Anda di halaman 1dari 11

Minggu Kebudayaan Kaamatan

SDH HWKKS 2018


PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT SABAH
PENGENALAN
PERMAINAN TRADISIONAL
- Permainan budaya yang dicipta oleh masyarakat tradisional
pada zaman dahulu. Ia diwarisi dari satu generasi kepada
generasi berikutnya dan menjadi kebanggaan masyarakat.
- Dimainkan oleh kanak-kanak dan juga oleh golongan dewasa.
- Kebanyakannya dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan
sifat masyarakat dahulu yang suka hidup berkelompok dan juga
sentiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam
masyarakatnya.
- Dimainkan pada masa lapang, pada perayaan-perayaan atau
majlis-majlis tertentu atau selepas tamat sesuatu musim,
misalnya musim menuai padi.
- Bertujuan untuk hiburan, peraduan tenaga dan sebagai
perlambangan adat resam suku kaum yang diwakili oleh
masyarakat tertentu yang dapat membangkitkan semangat
kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat.
RAMPANAU
( BERJALAN MENGGUNAKAN GALAH BERKAKI )

-Rampanau adalah sepasang kayu atau buluh yang


digunakan untuk menyokong tubuh badan pemain.

- Semasa bermain, pemain haruslah dapat menjaga


keseimbangan badan supaya tidak terjatuh.

- Pemain permainan ini akan dikira menang jika


pemain itu berjaya lebih dahulu menamatkan larian
rampanaunya ke garisan penamat.

-Rampanau biasanya dimainkan selepas menuai padi


TEROMPAH GERGASI

- Alatan yang biasa digunakan oleh kanak-kanak pada


zaman dahulu ialah batang dahan kelapa kering atau
belahan bambu sebagai selipar gergasi yang
diikatkan tali sebagai penyangkut tapak kaki.

- Permainan ini dilakukan secara berkumpulan 4


hingga 5 orang dalam satu pasukan.

- Permainan ini dilakukan dengan cara setiap gerakan


kaki peserta mestilah sama semasa berjalan

- Sukan ini memerlukan kawasan yang luas.


LARI DALAM GUNI

- Permainan ini dimainkan secara individu yang mana


setiap individu tersebut akan memasukkan kaki
mereka dalam karung guni.

- Apabila dilepaskan di tempat mula, pemain akan


berlari dengan kaki dalam karung guni tersebut
Pemain yang lebih dahulu sampai ke garis penamat
akan dikira sebagai pemenang.

- Pada zaman dahulu, permainan ini dimainkan


sementara menunggu padi yang mereka jemur
kering.
MAMAGANDAL (ANGKAT PADI)

- Permainan ini dimainkan secara individu atau


berkumpulan.

- Pemain perlu memindahkan padi yang diisi dalam


guni dari tempat mula ke tempat penamat. Kumpulan
atau individu yang paling cepat memindahkan padi
tersebut dikira sebagai pemenang.

- Pemain menggunakan tenaga yang banyak dan


kekuatan fizikal untuk bermain.
MIPULOS (GUSTI TANGAN )

- Mipulos atau gusti tangan adalah permainan beradu


kekuatan tangan antara pemain.

- Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak dan


orang dewasa samada lelaki atau perempuan.

- Permainan dijalankan dalam bentuk liga iaitu


peserta yang menang akan melawan kekuatan
dengan peserta yang menang dalam pusingan
sebelumnya. Juara akan dinobatkan pada pusingan
akhir.
MOMOLISITIK ( MELASTIK )

- Melastik adalah permainan yang memerlukan


kemahiran untuk menjatuhkan sasaran yang
ditetapkan.

- Lastik yang digunakan diperbuat daripada dahan


pokok berbentuk Y yang keras dan juga getah. Batu-
batu kecil dijadikan sebagai peluru untuk
mengenakan sasaran.

- Pemain yang paling banyak menjatuhkan sasaran


akan dikira sebagai pemenang.
MIGAZAT DUKUG ( TARIK TALI )

- Migazat Dukug atau Tarik Tali sering diadakan


selepas musim menuai padi.

-Pertandingan lazimnya melibatkan dua pasukan


yang dianggotai seramai 5 atau lebih peserta yang
memegang erat seutas tali dalam posisi berlawanan.
Di tengah-tengah antara dua pasukan yang
bertanding terdapat garisan yang menjadi penentu
kalah menang perlawanan.

-Pasukan yang berjaya menarik pasukan lawan


melepasi garisan itu merupakan pemenang.
TUMUTU ( TUMBUK PADI )

- Secara umumnya, permainan tradisional ini adalah


gabungan kemahiran dan ketangkasan memproses
padi secara tradisional.

- Terdapat 3 proses dalam permainan ini. Iaitu :


a) proses mengasingkan biji padi daripada tangkai
dengan cara memijak (mengoggik).
b) (mengatap) atau proses mengasingkan padi
daripada hampas menggunakan raya atau bakul.
c) (monutu/moniri) iaitu proses mengasingkan beras
daripada kulit padi dengan menggunakan lesung dan
tolu.
Permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya
dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding
bahu untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak
ternilai harganya ini.

Sekian dan terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai