Anda di halaman 1dari 2

NAMA: LING FUNG NGIIK

UNIT: SEMESTER 1 PPISMP-PJK

Pengenalan Pengurusan diri


Pengurusan kendiri terdapat banyak takrifan yang diberikan oleh pakar-pakar
motivasi dan tokoh ilmu serta orang ramai. (Creer, 1976) mendefinisikan
pengurusan diri adalah untuk mengambil bahagian apabila seseorang itu
melibatkan diri dalam perubahan ke arah kebaikan. Mengikut (Aldeson, Starr, Gow &
Moreland, 1999) apabila seseorang melibatkan diri dalam sebahagian jenis yang
berkaitan pendidikan seperti kumpulan pembelajaran antara disiplin ke arah
kecerdasan, pendekata individu dalam kes teori pengurusan. Pengurusan kendiri
boleh ditakrifkan sebagai penglibatan dalam pembelajaran atau ke arah hasil yang
spesifik; persediaan seseorang menguruskan keadaan yang sentiasa berubah dan
juga mempunyai kemahiran untuk menguruskan kesan fizikal dan emosi.
Peringkat Pengurusan Diri
1.TINDAKAN MURID TIDAK MAHU BERUBAH
Saya tidak prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur. Walaupun saya
mengetahui kekurangan tidur dan kualiti tidur yang tidak baik setiap malam boleh
mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti melemahkan sistem ketahanan
badan, masalah kulit, lemah daya ingatan, kurang tumpuan dan tekanan darah
tinggi tetepi saya masih tidak mahu berubah.Sebenarnya,tempoh tidur yang cukup
bagi seseorang individu adalah diantara enam hingga lapan jam.Tempoh masa
tidur ini akan memberi peluang kepada tubuh kita untuk membina sel-sel baru dan
proses metabolism dapat dijalankan dengan lancar.

2.BERCADANG UNTUK BERUBAH


Pada peringkat kedua,saya bercadang untuk berubah walaupun belum menentukan
perkara tersebut .Saya akan membuat satu jadual masa untuk melancarkan aktiviti
seharian.Saya akan berehat mengikut masa yang ditetepkan.Sebagai
contohnya,saya akan membuat kerja rumah dan membaca buku mengikut masa
yang ditentukann.Dengan cara ini,saya boleh menyiapkan tugasan seharian dengan
secepat mungkin dan boleh tidur awal .Saya juga bercadang untuk menggunakan
masa lapang saya dengan melakukan senaman untuk menyihatkan badan dan
senang tidur .

3.BERSEDIA UNTUK MENGUBAH GAYA HIDUP

Pada peringkat ketiga ini,saya telah bersedia untuk berubah kea rah positif untuk
menjadi seorang yang sihat atau bersedia untuk mengubahkan tingkah laku kea rah
betul seperti tidur sebelum 11 jam. Saya akan belajar atau membuat kerja rumah
bersama dengan kawan-kawan saya supaya tugasan saya dapat menyiapkan dalam
tempoh yang dihadkan. Seterusnya,saya juga akan berusaha membuat senaman
contohnya berjogging setiap hari.Hal ini dapat melancarkan perjalanan darah di
dalam tubuh badan dan meyebabkan kita mudah tertidur.

4.MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK BERUBAH


Pada peringkat keempat,saya akan bersenam setiap hari agar boleh tidur dengan
lebih senang dan nyenyak pada waktu malam.Selain itu,saya akan menggelakkan
minuman yang mempunyai kafein dan makan malam sekurang-kurangnya 2 jam
sebelum tidur.Seterusnya saya akan melaksanakan aktiviti harian seperti kerja
sekolah dan latihan sukan awal. Di samping itu,saya akan mengelakkan menonton
TV, permainan komputer dan bersembang lama di telefon sebelum tidur.Saya juga
Cuba dengar muzik yang menenangkan atau lakukan meditasi yang boleh
membantu anda senang tidur.Akhir sekali, boleh menjadikan bilik tidur gelap dan
senyap supaya senang tidur.
5.MENGEKALKAN PERUBAHAN SEBAGAI AMALAN
Akhir sekali, Saya akan berusaha membuat senaman contohnya berjogging setiap
hari agar boleh tidur dengan lebih senang dan nyenyak pada waktu malam.
Seterusnya saya akan melaksanakan aktiviti harian untuk membentukan individu
yang seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani sosial dan intelek.

Anda mungkin juga menyukai