan ahli bagi pembelajaran
koperatif ini lazimnya terdiri daripada empat hingga enam orang ahli (Azizi Yahya & Intan
Sapinas, 2010).

Menurut Wong (2014) teldapat pelbagai struktur atau kaedah pembelajaran koperatif dan
setiap model atau struktur mempunyai fungsi dan kegunaan yang berlainan. Terdapat lima
strategi yang diperkenalkan melalui pembelajaran koperatif iaitu Group Investigations, STAD
(Student Teams-Achievement Divisions), TGT (Teams-Games-Tournament), TAI (Teams-
Assisted Individualization), dan Jigsaw II (Wong (2014). Beberapa dapatan kajian lepas
menunjukkan kaedah STAD merupakan salah satu kaedah Pembelajaran Koperatif yang
efektif dalam meningkatan pencapaian akademik pelajar serta memberi kesan yang positif
terhadap sikap dan persepsi pembelajaran pelajar (Esmonde, 2009; Johnson & Johnson, 2004;
Slavin, 1990).

Berdasarkan kajian lepas oleh Azizi & Intan Sapinas (2010) dan Johnson & Johson (1985)
pembelajaran koperatif perlu mengandungi elemen- elemen seperti berikut :-

i. Saling pergantungan secara positif antara seorang individu kepada seorang


individu yang lain.
ii. Akauntabiliti individu iaitu setiap pelajar dikehendaki berkerjasama dalam sesuatu
tugasan dan ia juga adalah bertanggungjawab ke atas pencapaiannya sendiri.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17)

iii. Interaksi di dalam kumpulan dimana ahli kumpulan membantu proses


pembelajaran pelajar lain dengan berkongsi maklumat dan menggalakkan mereka
untuk pencapaian yang lebih baik.
iv. Kemahiran sosial yang ianya merangkumi dari aspek kepimpinan, membuat
keputusan, membina kemahiran, berkomunikasi dan pengurusan konflik.

2.2 Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan
pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan pengajar menjadi lebih sedar tentang
amalan-amalan mereka sendiri serta kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia
untuk mengubah amalan-amalan yang kurang berkesan (Mc Niff, 1988). Menurut Lomax
(1994) kajian tindakan adalah penyelidikan pendidikan (educational research) dan ia berbeza
dengan penyelidikan dalam pendidikan (research in education) dimana kajian tindakan
adalah dasar yang penting kepada inovasi di dalam pendidikan kerana kajian tindakan
merupakan kaedah yang membolehkan pengajar melakukan inovasi dan perubahan dalam
pendidikan. Menurut Lomax (1994) juga kajian tindakan yang dilakukan oleh pengajar
bukanlah bertujuan untuk membuat generalisasi melainkan untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh guru-guru berkaitan Maka kajian tindakan adalah satu kajian terhadap
situasi sosial yang melibatkan pengajar sebagai penyelidik yang berniat untuk memperbaiki
kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran mereka.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan bagi melihat perubahan pencapaian
pelajar dalam topik varians analisis bagi kursus Cost Management Accounting 2 melalui
STAD (Student Teams-Achievement Divisions). STAD adalah merupakan kaedah
pembelajaran di mana keahlian kumpulan adalah kecil diantara 4-5 orang. Setiap satu
kumpulan adalah terdiri dengan pelajar dari tahap keupayaan yang berbeza, menggunakan
pelbagai aktiviti pembelajaran untuk memperbaiki kefahaman mereka terhadap sesuatu mata
pelajaran.

Setiap kumpulan kecil bukan sahaja bertanggung jawab belajar untuk diri sendiri, malah
perlu membantu pembelajaran rakan ahli yang lain. Kemudian, pelajar akan diuji secara
individual. Markah individu dan kumpulan diumumkan dan hadiah galakan diberikan kepada
kumpulan yang mendapat jumlah markah yang tertinggi (Murni Mohd Yasin dan Mohd Noor
Hafiziee Zulkaflee, 2008).

3.2 Peserta Kajian


Peserta kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar semester 6 Diploma Perakaunan berjumlah
30 orang, 9 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan. Rasional kelas, pelajar ini dipilih kerana
pencapaian mereka dalam Ujian 1 yang tidak memberangsangkan sedangkan keaktifan
pelajar-pelajar di kelas ini serta pencapaian yang baik ketika mengambil kursus Cost
Management Accounting 1 mengatasi dua kelas yang lain.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17)

3.3 Instrumen Kajian


Menurut Mohd. Majid Konting (2004), instrumen kajian adalah penting bagi mencapai
objektif sesuatu kajian dan ia juga merupakan alat ukur yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah yang dikaji. Menurutnya lagi, alat ukur yang baik akan mengukur dengan
tepat sesuatu pemboleh ubah yang hendak diukur. Instrumen kajian yang digunakan adalah
seperti berikut:

i. Ujian Pra
Ujian pra yang terdiri daripada 10 soalan untuk menguji pengetahuan dan
kefahaman pelajar tentang tajuk yang akan dipelajari. Tujuan diadakan ujian
ini ialah untuk mendapatkan maklumat dan gambaran awal pencapaian pelajar
dalam menguasai topik yang akan dipelajari.
ii. Ujian Pasca
Ujian diberikan kepada pelajar yang berkaitan untuk mengetahui tahap
pencapaian mereka di akhir sesi pengajaran yang telah dilaksanakan.
iii. Soal Selidik
Borang soal selidik dipilih sebagai instrumen untuk mendapat data dan
maklumat mengenai motivasi penggunaan kaedah koperatif dalam sesi
pembelajaran. Soal selidik ini mengandungi 5 item soalan yang di adaptasi
daripada kajian Salha (2014) untuk mengetahui adakah pembelajaran
Kooperatif dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari topik
varians analisis bagi kursus Cost Management Accounting 2. Item yang
digunakan ialah berbentuk 4 Skala Likert iaitu 1 (Tidak Setuju), 2 (Kurang
Setuju), 3 (Setuju), 4(Sangat Setuju).
3.4 Penilaian dan Refleksi

Data yang dikumpulkan dari instrumen kajian dianalisa dalam bentuk statistik bagi mencari
frekuensi, perbandingan skor min dan sisihan piawai di antara Ujian-Pra dan Ujian- Pasca.
Analisa data juga dilakukan dengan melihat pencapaian gred individu. Kadar skor markah
dikategorikan seperti di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Skor Markah Ujian-Pra & Pasca

Kadar Skor Gred


80-100 A
60-79 B
40-59 C
20-39 D
0-19 E

Skema pemarkahan kebolehan pelajar pada peringkat awal dan akhir kajian ini telah
dijalankan di Politeknik Melaka dalam sesi pengajaran dalam masa 120 minit. Tujuan kajian
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17)

ini dilakukan untuk melihat pemahaman pelajar terhadap topik varians analisis dalam kursus
Cost Management Accounting 2 melalui kaedah STAD. Skema pemarkahan dilihat
berdasarkan skor markah yang diperolehi pelajar untuk setiap item soalan dan markah
keseluruhan. Bagi soal selidik pula, 4 skala likert digunakan untuk mengetahui untuk
mengetahui adakah pembelajaran Kooperatif dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk
mempelajari topik varians analisis bagi kursus Cost Management Accounting.

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Profil Subjek Kajian


Daripada 30 orang pelajar semester 6 Diploma Perakaunan yang dipilih sebagai subjek
kajian, 21 orang (70%) adalah pelajar perempuan dan 9 orang (30%) adalah pelajar lelaki.

Objektif 1: Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar terhadap keberkesanan kaedah


pembelajaran kopertif di dalam topik varians analisis bagi kursus Cost Management
Accounting 2.

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis bagi ujian pra, didapati seramai 3 orang pelajar
(10%) telah memperolehi gred A, 6 orang pelajar (20%) telah mendapat gred B, 15 orang
pelajar (50%) mendapat gred C, 4 orang pelajar (13.33%) telah mendapat gred D dan 2 orang
pelajar (6.67%) telah mendapat gred E. Sila rujuk Jadual 2.

Jadual 2: Keputusan Ujian-Pra mengikut gred


Ujian Gred Bil. Pelajar %
A 3 10
B 6 20
Pra C 15 50
D 4 13.33
E 2 6.67
Jumlah 30 100

Jadual 3 di bawah menunjukkan kadar responden menjawab soalan Ujian-Pra digunakan bagi
menjawab Persoalan Kajian 1 yang menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar berada
di tahap sederhana sebelum kaedah koperatif dimulakan. Ini di mana pelajar yang mendapat
tahap cemerlang adalah 9 orang (30%), tahap sederhana 15 orang (50%) dan tahap rendah 6
orang (20%). Skor min bagi ujian ini adalah 50.67.

Jadual 3: Statistik Ujian-Pra


Ujian Kadar Skala Frekuensi (f) %
Tinggi 9 30
Pra Sederhana 15 50
Rendah 6 20
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17)

Manakala bagi Ujian-Pasca yang ditadbir selepas sesi pengajaran menggunakan kaedah
koperatif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar berada di tahap sangat baik
sebelum kaedah koperatif dimulakan. Ini dapat dilihat di mana seramai 10 orang pelajar
(33.33%) telah memperolehi gred A, 15 orang pelajar (50%) telah mendapat gred B dan 5
orang pelajar (16.67%) mendapat gred C.Tiada pelajar yang mendapat gred D dan E bagi
ujian pasca ini. Sila rujuk Jadual 4.

Jadual 4: Keputusan Ujian Pasca mengikut gred


Ujian Gred Bil. Pelajar %
A 10 33.33
B 15 50
Pasca C 5 16.67
D - -
E - -
Jumlah 30 100

Berdasarkan Jadual 5 di bawah menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar berada di


tahap sangat baik selepas kaedah koperatif diadakan. Ini jelas dimana, pencapaian pelajar di
tahap tinggi meningkat dan ketiadaan pelajar yang mendapat tahap rendah serta membuktikan
keberkesanan kaedah koperatif yang dipraktikkan di dalam sesi pembelajaran. Ini di mana
pelajar yang mendapat tahap cemerlang adalah 22 orang (83.33%) dan tahap sederhana 8
orang (16.67%). Skor min bagi ujian ini adalah 80.03.

Jadual 5: Statistik Ujian Pasca


Ujian Kadar Skala Frekuensi (f) %
Tinggi 25 83.33
Pasca Sederhana 5 16.67
Rendah - -

Dapatan perbandingan Ujian Pra dan Pasca telah menunjukkan peningkatan min pencapaian
ujian. Tahap peningkatan min ujian boleh diinterpretasikan berdasarkan Jadual 6 dan berada
di tahap Cemerlang.

Jadual 6: Analisa Perbandingan Skor Min


Analisa Ujian-Pra Ujian-Pasca Skor Min
Min 50.67 80.03 29.36
Sisihan
19.92 13.94 (5.98)
Piawai

Objektif 2: Melihat keberkasanan Pembelajaran Kooperatif dalam meningkatkan


motivasi pelajar untuk mempelajari topik varians analisis bagi kursus Cost
Management Accounting 2.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17)

Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, para pelajar menerima baik
strategi Pembelajaran Kooperatif dalam pengajaran Cost Management Accounting 2.
Daripada Rajah 1 dibawah 76% pelajar sangat setuju dan 23 % pelajar setuju dengan keadah
pembelajaran korporatif digunakan bagi toik varians bagi kursus Cost Management
Accounting 2.

Rajah 1:- Keberkasanan Pembelajaran Kooperatif bagi kursus Cost


Management Accounting 2.
Dapatan ini juga dikukuhkan lagi melalui analisis borang temu bual pelajar yang
menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa pengajaran Pembelajaran
Kooperatif membantu mereka lebih fokus dalam pelajaran. Tiga daripada mereka yang
ditemu bual berpendapat bahawa Pembelajaran Kooperatif menarik dan berkesan untuk
membuat mereka lebih faham akan apa yang dipelajari. Dua orang pelajar menyatakan
mereka terdorong untuk lebih fokus disebabkan ganjaran yang diterima daripada guru dan
rakan-rakan mereka. Oleh itu, Pembelajaran Kooperatif berupaya menambahkan minat dan
motivasi pelajar terhadap pembelajaran.

5.0 REFLEKSI KAJIAN

Dapatan kajian ini didapati menyokong andaian di mana kaedah koperatif yang telah
dilaksanakan dapat membantu proses pembelajaran para pelajar dengan lebih berkesan
berdasarkan tahap peningkatan min ujian-pasca berbanding ujian-pra. Manakla bagi dapatan
soal selidik pula memberi indikasi bahawa masih terdapat ruang untuk penambahbaikan
terhadap mekanisme tindakan yang dilaksanakan. Secara umumnya, kaedah pengajaran
pembelajaran koperatif harus dilaksanakan mengikut kesesuaian tempat serta demografi
pelajar (flexible) dan tidak harus dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang ketat (rigid).
Ianya menuntut kepada kreativiti para pensyarah dalam menentukan set pembolehubah yang
dapat memenuhi keperluan sesi pengajaran dan pembelajaran.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17)

5.1 Cadangan Penambahbaikan

Kajian ini adalah terbuka kepada cadangan penambahbaikan seperti berikut:

i. Memberi pendedahan berterusan tentang kaedah pengajaran pembelajaran


koperatif kepada para pensyarah dan pelajar.
ii. Menggunakan pendekatan mentor-mentee bagi proses pelaksanaan dan
pemantauan kaedah pengajaran pembelajaran koperatif di dalam kelas.

5.2 Penutup

Secara keseluruhanya dapatan kajian yang diperolehi sebenarnya memberi implikasi yang
amat baik terhadap perkembangan pendidikan masa kini. Ini kerana, kaedah koperatif ini
menekankan aspek penglibatan pelajar berbanding kaedah tradisi yang berpusatkan
pensyarah. Melalui kaedah ini, pelajar semakin berkeyakinan di dalam memberikan idea dan
pandangan serta melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pembelajaran. Oleh yang demikian,
kaedah koperatif ini memberi banyak kebaikan dan munafaat bukan sahaja kepada pelajar,
malah ia mampu untuk meningkatkan prestasi keseluruhan proses pengajaran dan
pembelajaran di sesebuah institusi pendidikan. Tambahan pula, kaedah koperatif ini pastinya
mampu untuk mengubah diri seseorang pelajar daripada pasif ke aktif.

Rujukan:
Aziz, Z., & Bustam, S. (2011). Kesan strategi pembelajaran koperatif terhadap pencapaian
geografi tingkatan satu–topik tumbuhan semula jadi dan hidupan liar (The impact of
cooperative learning strategy on the geography achievement of form one: topics forest
and the wild life). Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 1-10.
Ali, M., Anuar, K., Yusoff, R. Z., & Abas, Z. (2000). The relationship between quality
management practices and productivity in revenue and cost management: A study of
local authorities in Peninsular Malaysia. Malaysian Management Journal, 5(1&2), 17-
33.
Azizi Yahya & Intan Sapinas Bahuri. "Pembelajaran Koperatif." (2010). Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
Ahmad, A. M. (2013). Faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar
lepasan diploma politeknik dan matrikulasi terhadap subjek kejuruteraan (Doctoral
dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17)

Ahmad bin Esa & Umi Kalthom Binti Mahbib (2014). Prosiding Persidangan Antarabangsa
Kelestarian Insan 2014 Pembelajaran Koperatif Di Malaysia: Pembangunan
Profesional Dalam Meningkatkan Pendidikan Sekolah Rendah. (INSAN2014) Batu
Pahat,
Che Ghani Che Kob, Mai Shihah Abdulah, Arasinah Kamis, Zaliza Hanapi, Ridzuan Che
(2016). Amalan gaya pembelajaran pelajar cemerlang di Politeknik Seberang Perai:
Kajian pelajar Malaysia berdasarkan model Felder Silvermen. Geografia: Malaysian
Journal of Society and Space, 12(3), 181-191.
Diah, N. M. (2008). Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar kejuruteraan
di politeknik (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Johari, N. A., & Harun, J. (2010). Pembangunan Dan Penilaian Keberkesanan Persekitaran
Pembelajaran Sosial Menerusi Web Bagi Menggalakkan Pembelajaran Aktif. Projek
Sarjana. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Koh, L. L., Choy, S. K., Lai, K. L., Khaw, A. H., & Seah, A. K. (2008). Kesan pembelajaran
koperatif terhadap sikap dan pencapaian Matematik bagi murid-murid sekolah rendah
di sekitar bandar Kuching. Jurnal Penyelidikan IPBL, 8, 50-64.
Mohamed, N. H. (2012). Penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif di sekolah
menengah vokasional (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Mohd Rusmi Bin Abdul Ghani, Hj Azman Bin Husin, Nadiyatul Akmar Binti Abdul Latif
(2015) Ketidakfahaman Pelajar Terhadap Istilah Teknikal Bahasa Inggeris Dalam
Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Communication – Dep) 58-66. Volume 4
Issue 1 Academia Journal UiTMT
Mustapha, R., & Abdullah, N. C. (2011). Amalan Pengurusan Perniagaan Usahawan Tani
IKS Bumiputera: Satu Kajian Kes di Negeri Terengganu. Sains Humanika, 55(1).
Mimi Suhana, Abd Aziz (2007) Rekabentuk kerangka piawaian nasional program
kejurulatihan guru/pensyarah TVET: perspektif institusi pengajian tinggi di
Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Mohd. Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur
Norbaini, Siti, and Binti Abdul Halim. "Faktor-faktor kegagalan latihan dalam organisasi."
(2015).
Sarimah, Ibrahim (2015). Motivasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan
teknologi multimedia pada abad ke-21 (Doctoral dissertation, Universiti Malaysia
Sarawak,(UNIMAS)).
Slavin, R.E (1990). “Cooperative Learning: Theory, Research and Practice”. Massachussetts:
Simon & Schuster Inc Omar, Z. (2014). Pendekatan konstruktif dalam inovasi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di kolej vokasional (Doctoral dissertation, Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia).
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17)

Salha Mohamed Hussain. (2014). Keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk


meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa melayu. Proceeding of the
Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March
2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

WONG, LEE LENG. Kesan Pembelajaran Koperatif (Students Team Achievement Division-
Stad) Terhadap Pembelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah. Diss. Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2014.
Wiersma, W. (1995).Research Methods in Education: An Introduction.6th. ed.
Massachusetts: Allyn and Bacon.

Wahidah, Abu Bakar, (2011) Keberkesanan konsep peta minda dalam pembelajaran
berasaskan masalah. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Zainudin bin Hassan, Mohd Zaki bin Mohamed Som, Nur Azza binti Abd Aziz.
Perkembangan dan Reformasi Sistem Pendidikan di Malaysia. 2015. Jurnal
Pendidikan Nusantara Indonesia, 1(1), 110-123.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai