Anda di halaman 1dari 23

1.

0 Pengenalan

Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan ataupun bertulis. Ini bermakna fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Oleh itu, peranan visual dalam pembelajaran adalah sangat penting. Walaubagaimanapun, sebahagaian besar daripada kejayaan kerana bahan visual, adalah berdasarkan kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan.

Prinsip visual pula berkaitan dengan kaedah ataupun cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Ini adalah sangat penting untuk seseorang guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran ber kesan berlaku dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Prinsip ini tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu peraturan yang rigid tetapi pengetahuan tentangnya dapat membantu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan beberapa jenis prinsip-prinsip reka bentuk visual iaitu Simplisiti, Domain, Pola, Seimbang, variasi dan harmoni. Saya akan menggunakan gambarajah-gambarajah yang berkaitan untuk menghuraikan enam prinsip reka bentuk visual ini.

Kemahiran berfikir adalah penting dalam sistem pendidikan demi menghasilkan generasi yang berupaya menangani masalah dan cabaran yang dihadapi. Sebagai seorang guru, kita mesti ingin meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan empat ciri reka bentuk yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir bersertakan alamat laman web.

2.0 Prinsip Reka Bentuk

Prinsip visual berkaitan dengan cara atau kaedah menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid tetapi pengetahuan tentangnya dapat membantu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik dan berkesan. Prinsip visual dibincangkan dalam pelbagai cara, khususnya dari sudut istilah yang digunakan. Namun, intipatinya tidak jauh berbeza. Prinsip reka bentuk pertama yang akan saya bincangkan ialah simplisiti.

2.1 SIMPLISITI

Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan yang harus memungkinkan kefahaman yang jelas dan cepat. Ini bermakna apabila kita melihat gambar dan tulisan yang dipersembahkan pada satu masa, kita akan terus dapat tahu apa yang ditunjukkan dalam gambar. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Contohnya mempersembahkan gambar dengan tulisan yang jelas dan senang dibaca. Untuk prinsip simplisiti, tulisan yang rumit ataupun bentuk ukiran kerrawang adalah kurang sesuai. Hal demikian kerana tulisan jenis ukiran susah dibaca dengan jelas dan cepat. Ini telah melanggar prinsip simplisiti yang berunsurkan mudah, jelas dan cepat difaham apabila kita melihat sesuatu gambar. Contoh bahan P&P yang direka bentuk berdasarkan prinsip simplisiti adalah seperti gambar di bawah:

Gambar 1

Gambar 1 menunjukkan seekor harimau . Gambar ini sesuai digunakan untuk murid bagi mata pelajaran Sains atau Bahasa Inggeris. Gambar harimau ini sangat jelas disertakan dengan perkataan tiger yang dilihat. Gambar ini menepati

prinsip simplisiti yang bermakna sesuatu rekaan yang harus memungkinkan kefahaman yang jelas dan cepat. Gambar yang berwarna juga jelas dan cepat difaham oleh pembaca. Walau bagaimanapun, perkataan tiger yang mempunyai corak mungkin sukar dibaca untuk murid tahun 1.

Gambar 2 Gambar 2 menunjukkan sehelai kain yang digulung. Ayat Gulung dengan kemas merupakan arahan atau ajaran yang disampaikan bersama gambar. Gambar ini sesuai digunakan untuk semua murid dalam matapelajaran Kemahiran Hidup, Aktiviti Kokurikulum dan Bahasa Malaysia. Gambar ini senang, cepat dan jelas dilihat. Perkataannya juga senang, jelas dan cepat dibaca. Ciri-ciri yang terdapat pada gambar ini juga menepati prinsip simplisiti yang bermaksud sesuatu rekaan yang perlu memungkinkan kefahaman yang jelas dan cepat. Para pembaca dapat memahami arahan dengan cepat.

2.2 DOMINAN

Dominan boleh disama ertikan dengan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama (key element) mestilah ditonjolkan supaya dapat dilihat dan dibaca maksudnya oleh penonton atau pembaca dengan mudah. Item utama ini mestilah menguasai item-item lain yang menyokongnya.

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan. Antaranya ialah: (a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third). Peraturan Satu Pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain. (b) Warna dan bentuk yang kontras. (c) Saiz yang lebih besar. (d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama. (e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama. (f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kapas. (g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Contoh bahan P&P yang direka bentuk berdasarkan prinsip dominan adalah seperti gambar di bawah:

Gambar 3

Gambar 3 meggunakan garis-garis yang menunjukkan ke arah item utama. Garis-garis digunakan untuk menghubungkaitakan bahagian otak dengan nama bahagian. Ini juga menyenangkan pembaca untuk mengetahui bahagian otak. Ini kerana jika hanya nama bahagian ditulis sahaja tanpa garisan yang menunjukkan ke arah bahagian sebenar, pembaca tidak akan tahu bahagian mana yang hendak ditunjukkan. Jadi prinsip dominan sangat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Gambar 4

2.3 POLA

Pola atau corak berkait dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat: (a) Menarik penglihatan mata kea rah item yang utama. (b) Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul; dan (c) Mengekalakan penglihatan mata dan seterusnya mengikut aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir. Secara ringkas, pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi Menarik dan mengekalkan perhatian penonton atau pembaca serta memandu penonton atau pembaca melihat maksud yang terkandung dalam visual. Terdapat beberapa jenis pola yang boleh digunakan dalam rekaan visual, iaitu; (a) Pola mengikut bentuk geometri, seperti bulat, tiga segi dan lian-lain. (b) Pola mengikut huruf, seperti C, T, Z dan lain-lain. Perlu diingatkan bahawa bukan hanya ilustrasi atau gambarajah yang harus disusun sahaja; huruf dan perkataan juga perlu disusun kerana ia adalah sebahagian daripada pola.

Contoh bahan P&P yang direka bentuk berdasarkan prinsip pola adalah seperti gambar di bawah:

Gambar ini menunjukkan rekaan visual jenis pola yang berbentuk segi tiga. Susunan makanan telah menarik penglihatan pembaca ke arah item yang tertinggi sekali. Gambar ini juga menggerakkan penglihatan pembaca mengikut aliran dari bawah ke atas. Tambahan pula gambar ini berwarna dan berserta perkataan yang menjelaskan setiap aliran. Jadi bahan ini sesuai dijadikan sebagai bahan p&p guru.

2.4 SEIMBANG

Setiap benda dalam dunia ini perlu seimbang. Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual; ia juga perlu seimbang, jika tidak ia juga akan turut tumbang, iaitu rekaannya Nampak janggal dan tidak menarik. Oleh itu, elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk, tidak kira sama ada antara bahagian kiri dengan kanan ataupun atas dengan bawah. Dengan cara ini, mata kita akan rasa selesa semasa memandang sesuatu rekaan visual. Terdapat dua jenis seimbang, iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal. (a) Seimbang formal Seimbang formal bermakna pembahagaian yang sama bahagi (bisymmetrical)

Anatara dua bahagian visual; sama ada bahagian kiri dengan kanan ataupun bahagian atas dengan bawah. Jika digambarkan, ia bagaikan satu jongkangjongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis dan beratnya di keduadua belah papan jongkang-jongkit ini. (b) Seimbang tidak formal Bermakna pembahagian yang tidak sama rata (asymmetrical) antara item kiri dengan kanan ataupun atas dengan bawah sesuatu rekaan visual. Jika digambarkan, ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi bebanan yang ada di kiri kanan papan jongkang-jongkit, bukan daripada jenis atau bahan yang sama , cuma beratnya sama sahaja.

Dalam rekaan visual, kita tidak boleh menyukat berat menggunakan timbangan. Dalam hal ini, penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan. Sebagai panduan, elak meletakkan objek yang gelap di atas objek yang cerah ataupun objek yang besar di atas objek yang kecil. Objek yang gelap lebih berat daripada objek yang cerah. Begitu juga dengan objek yang lebih besar lebih berat daripada objek yang kecil. Oleh itu, hukum graviti perlu diaplikasikan di sini.

Contoh bahan P&P yang direka bentuk berdasarkan prinsip seimbang adalah seperti gambar di bawah:

Gambar ini telah menunjukkan reka bentuk jenis seimbang formal. Elemen grafik ini disusun dengan beratnya yang seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk atas dengan bawah. Bahan p&p ini menepati ciri-ciri prinsip seimbang formal. Tambahan pula gambar ini berwarna dan dapat menarik minat murid.

2.5 VARIASI

Mengikut kamus depan muka surat 1787(edisi keempat), variasi bermaksud bentuk dan lain-lain yang tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dalam bentuk, rekacipta dan lain-lain. Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Tentulah membosankan kalau sesuatu elemen itu digunakan berulang kali. Kita perlu pelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat member kesegaran dan menimbulkan minat. Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.

Contoh bahan P&P yang direka bentuk berdasarkan prinsip variasi adalah seperti gambar di bawah:

Gambar ini menunjukkan ciri-ciri reka bentuk jenis prinsip variasi. Dalam gambar ini, anjing ini seolah-olah sedang mengejar seekor burung. Gambar ini sesuai digunakan untuk latihan bina ayat Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Gambar ini dapat menarik penglihatan pembaca kerana kedua-dua ekor binatang ini seolah-olah hidup dan sedang bergerak.

2.6 HARMONI

Suasana harmoni memang mententeramkan hati dan perasaan. Bayangkan ketika berada di pantai pada waktu senja. Warna langit yang jingga begitu harmonis dengan deruan ombak dan lambian lembut daun kelapa. Kesemuanya bagaikan bersatu menyambung senja yang dating. Begitu halnya dengan rekaan grafik. Kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolahkan mata dan fikiran penonton atau pembaca mengikut perkembangan keseluruhan visual. Harmoni juga memberikan rasa yakin dan pasti kepada pembaca atau penonton kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Konsep harmoni boleh melalui cara pengulangan bentuk, huruf dan warna.

Contoh bahan P&P yang direka bentuk berdasarkan prinsip harmoni adalah seperti gambar di bawah:

Gambar ini telah menunjukkan reka bentuk pinsip harmoni. Gambar ini menunjukkan kesinambungan idea. Gambar ini menggunakan beberapa ekor gajah yang berwarna hitam dan putih sahaja. Gambar ini menunjukkan konsep pengulangan warna dan bentuk , kita dapat mengaitkan hubungan gambar ini melalui warna gajah . Bahan ini sesuai untuk matapelajaran Pendidikan Seni yang mengajar warna.

Soalan 2

(baca topik 8.5 untuk meneliti jenis-jenis kemahiran berfikir dan aktiviti-aktivit yang menggalakkan kemahiran tersebut sebelum menjawab soalan ini) Anda perlu mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran internet, cari slot-slot, aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam bahan tersebut UNTUK dipadankan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang ternyatakan dalam muka surat 166 hingga 177. Walaupun itu, saya cadangkan pelajar boleh juga fokuskan kepada 12 kemahiran mikro Pemikiran Kritis pada muka surat 168 atau lebih senang empat contoh serta penerangan yang telah diberikan pada muka surat 168,iaitu, kemahiran membanding dan membeza, kemahiran mengklasifikasi, kemahiran perhubungan bahagian-keseluruhan dan menerangkan sebab.

CARA PENULISAN (1) PENGENALAN: sebutkan alamat laman web, organisasi dan bahan yang dirujuk untuk tugasan ini. Nytakan mengapa bahan ini terpilih dengan mengaitkan dengan kesesuaian isi kandungan untuk menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis atau kreatif. Sebutkan juga sasaran bahan, objektif pembelajaran bahan dan adakah anda berpendapat bahawa bahan tersebut bersesuaian untuk memupuk kemahiran berfikir pada tahap yang sesuai dengan sasarannya. Kalau tidak mengapa? (2) Untuk setiap ciri reka bentuk yang akan dibincang, anda boleh mengikuti format berikut: Contoh bahan yang dimuat turun dari internet kemahiran berfikit yang ingin dipadankan. Berikan definisinya, ciri-cirinya, kepentingannya atau lain yang dirasai perlu.
o

Jelaskan di bahagian sini, lokasi atau aktiviti bahan dan bagaimana ianya berkaitan dengan ciri-ciri kemahiran befikir yang anda padankan.

*ulangi untuk setiap ciri reka bentuk yang akan dibincangkan.

Idiom

We think this means

A little bird told me Back to square one Cash cow Deep pockets but short arms Elbow grease Fools rush in where angels fear to tread (walk) Game on! Here today, gone tomorrow Just what the doctor ordered Knight in shining armour

House:

Year Group:

Idiom Light at the end of the tunnel Make a pigs ear of things

We think this means

Not my cup of tea

On the tip of your tongue

Pull up your socks

Raining cats and dogs

Sit on the fence

Watch paint dry You cant unring a bell

Zip it!

English Idioms

Exactly what you need

A friend who helps you

Something you do not like

People who do things without thinking

Hope for the future.

If someone doesnt want to say where information came from

Whatever youre

Something you

doing, you need to can nearly, but not start again quite, remember

Make a mess.

Accept a challenge

A person who is wealthy but does not share

Something that is very boring or dull

A product or business that makes lots of money.

Some things do not lost very long

Something that will be hard work and needs lots of effort

Something you have done that cannot be changed Be quiet please!

Try harder!

Really raining heavily

Not taking sides in an argument

Jumbled Sentences.

The down sat on the log frog

______________________________________

fat very was The cat

______________________________________

little The ran and ran and ran dog

______________________________________

fox the bird after ran The

________________________________

mud pig the fat in sat The

_____________________________________

FHW 10/04

hear with my __________________.

smell with my _____________.

see with my ____________.

taste with my ____________.

feel with my ___________.

--------------------------------------------ears hands tongue eyes nose

http://www.slideshare.net/Infantfaire/reduce-reuse-recycle-7144917

harmoni

variasi

dominan