Anda di halaman 1dari 1

1.

Jangan terima toksik ke dalam badan


Amalan pengambilan bahan-bahan bertoksik seperti rokok, alkohol dan dadah perlu dijauhi.
Meskipun bahan-bahan ini membawa keseronokan dan kepuasan, namun kesannya boleh
memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang.
Alkohol, umpamanya, boleh memberikan kesan toksik kepada organ badan jika diambil
dalam jumlah yang banyak.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesan toksik alkohol kepada otak boleh
menyebabkan gangguan mental seperti kemurungan dan psikosis.
Selain itu, dari segi makanan ringan, pemilihan makanan yang berkhasiat seperti susu segar,
jus buah, sayuran mentah boleh dididik sejak individu itu kecil lagi.
Ini penting kerana corak pemakanan yang diamalkan pada waktu remaja pula selalunya akan
menjadi tabiat dan diteruskan semasa dewasa.
Bagi umat Islam, bulan Ramadan antara peluang untuk dijadikan sebagai pendorong kepada
pendidikan dan tabiat pemakanan yang mengajar diri agar sentiasa menjaga nafsu selain
boleh dijadikan sebab anda untuk berhenti merokok.
2. Tidur nyenyak 'seperti bayi'
Tidur yang berkualiti mampu mempertingkatkan kesihatan anda.
Tidur yang mencukupi juga memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada
ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.
Jika anda sukar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, amalkan tip berikut:

 Kekalkan jadual waktu tidur


 Perhatikan makan dan minum anda seperti waktu makan sebelum tidur dan
pengambilan kafein
 Cipta ritual waktu tidur
 Hadkan tidur waktu petang
 Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian anda

3. Angkat barang dan kerap bergerak


Senaman mampu pertingkatkan tahap hormon, membuat anda rasa lebih sihat dan
mengurangkan risiko penyakit.
Dalam pada itu, aktiviti fizikal secara berkala boleh membuatkan anda mendapat tidur yang
berkualiti serta lebih cepat tidur.
Namun, jangan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.

Anda mungkin juga menyukai