Anda di halaman 1dari 38

Cara Pemerolehan Bahasa Pertama Menurut Wilhelm Von Humbolt,seorang sarjana Jerman,bahasa bermaksud satu sintesis daripada bunyi

yang dibentuk oleh bentuk luaran dan fikiran yang dibentuk oleh bentuk dalaman. Bahasa pertama ialah bahasa yang mula-mula sekali diperoleh dan dikuasai oleh seseorang sejak dia masih kanak-kanak, iaitu sebelum dia mempelajari sesuatu bahasa asing atau bahasa kedua. Bahasa pertama ini sering juga disebut sebagai bahasa kandung atau bahasa ibunda.

Ada dua pengertian mengenai pemerolehan bahasa. Pertama, pemerolehan bahasa mempunyai permulaan yang mendadak iaitu secara tiba-tiba. Kedua, pemerolehan bahasa memiliki suatu permulaan yang gradual yang muncul dari prestasi-prestasi motorik, sosial, dan kognitif pralinguistik.

Pengetahuan bahasa pertama dikuasai secara tidak formal sejak peringkat awal kanakkanak, iaitu ketika berusia seawal lapan belas bulan (Hornstein dan Lightfoot 1981; Phiney 19870. Selain itu, proses pemerolehan ini diterima secara tidak langsung melalui ibu bapa,keluarga dan masyarakat sekeliling.

Menurut Corder (1973) penguasaan bahasa pertama merupakan proses dibawah sedar dimana pada saat ia sedang memperoleh kemahiran yang lain serta pengetahuan tentang alam sekitarnya. Kennedy (1973:68) berpendapat bahawa kanak-kanak yang mula memperoleh bahasa pertamanya sentiasa terdedah pada persekitaran linguistik yang lengkap yang mengandungi pelbagai butiran tatabahasa dan leksis orang dewasa, dan kebanyakannya tidak difahami oleh kanak-kanak tersebut.

Peringkat penguasaan bahasa terbahagi kepada dua iaitu peringkat pertama dalam penguasaan fonetik dan peringkat pertama dalam penguasaan makna. Pada peringkat pertama dalam penguasaan fonetik, menangis dianggap sebagai bahasa kanakkanak kerana mereka belajar mengawal alam sekitar dengan tangisan. Selepas 8 bulan ke atas, mereka mula bermain dengan bunyi , menirunya dan berlatih secara konsisten membunyikan bunyi tersebut.

Setelah dapat mengawal alat atrikulasinya pada umur kira-kira 2 tahun, mereka mula belajar mengucap beberapa patah perkataan. Perkembangan perbendaharaan katanya akan berkembang dari semasa ke semasa. Manakala dalam peringkat pertama dalam penguasaan makna, menangis mempunyai makna tertentu kepada kanak-kanak. Semasa mereka meniru bunyian, ibu bapa berperanan memberi makna pada bunyi yang dihasilkan. Selepas itu, mereka sudah boleh mengucapkan perkataan yang mempunyai makna khusus untuk menggambarkan isi hati mereka.

Menurut Clare Painter (1990:24), penguasaan bahasa pertama kanak-kanak melibatkan proses pemindahan awal. Proses ini dapat dijelaskan seperti yang berikut:

The move into mother tongue is characterised first by the introduction of names into the system, and by the development of two tones conveiying two different functional meaning. A small core of vocabulary was freely usable on either tone, allowing the same experiential meaning to be combined with either of two kinds of primitive speech role. Most names however, occured always with same tone; some being restricted to level tone and pragmatic uses, others to falling tone and mathetic uses.

Prinsip-prinsip Pengajaran Bahasa Pertama i. Kemahiran bahasa dikuasai secara beransur-ansur Penguasaan sesuatu kemahiran bahasa di kalangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur. Mulamula mereka mengeluarkan bunyi-bunyi, kemudian mencantumkan unit-unit bunyi itu menjadi perkataan dan selepas itu mencantumkan pula perkataanperkataan itu menjadi ungkapan atau ayat. Kanakkanak memerhati dan menangkap sebarang kemahiran bahasa itu daripada penutur-penutur lain. Lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dengan sendirinya. Proses kefahaman boleh wujud lebih awal daripada proses melahirkan ucapan.

ii. Banyak aspek bahasa dikuasai sekaligus Lazimnya setiap kemahiran bahasa dikuasai dengan cara yang perlahan dan ini membolehkan beberapa aspek bahasa itu dapat dikuasai secara sekaligus. Bahasa mempunyai banyak rumus dan peraturan dan semuanya ini dikuasai secara serentak. Kanak-kanak dapat menguasai bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna, dan penggunaannya dalam ayat secara sekaligus.

iii. Kanak-kanak mempelajari menggunakan bahasa tetapi tidak tahu mengenainya. Prinsip ini menerangkan bahawa kanak-kanak tidak cuba mengkaji jalan bahasa dalam proses menguasai bahasa tersebut. Mereka belajar menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan kenapa sesuatu ayat itu betul atau salah tetapi mereka perlu tahu betul salahnya. Contohnya dalam aspek tatabahasa, kanakkanak tidak diminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup sekadar menggunakannya dalam ayat-ayat yang betul.

iv. Kanak-kanak menggunakan bahasa mengikut konteks makna Kanak-kanak belajar menggunakan bahasa itu dengan memerhati atau mendengar dan kemudiannya menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya. Walaupun tidak memahami sistem tatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui hubungan perkataan dengan perkataan dalam ayat dan antara ayat dengan ayat yang lain. Mereka menggunakan sesuatu perkataan itu dalam konteks makna, bukannya dalam konteks tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari konteks makna bagi menjelaskan makna perkataan itu. Pelajar diberi latihan dan latih tubi

penggunaan perkataan yang betul. v. Kanak-kanak mempunyai kebiasaan sendiri mempelajari bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak mempelajari pertuturan mengikut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang individu atau kumpulan penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai tabiat dalam cara bertutur yang tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri.

Rumusan Mempelajari bahasa pertama merupakan salah satu perkembangan menyeluruh kanak-kanak untuk menjadi anggota kepada sesebuah masyarakat. Hal ini kerana melalui bahasa khusus bahasa pertama (B1), seorang kanak-kanak belajar untuk menjadi anggota masyarakat. Bahasa Pertama menjadi salah satu media untuk mengungkapkan perasaan, keinginan, dan pendirian dalam bentuk-bentuk bahasa yang dianggap ada. Sistem fikiran yang terdapat pada seorang kanak-kanak dibangun sedikit demi sedikit apabila ada rangsangan dunia sekitarnya sebagai input (iaitu apa yang dilihat, didengar, dan disentuh yang menggambarkan benda, peristiwa dan keadaan sekitar yang mereka alami). Lama-kelamaan pemikirannya akan terbentuk dengan sempurna. Setelah itu sistem bahasanya akan menjadi lengkap dengan perbendaharaan kata dan tatabahasanya turut terbentuk.

Bahasa awal-awal yang diperoleh oleh kanak-kanak inilah yang dikatakan bahasa pertama mereka iaitu sebelum mereka mempelajari bahasa lain sebaai bahasa kedua atau bahasa asing.

Senarai Rujukan: 1. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997. Pengajian Melayu 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Zamri Mahamod, 2008. Psikolinguistik Dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd 2.

1)

Dari Segi Prinsip Penguasaan Kemahiran Bahasa Dalam pemerolehan bahasa pertama, penguasaan sesuatu kemahiran bahasa berlaku secara beransur-ansur. Mula-mula mereka mengeluarkan bunyi-bunyi, kemudian mencantumkan unit-unit bunyi menjadi perkataan dan selepas itu mencantumkan perkataan-perkataan menjadi ungkapan atau ayat. Kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarang kemahiran bahasa ibunda daripada penutur lain. Lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dengan sendiri. Proses kefahaman boleh wujud lebih awal daripada proses melahirkan ucapan. Manakala pembelajaran bahasa kedua adalah merupakan satu proses mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa. Latihan-latihan peneguhan diberikan untuk membentuk tabiat bahasa yang dipelajari.

Penguasaan Aspek Bahasa Dalam pemerolehan bahasa pertama setiap kemahiran bahasa dikuasai dengan cara yang perlahan. Cara ini membolehkan beberapa aspek bahasa dapat dikuasai secara sekali gus. Sebagaimana diketahui, bahasa mempunyai banyak rumus dan peraturan. semuanya itu dikuasai secara serentak. Kanak-kanak umpamanya dapat menguasai bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna, dan penggunaannya dalam ayat secara sekali gus. Hal ini berbeza dengan pengajaran bahasa kedua yang mesti didahulukan dengan kemahiran lisan. Aktiviti pengajaran bermula daripada kemahiran mendengar, kemudian bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kanak-kanak diajar menyebut sesuatu kata itu dahulu sebelum mengajar bentuk-bentuk tulisan. Cara ini akan menghasilkan satu pengajaran bahasa kedua yang berkesan.

Mempelajari Penggunaan Bahasa

Dalam pemerolehan bahasa pertama, prinsip ini menerangkan bahawa kanak-kanak tidak mengkaji tatabahasa untuk menguasai bahasa tersebut. Mereka belajar menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan sebab binaan ayat itu adalah betul atau salah, tetapi mereka diberi tahu betul dan salah ayat itu. Dalam aspek tatabahasa misalnya, kanak-kanak tidak diminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup sekadar menggunakannya dalam ayat-ayat yang betul.
Sebaliknya, dalam pembelajaran bahasa kedua, pelajar belajar secara membuat analogi. Pembelajaran cara ini membolehkan pelajar menerima pelajaran dengan cara melihat persamaan dan perkaitan antara bentukbentuk yang diajar. Mereka diberi latih tubi dalam pola-pola yang diajar. Analogi digunakan untuk menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk menjelaskan konsep-konsep tatabahasa. Mereka diberitahu sebab binaan bahasa yang digunakan itu adalah salah atau betul.

Mempelajari Penggunaan Bahasa Dalam pemerolehan bahasa pertama, prinsip ini menerangkan bahawa kanak-kanak tidak mengkaji tatabahasa untuk menguasai bahasa tersebut. Mereka belajar menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan sebab binaan ayat itu adalah betul atau salah, tetapi mereka diberi tahu betul dan salah ayat itu. Dalam aspek tatabahasa misalnya, kanak-kanak tidak diminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup sekadar menggunakannya dalam ayat-ayat yang betul. Sebaliknya, dalam pembelajaran bahasa kedua, pelajar belajar secara membuat analogi. Pembelajaran cara ini membolehkan pelajar menerima pelajaran dengan cara melihat persamaan dan perkaitan antara bentuk-bentuk yang diajar. Mereka diberi latih tubi dalam pola-pola yang diajar. Analogi digunakan untuk menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk menjelaskan konsep-konsep tatabahasa. Mereka diberitahu sebab binaan bahasa yang digunakan itu adalah salah atau betul.

Penggunaan Bahasa Dalam pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak belajar menggunakan bahasa melalui pemerhatian atau pendengaran dan kemudiannya menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya. Walaupun tidak memahami sistem tatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui hubungan antara perkataan dalam ayat dan hubungan antara satu ayat dengan ayat lain. Mereka menggunakan sesuatu perkataan dalam konteks makna, bukannya dalam konteks tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari konteks makna bagi menjelaskan makna perkataan itu. Pelajar diberi latihan dan latih tubi pemakaian makna dan perkataan yang betul. Sebaliknya, dalam pembelajaran bahasa kedua, makna haruslah dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu sendiri. Makna perkataan perlulah diajar dalam konteks agama, adat dan adab, dan budaya. Ini adalah cara yang difikirkan berkesan dalam memberikan makna.

Kebiasaan Mempelajari Bahasa Dalam pemerolehan bahasa pertama, kanakkanak mempelajari pertuturan menurut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang individu atau kelompok penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai tabiat bertutur yang tersendiri. Kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri. Hal ini berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua. Pembelajaran berlaku secara formal dan mempunyai guru. Peluang pembelajaran hanya dapat diikuti di tertentu sahaja.

2) Strategi Tatacara Penguasaan Cara memperolehi bahasa pertama tidak sama dengan cara menguasai bahasa kedua. Pemerolehan bahasa pertama melalui proses tidak formal. Sebaliknya, pembelajaran bahasa kedua memerlukan usaha gigih dan perancangan teliti. Manusia tidak perlu berguru dalam institusi formal untuk membolehkan mereka bertutur dengan baik dalam bahasa ibunda. Sebaliknya, seseorang perlu berguru secara formal untuk mempelajari bahasa kedua, walaupun tidak menjamin orang berkenaan bertutur dengan fasih dan lancar dalam bahasa tersebut. Proses-proses yang menghasilkan kemahiran berbahasa dalam bahasa pertama dan bahasa kedua adalah berbeza. Hal ini dapat dilihat dari istilah yang digunakan. Bagi bahasa pertama, istilah penguasaan atau pemerolehan digunakan, manakala bagi bahasa kedua, istilah pemelajaran digunakan. Dalam hal ini, Kamarudin (1988) menyatakan :

Berbeza dengan pemelajaran bahasa pertama, penguasaan bahasa kedua bukanlah didapati melalui pemerolehan tetapi dikuasai melalui pemelajaran. Ini dilakukan dalam keadaan yang lebih formal, memerlukan banyak latihan dan pengulangan hingga menjadi sesuatu tabiat.

Fungsi Tujuan yang menguasai pengetahuan bahasa pertama dan mempelajari bahasa kedua adalah berbeza. Berlainan dengan proses pemerolehan bahasa pertama, pembelajaran bahasa kedua merupakan usaha yang ditentukan oleh manfaat yang bakal diperoleh. Tujuan mempelajari bahasa kedua biasanya dikaitkan dengan peranan bahasa dalam kehidupan seseorang pengguna. Oleh itu, pengajaran bahasa kedua sering mengarah kepada sesuatu tujuan yang tertentu. Kebebasan Memilih Dalam konteks ini, proses pemerolehan bahasa pertama merupakan satu proses yang tidak ada pilihan. Manakala proses penguasaan bahasa kedua pula adalah proses yang ada pilihan. Proses penguasaan bahasa kedua didorong oleh sebab-sebab tertentu. Biasanya kanak-kanak bahasa pertama mendapat dorongan dan motivasi yang kuat untuk mempelajari bahasa itu bersungguh-sungguh. Ini kerana mereka mempunyai keperluan untuk menggunakan bahasa itu. Ia agak berbeza dengan pemelajaran bahasa kedua. Keinginan untuk mempelajari bahasa ini tidak kuat walaupun mereka sedar bahasa kedua itu berguna. Corak perasaan dan bentuk pemikiran akan menentukan sama ada seseorang itu akan berusaha gigih atau tidak mempelajari bahasa kedua. Bagi bahasa pertama pula, penguasaan pengetahuannya berlaku secara semulajadi, dan tidak ada kanak-kanak normal yang terkecuali daripada menguasai pengetahuan bahasa pertama.

Kejayaan Penguasaan Penguasaan pengetahuan bahasa oleh penutur bahasa pertama dan bahasa kedua adalah berbeza. Dalam bahasa pertama, kanak-kanak, secara genetik, telah diprogramkan untuk berjaya dalam proses penguasaan bahasa pertama. Proses tersebut merupakan proses menyesuaikan pengetahuan bahasa semula jadi yang sedia ada dengan sistem bahasa pertama mereka. Sementara pembelajaran bahasa kedua pula, faktor genetik tidak memainkan peranan penting. Faktorfaktor luaran yang menentukan kejayaan proses pembelajaran bahasa kedua berkenaan. :

Berkenaan hal ini, Abdullah Hassan (1987) menegaskan pemerolehan bahasa ibu tidak

berlaku di kalangan kanak-kanak secara tidak formal, yakni tidak perlu diajar. Bahasa kedua pula terpaksa dipelajari dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Bukan itu sahaja yang berlaku, kita mesti mempunyai dorongan dan sikap yang sihat untuk dapat belajar dengan berkesan.

Masa Dari segi masa, kanak-kanak mempelajari bahasa kedua sering mengalami kesulitan. Mereka tidak mempunyai masa yang cukup dan tidak pula dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap bahasa yang dipelajari itu. Bahasa yang dipelajari tidak dapat dipraktikkan sepenuhnya, sebagaimana mereka menggunakan bahasa ibunda sehari-hari. Peluang mempelajari dan menggunakannya berlaku di dalam kelaskelas sahaja.

RUJUKAN http://www.geocities.com/pendidikmy/cikgupjj/ bahasapertamabahasakedua.html http://www.google.com.my/search?q=pemeroleh an+bahasa+kedua&btnG=Search&hl=en&sa=2 http://massofa.wordpress.com/2008/01/28/pe merolehan-bahasa-pertama-dan-bahasa-kedua/ Dicatat oleh MBi di 5:44:00 PM

Anda mungkin juga menyukai