Anda di halaman 1dari 23

BAB 2: Instrumen Pentaksiran Bahasa Melayu

2.2 Tujuan Pentaksiran Bahasa


Menentukan tahap kefasihan murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis bahasa Melayu Mengenal pasti aspek-aspek bahasa yang menjadi masalah kepada murid Membantu guru menilai keberkesanan strategi pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah Menempatkan murid kepada kumpulan, aliran dan peringkat sesuai dengan kebolehan dan keupayaan masing-masing Mengenal pasti murid yang memerlukan tindakan pemulihan Memastikan band atau tahap penguasaan dapat dicapai Mengenal pasti murid berkebolehan istimewa (lemah atau pintar) dan mengaturkan peluang untuk mereka terus berjaya

2.3 Jenis-Jenis Ujian Bahasa

A) Ujian Pencapaian ( Achievement Test)


bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid telah menguasai kemahiran-kemahiran atau isi pelajaran yang telah diajarkan kepada mereka. Jarak markah murid pada ujian awal dan akhir kursus itu menggambarkan tahap pencapaiannya. dijalakan setelah tamat: ~ sesuatu unit pembelajaran ~ mempelajari sesuatu standard pembelajaran ~ contohnya: murid boleh menulis perkataan yang mengandungi dua dan tiga suku kata

B) Ujian Kefasihan (Proficiency Test)


bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang murid itu menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. berbeza dengan Ujian Pencapaian kerana ujian ini TIDAK berdasarkan kepada suatu kandungan atau isi pelajaran tertentu. juga digunakan sebagai ujian penempatan. Berdasarkan skor yang diperolehi, guru dapat menempatkan sesesorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan keupayaannya.

C) Ujian Diagnostik
digunakan dalam mata pelajaran bahasa dan matematik. dijalankan pada permulaan pengajaran atau selepas sesuatu atau topik telah selesai. Ujian diagnostik yang ditadbirkan pada sebelum bermulanya pengajaran bertujuan untuk mentaksir kesediaan murid serta apa yang diketahui dan tidak diketahui. Ujian diagnostik yang ditadbirkan selepas pengajaran sesuatu topik atau unit bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan murid dalam aspek-aspek bahasa yang sukar dikuasai oleh murid Berdasarkan hasil ujian itu, guru dapat memperlihatkan setakat mana kemampuan murid dalam bahasa dan merangka strategi tindakan susulan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai apa yang diajar tidak memerlukan pemarkahan, skor atau gred.

D) Ujian Penempatan
ialah sejenis ujian yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebolehan dan keupayaan murid. Guru menggunakan maklumat yang diperolehi untuk menempatkan murid ke dalam kumpulan tertentu supaya memberikan tumpuan yang terperinci diberikan.

2.4 Ujian Titik Diskrit & Ujian Integratif Untuk Pentaksiran Bahasa
Ujian Titik Diskrit Ujian Integratif digunakan dengan terdiri daripada teknikteknik menguji bahasa andaian bahawa dalam konteks dan kemahiran bahasa boleh keadaan yang autentik. dibahagikan kepada menilai keupayaan murid komponen-komponen menggunakan beberapa linguistik kecil dan diuji komponen kecil bahasa secara berasingan. serentak dalam situasi menguji penguasaan sebenar. komponen kecil bahasa pada satu masa tertentu,

2.5 Ujian Titik Diskrit Untuk Pentaksiran Bahasa


A) Item atau Soalan Aneka Pilihan

1. Item ialah keseluruhan soalan yang terdiri daripada dua bahagian iaitu stem atau pokok soalan dan pilihan. 2. Stem ialah bahagian item yang membolehkan calon membuat pilihan dan berfungsi sebagai pengenal, punca atau penggerak. 3. Pilihan ialah bahagian item yang terdiri daripada jawapan dan pengganggu. 4. Jawapan hendaklah tepat dan dipersetujui oleh pakar bidang. 5. Pengganggu ialah kemungkinan jawapan. Sesuatu yang bertentangan atau tidak berkaitan dengan tugasan dianggap pengganggu yang tidak berkesan atau tidak berfungsi langsung.

B) Item atau Soalan Salah - Betul


Sebagai item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan. sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu.

B) Item atau Soalan Salah - Betul


item ini terdiri daripada tiga bahagian: a. stimulus (jika ada), b. pernyataan dan c. jawapan pilihan yang berbentuk Betul atau Salah. Contoh:
Semua budak-budak itu adalah lelaki. _____ BETUL _____ SALAH

C) Soalan atau Item Padanan mengandungi dua kumpulan objek, perkara atau pernyataan yang berkaitan. memadankan objek, perkara atau pernyataan yang berkaitan di sebelah kiri (Jalur A) dengan objek, perkara atau pernyataan di sebelah kanan (Jalur B).

D) Soalan Melengkapkan Penyataan


digunakan dengan meluas dalam pentaksiran Bahasa Melayu. Terdapat pelbagai cara menggubal soalan melengkapkan pernyataan atau ayat. Contohnya: a. Lengkapkan ayat dengan berpandukan gambar.

b. Membaca cerita dan lengkapkan ayat.

E) Soalan Melengkapkan Cerita Digunakan untuk menguji kebolehan murid membaca, memahami dan membuat ramalan daripada bahan yang dibaca, murid diberikan ujian melengkapkan cerita.

F) Soalan Mengisikan Tempat Kosong Contohnya: Tulis kata yang betul di tempat kosong.

G) Soalan Respons Bebas


calon perlu meneliti soalan dan menulis satu atau dua patah perkataan sahaja ( jawapan sendiri ) pada ruang yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotak yang disediakan.

H) Soalan Memurnikan Hasil Tulisan


menguji kebolehan murid mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripda aspek imbuhan, kata majmuk dan tanda bacaan. Contohnya: Edit dan murnikan petikan di bawah ini daripada imbuhan, kata makmuk dan tanda baca.

Ujian Integratif Untuk Pentaksiran Bahasa

Ujian integratif terdiri daripada teknik-teknik menguji bahasa dalam konteks dan keadaan yang autentik. Ujian integratif mencantumkan komponenkomponen bahasa dan menyampaikan keadaan yang lebih realistik dan autentik. Ia menguji keupayaan murid menggunakan komponen-komponen kecil bahasa serentak.

Berikut ini ialah beberapa ujian integratif.


1) Teknik Kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru / penguji dalam sesuatu keratan bacaan 2) Penilaian Melalui Porfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti

3) Penilaian Melalui Pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P.
4) Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya

5) Esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dengan perkataan sendiri. boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi memberi peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks
6) Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah.

Anda mungkin juga menyukai