Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

NUR FADHILAH AHMAD KHAIRI


CA 08059

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang


digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan
yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk
kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan
ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian
dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang
dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang
dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek
moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang
demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya
diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan
lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak,
wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:46 AM 6 pendapat

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

NAJIHAH YAAKOB
CA 08116
Sepak Raga

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu
permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari
permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia
bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah
dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam
bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Permainan ini dimulakan
dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya

itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau
bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak
jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:22 AM 4 pendapat

Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering
dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama
ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua
hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu
yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini
terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan
peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai
buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan
buah tujuh.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA

NASIHA AMIRA ZAINAL ABIDIN


CA 08046
Mahjong
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan
kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan,
nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan
sebagai permainan komputer.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:54 AM 1 pendapat

Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali
sebagai wiq di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang
kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go
hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:35 AM 0 pendapat

Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain.
Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari
China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula
dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu
permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan
unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur)
daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan
pergerakan sesetengah buah catur.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:31 AM 1 pendapat

Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang
dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang
diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti
Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat
daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak.
Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan
dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA

SITI NASUHA AZMAN


CA08064
Kho-kho

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum


India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan
menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa
Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan
kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh
pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta
pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun,
hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran
dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk
acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di
tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini
akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang.
Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran
bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan
tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya

dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had
garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar
boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain
sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi
pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa
rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang
diperlukan ialah 27mX15m.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 6:49 AM 1 pendapat

Chaturanga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di
India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang
bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan
tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang
raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes
bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi
epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah
formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah
sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India
saat
itu.
Ashtpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan
lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Al al-Mas'd memberi rincian tentang penggunaan catur
yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang
dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'd juga
menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk
pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India
semasa
Kerajaan
Nushirwan.
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj
(chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan
ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui
penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain
mengalami perubahan bentuk

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

CONGKAK
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau
sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia
Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh
cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai
dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadangkadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah
guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan
oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar
di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar
80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan
sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut
kemampuan si tukang pembuat congkak.
Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak
dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang
kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga
buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung
lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak
lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam
rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana
kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ
sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama,
setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya
hingga pihak lawan mengaku kalah.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:48 AM 1 pendapat

PERMAINAN TRADISIONAL CINA

MAHJONG
Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Mjing; Kantonis: Mhjeung;
merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai bahasa Cina: ; pinyin:
Mqu; Kantonis: Mhjeuk; Jepun: Mjan.Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk
juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor
utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.Objek
permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari samaada 13 atau 16 keping. Orang
pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain
sama ada 14 atau 17 keping.
Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung telah
membangunkan permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya. Menurut
mitos ini, kemunculan permainan tersebut dalam pelbagai negeri Cina berseseuaian dengan pengembaraan
Confucius pada saat beliau sedang mengajar doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga (Cardinal) juga
menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang diturunkan oleh Confucius. Zhng ( , harfiah tengah) Merah, F ( ,
harfiah kemakmuran) Hijau, Bi ( , harfiah putih) Putih masing-masing mewakili Kemurahan hati, Kejujuran, dan
Ketaatan terhadap ibubapa, sekali lagi berdasarkan mitos ini. Hakikatnya, "tengah" mungkin adalah rujukan kepada
(zhnggu) nama negara China bahasa Cina.mitos ini juga mendakwa bahawa Confucius menggemari burung
yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong" (, yang bermaksud burung pipit). Bagaimana pun, tiada bukti
kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai pencipta yang
mungkin.Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan permainan domino Cina
sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia berasaskan satu permainan kad Cina yang disebut sebagai
Mdio () (juga dikenali sebagai Ma Tiae, secara harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yz (), secara
harfiah bererti Daun) di zaman awal Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad yang
penampilannya serupa dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini, dinomborkan
dari 1 hingga 9 dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan, adalah benarbenar serupa dengan penomboran buah-buah mahjong masa kini. Masih wujud lagi perdebatan sihat mengenai
siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat
semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan tersebut untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan
bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun
1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Nngp, dua orang
bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mdio.Permainan tradisional Cina ini diharamkan di
negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis melarang
sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi
Kebudayaan, permainan tersebut dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang
digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular,
terutamanya di kalangan penutur Kantonis.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:28 AM 0 pendapat

PERMAINAN TRADISIONAL INDIA

KABADI

Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini
sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran.
Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh,
Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan
hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti
Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh
pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola
keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini
dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran
gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang
mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah
balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan
padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan
tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan
meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke
pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi,
penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau
bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak
lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua
mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir
perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah
berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua
pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:12 AM 9 pendapat

PERBEZAAN PERMAINAN DAHULU DAN SEKARANG

Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang
ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai
peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri.
Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi
terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan
sekarang akan dibincangkan selepas ini.
Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri
kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan
dilakukan secara berkumpulan dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga,
pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi
permainan sekarang, biasanya adalah permainan komputer yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu
dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia seperti permainan
dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan ketagihan di kalangan pemain. Pemain yang terlalu

ketagih kepada permainan tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau tidur sematamata untuk bermain permainan tersebut.

Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang yang
berunsur ganas seperti permainan-permainan komputer seperti counter strike yang bersifat
ganas yang mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja lelaki. Ini dengan secara
tidak langsung akan mencemarkan minda golongan orang muda zaman ini.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:59 AM 1 pendapat

KESIMPULAN

Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya


sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi
semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak
muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing,
wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan
silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya
zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu
diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat
Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan
keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga juga.
Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi
memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang.

Permainan Tradisional di Malaysia


Permainan tradisional adalah satu permainan yang diwarisi secara turun-temurun dari
zaman nenek moyang kita. Di Malaysia, permainan tradisional adalah sangat popular
kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang berbilang kaum, iaitu orang Melayu,
Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain yang tinggal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak.
Di Semenanjung Malaysia, permainan tradisional bagi orang Malayu adalah seperti wau,
gasing, batu seremban, congkak dan lain-lain. Antara yang terkenal adalah congkak.
Congkak merupakan satu permainan yang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka yang awalnya bernama congak. Hal ini disebabkan pusat perdagangan utama di
rantau Asia Tenggara adalah sangat terkenal pada zaman keagungan kerajaan Melaka.
Oleh itu, permainan ini hanya dapat dimainkan di dalam istana sahaja.

Melalui reka bentuk congkak, kita dapat mengetahui asal


asul congkak sebenarnya adalah dicipta oleh seorang nelayan. Hal ini kerana pada musim
tengkujuh, nelayan itu tidak dapat turun ke laut untuk mencari rezeki. Bagi mengisi masa
lapangnya, beliau telah mendapatkan satu ilham daripada sampannya bahawa beliau telah
mereka satu papan congkak yang berbentuk sampan. Congkak ini mempunyai 14 lubang
kecil yang dinama kampung dan 2 lubang besar yang dinama rumah. Buah congkak
dapat diganti dengan biji saga, biji guli dan lain-lain. Permainan ini memerlukan dua orang
pemain yang bermula serentak sehingga kehabisan buah congkak.

Permainan tradisional bagi orang Cina pula adalah seperti yo-yo Cina, mahjong, Xiang Qi
(catur Cina) dan lain-lain. Antara permainan yang terkenal sekarang adalah Xiang Qi. Xiang
Qi merupakan satu permainan yang berasal dari purba China, iaitu kira-kira tahun 569
sebelum Masihi ke-4 pada zaman masyarakat Feudal. Melalui catatan yang rasmi, catur
Cina ini telah muncul pada zaman berperang di China. Sebelum Dinasti Qin, ia berevolusi
dari sejenis judi dan berubah kepada sejenis Catur Enam yang terkenal pada penghujung
zaman berperang Chunqiu pada tahun 770 sehingga tahun 476 sebelum Masihi ke-4.
Menurut buku purba China pada zaman Dinasti Song, Xiang Qi merupakan sejenis
permainan yang tidak mempunyai peraturannya

Catur Cina semakin menjadi moden disebabkan perkembangannya bersama-sama dengan


kepintaran, kebijaksanaan, sejarah dan budaya rakyat China. Permainan ini merupakan
satu permainan papan yang ditempuri oleh dua orang pemain yang mewakili dua pasukan
tentera. Permainan ini sangat unik dari segi ciptaan dan ciri-ciri khasnya. Papan caturnya
dibahagi oleh sebatang sungai kepada dua bahagian yang bertenteangan. Teknik, stategi,
kepintaran dan kesabaran amat diperlukan semasa bermain permainan ini. Kemunculan
permainan catur Cina ini sangat berfaedah dan berguna tidak kira pada masa dahulu atau
sekarang. Hal ini kerana pada zaman Dinasti China dahulu, maharaja akan mendapat idea
dan strategi untuk menyerang musuhnya dengan sabar bermain strategi catur. Manakala
bagi rakyat sekarang, mereka dapat mempelajari kesabaran yang amat diperlukan pada
masa kini.

Bagi orang India, permainan tradisional terdapat kabadi, chaturanga (catur India), kho-kho
dan lain-lain. Antara permainan yang masih popular dan digemari sekarang adalah kho-kho.
Kho-kho merupakan sejenis permainan yang sangat popular di kalangan orang India.
Menurut sejarah India, kho-kho pada asalnya dimain dengan menggunakan kereta kuda di
Maharashta, India. Namun, tradisi ini telah berubah mengikut perkembangan budaya sosial
masa kini disebabkan tiada seseorang yang akan menunggang kuda di persekitaran pada
masa sekarang. Permainan ini turut diubah dengan menggantikan kuda kepada kaki setiap
pemain.

Menurut sejarah India, kebanyakan ahli sejah India menganggap permainan ini merupakan
sejenis permainan Lari dan Kejar, iaitu seorang pemain yang akan mengejar dan
menyentuh pelawannya. Permainan ini mempunyai dua kumpulan yang mewakili 12 orang
pemain masing-masing. Namun, hanya 9 orang sahaja yang dapat bermain dalam satu
perlawanan. Permainan ini mempunyai 2 giliran yang akan berlanjut sebanyak 7 minit
masing-masing secara berlari dan mengejar. Keunikan permainan ini adalah permainan ini
memerlukan kerjasama antara ahli kumpulannya. Sekiranya pengejar berasa letih mengejar
pelawannya, dia dapat menukar giliran mengejarnya kepada ahli kumpulannya dengan
menyentuh ahlinya sambil menjerit KHO KHO. Permainan ini memang digalakan kerana ia
memerlukan tenaga dan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel. Daya
tahan dan tenaga dapat dilatih dengan bermain permainan ini supaya pemain dapat
sentiasa berada dalam keadaan yang sihat badannya.
Di Sabah pula terdapat satu permainan yang sangat istimewa. Permainan ini merupakan
satu tradisi yang akan diadakan semasa keraian, contohnya majlis perkahwinan.
Permainan ini adalah Sepak Manggis. Permainan ini merupakan sejenis sukan
tradisiwarisan masyarakat Kadazandusun Tindai dan Bajau. Permainan ini diwujudkan
untuk memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan kedua-dua masyarakatan
tersebut. Selain itu, permainan ini penuh dengan budaya yang telah diadunkan. Sebagai

contohnya, dalam majlis perkahwinan, permainan ini akan dimain di satu kawasan lapang
yang diadakan berhampiran dengan rumah pengantin.

Permainan ini memerlukan satu tiang yang setinggi 25 kaki yang diperbuat daripada buluh.
Di samping itu, satu kotak yang dihiasi berwarna-warni akan digantung pada titik tertinggi
buluh tersebut dengan diisi penuh dengan hadiah bertunai lumayan yang disedia oleh
pengantin lelaki. Selain itu, satu bola yang diperbuat daripada rotan akan ditendang oleh
peserta untuk mencapai sasaran, iaitu kotak berwarna-warni itu. Permainan ini akan dimula
oleh kanak-kanak, diikuti remaja dan seterusnya orang dewasa. Peserta boleh menendang
berkali-kali sehingga mencapai sasaran. Oleh sebab kotak diikat tinggi, maka susah untuk
mereka menepati target, jadi permainan ini akan dibuat sepanjang hari. Biasanya hadiah
akan disedia sekurang-kurangnya RM1000 kepada sesiapa yang mencapai sasaran.
Permainan ini dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak keluaga. Unsur-unsur
budaya inilah merupakan apa yang hendak diwarisi oleh kedua-dua nenek moyang
masyarakat tersebut. Oleh itu, permainan ini harus diteruskan dan diwarisi secara turuntemurun supaya keunikan permainan tradisional Sabah tidak akan lenyap.

Terdapat satu permainan tradisional yang telah diwarisi di Sarawak sehingga terkini, iaitu
Tibow, juga dikenali sebagai PisaTibow yang dipentingkan oleh masyarakat Melanau
semasa menyambut ketibaan musim berbuah. Menurut kata orang Melanau, Tibow ini
sebenarnya merupakan satu aktiviti yang dilangsungkan oleh penduduk kampung untuk
tujuan perpaduan dan bersuka-ria serta menjadi pesta yang mencari jodoh. Permainan ini
adalah lebih mementingkan keselamatan semasa mendirikan permainan ini. Hal ini kerana
permainan ini memerlukan dua tiang kayu yang setinggi 30 kaki untuk pembinaan tiang
Tibow dan juga beberapa tiang sederhana untuk dijadikan tangga rak. Selain itu,
penghayun diperbuat daripada rotan sega dan daun muda. Manakala, untuk memeriahkan
dan menggemparkan suasana, set canang dan gendang melela dipalukan.

Sepanjang pembinaan tiang Tibow, suatu pantun akan dinyayikan bersama-sama, Kat
Kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada mekat . Pantun ini bertujuan untuk meminta
pertolongan daripada IpoTibow, iaitu dewayang mempunyai kuasadalam permainan Tibow,
supaya permainan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diberkati dewa. Selain itu,
menurut tradisi Melanau Mukah, terdapat beberapa tradisi dan pantang larang yang perlu
diikuti untuk memberkati keselamatan pemain. Pembinaan peralatan juga mempunyai adat
dan tertib serta istiadatnya. Oleh itu, aktiviti ini biasanya akan dilangsung di tapak kawasan
lapang yang lembut dan tampak terang supaya pemain tidak akan rabun mata dan yang
jatuh dari penghayun tidak akan cedera parah. Lantarannya, permainan ini harus diwarisi
secara turun-temurun supaya adat istiadat permainan ini akan kekal selamanya dan dapat
memberi satu wahyu kepada generasi akan datang tentang tradisi masyarakat Melanau.

Anda mungkin juga menyukai