Anda di halaman 1dari 9

Permainan Tradisi

Rakyat Malaysia kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud; dipeliha
ra, dipulihara bahkan diamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan seg
ar. Permainan Tradisi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Permainan Anjung
dan Permainan Laman.
Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di
anjung-anjung rumah sahaja dan memerlukan pergerakan yang terbatas.
Contohnya; batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Manakala
permainan laman pula terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan kawasan
yang luas, pergerakan yang lincah dan aktif seperti galah panjang, sepak raga,
kabbadi dan sebagainya.
Sehubungan itu, permainan tradisi ini dilihat dapat merealisasikan gagasan
1Malaysia yang berteraskan bentuk seni budaya dan mempunyai titik
sentuhannya yang tersendiri seperti dapat merapatkan hubungan antara
masyarakat. Di samping itu, permainan tradisi ini juga dapat mewujudkan
masyarakat yang dapat mempertahankan dan mengamalkan budaya tempatan.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Galah Panjang

Permainan tradisional yang dimainkan di luar rumah. Terdapat dengan dua


kumpulan yang terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan.
Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang daripada empat orang.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Anjung
Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanakkanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya
dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Anjung
Dam Haji

Permainan ini melibatkan dua orang pemain sahaja bagi satu pihak pasukan.
Peralatannya ialah papan dam berpetak berlainan warna secara berselang dan dua
puluh empat biji buah dam atau tir (yakni dua belas biji untuk setiap permainan)
dengan warna yang berbeza.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Sepak Raga

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu
bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang melambung bola kepada
rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya
sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemainpemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran
menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Katuk Keli

Permainan ini memerlukan dua pasukan yang diwakili tiga orang setiap pasukan.
Undian membentuk pasukan dan menetapkan pasukan pertama bermain
dijalankan. Permainan ini mempunyai empat tahap permainan iaitu cungkil mata,
pukul gong, pukul lambung dan patuk ayam (katuk keli). Penentuan kemenangan
dilakukan dengan mengira jumlah mata/ sukat.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Tating Lawi

Permainan ini turut dikenali sebagai Chap teh dipercayai telah dibawa oleh migrasi
China ke Tanah Melayu. Dinamakan sepak bulu ayam, tating lawi atau jambak
lawi kerana bulu yang digunakan diperbuat daripada bulu ayam (3 atau 4) yang
diikat pada keping getah atau kertas tebal. Pengiraan mata mensyaratkan setiap
pemain dimestikan untuk menating lawi sehingga ke paras pinggang dengan
cubaan sebanyak tiga kali sahaja. Kemenangan dikira berdasarkan kepada tatingan
terbanyak.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Ketinting

Permainan laman ini sering dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak


perempuan yang melompat dari satu kotak ke kotak-kotak yang lain (terdiri
daripada sembilan kotak). Ada juga yang menggelarkannya sebagai tip-tap toe.
Permainan ini sering dimainkan antara dua atau lebih dalam dua kumpulan yang
berlawan.

Jenis
Objek Warisan

: Permainan Laman
:

Kuit

Permainan ini amat popular di kalangan kaum Kedayan di daerah Limbang,


Sarawak. Asal permainan ini tidak diketahui sepenuhnya tetapi kaum Kedayan telah
lama memainkan permainan tersebut sebagai hiburan di waktu kelapangan dan
juga di majlis-majlis keramaian tidak mengira lapisan usia mahupun jantina.

Jenis
Objek Warisan

: Permainan Laman
:

Kabbadi

Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari negara


India dan dipercayai telah berusia ribuan tahun. Permainan ini dimainkan oleh dua
pasukan yang terdiri daripada 12 orang pemain sepasukan, iaitu tujuh pemain
utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi permainan, satu
pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu
lagi bertindak sebagai pihak lawan.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Anjung
Congkak

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan


kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji saga, biji salak,
biji getah, biji guli dan lain-lain. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi, dan tersebar meluas di Dunia Melayu.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Gasing

Permainan gasing popular di seluruh Malaysia. Permainan gasing terdapat di negara


ini. Sejak zaman berzaman, dimainkan sebagai mengisi masa lapang, terutama di
kalangan masyarakat agraria sementara menanti musim panas. Kemudian menjadi
acara pertandingan di antara kumpulan, kampung, mukim atau daerah.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Wau Tradisi Malaysia

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, ia dikenali juga sebagai layanglayang di negeri-negeri sebelah pantai Barat Semenanjung. Sebagai permainan
masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Seawal kurun ke-15,
wau telah dimainkan oleh orang Melayu sebagaimana tercatat dalam Sejarah
Melayu tentang anak raja dan penduduk Melaka bermain layang-layang.

Anda mungkin juga menyukai