Anda di halaman 1dari 8

Nama: Ayu Nazira binti Shafie Fildzah Aqilah binti Khairul Nizam Qashrina Nadhirah binti Yaakob Kelas:

2 Izzuddin Tarikh hantar: 24/4/2013 Nama guru: Cik Hamizah Saleh

Maksud

permainan tradisional ini ialah permainan yang ditubuhkan oleh orang melayu dari dulu lagi.Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut

atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan

Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsabangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.

PETANQUE adalah sejenis sukan sukan yang telah

berkembang berabad-abad lamanya dan dimainkan berbagai cara dan gaya. Ianya bermula dengan pemainpemain mengutip ketul-ketul batu bulat dari gunung ganang, pesisir pantai dan cara ianya dimainkan ialah sesiapa yang dapat melontar dengan tepat dan paling jauh dialah yang menang.

Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama

wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layanglayang tersebut di udara. Perkataan wau dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan , Terengganu Perlisdan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai