Anda di halaman 1dari 2

2.

0 RUMUSAN
Pengurusan grafik merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan
minda dengan lebih sistematis dan berkesan. Dengan menggunakan pengurusan ini, idea-idea
yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Semua pelajar harus
didedahkan dengan ilmu pengetahuan bagaimana untuk menggunakan pelbagai grafik.
Melalui tugasan ini, saya telah menggunakan empat jenis grafik untuk menbentangkan
article saya iaitu tulang ikan, jaringan klasifikasi, carta aliran selari dan banding beza. Pertama,
saya telah menggunakan tulang ikan untuk menghasilkan rajah 1 yang menunjukkan tujuan
kajian. Saya menggunakan grafik tulang ikan kerana ingin mengenal sebab yang penting dan
memahami semua akibat dan penyebab serta untuk mengembangkan proses.
Seterusnya, saya menggunakan jaringan klasifikasi sebagai rajah kedua untuk
menerangkan tentang

aspek kemahiran belajar. Walaupun jaringan klasifikasi dilihat tidak

kemas secara keseluruhannya, tetapi ia menunjukkan nota yang sangat ringkas. Jaringan
klasifikasi boleh mengelakkan maklumat yang penting tercicir dan membolehkan kita lebih
berfokus. Selain itu, jaringan klarifikasi juga dapat menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dengan tepat.
Di samping itu, saya juga menggunakan grafik carta aliran selari sebagai rajah ketiga
untuk membentangkan tentang implikasi pembelajaran. Carta aliran selari merupakan
instrumen dalam bentuk selari dari atas ke bawah . Bentuk

tersebut

digunakan untuk

meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan


masalah yang dihadapi. Seterusnya, grafik tersebut adalah amat sesuai dan tepat bagi implikasi
pembelajaran ini agar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan
berkesan.
Justeru, saya menggunakan grafik banding beza sebagai rajah keempat. Grafik banding
beza yang digunakan oleh saya dalam rajah empat adalah untuk mengkaji persamaan dan
perbezaan antara dua atau lebih daripada dua perkara berdasarkan aspek-aspek yang
tertentu.Grafik banding beza menolong kita memahami perkara-perkara yang dibandingkan
dengan lebih mendalam lagi. Seterusnya, grafik tersebut juga membantu dalam kemahiran
yang lebih kompleks separti mengelas. Akhirnya, grafik banding beza juga boleh membuat
definisi, dan membuat analogi serta membantu membuat keputusan dengan bijak.

Anda mungkin juga menyukai