Anda di halaman 1dari 9

http://www.scribd.

com/doc/37749661/peranan-grafik-dalam-pengajaran-danpembelajaran#scribd
peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran
Ratings: (0)|Views: 2,992|Likes: 14
Published by Nor Haiza
More info:
Categories:Types, School Work, Essays & Theses
Published by: Nor Haiza on Sep 20, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial
Availability:
Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Flag for inappropriate content|Add to collection
See more
See less
1
1.0 Pengenalan
Grafik merupakan salah satu media yang dapat membantu gurudalam
menyampaikan pengajaran. Grafik dalam pembelajaran boleh dipersembahkan dalam
bentuk imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran,
gambarfoto, ilustrasi dansebagainya. Dari aspek teknologi, ia juga merupakan elemen
multimedia yang penting bagimemberi penekanan dalam suatu proses penyampaian
maklumat. Penggunaan grafik telahlama digunakan dalam sistem pendidikan negara
sebelum merdeka dan selepas merdekamalah penggunaan grafik berjaya menjadi suatu
media dalam pendidikan tidak formal danformal.Penggunaan grafik dalam pembelajaran
amat sesuai digunakan dalam kumpulan yangramai terutama di dalam kelas. Pelajar ini
perlu banyak melihat atau menggunakan deria penglihatan mereka untuk memahami
sesuatu maklumat. Adalah penting bagi pelajar iniditunjukkan dengan pelbagai visual dalam
proses pembelajaran mereka. Semasa pengajaran,elakkan menggunakan bahan
pengajaran yang menggunakan ayat yang bertulis terlalu panjang, sebaliknya
memperbanyakkan bahan pengajaran berbentuk simbol, warna dan corak untuk membantu
pelajar memahami pembelajaran serta dapat belajar dengan lebih efektif.
2
.0 Definisi Grafik
Perkataan grafik sebenarnya berasal dari Greek graphikos bererti lukisan. Secaraamnya
grafik didefinisikan sebagai sebuah lukisan, gambar atau huruf yang dihasilkandengan
menggunakan media tertentu seperti pen, pensel, berus dan sebagainya. Grafik
jugamerupakan penggabungan antara gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol,
huruf,angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media. Ia bertujuan untuk
memberikonsep dan idea yang sukar diterangkan dengan teks dari pengirim kepada
sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.Sesuai dengan perkembangan teknologi
terkini, media elektronik telah digunakansecara meluas dalam menghasilkan pelbagai jenis
grafik. Grafik ini disebut sebagai grafik multimedia merujuk kepada sebarang hasil kerja grafik yang
dihasilkan menggunakan samaada pekakasan ataupun perisian komputer. Penggunaan
teknologi grafik multimedia semakin berkembang pesat dan digunakan secara meluas
dalam bidang pendidikan. Guru dan pelajar mendapat banyak manfaat bagi mendapatkan grafik
yang diperlukan didalam tugas masing-masing.

2
3
.0 Jenis-Jenis Grafik
Grafik boleh diklasifikasikan kepada jenis bergambar dan jenis tidak bergambar
sertadipersembahkan dalam bentuk satu dimensi, dua dimensi dan tiga dimensi melalui buku, poster
pengajaran, slaid OHP, carta, penyampaian guru di papan hijau dan sebagainya.Antara jenis
bahan bergambar adalah seperti lukisan, ilustrasi, fotograf, gambar bersiri,gambar
persendirian, poster dinding, carta dinding, kartun, dan iklan. Manakala antara jenis bahan
bukan bergambar ialah graf, diagram, jadual dan carta. Berikut adalah
peneranganmengenai jenis-jenis grafik yang sering digunakan dalam pembelajaran dan
pengajaran.Fotografi ataupun gambar foto merupakan antara paparan imej yang paling
menyamaikeadaan sebenar. Dalam seni rupa, fotografi adalah pembuatan lukisan dengan
menggunakanmedia cahaya. Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih
merupakan alatyang paling berkesan di dalam sesuatu penyampaian maklumat dan komunikasi.
Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar dari segi
warna yangmenyerlah di dalam persembahan dan boleh dijadikan latar belakang bagi teks
atau grafik.Lukisan merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan
fotograf. Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf
bagikeadaan sebenar. Lukisan telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi buktinya lukisanlukisanyang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah. Lukisan terhasil dengan
caramelukis dan menyusun garisan untuk menggambarkan manusia, haiwan, benda dansebagainya. Ia
boleh menjadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.Kartun adalah sejenis
lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri.Kini,animasi kartun banyak
disampaikan dalam bentuk tiga dimensi. Kartun boleh merujuk kepada unsur kemanusiaan,
haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanyasekiranya kumpulan
sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kini, kartun sering digunakan bagi menarik
perhatian pengguna terutama dalam aplikasi multimedia. Walaubagaimanapun, penggunaan
kartun perlu sesuai dengan kawasan pengalaman dan skop intelektual pelajar.Graf atau
carta merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik, perangkaan
dan taburan. Ia menunjukkan perhubungan kuatitatif dan perbandingan data
dan perhubungan di antara dua atau lebih item. Contoh graf adalah carta pie atau graf
sektor, graf bar berganda, graf bar berkumpulan, dan graf garisan. Jadual pula selalu
digunakan dalamkadaran seperti masa penerbangan, data dan populasi, kadar kematian
dan sebagainya. Carta
3
dapat dibahagikan kepada carta alir, carta masa, dan carta organisasi. Sesuatu maklumat
yangkompleks dapat dimudahkan dengan jelas sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau
graf.Bagi pembelajaran teknikal seperti bidang kejuruteraan, multimedia dan lain-lain bidang,
mereka memerlukan perisian-perisian grafik untuk aktiviti pembelajaran. Misalnya,sesuatu
imej yang diperolehi dari sumber asal misalnya dari hasil imbasan biasanya perludiubahsuai
atau dipinda dari pelbagai sudut bagi membolehkannya sesuai untuk digunakan didalam
pembangunan sesebuah projek multimedia. Kesemua kerja-kerja ubahsuai ini samaada dari
sudut, saiz, warna, kesan khas, lokasi gambar dan sebagainya boleh
dilakukanmenggunakan peralatan (tool) yang disediakan oleh kebanyakkan perisian bahasa
gubahan.Kini perkembangan teknologi semakin pesat dan memudahkan manusia
untuk menghasilkan apa sahaja bentuk persembahan yang dimahukan hanya di hujung jari
melaluiaplikasi multimedia. Hasilnya lebih menarik dan berkesan berbanding cara
tradisional. Namun adakalanya perisian-perisian grafik yang khas diperlukan bagi
menghasilkan kerjagrafik yang berkualiti tinggi. Jadi kecekapan menggunakan perisian,
perkakasan dan aksesorimultimedia sangat diperlukan. Beberapa contoh perisian grafik
yang biasa digunakan ialahMicrosoft Paint atau Paint Brush, Adobe Photoshop dan Adobe
Illustrator, Corel Draw,Painter 3D, Macromedia Freehand, Micrograft Designer dan Autocad.

4
.0 Peranan Grafik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Di peringkat prasekolah atau sekolah rendah, kanak-kanak akan didedahkan
dengan pengetahuan mengenai huruf atau apa sahaja yang berkaitan dengan ilmu baru
menjadi lebihmudah jika disampaikan melalui grafik. Terutamanya kanak-kanak prasekolah
tidak berpotensi untuk memahami pengajaran yang berbentuk abstrak. Oleh itu
dengan penggunaan grafik, pengajaran dapat dipersembahkan secara konkrit. Bagaimana
kanak-kanak tersebut didedahkan pula adalah dengan memperkenalkan dengan imej atau
objek terlebih dahulu sebelum mengenali huruf. Seterusnya, kombinasi huruf dan objek
tadidiseiringkan bagi membentuk sesuatu yang lebih bermakna.Manakala bagi peringkat sekolah
menengah, pra universiti mahupun universiti, penggunaan grafik begitu meluas sekali
digunakan oleh para guru dan pelajar terutama ketikaaktiviti perbentangan hasil tugasan
dan kuliah. Oleh itu, bentuk pengurusan grafik yang berstruktur mengikut aturan tertentu
dapat memaparkan proses demi proses seterusnyamendorong pelajar untuk berfikir, membuat
analisis, konsep dan idea yang mana sukar
4
diterangkan melalui teks dan ucapan. Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak
langsung pelajar yang suka membuat analisis dapat berfikir dan memproses secara aktif.
Maka aktiviti pengajaran dan juga pembelajaran berkesan kerana adanya penglibatan
pelajar secara aktif.Menurut Dywer mendapati bahawa manusia berupaya mengingat
sebanyak :Pasif 50% daripada apa yang dilihat dan didengar 30% daripada apa yang
dilihat20% daripada apa yang didengar 10% daripada apa yang dibacaAktif 80% daripada
apa yang disebut sambil lakukan70% daripada apa yang disebut dalam
percakapanMengikut lagi satu kajian Dwyer, sebanyak 83% keberkesanan tercapai
apabilamanusia belajar melalui deria penglihatan. Beliau juga mendapati bahawa
denganmenggunakan alat bantuan visual contohnya grafik ia dapat memberi kesan yang
lebih efektif lagi kepada audiens untuk mengingati sesuatu dalam jangka masa yang agak
panjang.Dengan penggunaan grafik ia dapat meningkatkan keberkesanan dan kefahaman
pelajar memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Menurut teori realisme,
rangsanganyang terdapat dalam sesuatu visual memudahkan guru dalam menyampaikan
maklumatkepada pelajar dengan lebih berkesan.Penggunaan grafik juga turut memainkan
peranan yang penting terhadap pengajaranyang disampaikan oleh seseorang guru. Ia
memberi kesan yang efektif terhadap ucapan gurutersebut dimana guru dapat menerangkan
perkara-perkara yang sukar dan kompleks denganlebih mudah dan jelas berdasarkan visual.
Misalnya, memperkenalkan topik baru,menjelaskan, menginterprestasi dan mengukuhkan
idea, konsep atau prinsip, merumuskandan mengulangkaji pelajaran dan melaksanakan
aktiviti atau tugasan serta menilai pengajarandan pembelajaran. Keyakinan guru juga dapat
ditingkatkan dan mengurangkan tekanan keatas guru apabila pelajar dapat memfokuskan
terhadap bahan visual.Penggunaan grafik dalam pembelajaran juga dapat meningkatkan
pengekalanmaklumat dalam ingatan seseorang. Mengikut Paivio kelebihan maklumat
berbentuk imejatau grafik, grafik dan teks berbanding hanya maklumat perkataan apabila
dikod dalam
5
memori ialah: (a) maklumat grafik lebih mudah untuk dingat kembali daripada
maklumat perkataan, (b) kewujudan kedua-dua kod (iaitu grafik dan perkataan)
meningkatkankemungkinan mengingat kembali kerana jika salah satu kod hilang dari
memori tetapi satulagi kod masih ada; (c) ingatan meningkat apabila grafik dipersembahkan
dan digabungkandengan teks; dan (d) maklumat dapat disimpan lebih lama dalambentuk
imej atau grafik daripada maklumat berbentuk perkataan.Selain itu, ia meningkatkan minat
dan motivasi pelajar. Grafik dapat membantudalam mengubah sikap seseorang pelajar.

Seringkali grafik digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika
dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalammengajar pelajar mengenai
pengambilan makanan berkolesterol tinggi. Bagi pelajar yang baru mengetahui apa yang
dikatakan kolesterol dapat mengenalpasti contoh-contoh makananyang mengandungi
kolesterol tinggi. Seterusnya contoh yang menunjukkan kesan daripadamengambil makanan
yang mengandungi terlalu banyak kolesterol dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk
mengurangkan pengambilan makanan yang berkolesterol tinggi.Di samping itu, penggunaan
grafik boleh meningkatkan kebolehpercayaan guru dan pelajar. Objektif dan hasil
pembelajaran akan tercapai apabila guru dan pelajar dapatmenerima aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan bahan grafik tanpa perasaan prejudis. Bagi
kebanyakan pelajar, mereka akan percaya dan memahami denganlebih baik tentang
sesuatu perkara melalui deria penglihatan berbanding deria pendengaran.Tetapi, bahan
yang digunakan mestilah sesuai mengikut perkembangan teknologi pendidikanserta
penghasilan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran perlu peka dari aspek
kebolehan pelajar yang pelbagai.Seterusnya, proses pembelajaran pelajar dapat
ditingkatkan dan guru mudahmengawal proses pembelajaran. Dengan penggunaan grafik
ianya dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajar-pelajar
kerana perasaan ingin tahudapat ditimbulkan. Misalnya aktiviti pembelajaran sains dimana
pelajar dikehendaki untuk membuat hipotesis, analisis, manipulasi dan sebagainya sehingga
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta
menyeronokkan. Seterusnyamenggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar secara
maksimum dalam pembelajaran.Grafik yang digunakan bagi proses pengajaran dan
pembelajaran juga dapatmenghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam
seterusnya mempelbagaikanaktiviti pembelajaran. Penggunaan media seperti grafik dapat
menunjukkan secara konkrit
6
kepada pelajar yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Secara tidak
langsung,ia sebenarnya membantu sistem pendidikan negara untuk merancang kaedah
yang berkesan bagi menyelesaikan masalah-masalah pelajar keciciran, lemah, buta huruf
mahupun kepadakanak-kanak yang baru mempelajari sesuatu.Tambahan pula, gaya
pembelajaran visual seperti grafik adalah sesuai bagi pelajar yang sukar untuk mengingati
nama, tetapi mungkin dapat mengingati ciri-ciri rupa seseorangitu dengan baik berdasarkan
gambaran. Pelajar juga dapat belajar dengan lebih baik jika adaalat-alat bantu mengajar
dalam bentuk bergambar untuk kegunaan mereka. Misalnya, merekalebih suka membaca
buku cerita sendiri berbanding orang lain membacakan untuk merekakerana gambaran menarik
minat mereka ke arah melakukan sendiri. Malah kecenderunganuntuk menulis nota atau membuat
nota tangan sendiri semasa proses pembelajaran di dalamkelas.Justeru itu, peranan grafik
juga memainkan peranan penting dalam meningkatkanantara salah satu jenis kecerdasan
pelbagai iaitu kecerdasan ruang visual yang diasaskan olehHoward Gardner. Kebolehan
pelajar memahami secara mendalam hubungan antara objek dan ruang dapat mencipta
imaginasi yang tinggi sehingga dapat mencipta sesuatu yang kreatif serta sukar untuk
difikirkan oleh orang lain. Mereka juga mampu mencipta gambaran mentaldan berupaya
mengamati dunia visual dengan baik serta bijak menghubungkaitkan objek-objek dalam ruang.
Sehubungan itu, mereka peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak danruang dalam
persekitaran mereka.
5
.0 Ciri-Ciri Grafik Yang Berkesan
Ciri-ciri grafik yang berkesan ialah memilih grafik yang bersesuaian dengankumpulan
sasaran supaya sesuai mengikut tahap dari segi usia terutama pelajar.misalnyakanak-kanak
prasekolah perlu ditunjukkan visual yang ada di sekeliling mereka dan bukannya di luar
batasan fikiran mereka. Kedua, memilih grafik yang tidak menyentuhsensitiviti kaum atau
agama. Hal ini kerana untuk mengelakkan sebarang kontroversi antarakaum yang mana boleh
mendatangkan kekecohan semasa pengajaran dan pembelajaran.Ketiga, memilih kategori grafik

yang sesuai dengan keperluan tugas, contohnya perlu sesuaidengan topik yang perlu di
bincangkan.Keempat, guru perlu memilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan
keperluanaplikasi supaya ada tarikan yang memadai, mudah dan jelas dibaca dan difahami.
Kelima,
7
guru perlu menggunakan jenis grafik yang boleh digunakan tanpa masalah semasa
aktiviti penyampaian disampaikan agar maklumat dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah
payah.Keenam, penggunaan grafik mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan
maksudyang terdapat dalam visual seterusnya membantu memfokuskan perhatian kepada
maksudyang terdapat dalam visual.
6
.0
Bahan Grafik Yang Berkesan
Robert Gagne dianggap penyumbang utama kepada pendekatan sistem
rekabentuk pengajaran dan latihan. Salah satu sumbangan terpenting beliau adalah teori
events of instruction yang boleh diguna pakai untuk menghasilkan satu persembahan slaid
pengajaranyang berkesan dengan cara seperti berikut :Mendapatkan perhatian (gaining
attention) iaitu sebelum sesuatu pembelajaran berlaku, guru,pensyarah atau fasilitator perlu
menarik perhatian pelajar melalui denganmenggunakan perubahan rangsangan seperti
visual. Selain itu, tarik perhatian denganmempersembahkan sesuatu yang baru atau yang
mengejutkan, menanyakan soalan ataumempersembahkan fakta-fakta yang menarik. Kajian
menunjukkan tumpuan seseorangdewasa akan menurun selepas 10 minit pertama mereka
terdedah kepada rangsangan.Kedua, memaklumkan objektif (inform learner of the
objectives) iaitu menyatakantujuan persembahan dan mengapa mereka perlu mengikutinya
(expectancy) dan nyatakan apayang mereka boleh lakukan selepas aktiviti pembelajaran
tersebut. Ketiga, menggalakkaningat kembali (stimulate recall of prior learning) iaitu
mengaitkan maklumat baru denganmaklumat yang telah dipelajari dan mengingat kembali
konsep, isi dan pengetahuan yangtelah dipelajari sebelum ini.Keempat, menyampaikan
stimuli atau maklumat (presenting the stimulus) iaitumemecahkan maklumat kepada isi-isi
penting dan mempersembahkan isi menerusi isi-isi penting menerusi grafik, animasi
ataupun urutan teks yang sesuai. Kelima, memberi bantuan pembelajaran (providing learner
guidance) dengan mencadangkan organisasi isi yang bermakna, seperti pemberian contoh
dan bukan contoh dan proses enkod semantik.Keenam, beri latihan (eliciting performance)
dengan meminta pelajar memberikantindakbalas dan meminta pelajar membuat latihan.
Akhirnya, beri maklumbalas (providingfeedback) dengan membuat aktiviti pengukuhan,
nyatakan maklum balas, nilai perlakuan dan
8
meningkatkan ingatan dan pemindahan maklumat. (Rujuk rajah contoh-contoh bahan
grafik yang berkesan dalam lampiran).
7
.0 Panduan Penghasilan Grafik
(a) PerancanganSebagai guru atau fasilitator perlu teliti sebelum sesuatu bahan visual
dihasilkan. Iniadalah kerana perancangan yang teliti perlu dirancang untuk mencapai
sasaran objektif.Kebiasaannya, sesuatu idea untuk menghasilkan visual tersebut akan
dimulakan denganlakaran kasar. Penghasilan ini juga berdasarkan beberapa prinsip-prinsip
reka bentuk iaitumenggunakan bahan yang telah sedia ada atau yang perlu disenaraikan
seperti alat tulis.Ianya bagi menentukan objektif visual dan jumlah penerima maklumat bagi
menentukankesesuaian, mengelakkan pembaziran dan perlu tahu bentuk visual untuk dipersembahkan.
(b) Prinsip reka bentuk Pertama, prinsip mudah iaitu menghadkan perkataan-perkataan
yang ditayangkankepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.

Untuk mendapatkankonsep yang mudah difahami oleh guru dan pelajar lukisan perlulah jelas dan terang.
Garisanluar hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Kedua, prinsip penyatuan merujuk
kepada perhubungan yang lahir di antara elemen visual apabila elemen-elemen tersebut
berfungsisebagai satu keseluruhan. Elemen ini perlulah saling lengkap-melengkapi.
Pernyatuan dapatdiperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentukbentuk tertentu, warnadan sebagainya.Ketiga, prinsip penegasan di mana satu elemen atau
satu idea yang boleh menjadi pusat minat dan perhatian ditegaskan. Untuk penghasilan
tersebut perlu gunakan warna,huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea. Keempat,
prinsip seimbang yang manakesemua elemen visual haruslah seimbang pada
keseluruhannya dan tidak berat sebelah.Perimbangan merupakan susunan elemen-elemen
visual dalam bentuk gubahan yang baik danelok dipandang. Terbahagi kepada dua iaitu
perimbangan formal dan perimbangan tidak formal.(c) Elemen visual untuk memenuhi prinsip reka
bentuk Elemen visual untuk memenuhi prinsip rekabentuk ialah garisan, bentuk, ruang
danwarna. Fungsi garisan dalam reka bentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual
dan
9
untuk menarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan yang tertentu.
Bentuk pula merujuk pada tiap persembahan visual yang berkesan mengandungi bentuk
keseluruhansama ada bentuk nyata atau tidak. Visual akan kelihatan menarik dan istimewa
apabila adaarahan dari satu elemen kepada satu elemen yang lain.Seterusnya, ruang
bertujuan untuk menimbulkan rasa selesa atau lapang diantaraelemen-elemen visual yang
dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang.Ruang diperlukan
disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaansesak di
kalangan pelajar mahupun pemerhati. Akhir sekali warna, penggunaan warna adalahuntuk
memudahkan dan meningkatkan kejelasan visual dan menimbulkan minat
tertentu.Walaubagaimanapun, penggunaan warna tertakluk kepada prinsip-prinsip dan
batasannya.(d) Penggunaan warnaWarna digunakan untuk mengasingkan dan menegaskan
sesuatu elemen tumpuan.Warna yang berharmoni seperti warna monokoromik iaitu warna yang muda
membawakepada warna tua contohnya ungu-tua, warna berhampiran iaitu berdekatan dalam
cartawarna atau warna penggenap iaitu warna yang bertentangan dalam carta warna.
Warnadigunakan supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahamidan perlu perancangan
untuk melahirkan kesan tertentu. Sekiranya warna putih digunakan sebagai warna latar
maka permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas kemudian diikuti dengan warna-warna
yang lain.(e) PenghurufanPersembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat
menyampaikan mesej denganlebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiz huruf
yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan
baris, kontras dengan warnalatar, jenis atau bentuk huruf yang digunakan. Saiz huruf yang
digunakan pula mestilahcukup besar mengikut tahap supaya dapat dibaca dengan baik
contohnya jika jarak dari visualadalah 20.0 cm maka saiz minima huruf kecil adalah 5.2 cm.Begitu
juga jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilahsepadan dan
sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca denganmudah.
Contohnya, jarak di antara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O saizkecil. Jenis
huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudahatau tidak.
Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti san serif
10
sesuai untuk huruf-huruf blok, serif iaitu times new roman dan dokoratif sesuai
digunakanuntuk huruf-huruf berbunga seperti dalam kad raya, kad hari jadi, kad ucapan dan
sebagainya.(f) Cara menulis huruf atau angkaCara menulis huruf dan angka biasanya akan
di bahagikan kepada empat iaitu huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas
cepatnya menggunakan berus dan dakwat ataucat warna. Cara ini sesuai untuk grafik yang
besar seperti carta dan poster. Kedua, huruf yang dipotong merujuk hasil huruf dan perkataan yang
dipotong dari bahan-bahan akhbar,kertas berwarna atau kain kemudian dilekatkan pada bahan

grafik. Ketiga, huruf pindahkering iaitu boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol dan angka
dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna. Keempat, huruf stensil boleh digunakan untuk tulisan yang
kurang dari satu inci.(g) PersembahanGrafik yang telah siap sedia dihasilkan boleh digunakan
secara terus untuk pengajarandan pembelajaran. Persembahan secara visual dan dinamik
mampu memudahkan proses penerangan konsep ataupun demontrasi sesuatu kemahiran.
Walaubagaimanapun, bahangrafik yang telah digunakan semasa aktiviti penagajaran dan
pembelajaran boleh disimpanuntuk kegunaan pada lain-lain masa ataupun berkongsi
dengan guru-guru lain. Kelemahan bahan grafik adalah cepat kotor, mudah terkoyak dan
visual-visualnya mudah tertanggal.Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini, guru boleh
mengambil mengatasinya denganmenggunakan alas lapik, alas tepi dan laminasi.
8
.0 Kesimpulan
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan grafik amat sesuai digunakan dalamsistem
pendidikan negara bagi mencapai keberkesanan secara menyeluruh. Penggunaangrafik
secara tradisional mahupun berteknologi mampu mencapai pelbagai objektif pembelajaran
asalkan maklumat yang disampaikan akan meningkatkan kefahaman pelajar.Pelajar juga
berkemahiran untuk melihat jadual, graf, dan sebagainya dalam segala bentuk konsep
abstrak, prinsip dan proses sesuatu aliran dapat dipermudahkan dan difahami
pelajar.Elemen-elemen penting dalam penghasilan grafik juga memberi rangsangan untuk
menarik perhatian pelajar. Keseluruhannya, peranan grafik memang mendatangkan
kemanfaatankepada sistem pendidikan negara.
11
9
.0 Lampiran
Rajah menunjukkan contoh-contoh bahan grafik yang berkesan.

1
2

R
ujukan
Aminordin bin Che Lah.
Grafik Dalam Pembelajaran
. www.sahc.kedah.edu.my. 16/07/2010.
Modul 3C Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
www.umplib.ump.edu.my. 25/07/2010.Mohd. Lazim Hamid (2010).
Nota Kuliah ETD 1253-Teknologi Pendidikan.
(Edisi Ke-4).Universiti Industri Selangor. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah
Syed Ahmad dan Wan KamaruddinWan Hasan (2009).
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz
Abd.Shukor, Ramlah Janta,Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2009).
Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar
. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai