Anda di halaman 1dari 12

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

BAB 5:
5.0

ASAS GRAFIK

Pengenalan

Sebuah gambar membawa seribu perkataan. Pernyataan ini menggambarkan bahawa


bahan visual boleh dijadikan sumber pengajaran yang menarik dan berkesan.
Kebenaran dan kejayaan pernyataan ini bergantung kepada cara reka bentuk dan daya
kreativiti pada bahan tersebut. Bahan yang berkesan akan mendorong interaksi yang
aktif

di

dalam

bilik

darjah

dan

mewujudkan

suasana

pembelajaran

yang

menyeronokkan dan mencabar.


Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek graphikos bermaksud lukisan. Grafik
ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia merupakan kombinasi gambar,
lambang, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, dan lakaran yang dijadikan satu
media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya. Pada aspek
praktikal, grafik mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui satu
kombinasi lukisan, lakaran, lambang, contengan, perkataan, simbol dan gambar. Grafik
membawa kepada kejelasan persepsi, kekuatan bahan gambaran dan persembahan
yang berkesan. Oleh yang demikian wajar bagi seorang guru mempraktikkan prinsipprinsip pengetahuan asas grafik sebagai panduan agar dapat menghasilkan satu-satu
bahan pengajaran yang mudah menepati objektif pengajaran, dan bersistematik.

5.1 Prinsip Grafik

Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik
supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat
sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu
seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik.

Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah,
kehampiran, penegasan, dan pengulangan.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


5.1.1 Kontras (Contrast)

Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya
lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan perbezaanperbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi.
Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan,
warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada cara yang paling
berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.

Rajah 5.1 : Kontras

5.1.2 Seimbang (Alignment)

Kesimbangan merupakan susunatur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang


baik dan elok dipandang. Ia mengikut kecenderungan seseorang dan tidak ada prinsip
yang mengatakan reka bentuk seimbang formal lebih baik daripada imbangan tidak
formal atau sebaliknya.

Seimbang formal menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual,
sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu timbangan
yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal
pula mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah
tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya.
Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

a. formal

b. tidak formal
Rajah 5.2 : Seimbang

5.1.3 Mudah (Simplicity)

Prinsip mudahmengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan


kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan
satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.
Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan perlu dihadkan kepada 15 atau
20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah
dan dapat merangsangkan pemikiran.

Rajah 5.3: Prinsip Mudah

5.1.4 Kehampiran (Proximity)

Kehampiran

merupakan

elemen

yang

berkaitan

bersama

dikumpulkansupaya

berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.Elemen-elemen yang
digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Mereka perlu saling melengkapi antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea
dasar yang disampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan anak panah,
garisan, bentuk, warna, tekstur dan ruang.

a. anak panah

b. bentuk

c. tekstur

Rajah 5.4 : Penyatuan

5.1.5 Penegasan (Emphasis)

Penegasan diberikan untuk menjadikan sesuatu idea tumpuan minat dan fokus utama.
Penggunaan bentuk, warna, bentuk, garisan, hubungan dan perspektif dapat
menegaskan idea agar dapat dilihat dan difokus.

Surat
berkuatkuasa
mulai

September
a. bentuk

b. warna

c. perspektif

Rajah 5.5 : Penegasan


5.1.6 Pengulangan (Repetition)

Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat
tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, gariskasar,
bulletyang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan
sebagainya.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Rajah 5.6 : Pengulangan

Latihan
Cuba lihat beberapa poster pilihan anda. Jelaskan prinsip grafik yang digunakan dan
mengapa ia digunakan.

5.2 Reka Bentuk Visual

Reka bentuk visual dibahagikan kepada tiga komponen iaitu elemen, pola/corak dan
susunatur.

5.2.1 Elemen

Elemen merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk
rajah visual. Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan.

Elemen Visual boleh dihuraikan dalam 3 jenis bentuk iaitu:


i.

Realistik merujuk kepada penyelidikan ke atas objek sebenar.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


ii. Analogi memaparkan konsep atau topik berkaitan sesuatu objek dengan
memaparkan kaedah hubungan di antara objek dengan konsep atau topik
tersebut.
iii. Organisasi memaparkan hubungan di antara kandungan dan konsep dalam
elemen teks seperti carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi.

Elemen lisan

Kebanyakan paparan visual dimantapkan maksudnya dengan menyatukan perkataan


atau ayat sebagai tambahan kepada visual. Penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain
perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Dalam
menilai paparan ini untuk pengajaran, penggunaan huruf perlu diberi pertimbangan dari
aspek-aspek berikut:
i. Stail huruf stail yang mudah dapat membantu dalam mewujudkan
konsistensi dan kesan harmoni dalam elemen visual. Contoh, huruf Roman
memudahkan

pembacaan walaupun dilihat secara sepintas lalu, Helvetica

sesuai untuk paparan visual dan Palatino untuk teks bercetak.


ii. Bilangan stail huruf digalakkan jangan melebihi tiga stail untuk kelihatan
menarik.
iii. Huruf besar dan huruf kecil wajar menggunakan huruf besar pada tajuk dan
huruf kecil dalam sub-tajuk dan caption.
iv. Warna huruf kemudahan dibaca bergantung kepada kontras antara warna
huruf dan warna latar belakang supaya menyumbang kepada mesej yang
hendak disampaikan.
v. Saiz huruf berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan adalah
berdasarkan kepada kebolehan ianya dibaca dalam satu jarak tertentu
vi. Jarak antara huruf dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu
jauh dan tidak terlalu rapat berdasarkan kepada penglihatan.
vii. Jarak antara baris sama prinsip dengan jarak antara huruf di mana jika baris
yang terlalu rapat akan melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala yang terlalu
jarak menghilangkan rasa kepunyaan.

Elemen Daya Tarikan

Visual yang menarik akan mengekalkan perhatian dan minat. Contoh, permukaan 2D
atau 3D, kombinasi warna yang menarik, susunan teks yang kemas dan, bilangan objek

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


yang tidak keterlaluan atau terlalu kurang. Komposisi visual ini dipengaruhi oleh
elemen-elemen asas yang digunakan seperti berikut:
i. Ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di

antara

elemen-elemen yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan


terancang.

Rajah 5.7 : Ruang


ii. Garisan digunakan untuk menghubungkan elemen visual dan untuk
mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.

Rajah 5.8 : Pelbagai Garisan


iii. Permukaan digunakan untuk memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat
di atasnya.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Rajah 5.9 : Jenis Tekstur


iv. Bentuk digunakan untuk menunjukkan dimensi.

Rajah 5.10 : Bentuk 2 Dimensi

Rajah 5.11 : Bentuk 3 Dimensi


v. Warna digunakan untuk untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan
visual.

Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas kerana
dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan
mempunyai

kesan

aktif,

membangkitkan

perasaan,

menceriakan

suasana,

kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat. Maka warna-warna ini biasanya


digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan
hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan tumbuhtumbuhan.

Warna-warna

ini

memberikan

kesan

pasif

dan

melahirkan

ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula menjadi


lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.

Rajah 5.12 : Skema Warna


5.2.2 Pola/Corak

Pola/corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.
Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat menarik dan mengekalkan
perhatian seseorang untuk melihat maksud yang terkandung dalam visual.

Rajah 5.13 : Pola/Corak

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


5.2.3 Susunatur

Susunatur elemen rekaan visual mengambil kira aspek-aspek prinsip grafik untuk
menghasilkan karya yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen
dan prinsip grafik yang dimanipulasikan, sesuatu kandungan dan konteks itu dapat
mengarahkan pandangan kepada maklumat yang penting. Susunatur ini dapat
diperhatikan dalam paparan visual yang mengamalkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of
Thirds). Ia menunjukkan bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual dengan
menumpu perhatian lebih di sudut atas kiri sesuatu paparan. Oleh itu, perkara yang
utama perlu dipaparkan di bahagian ini. Contoh-contoh tersebut ditunjukkan pada Rajah
5.14.

Rajah 5.14 : Peraturan Satu Pertiga

5.3 Peralatan Penghasilan Grafik

Imej grafik merupakan suatu hasil konkrit. Penjelmaan imej grafik daripada suatu idea
yang abstrak memerlukan peralatan tertentu. Kebolehan mengendalikan peralatan
dengan cekap membolehkan maklumat yang ingin disampaikan dipaparkan dengan
tepat dan jelas. Bagi grafik berkomputer, peralatan yang digunakan ialah perkakasan
asas sistem komputer, tablet grafik, pengimbas imej, pencetak dan pemplot. Di samping
itu, peralatan lain seperti kamera digital juga merupakan peralatan yang biasa
digunakan

untuk

menghasilkan

grafik.

Penggunaan

aplikasi

berkomputer

memungkinkan kesan dilihat daripada reka letak (layout) atau perubahan tipografi tanpa
menggunakan pen dan dakwat berwarna-warni atau untuk mensimulasikan kesan
daripada media tradisional tanpa perlu menuntut banyak ruang.

10

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

a. Pengimbas imej

b. Kamera digital

Rajah 5.15 : Peralatan Penghasilan Grafik

RUMUSAN

Tajuk ini telah membincangkan aspek-aspek asas dalam grafik dan reka bentuk visual.
Dengan ini adalah diharapkan anda dapat menghasilkan pelbagai jenis bahan
pembelajaran dan pengajaran dengan memuatkan pelbagai jenis penampilan grafik
yang berkualiti dan berkesan kepada murid.

Amali
Dengan penggunaan kamera digital dan/atau membuat imbasan dengan bantuan alat
pengimbas, hasilkan satu media grafik seperti carta, poster atau fotoyang boleh anda
gunakan untuk mengajar satu tajuk dalam matapelajaran yang anda ajar. Pastikan anda
menggunakan pelbagai prinsip grafik untuk menghasilkan reka bentuk visual yang
menarik.

11

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


BIBLIOGRAFI

Dick, N., Carey, L. & Carey, J. O. (2005).The systematic design of instruction. Edisi ke
6. New York: Pearson, Allyn and Bacon.

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media pengajaran: penghasilan bahan


pengajaran berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2001). Grafik asas: panduan penghasilan bahan
pengajaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Newby, T.J, (1996). Instructional technology for teaching and learning. New Jersey:
Prentice Hall.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Multimedia

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin
Wan Hasan (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Fajar.

Priscilla, N. & Karin, M. W. (2003). Teaching with technology: designing opportunities to


learn. Edisi ke 2. Canada:Thomson Wadsworth.

Smaldino, S. E., Lowther, D. L. & Russell, J. D. (2012). Instructional technology and


media for learning. (10th ed.). Boston: Pearson.

Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2005). Instructional
technology and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice-Hall.

12

Anda mungkin juga menyukai