Anda di halaman 1dari 17

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Bab dua ini membincangkan dengan lebih mendalam tentang kajian literatur dan kajian lepas

yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu berkaitan dengan tajuk kajian yang

akan dijalankan ini. Dalam bab ini dihuraikan dengan lebih terperinci tentang Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT), pengetahuan guru dan juga kesediaan guru terhadap penerapan

KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah.

2.1 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk mencari

makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan

metakognitif terhadap proses yang dialami. Kemahiran berfikir terdiri daripada dua peringkat
pemikiran iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT).

Sebelum sistem pendidikan negara kita dibuat pengubahsuaian dan penambahbaikan

yang memerlukan KBAT diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran, KBAR

digunapakai sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. KBAR lebih

mementingkan kemahiran membaca, menghafal, mengingat semula atau mengaplikasikan

konsep mahupun pengetahuan yang sedia ada. Sebaliknya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) memerlukan seseorang itu berfikir lebih daripada KBAR dan merupakan satu

kemahiran berfikir yang sangat penting dan perlu diterapkan ke dalam diri dan pemikiran para

pelajar dalam era globalisasi ini. Kemahiran Berfikir aras tinggi (KBAT) ini perlu diterapkan

seawal usia pra sekolah lagi. Ini adalah kerana keupayaan pelajar dalam mengaplikasikan

kemahiran berfikir aras tinggi dalam aktiviti harian kehidupan mereka akan menyempurnakan

lagi kehidupan mereka terutamanya persediaan untuk bersaing di dunia realiti yang penuh

dengan cabaran dan saingan.

Menurut Tomei (2005) menyatakan bahawa Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi iaitu kemahiran menganalisis, sintesis,

menilai dan keupayaan kognitif untuk menghasilkan sesuatu idea yang baharu. Manakala

Onosko dan Newmann (1994), mendefinisikan pemikiran aras tinggi sebagai penggunaan

minda yang meluas dalam menghadapi cabaran-cabaran yang baharu. Penggunaan minda

secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau manupulasi

maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Keadaan

ini memerlukan seseorang itu berfikir dengan lebih meluas menggunakan sudut pandang yang

pelbagai dan berbeza dalam membuat sesuatu keputusan bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Dengan kata lain, individu tersebut perlu berfikir out of box iaitu cara berfikir yang

lain dan lebih lagi dari kebiasaan untuk mendapat hasil pemikiran aras tinggi ini.

Individu yang menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dapat membuat ramalan,

mencadangkan penyelesaian, mencipta, menghasilakn komunikasi asli, menyelesaikan

masalah yang bukan rutin, melahirkan pendapat dan idea yang baharu, menilai idea, membuat

pilihan dan membuat keputusan. Selain itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013) di bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendefinisikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

membuat penaakualan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Di dalam silibus sistem pendidikan Malaysia yang

telah diubahsuai dan dibuat penambahbaikan menuntut guru-guru untuk menerapkan dan

mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini dalam pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan bagi setiap mata pelajaran dan tidak terkecuali bagi mata

pelajaran Matematik.

Keadaan ini berkaitan dengan dapatan pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan

PISA menunjukkan bahawa kemahiran berfikir pelajar-pelajar Malaysia berada di tahap yang

rendah. Maka disebabkan atas dasar inilah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

mengambil langkah-langkah memperkenalkan KBAT dalam setiap mata pelajaran bagi

menangani isu global yang dihadapi kini. Kenyataan yang harus diterima di dalam bidang

pendidikan kini ialah ramai daripada pelajar kita sebenarnya mempunyai pengetahuan tetapi

kekurangan pelajar kita di sini ialah tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam

kehidupan seharian terutamanya dalam menuju pendidikan abad ke-21.


Menurut Balakrishan (2002), guru-guru kurang melaksanakan penerapan Kemahiran

Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) sama ada semasa merancang sesuatu pengajaran atau

semasa pelaksanaan sesuatu pengajaran. Ini adalah kerana mereka kurang yakin untuk

menerapkan elemen KBKK menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran walaupun mereka

telah menghadiri kursus KBKK yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.

Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Rosnani (2003) mendapati guru-guru di

Malaysia mempunyai sikap positif terhadap kepentingan pengajaran kemahiran berfikir aras

tinggi tetapi mereka kurang yakin dengan kebolehan diri dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti

yang boleh merangsang pemikiran seseorang pelajar. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan

bahawa kursus-kursus yang ditawarkan semasa pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan

tidak memberi kesan yang positif terhadap kemahiran guru dalam pengajaran kemahiran

berfikir aras tinggi.

Bagi meningkatkan keupayaan pemikiran pelajar pada aras yang lebih tinggi, Maria dan

Kamisah (2010) berpendapat guru perlu mewujudkan budaya pembelajaran yang berdasarkan

masalah manakala Barak et al. (2007) mengatakan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi perlu

diajar secara eksplisit.

Namun begitu, menurut Zohar dan Dori (2003) serta Miller (2012) mengatakan bahawa

guru-guru perlu didedahkan kepada latihan-latihan yang berkaitan dengan pedagogi pengajaran

kemahiran berfikir aras tinggi dan instrument pentaksiran yang bersesuaian bagi membantu

mempertingkatkan kebolehan guru dalam penerapan kemahiran berfikir aras tinggi semasa

proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Usaha ini merupakan langkah ke arah
pendidikan yang lebih saksama untuk semua pelajar dan satu anjakan kepada paradigm baharu

yang berupaya menzahirkan generasi yang boleh berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

2.1 Taksonomi Bloom

Berdasarkan kepada pendapat dan huraian dia atas, dapatlah dinyatakan bahawa sebelum

menguasai KBAT, asas utama yang diperlukan oleh seseorang itu ialah penguasaan KBAR

yang kukuh terlebih dahulu. Oleh yang demikian, pada tahun 1956, Bloom memperkenalkan

aras pemikiran dalam taksonominya yang dikenali sebagai ‘Taxonomy of educational

objectives : Cognitive domains’. Bloom menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi (higher-

order thought processes) hanya boleh dicapai dengan penggunaan objektif pengajaran aras

tinggi. Selain itu, Bloom juga berpendapat bahawa kesan daripada guru menggunakan soalan

dan objektif pengajaran aras rendah telah melahirkan pelajar-pelajar yang tidak kreatif dan

kritis. Keadaan ini berlaku disebabkan ketidaksedaran guru terhadap peripentingnya

penggunaan soalan dan objektif pengajaran aras tinggi bagi menjana pemikiran kritis dalam

kalangan murid.

Di dalam Taksonomi Bloom pemikiran dibahagikan kepada enam aras atau peringkat

bermula dari aras rendah iaitu pengetahuan, pemahaman dan aplikasi. Manakala pemikiran aras

tinggi pula ialah analisis, sintesis dan penilaian. Namun begitu, pada sekitar tahun 1990an,

terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat dalam Taksonomi Bloom

mengikut kepada peredaran zaman dan kesesuaian system pendidikan pada masa itu. Versi

baharu taksonomi mengubah bentuk perkataan versi lama daripada kata nama kepada kata kerja

iaitu konsep pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan
kepada mengingat, memahami, mengaplikaso, menganalisis, menilai dan mencipta (Anderson

& Krathwohl, 2001). Perubahan dalam Taksonomi Bloom ini boleh dilihat di dalam Rajah 2.1

ini.

Mencipta

Menilai

Analisis

Aplikasi

Memahami

Mengingat

Rajah 2.1 : Taksonomi Bloom (1990)

Sumber : Tuan Jah dan Faridah (2012)

Taksonomi Bloom tentang kemahiran berfikir dikenali sebagai ‘matlamat kognitif

pendidikan’ yang mana digunakan oleh guru-guru secara meluas dalam merancang pengajaran

mereka (Jun Xu, 2011). Bloom telah mengenal pasti beberapa kemahiran asas yang dikenali

sebagai kemahiran kognitif aras rendah iaitu peringkat pengetahuan, kefahaman dan aplikasi

dan beberapa kemahiran kognitif aras tinggi iaitu peringkat analisis, sintesis dan penilaian.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Taksonomi Bloom yang diasaskan pada tahun

1956 telah digunakan sebagai penerangan konstruk untuk mengukur kebolehan kognitif

seseorang pelajar (LPM 2013). Dalam pada ini, Bloom bersama-sama rakan-rakannya
membahagikan kognitif kepada enam aras iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,

sintesis dan penilaian. Menurut Bloom et al. (1956), penegetahuan ialah kebolehan kognitif

untuk mengingat semula kandungan sesuatu mata pelajaran. Peringkat pemikiran ini terdiri

daripada pengetahuan tentang terminology, fakta, teori, metodologi, prinsip,urutan,kategori

dan pelaziman.

Manakala kefahaman ialah kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan

pengetahuan tanpa situasi baharu yang terdiri daripada keupayaan peterjemahan, interpretasi

dan ekstrapolasi (LPM 2013). Dalam pada ini, penterjemahan ialah kebolehan menyatakan

sesuatu konsep yang diketahui dengan mengguna perkataan atau symbol yang lain dan

interprastasi merujuk kepada kebolehan seseorang individu untuk menghubungkait bahagian-

bahagian dalam satu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain sama ada verbal atau

grafik dengan mengekalkan makna set komunikasi itu. Sementara itu, ekstapolasi ialah

kemahiran untuk menghasilkan ramalan, inferens atau anggaran berdasarkan pemerhatian,

pengalaman, corak, trend atau suatu urutan berkala.

Aras pemikiran aplikasi ialag kebolehan kognitif dalam menggunakan maklumat yang

telah diperoleh pada situasi yang berlainan dari situasi asal maklumat itu pelajari (Mayer 2002).

Dalam konteks ini, pelajar menggunakan idea, konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan

sebagainya yang telah dipelajari untuk mengatasi sesuatu permasalahan dalam situasi baharu.

Analisis pula merujuk kepada keupayaan kognitif untuk memisahkan sesuatu set komunikasi

kepada elemen atau bahagian-bahagiannyasehingga satu bentuk pertalian antara elemen atau

bahagian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas (Krathwohl 2002).

Kemahiran menganalisis dibahagi kepada tiga peringkat iaitu analisis elemen, analissi

perkaitan dan analisis organisasi.


Menurut Bloom et al. (1956), analisis elemen ialah keupayaan seseorang dalam

mengenal pasti perkara pokok yang terdapat dalam satu set komunikasi seperti sifat, fungsi,

nilai, pandnagan, anggapan dan sebagainya. Analisis perkaitan adalah kemahiran seseorang

dalam memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian dalam satu set komunikasi

seperti perkaiatan hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dan akibat dan

lain-lain lagi. Selain itu, analisis organisasi merujuk kepada kemahiran individi untuk

mengenal pasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut urutan, struktur dan sebagainya

yang mengorganisasikan sesuatu set komunikasi.

Di samping itu, sintesis ialah kebolehan kognitif menggabungkan bahagian-bahagian

untuk membentuk suatu set komunikasi (Siti Rahayah 2008). Peringkat ini melibatkan proses

menyusun dan menggabungkan sesuatu yang tidak jelas untuk membentuk hasil unit yeng

sempurna. Kemahiran sintesis terdiri daripada tiga peringkat iaitu penghasilan set komunikasi

yang unik, penghasilan cadangan satu set operasi dan penghasilan satu set pertalian secara

abstrak. Penghasilan set komunikasi yang unik melibatkan kemahiran untuk menghasilkan

sesuatu produk seperti idea, lukisan, eksperimen atau sebagainya. Penghasilan cadangan satu

set operasi memperlihatkan kemahuran seseorang individu untuk menghasilakn plan kerja atau

cadangan supaya suatu aktiviti dapat dijalankan dengan terancang. Sementara itu, penghasilan

satu set pertalian perkara abstrak adalah berkaitan dengan kemahiran pembinaan rumusan

daripada perkara-perkara yang abstrak untuk menerangkan suatu fenomena.

Dalam Taksonomi Bloom, penilaian merupakan asas kemahiran kognitif yang paling

tinggi. Aras ini melibatkan keupayaan kognitif dalam membuat pertimbangan dengan

menggunakan kaedah dan kriteria yang piawai untuk menentukan kesesuian, ketepatan,
kecekapan dan keberkesanan tentang sesuatu nilai, idea, produk, prosedur dan sebagainya

(LPM 2013). Dalma pada ini, kemahiran penialaina dibahagikan kepada penialain berdasarkan

evidens daaman dan penilaian berdasarkan evidens luaran. Penilaian beradsarkan evidens

dalaman melibatkan kemahiran membuat pertimbanagan dengan menggunakan maklumat

dalam satu set kumunikasi mnakala penialain beradsarkan evidens luaran meruapakan

kemahiran membuat pertimabangn terhadap sesuatu hasil kerja berdasarkan kriteria atai

piawaian yang ditetapkan oleh individu yang mahir dalam bidang berkenaan.

Dalam Taksonomi Bloom yang mengandungi enam aras kemahiran berfikir ini, Bloom

telah mengakategorikan kemahiran pengetahuan dan kefahaman sebagai kemahiran berfikir

aras rendah (lower-order thinking skills) dan kemahiran aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian

sebagai kemahiran berfikir aras tinggi (higher-order thinking skills). Walau bagaimanapun,

bekas pelajar Bloom iaitu Lorin Anderson telah menyemak semula dan membuat

penambahbaikan kepada taksonomi yang asal pada tahun 1990-an. Menurut Anderson et al.

(2001), pemikiran merupakan suautu proses yang aktif. Maka, kata nama dalam Taksonomi

Bloom yang asal ditukar kepada kata kerja dan tahap pemikiran yang tertinggi ialah keupayaan

seseorang untuk mencipta dan menjana idea yang baharu. Sejajar itu, Taksonomi Bloom Terma

Baharu bermula dengan kemahiran kognitif untuk mengingat, memahami, mengaplikasi,

mengnalisis, menilai dan mencipta. Di samping itu, aras pemikiran mengaplikasi,

mengannalisis, menilaidan mencipta dikategori sebagai kemahiran berfikir aras tinggi (LPM

2013).

2.2 Pengetahuan guru


Pengetahuan dapat ditakrifkan sebagai maklumat dan kemahiran yang diperoleh melalui

pengalaman atau pendidikan (Nanda 2005). Pengetahuan juga merupakan maklumat yang

diinterpretasikan dan diintegrasikan. Israq (2007) turut menjelaskan maksud pengetahuan

adalah sesuatu yang wujud dalam jiwa dan fikiran seseorang yang meliputi emosi, tradisi,

keterampilan, maklumat, akidah dan fikiran. Bennet et al. (dalam Tor Geok Hwa 2003) pula

mendefinisikan pengetahuan merupakan stok maklumat, kemahiran, pengalaman, kepercayaan

dan ingatan individu.

Shulman (1987) menyatakan seorang guru yang berpengetahuan merupakan seorang

guru yang berkesan. Di dalam kajian tersebut, Shulman mengelaskan penetahuan guru kepada

tujuh kategori iaitu :

a. Pengetahuan tentang isi kandungan subjek yang diajar.

b. Pengetahuan pedagogi am- merujuk kepada satu siri prinsip dan strategi am yang boleh

diguna untuk mengajar.

c. Pengetahuan tentang kurikulum – merujuk kepada pengetahuan guru tentang apa yang

perlu diajarkan, apa bahan yang perlu dipakai dalam kelas dana apakah yang pelajar telah

tahu tentang pengetahuan yang lepas.

d. Pengetahuan pedagogi isi kandungan iaitu kebolehan seseorang guru untuk mengubah

pengetahuan isi kandungan yang dimilikinya kepada bentuk yang sesuai untuk pengajaran

serta sesuai dengan kebolehan dan latar belakang murid. Pengetahuan ini digelar oleh

Shulman sebagai “ Pedagogical Content Knowledge”, atau ringkasnya PCK.

e. Pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar.

f. Pengetahuan tentang konteks pendidikan.

g. Pengetahuan tentang tujuan, nilai, falsafah dan latar belakang sesuatu system pendidikan.
(Shulman 1987 m.s 8)

Dalam tujuh jenis pengetahuan yang dinyatakan, Shulman (1987) membahaskan

tentang kepentingan pengetahuan guru berkaitan isi kandungan subjek yang diajarkan dan

pengetahuan pedagogi isi kandungan. Shulman mengulas bahawa guru yang berkesan ialah

guru yang menguasai isi kandungan dengan baik dan berkebolehan mengubahsuai kefahaman

guru mengenai isi kandungan kepada bentuk-bentuk pedagogical yang baik dan pada masa

yang sama tindakan ini bersesuaian dengan kebolehan dan latar belakang murid. Oleh yang

demikian, Shulman mencadangkan supaya latihan perguruan yang dijalankan perlu melibatkan

pembelajaran kedua-dua jenis pengetahuan tersebut iaitu pengetahuan isi kandungan dan

pengetahuan pedagogi isi kandungan.

Selain itu, pengetahuan isi kandungan dan pedagogi merupakan aspek yang sangat

penting sebelum seseorang guru dapat mengajar dengan berkesan (Yeam Koon Peng 2007).

Pengetahuan isi kandungan merujuk kepada pengetahuan guru tentang konsep dan kaedah bagi

disiplin atau bidang pengetahuan tertentu.

Tambahan pula, guru yang menguasai pengetahuan pedagogi akan sentiasa kreatif dan

kritis dalam keseluruhan pengajarannya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Lilia dan Norlena

(2000) bahawa kekurangan pengetahuan pedagogi sksn menyebabkan pengajaran guru lebih

bersifat tradisional. Kenyataan ini turut disokong dan diakui oleh Ball (1988) menerusi

kajiannya yang mendapati guru merupakan tunjang utama pelajar-pelajarnya mempelajari

sesuatu. Ini disebabkan pembelajaran pelajar adalah brganting kepada perkara yang diketahui

oelh guru (Acheson 2003).


Pengetahuan guru dan amalan pengajarannya adalah saling berhubungan antara satu

sama lain (Carter 1990). Pengajaran guru yang berkesan dan cara penyampaian yang mudah

difahami adalah mempengaruhi kefahaman pelajar tehadap isi kandungan yang ingin

disampaikan oleh guru (Cochran et al. 1993). Kadang-kadang pelajar tidak meminati sesuatu

mata pelajaran itu adalah disebabkan oleh kaedah pengajaran guru yang kurang menarik dan

tidak bermakna (Rice 1991). Maka, guru-guru perlu melemgkapkan pengetahuan mereka untuk

memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan. Brophy (1991) menyatakan

bahawa penguasaan pengetahuan pedagogi dan pemahaman kandungan sesuatu mata pelajaran

adalah penting dalam menentukan keupayaan guru untuk memindahkan pengetahuan kepada

pelajar-pelajarnya.

Good (1983) mnerusi kajiannya mendapati bahawa guru-guru yang selalu

mempelbagaikan pendekatan pengajarannya di dalam bilik darjah sentiasa mempunyai

semangat yang tinggi terhadap tugas pengajarannya. Ini adalah kerana guru yang menguasai

pengetahuan pedagogi terhadap subjek yang diajar akan dapat membuat pengubahsuaian

penyampaian pengajarannya mengikut kebolehan dan latar belakang pelajar-peljarnya

(Shulman 1987; Lilia 1997). Turut disokong oleh Hashweh (1985) yang menyatakan bahawa

guru yang mempunyai pengetahuan pedagogi dan menguasai isi kandungan subjek yang

hendak diajar akan dapat melakukan tranformasi kurikulum yang berkesan di dalam kelas

menerusi pengubahsuaian bahan atau isi kandungan serta perwakilan-perwakilan yang

digunakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau prinsip.

Pengetahuan pedagogi ialah pengetahuan cara untuk mengajar termasuk keupayaan

untuk memotivasikan pelajar, mengurus bilik darjah serta membina dan menggunakan bahan

kurikulum yang sesuai (Sternberg & Horvath 1995). Untuk memastikan keberkesanan kaedah
PBM dalam matematik tambahan, seseorang guru perlu menguasai pengetahuan berkaitan

PBM dan pengetahuan tentang pedagogi. Bertepatan dengan kenyataan oleh Gunstone dan

White (1997) yang menyatakan bahawa jika pengetahuan guru lemah maka amalan guru dalam

bilik darjah adalah terbatas. Tegasnya, guru perlu mempunyai pengetahuan yang jelas tentang

subjek, isi kandungan dan kaedah pengajaran supaya lebih yakin untuk mengajar. Ini adalah

kerana bago golongan guru, pengetahuan yang perlu dipunyai oleh mereka merupakan suatu

aset penting yang bukan sahaja akan mempengaruhi pengajaran mereka malahan turut memberi

kesan kepada pembelajaran pelajar.

2.3 Kesediaan guru

Kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakan sebarang bentuk perubahan pendidikan

yang baharu diperkenalkan seringkali menjadi focus kepada para peyelidik. Ini kerana guru

merupakan aset atau penggerak utama dalam setiap pelaksanaan perubahan yang dibuat. Sejauh

mana guru telah bersedia akan mempengaruhi kejayaan pelaksanan perubahan yang

diperkenalkan itu.

Kesediaan guru merupakan kesanggupan atau bersedia untuk melakukan sesuatu.

Kesediaan bermaksud perihal sedia, kesanggupan atau kerelaan untuk melakukan sesuatu tugas

atau pekerjaan (Aguestien 2007). Kesediaan seseorang individu biasanya diukur dari sikap atau

perbuatannya yang bersedia, sanggup atau rela untuk melakukn sesuatu (Alex 1996).

Pandangan ini disokong dan selaras dengan pandangan yang diutarakan oleh N.S.Rajendran

(2001) iaitu guru mesti bersedia untuk melaksanakan perubahan serta inovasi. Apabila guru

bersedia untuk melaksanakan perubahan maka guru tersebut akan bersedia untuk terlibat secara

langsung dalam setiap perkembangan sama ada dalam melaksanakan objektif ataupun
melaksanakan prinsip-prinsip setiap perubahan. Selain itu juga, guru perlu bersedia mengikut

perubahan dalam system pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dengan rela

bersesuaian dengan perkembangan arus permodenan dan globalisasi kini. Contohnya

penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam setiap silibus mata pelajaran yang perlu

dilaksanakan di dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid.

Di samping itu, Algasoff (1983), Ryan & Cooper (1998) mengemukakan beberapa hal

yang mesti dimiliki oleh seseorang guru yang bersedia untuk mengajar iaitu:

a. Menguasai pengetahuan isi kandungan subjek yang diajar.

b. Mempunyai pengetahuan pedagogi khas berkaitan dengan subjek yang diajar, merujuk

kepada penaakulan guru-guru secara kreatif dan kritis tentang keseluruhan pengajaran. Ini

termasuklah pemilihan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai dalam menterjemahkan ilmu

subjek yang diajarkan.

c. Bersikap positif terhadao subjek yang diajarkan merujuk kepada minat, kepercayaan,

pernyataan dan daya inisiatif guru terhadap subjek yang diajar.

Dalam hal ini, Groos et al. (1971), Smith & Keith (1971) dalam Rasdi (2003)

mengatakan ada beberapa masalah yang menyebabkan guru kurang bersedia untuk

melaksanakan sesuatu perubahan iaitu:

a. Kurangnya pemahaman tentang perubahan dalam kalangan guru.

b. Kekurangan kemahiran atau peluang latihan untuk menguasai kemahiran yang

diperlukan bagi melkasanakan perubahan kurikulum sebagaimana yang dimaksudkan.

c. Kekurangan kesanggupan atau komitmen untuk melaksanakan perubahan.


d. Kekurangan bahan sumber yang diperlukan.

e. Percanggahan antara susunan organisasi tertentu dengan perubahan.

Pada tahun 2001, Rajendran telah menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti

kesediaan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk mengajar kemahiran berfikir aras

tinggi. Hasil kajian ini mendapati guru-guru percaya bahawa mereka bersedia dari aspek ilmu

pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap untuk mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris. Sebaliknya, mereka kurang bersedia dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran

pedagogi dan sikap untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi.

Kajian-kajian yang dipaparkan selanjutnya adalah melibatkan kajian berkaitan kesedian

guru terhadap beberapa bentuk perubahan atau inovasi pendidikan yang diperkenalkan sebelum

ini. Perubahan yang dimaksudkan ialah yang melibatkan perubahan kurikulum atau perubahan

dalam kaedah pengajaran dan penilaian pengajaran. Contohnya, kajian berkaitan kesediaan

guru matematik tahun satu dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

di daerah Kluang yang telah dijalankan oleh Sanitah & Norsiwati (2012). Kajian yang

melibatkan 50 orang responden ini meninjau kesediaan guru dari aspek minat, sikat dan

penguasan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan KSSR. Dapatan yang diperoleh

menunjukkan tahap kesediaan guru dari ketiga-tiga aspek ini berada pada tahap tinggi dengan

nilai min masing-masing adalah 3.95, 4.41 dan 4.39. Kajian Sanitah dan Norsiwati anrata

lainnya mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan sikap dengan

pengalaman mengajar guru. Sanitah dan Norsiwati mencadangkan supaay usaha memantapkan

pengisisna kursus dalam KSSR perlu digiatkan untuk membantu para guru mendalami dan

memahami matlamat sebenar pelaksanaan KSSR.


Selain itu, satu lagi kajian yang berkaitan dengan kesediaan guru ialah kajian yang telah

dijalankan oleh Rosniza & Sharifah Nor (2012) yang mana kajian dijalankan untuk mengenal

pasti tahap kesediaan guru prasekolah KPM di daerah Bachok, Kelantan dalam melaksanakan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu satu bentuk kurikulum yang telah

ditranformasikan dalam mencapai standard yang telah ditetapkan. Hasil kajian menunjukkan

kesemua aspek kesediaan guru berada pada tahap tinggi kecuali aspek kemahiran yang hanya

mencapai tahap sedehana. Perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman berkhidmat

dilihat wujud dalam aspek sikap dan pengetahuan dan tidak dalam aspek kemahiran. Dari aspek

sikap, guru yang berkhidmat antara 1-10 tahunmempunyai tahap kesediaan yang lebih tinggi

berbanding golongan guru yang berkhidmat melebihi 20 tahun.

2.4 Kesimpulan

Bab ini secara keseluruhannya membincangkan tentang kajian-kajian yang lepas yang telah

dijalankan oleh penyelidik terdahulu tentang pengetahuan guru berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran serta pengetahuan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Individu yang menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat membuat ramalan,

mencadangkan penyelesaian, mencipta sesuatu yang baharu, menyelesaikan masalah yang

bukan rutin, melahirkaan pendapat dan idea yang baharu, menilai idea serta dapat membuat

pilihan dan membuat keputusan. Selain itu, dibincangkan juga tentang aras pemikiran dalam

taksonomi bloom yang dikenali sebagai ‘Taxanomyy of educational objectives : Cognitive

domains’ yang menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi hanya boleh dicapai dengan
penggunaan objektif pengajaran aras tinggi. Di samping itu, kajian lepas juga ada

membincangkan tentang kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakan sebarang bentuk

perubahan pendidikan yang baharu diperkenalkan. Ini adalah kerana guru merupakan

penggerak utama kepada perubahan atau tanformasi yang dibuat. Sejauh mana kesediaan guru

itu akan mempengaruhi kejayaan kepada pelaksaan perubahan yang diperkenalkan itu.

Anda mungkin juga menyukai