Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN ESL322 : SOSIOLINGUISTIK

(MARKAH : 60%)

Tugasan ini terdiri daripada TIGA bahagian:

Bahagian A [15%]

1. Huraikan perbezaan ilmu sosiolinguistik dengan sosiologi bahasa.


(5 markah ) – 3 halaman

PENDAHULUAN:

- Apakah persamaan antara bidang Sosiolinguistik dan Sosiologi Bahasa?


- Kedua-dua bidang ini memfokus kepada interaksi antara masyarakat dan
bahasa. Batasan/ perbezaan antara kedua-dua bidang ini kadang-kadang
tidak jelas.

ISI + HURAIAN+ CONTOH [FOKUS KEPADA KEHENDAK SOALAN]

PERBEZAA SOSIOLINGUISTIK SOSIOLOGI BAHASA


N ASPEK

Bidang yang Kajian bahasa berkaitan dengan Kajian berkaitan hubungan antara
dikaji faktor sosial, termasuk perbezaan di bahasa dan masyarakat. Dalam erti
rantau, kelas, dialek, pekerjaan dan kata lain, sosiologi bahasa mengkaji
jantina. Dalam erti kata lain, masyarakat berhubung dengan
sosiolinguistik mengkaji bagaimana bahasa (bahasa komuniti tertentu
pelbagai faktor sosial seperti jantina, untuk mengetahui dan memahami
etnik, umur atau kelas sosial penggunaan struktur sosial dan cara
mempengaruhi bahasa. masyarakat menggunakannya untuk
berkomunikasi dengan baik.
Fishman (1968) juga menyatakan
bahawa hanya sosiolinguistik yang
merupakan satu-satunya disiplin ilmu
yang mementingkan kajian terhadap
bahasa dan hubungannya dengan
pengguna bahasa.

 CATATAN : SILA CARI 2 / 3 ASPEK LAIN YANG MENUNJUKKAN


PERBEZAAN ANTARA SOSIOLINGUISTIK & SOSIOLOGI BAHASA

PENUTUP
- Buat rumusan keseluruhan perbezaan kedua-dua bidang

RUJUKAN – SILA PATUHI FORMAT APA


2. Perincikan aspek-aspek yang selalunya dikaji dalam bidang sosiolinguistik.
(5 markah) – 3 halaman

PENDAHULUAN
- Huraikan tentang takrifan / peranan sosioliguistik dalam perkembangan
bahasa.+ sokongan literatur

ISI + HURAIAN + CONTOH [FOKUS KEPADA KEHENDAK SOALAN]

ASPEK YANG HURAIAN


DIKAJI
1. Laras Bahasa Dialek sosial atau laras bahasa merupakan variasi-variasi /
kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam sesuatu situasi tertentu
dalam kehidupan sehari-hari. Ure dan Ellis (1977) berpendapat laras
bahasa sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-
situasi yang berlainan.

Dalam beberapa buku sosiolinguistik, terdapat 5 jenis laras bahasa


iaitu laras bahasa cerpen, laras bahasa agama, laras bahasa puisi,
laras bahasa ekonomi dan laras bahasa iklan. Buku Siri Pendidikan
Guru Bahasa Melayu 2(?) pula menyenaraikan 7 jenis laras
bahasasetelah menerima penambahan beberapa laras bahasa yang
lain, iaitu laras bahasa sains, laras bahasa undang-undang dan laras
bahasa matematik.

2. Dialek Sosial Selain itu, dialek sosial juga dipengaruhi oleh faktor perbezaan
(faktor yang golongan sosial atau dikatakan perbezaan standard taraf hidup antara
mempengaruhi manusia seperti golongan raja, pemerintah dan golongan bawahan.
kepelbagaian CONTOH penggunaan bahasa Diraja di istana – patik, mangkat dll
bahasa) Abdullah Hassan(1992)merumuskan dialek sosial berubah bukan
sahaja menurut daerah geografi tetapi juga melalui perbezaan
golongan sosial.

3. Pencemaran’
Bahasa

- Percampuran Bahasa yang indah dirosakkan oleh isu percampuran bahasa yang
Bahasa tidak sepatutnya berlaku. Namun inilah yang berlaku khususnya di
media elektronik dan media sosial. Jika hal ini tidak ditangani dengan
bijak, maka dibimbangi akan menjatuhkan lagi martabat bahasa
Melayu di negara ini. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi masa
kini iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar mesej kepada
rakan-rakan, golongan remaja lebih gemar menggunakan
percampuran bahasa atau ‘bahasa rojak’. Sebagai contoh ialah “Saya
dah mengambil keputusan untuk move out dari rumah”, “Dalam hal ini
you adalah paling best.”(CARI SUMBER RUJUKAN)

- Kerancuan Kerancuan bahasa adalah cabaran yang boleh menyebabkan


Bahasa kecelaruan dalam penggunaan bahasa Melayu.Hashim Hj. Musa
(2009) mentakrifkan kerancuan bahasa sebagai penggunaan bahasa
yang tidak mengikut peraturan dari segi sintaksis, morfologi, fonologi,
kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan
ketidaktekalan dari aspek pembentukan ayat, klausa, ejaan, sebutan,
dan istilah.Contoh, perkataan diringkaskan ialah karang (nanti), diaorg
(mereka), dan sebagainya. Terdapat jugapengubahsuaian kata ganti
nama seperti sa / sia (saya), ko/ kau (kamu) dan sebagainya.

 CATATAN : SILA CARI 2 / 3 ASPEK LAIN YANG DIKAJI DALAM BIDANG


SOSIOLIGUISTIK

PENUTUP
- Buat rumusan keseluruhan tentang aspek-aspek yang dikaji dalam bidang
sosiolinguistik

RUJUKAN – SILA PATUHI FORMAT APA


3. Jelaskan kepentingan sosiolinguistik dalam kehidupan masyarakat.
(5 markah) - 3 halaman

PENDAHULUAN
- Hurai peranan sosioliguistik dalam kehidupan masyarakat secara umum.

ISI + HURAIAN + CONTOH [FOKUS KEPADA KEHENDAK SOALAN]

KEPENTINGAN HURAIAN
(SILA PETIK QUATATION DRP (KEPENTINGAN BIDANG SOSIOLINGUSITIK)
PARA SARJANA / PAKAR BAHASA)

Eastman (1975) menjelaskan bahawa Kepentingan sosiolinguistik dilihat sebagai


bidang sosiolinguistik mementingkan penyumbang kepada kewujudan kelainan bahasa
kajian interaksi antara bahasa seperti dialek (FAKTOR geografi dan sosial), laras,
dengan latar belakang penggunaan gaya bahasa dan sebagainya dalam sesebuah
bahasa komuniti bahasa.

Contohnya wujud kepelbagaian dialek tempatan atas


faktor kedudukan geografi. Bagi pertanyaan (BM
standard - “Kamu buat apa?” dilihat ada perbezaan
dialek antara penduduk di Sabah, Sarawak dan juga
Semenanjung Malaysia. Penduduk Sabah akan
bercakap “Apa ko buat?”, orang Sarawak pula
berkata, “Kitak buak apa?” manakala orang Kelantan
pula “Mu buat gapo?”

 CATATAN : SILA CARI 2 / 3KEPENTINGAN LAIN DALAM BIDANG


SOSIOLIGUISTIK

PENUTUP
- Buat rumusan keseluruhan tentang kepentingan bidang sosiolinguistik

RUJUKAN – SILA PATUHI FORMAT APA

Bahagian B [20%] – 8 halaman


Tulis satu ESEI bertajuk:

Amalan Guru dan Penguasaan Aspek Sosiolinguistik dalam Kalangan Guru


Bahasa Melayu di Sekolah Saya

PENDAHULUAN

 Apakah definisi sosiolinguistik?(1 perenggan)


 Terangkan aspek-aspek sosiolinguistik yang mempengaruhi penguasaan
aspek ilmu sosiolinguistik dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah
anda. (2 perenggan)

ISI + HURAIAN + CONTOH [FOKUS KEPADA KEHENDAK SOALAN]

 Berikan contoh-contoh situasi atau keadaan yang berlaku di sekolah anda


yang menunjukkan pengaruh sosiolinguistik.

ASPEK HURAIAN + CONTOH


SOSIOLINGUISTIK
YANG MEMPENGARUHI
GURU BM DI SEKOLAH
ANDA

1. Percampuran Guru bernama Mei Lin (bukan namasebenar) mengajar BM


bahasa (Tahun 1) dengan mencampuradukkan bahasa mandarin
dan Bahasa Melayu atas rasional supaya murid lebih
mudah memahami beberapa frasa / kata dalam BM. Dalam
ertikata lain guru berkenaan membuat terjemahan dalam
bahasa mandarin. (SILA BERI CONTOH)

 CATATAN : SILA HURAI 3 / 4CONTOH-CONTOH SITUASI YANG BERLAKU


DI SEKOLAH ANDA YG MENUNJUKKAN PENGARUH SOSIOLINGUISTIK
(sama ada rujuk guru BM atau murid)

PENUTUP (SILA PILIH 1 ASPEK ATAU HURAI KEDUA-DUA ASPEK)

(i) Huraikan 2 cabaran yang dihadapi oleh guru BM berkaitan


penguasaan bidang sosiolinguistik dalam pengajaran BM

(ii)
Huraikan 2 langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru BM berkaitan
penguasaan bidang sosiolinguistik dalam pengajaran BM
RUJUKAN – SILA PATUHI FORMAT APA
Bahagian C [25%] – 10 halaman [tidak termasuk lembaran kerja, alat bantuan
mengajar]

Untuk bahagian ini, anda kehendaki menggubal SATU rancangan pelajaran untuk
pengajaran sosiolinguistik di sekolah berkaitan ilmu interdisiplineri yang
membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan
bahasa. Berikan contoh-contoh ayat yang berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk.

Garis Panduan:

a) Pilih salah satu aspek tatabahasa berikut; sistem ejaan, sebutan dan intonasi,
kosa kata dan peribahasa.
b) Rancangan Pelajaran Harian – masa = 30 minit
c) Tentukan banyak mana aspek tatabahasa yang boleh diajar dalam tempoh
30 minit.
d) Format Rancangan Pelajaran:

 Mata Pelajaran & Kelas


 Tema / Tajuk
 Masa
 Standard Pembelajaran
 Objektif Pembelajaran
 Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran [terangkan dengan terperinci apa
anda akan lakukan dalam tempoh 30 / 60 minit dalam bilik darjah]
*Induksi Set
i. Langkah 1
ii. Langkah 2
iii. Langkah 3
*Penutup
 EMK: kreativiti / inovasi / teknologi / merentasi kurikulum
 Bahan Bantu Belajar – kepilkan bahan yang digunakan dalam bentuk
kertas A4 [seperti lembaran kerja, gambar, kad dan sebagainya]
 Penilaian P & P
 Refleksi

PENTING: RPH hendaklah digubal oleh anda sendiri dan tidak disalin daripada
blog atau laman web. [MARKAH AKAN DITOLAK JIKA ANDA BERBUAT
DEMIKIAN]

Anda mungkin juga menyukai