Anda di halaman 1dari 4

NOTA LINGUISTIK ZAMAN MODEN

PENGENALAN

Peringkat pemodenan merangkumi (akhir abad ke-19,20 dan hingga sekarang,iaitu

abad ke-21) dan melibatkan sarjana linguistik yang ternama.


Menurut Abdullah Hassan(1978), perkembangan zaman linguistik moden bermula

pada abad ke-19.


Mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu iaitu antropologi dan sosiologi.
Pendekatan kajian bahasa adalah berdasarkan bukti nyata.
Pengkaji turut mengkaji pertalian dan hubungan antara 1 bahasa dengan bahasa yang

lain.
Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau
kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.

CIRI-CIRI
1.CIRI-CIRI LINGUISTIK ABAD KE-19
1.Penelitian bahasa dilakukan terhadap bahasa-bahasa di Eropah, baik bahasa-bahasa roman
ataupun bukan roman
2.Bidang utama penelitian adalah lingustik perbandingan yang meneliti hubungan
kekeluargaan dari bahasa-bahasa di eropah untuk mengetahui bahasa-bahasa yang berasal
dari induk yang sama.
3.Diteliti perubahan bunyi kata-kata dari bahasa yang dianggap sebagai induk kepada bahasa
yang dianggap keturunannya
Misalnya : perubahan bunyi dari kata barang , dalam bahasa latin berbunyi causa,
chose dalam bahasa Perancis, cosa dalam bahasa Itali dan Sepanyol
4.Unsur bahasa yang diteliti tidak dihubungkan dengan unsur lainnya
Misalnya : penelitian tentang kata tidak dihubungkan dengan frasa atau perkataan.

2.CIRI-CIRI LINGUISTIK ABAD KE-20

Penelitian meluas terhadap bahasa-bahasa Amerika, Afrika dan Asia


Penelitian bersifat cukup menonjol.
Prinsip dalam meneliti adalah dikronik & sinkronik
-dikronik:kajian mengenai sistem bahasa
-sinkronik:kajian mengenai sesuatu item dalam bahasa.
Tatabahasa merupakan pembahagian ilmu yang dibezakan atas mikrolingustik,
makrolingustik, & sejarah lingustik
3.CIRI-CIRI LINGUISTIK ABAD KE-21
Berlaku apabila lahirnya teori konstraktivisme yang dipelopori oleh Jean Piaget
Dalam teori konstruktivisme yang dikemukakan Piaget, pengetahuan atau konsep
yang dimiliki anak boleh diperoleh melalui dua cara iaitu melalui asimilasi dan
akomodasi.

TOKOH-TOKOH DAN SUMBANGANNYA.


*tidak termasuk Ferdinand de Saussure
1.LEONARD BLOOMFIELD
Menghasilkan karya Language (1933)
Memperkenalkan konsep aliran stuktural
Mewujudkan linguistik deskriptif
Pandangan Bloomfield adalah berasaskan teori behaviorisme

2.NOAM CHOMSKY
Ahli linguistik yang produktif dalam membuat buku
Mencetuskan teori transformasi melalui bukunyaSyntatic Structures (1957)

3. EDWARD SAPIR

Orang pertama yang memeriksa dengan teliti hubungan antara kajian bahasa dengan
antropologi.
Memperlihatkan dengan jelas konsep sains dalam kajiannya.
Memperkenalkan Hipotesis Sapir-Whorf
-Merupakan hasil perbincangan antara Edward Sapir dengan anak muridnya iaitu
Benjamin Lee Whorf.
-Menekankan hubungan yang penting dalam linguistik iaitu bahasa,pemikiran dan
budaya.
-Hasil perbincangan tersebut,mereka bersetuju bahawa budaya menentukan bahasa.
Buku yang pertama ialah Language(1881).

4.JEAN PIAGET
dilahirkan di Switzerland pada Ogos 1896 dan meninggal pada Semptember 1980.
merupakan seorang ahli psikologi kaak-kanak yang terkenal.
beliau mendapat PhD dalam biologi tetapi beliau lebih berminat kepada bidang
psikologi setelah tamat dalam pengajiannya.
Sumbangan Jean Piaget dalam ilmu linguistik bahasa Melayu ialah
1.lahirnya teori konstraktivisme kognitif.
2. Dalam teori konstruktivisme, pengetahuan atau konsep yang dimiliki anak boleh
diperoleh melalui dua cara : Asimilasi

Integrasi konsep yang merupakan tambahan atau penyempurnaan dari

konsep awal yang dimiliki.


Akomodasi Terbentuknya konsep baru pada anak kerana konsep awal tidak
sesuai dengan pengalaman baru yang diperolehinya.
3.Beliau juga mengemukakan istilah equilibrium iaitu keseimbangan antara asimilasi dan
akomodasi.
4.Piaget juga berpendapat bahawa proses untuk memperoleh pengetahuan merupakan
adaptasi intelektual terhadap pengalaman-pengalaman yang diperoleh seseorang.
5.Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934)
seorang ahli psikologi Rusia
mendalami ilmu perubatan dan kemudiannya beralih kepada pengajaran undangundang dan kesusasteraan.

1. Sumbangan beliau dalam ilmu linguistik ialah lahirnya teori konstraktivisme sosial.
-Teori konstraktivisme sosial-menekankan bahawa konsep sosial dan juga
pembelajaran dan pengetahuan itu dapat dibangunkan secara bersama.
2. Sumbangan yang utama kepada teori ini ialah konsep zon perkembangan
proksimal dan perancah.
-Zon perkembangan proksimal-masih dalam keadaan membangun atau berkembang
sedikit demi sedikit.
-Perancah - Bantuan sementara orang dewasa kepada pelajar untuk membuat sesuatu
yang lebih sukar dimana bantuan itu adalah zon perkembangan proksimal (zone of
proximal development)

Anda mungkin juga menyukai