Anda di halaman 1dari 11

MENDEPANI CABARAN ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.

0 : HUBUNGAN
AMALAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN DENGAN PRESTASI PERANAN
GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI AGEN PERUBAHAN MASYARAKAT

Maziahtusima Ishak
Hazlina Abdullah
Sakinah Ahmad
Yuslina Mohamed

Abstrak
Pakar ekonomi berpandangan bahawa revolusi industri 4.0 (IR 4.0) bakal memberikan impak
yang ketara khususnya dalam aspek pendapatan dan jurang kekayaan antara penduduk
merentasi benua, kelas, gender dan bidang pekerjaan selain terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan
dan keadilan. Justeru, modal insan yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan
ekonomi negara perlu dipersiapkan secukupnya baik dari aspek fizikal, mental mahupun
spiritualnya. Namun begitu, peningkatan kes gejala sosial dan pelbagai isu keruntuhan akhlak
dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia semakin membimbangkan. Situasi ini seolah
memberi gambaran bahawa terdapat kepincangan dan lompang yang berlaku dalam aspek
pembangunan insan meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan termasuklah
mewajibkan mata pelajaran Pendidikan Islam dalam kurikulum sekolah. Justeru, peranan guru
pendidikan Islam tidak lagi terbatas kepada tugas mendidik dalam sekolah bahkan perlu diperluas
kepada ahli masyarakat agar modal insan yang dilahirkan mampu mendepani cabaran IR 4.0
selaras dengan matlamat pendidikan yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kajian kuantitatif ini bertujuan meninjau prestasi peranan guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai
agen perubahan (change agent) dalam masyarakat dari perspektif pendidikan pengembangan
iaitu sebagai pemangkin perubahan (catalyst), penyelesai masalah (problem solver), pembantu
proses (process helper) dan penghubung sumber (resource linker) dan hubungannya dengan
amalan pembelajaran berterusan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif
dan kekuatan tinggi antara amalan pembelajaran berterusan dengan prestasi peranan GPI
sebagai agen perubahan. Secara keseluruhan, prestasi peranan GPI sebagai agen perubahan
masih pada tahap sederhana. Penemuan ini diharapkan dapat memberi input kepada pelbagai
pihak seperti kerajaan, institusi pendidikan serta individu GPI sendiri bagi mengenalpasti apakah
langkah dan strategi yang diperlukan dalam usaha memartabatkan pendidikan Islam ke arah
menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh yang mampu mendepani cabaran dan
ledakan era IR 4.0.

Kata kunci : pembelajaran berterusan, prestasi peranan, agen perubahan, guru pendidikan Islam

1
Abstract
Economic experts view that the industrial revolution 4.0 (IR 4.0) will have a significant impact,
particularly in terms of income and wealth gaps between population across continents, class, gender
and occupation, as well as the erosion of humanitarian and justice values. Hence, the human capital
that will become the catalyst for national economic development needs to be adequately prepared
in all aspects--physically, mentally and spiritually. However, the increase in the number of social
phenomena and various moral issues in Muslim societies, especially in Malaysia, is worrying. This
implies that there are weaknesses and voids in the aspect of human development although various
efforts have been made by the government which include authorising Islamic Education as a
compulsory subject in the school curriculum. Therefore, the role of Islamic Education Teachers (IET)
is no longer limited to educative tasks in schools but need to be expanded to members of the
community in order to meet the challenges of IR 4.0, in line with the educational goals as outlined
in the National Education Philosophy. From the extension education perspective, this quantitative
study aims to examine the role of IET as a change agent in society that is as catalyst, problem
solver, process helper and resource linker and its relationship with continuous learning practices.
The findings show that there is a positive and strong relationship between continuous learning
practice and IET role as a change agent. Overall, IET roles as a change agent are still at a moderate
level. The findings are envisioned to provide inputs to various parties such as the government,
educational institutions and IET individuals themselves to identify possible steps and strategies
needed to uplift Islamic education towards building knowledgeable, devout and righteous
generations who are able to meet the challenges and explosions of the IR 4.0.

Keywords : continuous learning, role performance, change agent, Islamic Education Teacher

Pendahuluan

Revolusi Perindustrian (IR) merupakan satu bentuk kemajuan dalam peradaban dan ketamadunan
manusia (Mohamad, 2018). Peralihan dari zaman pertanian kepada zaman perindustrian
menjadikan kehidupan manusia semakin kompleks dan penuh elemen daya saing dalam bentuk
moden. IR berkait rapat dengan aplikasi teknologi moden, pengawalan maklumat dan pengenalan
kepada komunikasi era moden selain pertambahan penggunaan peranti pintar dalam kebanyakan
urusan seharian, membuktikan apa yang disebutkan Rasulullah menerusi hadis riwayat At-Tirmizi
iaitu “suasana suatu zaman yang masanya menjadi singkat, jarak sudah menjadi dekat dan
komunikasi pula menjadi lebih rapat” telah menjadi realiti (Mohd. Noor, 2017). Dzulkifli (2017a)
menyifatkan IR mengakibatkan elemen kemanusiaan terhakis akibat kebergantungan total kepada
konsep transhumanisme di mana nilai roh kemanusiaan semakin diketepikan. Pakar ekonomi pula
melihat IR khususnya IR 4.0 bakal memberikan impak yang ketara khususnya dalam aspek
pendapatan dan jurang kekayaan antara penduduk merentasi benua, kelas, gender dan bidang
pekerjaan selain terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan dan keadilan.

Namun begitu, tidak kurang juga terdapat pandangan dari sisi lain yang melihat IR 4.0 mampu
membuka ruang kepada cetusan lebih banyak kaedah penyelesaian masalah seperti masalah
ketidakcukupan sumber dan tenaga yang dihadapi oleh dunia sekarang (Rani, 2017), meningkatkan
produktiviti secara berterusan selain dapat mempromosikan keseimbangan kerja-kehidupan yang
lebih baik (Moraes & Lepikson, 2017). Dari sudut agama pula, Asyraf Wajdi (2017) menyifatkan
revolusi perindustrian merupakan satu bentuk jihad kepada masyarakat Islam dewasa ini untuk
mengembalikan zaman kegemilangan umat Islam terdahulu yang telah terbukti hebat mencipta
tamadun tersendiri hasil usaha, sikap dan kekuatan dalaman yang dimiliki oleh mereka. Justeru,
2
generasi muda di negara ini perlu disedarkan bahawa mereka perlu bersiap siaga sepenuhnya dari
aspek fizikal, mental dan spiritual agar mampu bertindak sebagai catalyst dalam memacu
pembangunan ekonomi negara.

Penyataan Masalah

Di sebalik keghairahan mengenai persiapan dan kesediaan masyarakat di negara ini untuk
berhadapan dengan IR 4.0, apa yang menjadi kebimbangan ialah kita masih dibelenggu krisis
keruntuhan moral dan isu sosial dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda (Mohd.
Kamal, 2012; Nasarudin, Tengku Intan Zarina & Sabri, 2018) sedangkan kita sepatutnya telah mula
menyusun langkah dan strategi bagaimana mahu menyiapkan generasi muda ini dengan segala
bentuk keperluan bagi berhadapan dengan kesan IR 4.0. Muhammad Husni (2018) menyatakan
meskipun IR 4.0 menjanjikan impak positif dalam arena sains dan teknologi, kesatuan buah fikiran
bersangkutan aspek akhlak masih di tahap rendah. Selain memperkasa aspek fizikal, kecerdasan
rohaniah perlu dibangunkan (Dzulkifli, 2017b), ‘revolusi nilai’ perlu dipertahankan (Sabri, 2017) serta
teknologi harus diseimbangkan dengan nilai kemanusiaan (Berita Harian, 2018). Untuk itu,
Noornajihan dan Ab. Halim (2012) berpendapat peranan guru pendidikan Islam (GPI) dalam
membangunkan perwatakan dan keperibadian insan perlu diperkemaskan. Peranan GPI tidak lagi
terbatas kepada tugas mendidik dalam sekolah bahkan perlu diperluas kepada ahli masyarakat iaitu
antaranya sebagai pendakwah (Ab. Halim & Zawawi, 2012; Ahmad Kilani, 2005; Asmawati, 2005),
suri teladan (Abdullah, 2011) dan agen perubahan masyarakat (Maziahtusima, Norhasni &
Fathiyah, 2017; Solahuddin & Nor Azzuwal, 2017). Namun begitu, kajian mengenai sejauh mana
GPI memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat masih kurang (Maziahtusima,
Norhasni & Fathiyah, 2017). Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau prestasi peranan GPI sebagai
agen perubahan masyarakat dari perspektif pendidikan pengembangan iaitu sebagai pemangkin
perubahan (catalyst), penyelesai masalah (problem solver), pembantu proses (process helper) dan
penghubung sumber (resource linker) dan hubungannya dengan faktor amalan pembelajaran
berterusan GPI agar modal insan yang dilahirkan mampu mendepani cabaran IR 4.0 selaras
dengan matlamat pendidikan yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sorotan Literatur
Guru Sebagai Agen Perubahan Masyarakat

Dalam konteks pendidikan formal, organisasi pendidikan seperti sekolah dianggap telah berjaya
mencapai sasaran dan matlamat yang ditetapkan jika para pelajar berjaya dalam akademik selain
ko-kurikulum. Sebaliknya, Islam berpandangan pendidikan perlu bertindak menjangkaui sekadar
melahirkan modal insan berpengetahuan tetapi ia harus mampu menata insan yang syumul melalui
pembentukan kognitif, fizikal dan spiritual (Kurshid, 1975). Ahli falsafah pendidikan terkenal John
Dewey dalam Sikandar (2015) turut berpandangan bahawa pendidikan berkait rapat dengan
masalah kehidupan, isu nilai serta elemen negatif dan positif dalam masyarakat. Justeru itu, beliau
menegaskan matlamat pendidikan sebenar dapat dicapai apabila seorang guru berjaya memainkan
peranan sebagai agen perubahan menerusi penglibatan secara langsung dalam membentuk
kehidupan sosial masyarakat yang sempurna di samping dapat mengekalkan norma sosial positif
dalam kalangan masyarakat.

Agen perubahan merupakan seseorang yang boleh membantu melaksanakan pelbagai bentuk
perubahan menerusi amalan inovasi yang terancang (Havelock & Havelock, 1973). Agen
3
perubahan juga berupaya untuk bekerjasama dengan individu lain, kumpulan dan masyarakat bagi
meningkatkan kualiti kehidupan (Teague, 2001). Peranan guru sebagai agen perubahan dapat
dilaksanakan menerusi kegiatan penyebaran ilmu kepada masyarakat, usaha membentuk sahsiah
yang sealiran dengan norma dan nilai masyarakat, membentuk masyarakat penyayang, menjadi
qudwah hasanah selain menabur bakti kepada masyarakat setempat menerusi bidang yang
dikuasai. Ahmad Tarmizi dan Ab. Halim (2013, hlmn.377) menyatakan guru berperanan sebagai
“penyebar yang boleh membekalkan nilai-nilai luhur kepada masyarakat selain memainkan peranan
sebagai agen perubahan sosial”. Pandangan ini selari dengan Abd Ghafar Mahmud (2011) yang
menganggap guru adalah agen perubahan terawal dalam masyarakat berdasarkan peranan
mereka dalam mengajar, mendidik dan membimbing secara terancang.

Menurut Ulrich (1998), faktor kejayaan sesebuah organisasi turut bergantung kepada keupayaan
modal insan yang mampu bertindak sebagai seorang pemula (initiator), agen perubahan, pencipta
proses dan pembina budaya positif dalam menghadapi setiap perubahan. Maziahtusima, Norhasni
dan Fathiyah (2017) berpendapat GPI mampu bertindak sebagai agen perubahan dengan
membawa perubahan ilmu pengetahuan, sikap dan kemahiran khususnya yang berkaitan dengan
pengamalan dan penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat kerana ia sejajar dengan tuntutan
as-Sunnah dan al-Quran dalam misi membina ummah (Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak,
Mohd Aderi Che Noh & Mohd Izham Hamzah, 2016). Namun begitu, dapatan kajian oleh Azrina
Sobian (2012) menemukan tahap peranan golongan agamawan sebagai agen perubahan
masyarakat di negara ini memuaskan tetapi masih boleh dipertingkatkan. Pandangan sama turut
dikemukakan oleh Noornajihan dan Ab. Halim (2015) yang mendapati GPI masih kurang
menyumbang dalam aktiviti kemasyarakatan walaupun aspek penguasaan ilmu agama dan
pengamalan ilmu agama GPI menunjukkan tahap yang cemerlang. Menurut Hitzhusen (2006),
sikap waswas dan kebimbangan golongan agamawan untuk menggabungkan agama dalam bidang
lain telah mempengaruhi prestasi golongan tersebut untuk bertindak sebagai agen perubahan
dengan berkesan. Selain itu, perbezaan persepsi dengan pihak lain (Gardner, 2002) dan
pertembungan sikap sebenar golongan agamawan dengan prinsip keagamaan yang memandang
tinggi nilai etika dan moral baik (Bhagwat et al. , 2001) turut mempengaruhi prestasi mereka sebagai
agen perubahan.

Pembelajaran Berterusan dan Prestasi Peranan

Berdasarkan kajian-kajian lepas, konsep pembelajaran berterusan juga dikenali dengan pelbagai
nama lain antaranya seperti pembelajaran tempat kerja (workplace learning), pembelajaran
berkaitan kerjaya (career-related continuous learning) dan juga pembelajaran sepanjang hayat
(lifelong learning). London dan Smither (1999) mentakrifkan pembelajaran berterusan sebagai satu
proses peringkat individu yang bersifat inisiatif-kendiri (self-initiated), penilaian peribadi
(discretionary), terancang (planned), dan bercorak proaktif (proactive pattern) dan ia diperlukan
untuk kekal bertahan dalam persekitaran yang dinamik dan bersifat kompetetif (Popper & Lipshitz,
2000 : p.186). Pembelajaran berterusan juga didapati dapat meningkatkan peluang pekerjaan
dalam kalangan rakyat dan menjadikan rakyat lebih berdaya saing di peringkat global dan glokal
(Lans, Wasselink, Biemans & Mulder, 2004; Mariam & Aminah, 2009).

Amalan budaya pembelajaran berterusan juga merujuk kepada perlakuan seseorang dalam usaha
menimba pengetahuan (Rahimin Affandi, 2002) dan sebagai seorang mukmin, ia harus dianggap
sebagai matlamat hidup yang utama. Keagungan umat Islam pada zaman dahulu amat sinonim
dengan budaya keilmuan yang berkembang dengan pesat sehinggakan umat Islam menjadi umat
yang disegani. Kajian oleh Abd Hair, Rahmah, Zulridah dan Salma (2010) membuktikan budaya
4
pembelajaran berterusan dalam bentuk latihan formal mampu meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan amalan baik seseorang pekerja. Rowold, Hochholdinger dan Schilling (2008) juga
mendapati pembelajaran berterusan berkaitan kerjaya mempunyai impak terhadap prestasi selain
amalan pembelajaran secara formal dan informal (Park & Choi, 2016). Penemuan kajian lebih awal
oleh Rowold dan Kauffeld (2008) turut membuktikan prestasi turut dipengaruhi oleh kesan perantara
nilai pembelajaran yang memberi impak positif ke atas pembangunan kompetensi profesional,
amalan dan sosial individu.

Modal insan yang efisyen adalah mereka yang sentiasa bersedia untuk melakukan penambah
baikan, memahami dan menguasai perkara baharu yang berlaku dalam persekitaran pekerjaan
yang semakin mencabar (McKinney, 2003). Dalam kajian berkaitan hubungan pembelajaran
sepanjang hayat (lifelong learning) dengan prestasi individu, penyelidik mendapati kajian prestasi
individu mula berganjak daripada prinsip andragogi kepada konsep heutagogi di mana konsep ini
menekankan amalan pembelajaran berterusan seperti amalan pembelajaran penentuan-kendiri
(self-determined learning) individu sebagai faktor yang dapat mempengaruhi prestasi.

European Commision (2005) telah menggariskan ciri guru yang berkualiti antaranya ialah kesediaan
golongan guru bekerja dengan ilmu, teknologi dan informasi sebagai platform membina
persekitaran pembelajaran sepanjang hayat. Ciri ini penting memandangkan terdapat keperluan
para guru untuk menjana inovasi dan bertindak seiring denganperkembangan teknologi lantaran
pelbagai bentuk cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para guru dalam abad ke-21. Hansen (2011)
berpandangan guru perlu memiliki kemahiran dan keupayaan untuk membawa perubahan dalam
pendidikan dan pembelajaran di semua peringkat masyarakat menerusi pemikiran global dan sikap
terbuka untuk menerima buah fikiran dan pendekatan terkini sesuai dengan perkembangan dalam
bidang sains dan teknologi. Pembelajaran berterusan seseorang guru boleh berlaku dalam pelbagai
kaedah dan cara tetapi konsep utamanya ialah seorang guru akan menentukan sendiri bagaimana,
bila dan di mana pembelajaran akan berlaku bagi memenuhi keperluan atau minat mereka. Dapatan
kajian oleh Mohammadyari dan Singh (2015) menunjukkan medium pembelajaran berbentuk
informal juga dapat mempengaruhi prestasi.

Metodologi

Kajian ini adalah kajian korelasi yang menerangkan perhubungan antara pemboleh ubah yang ingin
dikaji iaitu amalan pembelajaran berterusan dengan prestasi peranan GPI sebagai agen perubahan
menurut tafsiran Havelock dan Havelock (1973). Data diperolehi menggunakan borang soal selidik.
Kajian ini melibatkan seramai 320 orang GPI di sekolah agama swasta di negeri Selangor yang
dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata berdasarkan pandangan Gall et al.
(2003) bahawa kaedah ini dapat membantu pengkaji membuat generalisasi dan setiap satu strata
mempunyai wakil dalam sampel kajian. Seramai 104 orang (32.5%) adalah dari kalangan guru lelaki
manakala 206 orang (67.5%) adalah guru perempuan. Majoriti iaitu 216 orang (72.2%) GPI berumur
di bawah 30 tahun, 73 orang (24.4%) berumur antara 31 hingga 45 tahun manakala 10 orang (3.3%)
berumur lebih 45 tahun. 21 orang responden tidak menjawab soalan tentang umur mereka. Umur
minima responden pula ialah 18 tahun manakala umur maksima ialah 69 tahun.

Pengkaji menggunakan instrumen Teacher’s Engagement in Workplace Learning Scale (TEWLS)


yang dibina oleh Tengku Faekah dan Rosna (2010) yang terdiri daripada 13 item dalam Bahasa
Inggeris dan juga Bahasa Melayu bagi menilai tahap usaha amalan pembelajaran berterusan GPI
di tempat kerja. Amalan pembelajaran yang diukur adalah pembelajaran yang dilakukan sama ada
5
secara individu (7 item) mahupun berkumpulan (6 item) dalam bentuk formal mahupun informal.
Pemarkatan skala likert yang digunakan dalam instrumen asal ialah 5 mata dengan julat 1 (sangat
tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju) tetapi pengkaji telah mengubah suai pemarkatan skala likert
menjadi 10 mata dengan julat 1 (tidak pernah) hingga 10 (sangat kerap). Pekali kebolehpercayaan
instrumen pula ditentukan dengan menggunakan Cronbach Alpha dan nilai yang diperolehi adalah
.914 dengan mengekalkan 11 daripada 13 item asal.

Bagi menilai tahap prestasi peranan GPI sebagai agen perubahan masyarakat, sebanyak 26 item
telah dibina oleh pengkaji berpandukan kajian lepas berkaitan ciri-ciri seorang agen perubahan
mengikut pandangan Havelock iaitu sebagai pemangkin untuk perubahan (catalyst), penyelesai
masalah (problem solver), penghubung sumber (resource linker) dan pembantu proses (process
helper). Penyelidik juga menggunakan konsep 5M yang dikemukakan oleh Ab. Halim Tamuri (2006)
untuk membentuk soalan-soalan berkaitan peranan GPI dalam masyarakat. Analisis faktor
eksploratori (EFA) turut dilaksanakan semasa ujian rintis ke atas instrumen ini dengan
menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha instrumen
kajian rintis ialah .98. Dalam kajian sebenar, hanya 19 item dapat dikekalkan dan nilai pekali
kebolehpercayaan Cronbach Alpha instrumen ialah .968.

Dalam kajian ini, statistik deskriptif digunakan untuk membuat huraian secara menyeluruh
mengenai demografi sampel kajian seperti jantina, umur, tempoh perkhidmatan, bilangan waktu
pengajaran, status tauliah mengajar, status tauliah sebagai penceramah/pengajar agama,
kelayakan ikhtisas, bidang pengkhususan serta kelayakan akademik tertinggi responden. Selain itu,
tahap amalan pembelajaran berterusan dan tahap prestasi peranan GPI sebagai agen perubahan
masyarakat turut menggunakan statistik deskriptif dalam menghuraikan dapatan kajian. Bagi
menentukan tahap amalan pembelajaran berterusan dan prestasi peranan GPI sebagai agen
perubahan dalam kajian ini, satu garis panduan bagi skor min telah ditetapkan dengan merujuk dan
mengubahsuai garis panduan yang dikemukakan oleh Muhammad, Ismail, Wan, Mohd. dan Zawiah
(2013). Sehubungan dengan itu, tahap skor min telah dibina dengan membahagikan nilai min piawai
kepada tiga ketgori iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Skor min antara 1.00 hingga 4.00
menunjukkan skor bagi pemboleh ubah yang dikaji berada pada tahap rendah, skor min antara 4.01
hingga 7.00 menunjukkan skor bagi pemboleh ubah yang dikaji berada pada tahap sederhana dan
skor min antara 7.01 hingga 10.00 menunjukkan skor bagi pemboleh ubah yang dikaji pada tahap
tinggi (Jadual 1).

Jadual 1. Garis Panduan Tafsiran Skor Min


Skor Min Tafsiran Skor Min
1.00 hingga 4.00 Tahap Rendah
4.01 hingga 7.00 Tahap Sederhana
7.01 hingga 10.00 Tahap Tinggi
Sumber : Muhammad et al. (2013)

Ujian korelasi Pearson pula digunakan bagi menjawab soalan kajian iaitu :

Persoalan Kajian 1 : Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan budaya keilmuan
dengan prestasi peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam
kalangan GPI sekolah agama swasta di Selangor, Malaysia?

Interpretasi kekuatan perhubungan di antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam kajian ini
6
dilakukan dengan menggunakan skala kekuatan yang dicadangkan oleh Davies (1971) seperti di
dalam Jadual 2.

Jadual 2. Skala kekuatan korelasi antara pemboleh ubah


Nilai Pekali Tafsiran
0.70 – 1.00 Amat Tinggi
0.50 – 0.69 Tinggi
0.30 – 0.49 Sederhana Tinggi
0.10 – 0.29 Rendah
0.01 – 0.09 Diabaikan
Sumber : Davies (1971)

Analisis Dapatan Kajian

Menerusi analisis data yang dijalankan, didapati purata nilai min amalan pembelajaran berterusan
GPI yang dilaksanakan secara individu adalah 7.48 dengan sisihan piawai adalah 1.42.
Pembelajaran berterusan GPI yang dilakukan secara berkumpulan pula menunjukkan nilai min yang
lebih tinggi iaitu sebanyak 8.06 dengan nilai sisihan piawai adalah sebanyak 1.47. Secara
keseluruhan pula mendapati nilai min pembelajaran berterusan adalah 7.77 dengan sisihan piawai
1.31. Analisis terperinci pula mendapati hanya seorang (.3%) GPI menunjukkan tahap amalan
pembelajaran berterusan yang rendah. Majoriti iaitu 228 orang (71.3%) menunjukkan tahap amalan
pembelajaran berterusan yang tinggi. Tahap amalan pembelajaran berterusan secara individu dan
berkumpulan juga dianalisis bagi memahami corak amalan pembelajaran berterusan GPI sekolah
agama swasta. Didapati, amalan pembelajaran berterusan secara berkumpulan adalah lebih
dominan dalam kalangan mereka di mana 244 orang (76.3%) menunjukkan tahap tinggi. Bagi tahap
amalan pembelajaran berterusan secara individu pula, 198 orang (61.9%) berada pada tahap tinggi.

Bagi prestasi peranan GPI sebagai agen perubahan masyarakat pula, didapati nilai min prestasi
peranan sebagai agen perubahan masyarakat GPI sekolah agama swasta secara keseluruhan
adalah 6.08 dan sisihan piawai adalah 2.03. Analisis mendalam bagi setiap dimensi peranan
sebagai agen perubahan masyarakat pula mendapati bahawa peranan sebagai pembantu proses
mencatatkan skor min tertinggi iaitu 6.90 dengan sisihan piawai sebanyak 2.16. Ini diikuti dengan
peranan sebagai pembawa perubahan (catalyst) iaitu dengan skor min 5.87 dengan sisihan piawai
2.25. Peranan sebagai penyelesai masalah pula mencatatkan skor min terendah iaitu 5.48 dengan
sisihan piawai sebanyak 2.37. Analisis keseluruhan mendapati prestasi peranan sebagai agen
perubahan masyarakat GPI sekolah agama swasta di Selangor adalah pada tahap sederhana. 159
orang (49.7%) menunjukkan tahap sederhana, 111 orang (34.7%) berada pada tahap tinggi dan 50
orang (15.6%) berada di tahap rendah. Analisis terperinci ditunjukkan seperti dalam Jadual 3 di
bawah.

Seterusnya, analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dengan
kekuatan tinggi (r=.533) antara amalan pembelajaran berterusan dengan prestasi peranan GPI
sebagai agen perubahan masyarakat dan hubungan tersebut adalah signifikan (p<.05). Sebelum
ujian tersebut dijalankan, pengkaji telah memastikan bahawa beberapa andaian yang menjadi
prasyarat ujian telah dipenuhi dan disempurnakan (Pallant, 2001; Coakes, 2005; Bryman & Cramer,
2005) antaranya seperti taburan data hendaklah normal, skala ukuran merupakan skala sela dan
hubungan antara pemboleh ubah adalah linear.

7
Jadual 3. Analisis Min, Sisihan Piawai, Kekerapan, Peratusan dan Tahap Prestasi Peranan
GPI sebagai Agen Perubahan Masyarakat
Tahap
Dimensi Rendah Sederhana Tinggi Min Sisihan
ƒ % ƒ % ƒ % Piawai
Pembawa
Pperubahan 68 21.3 150 46.9 102 31.9 5.87 2.25
bPembantu proses 37 11.6 124 38.8 159 49.7 6.90 2.16
Penyelesai masalah 96 30.0 133 41.6 91 28.4 5.48 2.37
Prestasi keseluruhan 50 15.6 159 49.7 111 34.7 6.08 2.03

Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian Abd Hair, Rahmah dan Zulridah (2010) yang
mendapati amalan budaya pembelajaran berterusan dalam bentuk latihan formal mempunyai
hubungan yang kuat dengan prestasi. Begitu juga dapatan kajian oleh Rowold, Hochholdinger dan
Schilling (2008) yang mendapati pembelajaran berterusan berkaitan kerjaya mempunyai hubungan
dengan prestasi selain amalan pembelajaran secara formal dan informal (Park & Choi, 2016).
Dapatan ini juga membuktikan bahawa GPI di sekolah agama swasta di Selangor telah
melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di luar skop tugas hakiki mereka ke arah usaha untuk
mengubah pengetahuan, sikap dan kemahiran seperti yang dilakukan oleh agen perubahan lain.
Dapatan kajian ini juga selari dengan beberapa kajian yang pernah dijalankan (Celone et al., 2016;
Freij, 2009) tentang kemampuan golongan agamawan bertindak sebagai agen perubahan yang
efektif dalam masyarakat menerusi pendekatan kolaboratif bersama anggota masyarakat yang lain.

Kesimpulan
Kesimpulannya, amalan pembelajaran berterusan mempunyai hubungan yang positif dengan
prestasi peranan dan setiap organisasi perlu mengambil langkah proaktif bagi menggalakkan
proses pembelajaran dalam kalangan pekerja berlaku secara berterusan kerana budaya
pembelajaran yang mantap serta peluang pembelajaran yang lebih baik memberi kesan positif
kepada hasil kerja. Golongan agamawan termasuklah GPI perlu bersiap sedia bagi berdepan
pelbagai cabaran dalam menuju era IR 4.0 agar modal insan yang dilahirkan menerusi sistem
pendidikan di negara ini kekal menjadi ummatan wasathan (umat pertengahan) yang tidak larut
dalam spiritualisme, tetapi tidak juga hanyut dalam alam materialisme.

Rujukan

Ab. Halim Tamuri & Zawawi Ismail. (2012). Keberkesanan Pendidikan Islam Dalam Pendidikan
Kebangsaan: Peranan Guru. Persidangan Meja Bulat "Penyediaan Guru Cemerlang".
Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia, 6 September
Ab. Halim Tamuri. (2006). Model Guru Pendidikan Islam: Konsep 5 Mim. Seminar Amalan
Pengajaran Guru Pendidikan Islam. 1 April, Anjuran Fakulti Pendidikan, UKM
Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Izham Hamzah. (2016).
Persepsi Murid-Murid Terhadap Amalan Guru Pendidikan Islam di Malaysia. e-Jurnal
Penyelidikan dan Inovasi Edisi Khas Vol. 3(2), 18-40
Abd Ghafar Mahmud. (2011). Pendidikan Islam: Harapan Dan Masa Depan. Kongres Pendidikan
Islam Kebangsaan 2011 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Dynasti Hotel Kuala
Lumpur, 4-7 Disember
8
Abd Hair Awang, Rahmah Ismail, Zulridah Mohd Noor, & Salma Hamzah. (2010). Impak program
latihan pekerja sektor perhotelan, teknologi maklumat dan komunikasi. e-BANGI: Jurnal
Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5 (1), 11-25
Abdullah Md. Din. (2011). Pendidikan Islam Malaysia: Isu Dan Cabaran. Kertas kerja Kongres
Pendidikan Islam Kebangsaan 2011. Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Dinasty
Hotel Kuala Lumpur, 4-7 Disember
Ahmad Kilani Mohamed. (2005). Pengurususan Pendidikan Di Sekolah Dari Perspektif Islam. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia
Ahmad Tarmizi Abu Bakar & Ab. Halim Tamuri. (2013). Guru Pendidikan Islam (GPI) Sebagai
Pendidik dan Daie Sepanjang Zaman: Satu Analisis dalam Prosiding Seminar Pertama
Pendidikan dan Penyelidikan Islam [SePPIM'13], 371-385
Asmawati Suhid. (2005). Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam Bagi Menangani
Era Globalisasi. Jurnal Kemanusiaan 6, 95-104

Asyraf Wajdi Dusuki. (2017, 5 Julai). Cabaran umat Islam era 4IR. Dimuat turun daripada
www.sinarharian.com.my/kolumnis/dr-asyraf-wajdi-dusuki/cabaran-umat-islam-era-4ir-
1.697230
Azrina Sobian. (2012). Involvement of Religious Leaders in Environmental Awareness and
Conservation Activities in Malaysia: A Preliminary Review. Journal of Islam and
Contemporary World, 5, 65-91
Bhagwat, S.A., Ormsby, A.A. & Rutte,C. (2011). The role of religion in linking conservation and
development: Challenges and Opportunities. Journal for the Study of Religion, Nature and
Culture,5,39–60
Berita Harian. (2018, 8 Februari). Industri 4.0 perlu seiring pembangunan nilai kemanusiaan. Dimuat
turun daripada
https://www.pressreader.com/malaysia/beritaharian5831/20180208/281990377976727
Dzulkifli Abd Razak. (2017a, 12 Jun). Revolusi Industri Ke-4: Mampukah Menginsankan Teknologi?
Dimuat turun daripada https://www.majalahsains.com/revolusi-industri-ke-4-mampukah-
menginsankan-teknologi/
Dzulkifli Abd Razak. (2017b, 28 Nov). Revolusi Manusia Kelima? Dimuat turun daripada
www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/revolusi-manusia-kelima/
European Commission. (2005). Principles for Teacher Competences and Qualifications. Testing
Conference on the Common European 20th – 21st June 2005. Brussels: European
Commission
Gardner, G. (2002). Invoking the spirit: Religion and spirituality in the quest for a sustainable world,
Worldwatch Paper, 164, Washington, D.C: Worldwatch Institute
Hansen, D. (2011). The Teacher and the World: A study of cosmopolitanism as education.
Abingdon:Routledge
Havelock, R.G. & Havelock, M.C. (1973). Training for Change Agents: A Guide to the Design of
Training Programs in Education & Other Fields. University of Michigan Press: East Lensing
Hitzhusen, G. E. (2006). Religion and Environmental Education: Building on Common Ground.
Canadian Journal of Environmental Education, 11, 9-25
Kurshid Ahmad. (1975). Prinsip Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: ABIM
Lans, T., Wesselink, R., Biemans, H.J.A. & Mulder, M. (2004). Work-related Lifelong Learning for
Entrepreneurs in the Agri-food Sector. International Journal of Training and Development,
8, 72-88
London, M., & Smither, J. W. (1999). Career-related continuous learning: Defining the construct and
mapping the process. In G. R. Ferris (Ed.), Research in human resources management, Vol.
17, pp. 81-121). US: Elsevier Science/JAI Press.
Maziahtusima Ishak, Norhasni Zainal Abiddin & Fathiyah Mohd. Fakhruddin. (2017). Eksplorasi
9
Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Agen Perubahan Masyarakat Dari Perspektif
Pendidikan Pengembangan. International Journal of Education, Psychology and
Counseling, 2(6), 214-230
McKinney, A.P. (2003). Goal Orientation: A Test of Competing Model. Dissertation, Virginia
Polytechnic Institute and State University
Mohd Kamal Hassan. (2012, 5 Jun). Cabaran Semasa Dan Masa Depan Dunia. Membangun Modal
Insan Melayu Dalam Sistem Pendidikan Islam. Kertas kerja yang dibentangkan dalam
Perbincangan Meja Bulat - Mengarusperdanakan Sistem Pendidikan Islam di Malaysia,
Kuala Lumpur
Mohd. Noor Omar. (2017, 6 November). Cabaran Revolusi Industri 4. Dimuat turun daripada
http://www.ikim.gov.my/index.php/2017/11/06/cabaran-revolusi-industri-4/
Mohamad Abdullah. (2018, 3 Januari). Hadapi cabaran revolusi perindustrian 4.0. Dimuat turun
daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/hadapi-cabaran-revolusi-perindustrian-
4-0-1.583711#ixzz55uxWB2Sh
Mohammadyari, S., & Singh, H. (2015). Understanding the effect of e-learning on individual
performance: The role of digital literacy. Computers and Education, Volume 82, 11-25
Moraes, E. C., & Lepikson, H. A. (2017, October). Proceedings of the International Conference on
Industrial Engineering and Operations Management. Bogota, Colombia: IEOM Society
International
Muhammad Husni Mohd. Amin. (2018, 26 Mac). Tentang Revolusi Industri 4.0. Dimuat turun
daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tentang-revolusi-industri-4-0-1.635079
Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Ismail Muhamad, Wan Salihin Wong Abdullah, Mohd Nasir Ismail,
Zawiah Seman. (2013). Peranan faktor linguistik dan kognitif terhadap kefahaman bacaan
teks kesusasteraan Arab. Dalam Tema 1: Bahasa dan Pendidikan, Kuala Terengganu:
Persatuan Pengajian Siswazah UniSZA, 45–47
Nasarudin Nasarudin Desa, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Sabri Mohamad. (2018). Menangani
Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam. Jurnal al-Turath, Vol. 3(1), 55-63
Noornajihan Jaafar & Ab. Halim Tamuri. (2012). Guru Pendidikan Islam Sebagai Murabbi: Satu
Keperluan Dalam Mendepani Remaja Islam Abad 21. Prosiding Seminar Antarabangsa
Perguruan dan Pendidikan Islam 2012, 239-248
Noornajihan Jaafar & Ab. Halim Tamuri. (2015). Hubungan Antara Efikasi Kendiri Dengan Kualiti
Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia. Journal of Islamic and
Arabic Education, 5(1), 41-60
Park, Y. & Choi, W. (2016). The effects of formal learning and informal learning on job performance:
the mediating role of the value of learning at work. Asia Pacific Educ. Rev., 17,
https://doi.org/10.1007/s12564-016-9429-6
Popper, M. & Lipshitz, R. (2000). Organizational Learning: Mechanisms, Culture, and Feasibility.
Rani, C. S. (2017, 11 September). Celik Industri 4.0. Dimuat turun daripada
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/celik-industri-4-0-1.524994
Rowold, J., Hochholdinger, S., & Schilling, J. (2008). Effects of career‐related continuous learning:
a case study. The Learning Organization, Vol. 15(1), 45-57,
https://doi.org/10.1108/09696470810842484
Rowold, J., Hochholdinger, S., & Schilling, J. (2008). Effects of career-related continuous learning
on competencies. Personnel Review, Vol. 38 Iss 1, 90 - 101
Sabri Mohamad Sharif. (2017, 23 November). Memahami peluang revolusi perindustrian. Dimuat
turun daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memahami-peluang-revolusi-
perindustrian-1.558558
Sikandar, A.(2015). John Dewey and His Philosophy of Education. Journal of Education and
Educational Development, Vol. 2(2), 191 – 201
10
Solahuddin Abdul Hamid & Nor Azzuwal Kila. (2017). Pembentukan Personaliti Guru Agama
Sebagai Role Model dalam Masyarakat. Journal of Islamic, Social, Economics and
Development (JISED), 2(6), 254-263
Teague, K. (2001). Agents of Change: Thoughts on Youth Development. Journal of Extension,
Volume 39(3), 53-56
Tengku Faekah Tengku Ariffin, Rosna Awang Hashim. (2010). Teacher’ engagement in workplace
learning activities: Validation of a measure. International Journal of Management Studies,
17(2), 105-120.
Ulrich, D. (1998). A new mandate of human resources. Harvard Business Review, 41(1)

11

Anda mungkin juga menyukai