Anda di halaman 1dari 5

EEM 433

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

SEMESTER JANUARI 2015


ARAHAN: Jawab EMPAT (4) SOALAN. Gunakan buku jawapan yang disediakan.

Soalan 1
Terangkan bagaimana anda menggunakan kaedah-kaedah berikut dalam
pentaksiran Pendidikan Moral di sekolah rendah. Berikan contoh-contoh yang
relevan.
a. Gambar sebagai rangsangan
b. Ujian lisan dan
c. Ujian aneka pilihan
A ) Soalan Menggunakan Gambar Sebagai Rangsangan
Contoh:
Arahan : Tandakan pada gambar yang menunjukkan sikap
toleransi dan X pada sikap yang tidak bertoleransi.
1.
2.

3.

4.

B ) Soalan Respons Bebas / Ujian Lisan


Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menulis satu atau dua patah
perkataan sahaja (jawapan sendiri ) pada ruang yang disediakan. Soalan juga
dipersembahkan secara lisan. Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item
respons bebas.
Contoh : Nilai Keadilan - SOALAN LISAN :
1. Guru mendenda pelajar yang ponteng kelas.
Adakah tindakan guru itu adil atau tidak adil.
2. Mengapa pelajar perlu didenda.

C ) Item atau Soalan Aneka Pilihan


Item atau Soalan Aneka Pilihan atau Multiple-Choice Questions (MCQ) digunakan
dengan meluas di dalam berbagai keadaan sebab ia boleh mengukur hasil pembelajaran
kognitif tahap rendah serta juga hasil pembelajaran kognitif yang kompleks. Lihat
contoh soalan aneka pilihan di bawah ini.
Bendera Malaysia dipanggil .. STEM atau Rangsangan
A
B
C
D

jalur gemilang
Jawapan
rukun Negara
Pengganggu
biru-merah
Pengganggu
jalur cemerlang Pengganggu

Soalan 2
a. Nyatakan perbezaan antara standard kandungan, standard
pembelajaran dan standard prestasi dalam Pendidikan Moral.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. ( Sukatan Pelajaran yang perlu dipelajari oleh seseorang murid )
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi Standard Kandungan.
Standard Prestasi
Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid
pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.
(indicator of success) .

b. Jelaskan cantuman standard kandungan, standard pembelajaran dan


standard prestasi sepertimana dicadangkan untuk Pendidikan Moral
Tahun 4 ( 2014 )

Soalan 3
Gordon ( 1996 ) mencadangkanTIGA (3) kategori kaedah pentaksiran aspek
afektif murid: laporan kendiri , kaedah projektif dan kaedah pemerhatian.
Bincangkan setiap kategori dengan teknik-teknik yang digunakan.

Soalan 4
a. Perincikan jenis-jenis dilema moral yang boleh digunakan sebagai kaedah
mentaksir tahap perkembangan moral murid.
Dilema moral boleh digunakan sebagai kaedah mengajar serta kaedah mentaksir tahap
perkembangan moral murid. Berikut ini dibicangkan beberapa jenis dilema moral
berdasarkan sumber yang dipilih:
1. Dilema dalam Keluarga Terdapat pelbagai isu yang mungkin timbul dalam
keluarga yang merupakan dilema yang perlu diselesaikan. Contohnya, pertelingkahan
antara adik-beradik yang enggan membantu ibu bapa menegemas bilik, menyapu
rumah, membersihkan halaman rumah dan sebagainya; keluarga yang menghadapai
penceraian; abang atau kakak yang terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat seperti
merokok, mencuri, balik lambat, gangsterisme dan sebagainya.
2. Dilema Sosial Apabila murid bercampur gaul, mereka akan mengadapai dilema
moral seperti rakan sebaya yang meminjam wang dan tidak mahu membayar balik;
rakan sebaya yang membuli murid lain; rakan sebaya yang enggan berkawan dengan
seseorang murid dan sebagainya.

3. Dilema Di Sekolah Ini merupakan dilema yang berkaitan dengan isu-isu di


sekolah seperti murid yang meniru semasa ujian atau peperiksaan; murid yang tidak
mahu bekerjasama semasa membuat projek berkumpulan tetapi mahu markah yang
sama; murid yang enggan membuat kerja rumah dan lebih minat bermain video; murid
yang dihina oleh murid lain dan sebagainya.
4. Tingkah Laku Kendiri Murid memahami tentang tingkah laku mereka sendiri dan
tingkah laku murid lain apabila mereka berinteraksi. Contohnya, adakah anda akan
memberitahu guru murid yang menconteng dinding tandas sekolah; apakah akan buat
sekiranya anda inginkan sesuatu tetapi tidak mempunyai wang untuk membelinya;
apakah anda akan buat jika berjumpa dompet guru di kantin sekolah dan sebagainya.

b. Huraikan perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian apabila masalah


pelajar dijadikan sebagai dilema dalam pentaksiran Pendidikan Moral.
Apabila masalah pelajar dijadikan sebagai dilema, perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian dan dijadian panduan.

Pengalaman-pengalaman kehidupan pelajar sama ada pada masa kini atau


masa akan datang harus dijadikan fokus utama dalam dilema yang
dikemukakan.
Setiap dilema mengandungi watak/watak-watak utama yang berhadapan
dengan konflik-konflik yang tertentu.
Watak-watak utama dalam dilema berada dalam satu situasi yang
menghendaki mereka membuat satu pertimbangan moral.
Watak-watak berkenaan perlu berhadapan dengan masalah dalam memilih di
antara beberapa pilihan yang tidak mempunyai satu penyelesaian yang
muktamad.
Isu dalam dilema perlu merupakan isu yang biasanya dianggap crucial
kepada mereka yang menyelesaikan konflik itu. Isu-isu ini termasuklah
hukuman, salah guna harta benda, peranan, autoriti, kasih sayang, keadilan,
kebebasan dan kebenaran.
Setiap dilema perlu diakhiri dengan soalan-soalan probe. Penggunaan
soalan-soalan probe membolehkan seseorang guru membimbing dan membawa
pelajar ke arah perbincangan yang lebih mantap. Ia juga membolehkan pelajar
meluaskan batasan pemikiran mereka dan seterusnya membuat pertimbangan
Pertimbangan moral berdasarkan penilaian terhadap kesan dan akibat
pemilihan keputusan yang berlainan.

Soalan 5
Dengan merujuk kepada Pendidkan Moral Tahun 1 :

a. Apakah yang ditafsir setelah murid tamat Tahun 1


b. Jelaskan evidens yang menunjukkan apa murid tahu, fahami dan boleh buat
pada Band 1 hingga Band 6 untuk nilai kejujuran.

Soalan 6
Projek digunakan dalam Pendidikan Moral untuk menguji aplikasi pengetahuan,
komunikasi, kolaborasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Bincangkan dan sokong jawapan anda dengan contoh-contoh berkaitan.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai