Anda di halaman 1dari 4

Bincangkan Konsep Budi, Bahasa dan Budi Bahasa

Konsep Budi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) Edisi Ketiga 2002, budi didefinisikan
sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan yang tercantum
dalam kata-kata akhlak mulia. Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain
dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada .
Seterusnya, budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi
perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci. Selain itu, budi juga merupakan suatu tabiat ,
kelakuan , perwatakan , perlakuan , bahasa ataupun pertuturan .
Sehubungan itu, budi merupakan salah satu nilai murni yang perlu dimiliki dan diamalkan oleh
setiap lapisan masyarakat.Di samping itu, budi Bahasa merupakan salah satu perkataan dalam
kata majmuk budi Bahasa yang merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan
tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan.Kedua-dua perkataan ini tercantum
dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, pemikiran dan perasaan
baik terhadap orang lain. Oleh itu, nilai budi Bahasa adalah amat tinggi dan penting dalam
masyarakat dan perkara ini telah menyebabkan terciptanya Pantun Budi yang secara tidak
langsung memperinci konsep budi seperti contoh di bawah:
PANTUN BUDI
Buah cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang,

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbuah lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi,

Baik bergalas baik tidak,


Buli-buli bertali benang,
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang,

Padi dan nanas tanam di tanjung,


Tempat pipit berbuat sarang,
Budi dan emas sama dijunjung,
Hidup aman dikenang orang.

Pantun Budi tersebut menceritakan budi yang ditabur dengan hati yang ikhlas tanpa
mengharapkan apa-apa balasan. Selain itu, budi ditunjukkan berdasarkan pelbagai aspek
terutamanya dari segi perbuatan mahupun kewangan. Konsep budi juga memberi penekanan
tentang sejauh mana ikhlasnya hati budi seseorang terhadap apa yang telah diberi seperti
menolong seseorang yang amat memerlukan. Selain itu, budi juga tidak dapat ditukar dengan
wang ringgit kerana budi akan dibawa mati dan dikenang untuk jangka masa yang lama.

Konsep Bahasa
Bahasa adalah milik manusia yang manusia yang paling penting untuk membezakan
manusia dengan makhluk-makluk lain. Manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan,
perasaan dan pendapat, menyampaikan ilmu dan menciptakan keindahan melalui
kesusasteraan dan menurunkan ilmu, kebudayaan, peradaban dari satu generasi kepada satu
generasi.
Bahasa boleh didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi Bahasa,
peranan dan fungsinya. Namun demikian, kebanyakan ahli bahasa dan ahli linguistik telah
memberi konsep dan takrif bahasa yang hamper sama . Bahasa boleh diertikan sebagai satu
system bunyi terdiri daripada alat-alat artikulasi yang ada pada mereka.Bahasa juga digunakan
dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masing-masing mempunyai

makna, iaitu hubungan abstrak antara kata.Seterusnya, Bahasa berbeza mengikut bangsanya
dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.Justeru, bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi
sesebuah negara.Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta
dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta
menggunakannya dalam kehidupan seharian.
Seawal 1916, Ferdinand de Saussure telah menyatakan bahawa bahasa merupakan
satu sistwm isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan erti dengan
bayangan bunyi ( bersifat psikologi) . Menurut beliau lagi, erti dan bayangan bunyi tidak terpisah
tetapi tergabung dalam satu rantaian ucapan menurut hokum-hukum tatabahasa.Bloch dan
Trager ( 1942) mendefinisikan bahasa sebagai system lambing-lambang vokal yang digunakan
oleh manusia untuk berkomunikasi.Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur
dan pendengar. Sementara itu, menurut Noam Chomsky(1957), setiap penutur dan pendengar
mempunyai dua perkara penting, iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa. Kecekapan
bahasa berada dalam otak manusia dan ia diertikan sebagai satu sistem rumus bahasa yang
mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas banyaknya.

1.3 Pengertian Budi Bahasa


Nilai budi dan bahasa amat tinggi nilainya dalam masyarakat Malaysia. Budi dan bahasa
sering dianggap amalan yang penting dan saling melengkapi. Oleh sebab itulah, orang yang
berbudi bahasa amat dihormati dalam masyarakat. Budi bahasa merujuk kapada tutur kata,
kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum
dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan
perasaan baik terhadap orang lain.
Budi bahasa merupakan amalan setiap lappisan masyarakat di Negara kita
memandangkan semua kaum amat menitikberatkan amalan baik dalam kehidupan. Amalan
budi bahasa sentiasa diterapkan dalam semua aspek kehidupan oleh setiap kaum di Malaysia
untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang
dan kesejahteraan. Oleh itu, tidak hairanlah jika penyanyi tersohor Negara, Datuk Siti
Nurhalizamenyayikan

lirik

lagu

putisdaripada

lagu

Budaya

Berbudi

Bahasa

untuk

menggambarkan kepentingan amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia


seperti berikut:
Bangsa Malaysia berhemah tinggi,
Ramah dan mesra elok pekerti

Yang tiada dibantu yang lemah dilindungi,


Bertimbang rasa hormat-menghormati
BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Anda mungkin juga menyukai