Anda di halaman 1dari 13

Permainan Tradisional

(Individu)

Congkak

Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Buah congkak: guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil, etc. Dimainkan oleh dua orang. 14 lubang yang dipanggil kampung manakala dua lubang besar di setiap hujung papan congkak dipanggil rumah.

Cara bermain: Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Bersambung http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/permainantradisional-kaum-kaum-di-malaysia-17/

Satu permainan lama yang dipanggil alquerque. Alquerque asalnya dimainkan pada papan permainan lain. Sekitar abad ke 12, orang perancis merupakan orang pertama menggunakan papan catur untuk memainkan alquerque. Permainan ini melibatkan dua orang pemain. Setiap pemain memiliki jumlah buah dam yang sama (24 pada papan bersaiz 10 x 10 atau 12 pada papan 8 x 8), tetapi berlainan warna.

Dam Haji

Cara bermain: Setiap buah dam cuma boleh bergerak satu petak secara pepenjuru, sama ada ke kiri atau ke kanan, sekiranya petak tersebut masih kosong.\ Haji (buah dam yang telah sampai ke hujung papan sebelah lawan) bergerak dengan cara yang sama, tetapi boleh pergi seberapa banyak petak yang dikehendaki. Bersambunghttp://permainan-tradisional 08.blogspot.com/

Cara bermain: Seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata. Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi, buah tujuh. Bersambunghttp://permainan-tradisional08.blogspot.com/

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Buah: Guli kaca, biji getah atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat (5 biji). Tempat: permukaan yang rata sama ada di dalam atau di luar rumah.

Cara bermain: Setiap orang akan menimbang ceper (1 ceper mewakili 2 markah), siapa yang banyak dia akan jalan dulu. (ceper hendaklah disusun bertindih (menegak) dan diletakkan di atas tangan. Kemudian semua ceper tersebut di campak dan pihak lawan yang akan tentukan ceper yang mana hendak dijentik. Andai kata ceper yang dibaling bertindih dua dipanggil ayam manakala bertindih tiga dipanggil jamban dan ceper yang bertindih empat dipanggil bunga. Pemenang akan ditentukan oleh bilangan jumlah ceper yang berjaya ditimbang dan akan dikira mengikut markah.

Permainan ini menggunakan tudung botol minuman berkarbonat. Ianya menggunakan 5 tudung botol. Permainan ini dimonopolikan oleh kaum lelaki. Permainan ini pada kebiasaanya akan melibatkan dua pemain dan lebih.

Kaum yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam yang ramai tinggal di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Permainan layang-layang dilakukan selepas musim menuai padi atau pada masa nelayan tidak dapat pergi ke laut menangkap ikan. Bersambung...http://warisankebanggaanku .weebl y.com/sejarah-wau.html

Cara bermain: Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.

Permainan gasing adalah permainan yang popular di Semenanjung Malaysia. Dimainkan oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga gemar. Gasing memainkan peranan yang penting sebagai hiburan tradisi rakyat Kelantan. Terdapat dua jenis gasing yang biasanya dimainkan oleh masyarakat melayu iaitu Gasing Uri dan Gasing Pangkah. Di dalam pertandingan, gasing yang berpusing lebih lama akan dianggap sebagai menang.

Cara bermain: Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. Bersambung http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page /permainan_tradisional

Cara bermain: Ayam-ayam yang hendak bertanding dipadankan terlebih dahulu. Selepas upacara berpadan, ayam-ayam diambil semula dan bersiap diri untuk berlaga.(menambah susuh, membalut susuh, meletakkan taji dan sebagainya supaya ayam-ayam berlaga sama padan) Ayam-ayam itu dibasuh dengan air biasa guna kain. Rengkung ayam dijolok dengan bulu ayam supaya keluar lendir yang boleh mengganggu pernafasannya. Nai Bon akan meminta juara-juara membawa ayam masuk ke dalam bon membuat cubaan terlebih dahulu. (dua atau tiga minit) Jika ada ayam yang lari dalam masa "Jum" ini atau menjerit kesakitan akibat serangan lawannya, perlagaan dibatalkan dan dikira tak aci, dan tuan ayam yang kalah tidak dikenakan sebarang penalti. Permulaan perlagaan yang rasmi itu diisyaratkan oleh Nai Bon dengan teriakannya, "Aci, sekarang Aci". Perlagaan ditetapkan untuk enam air sahaja walaupun ayam-ayam masih berdegil menunjukkan kehandalan masing-masing, perlagaan itu direntikan dan dikira seri. Selepas satu air atau 15 minit ini, ayam yang berlaga direhatkan. http://www.mykedah2.com/10heritage/105_7_p2.htm

Permainan 'menyabung ayam' disebut juga sebagai 'berlaga ayam'. merupakan permainan utama bagi golongan di raja di rantau ini di zaman lampau. (Zaman Kerajaan Langkasuka) Pertaruhan antara raja-raja di zaman dahulu dalam permainan 'menyabung ayam' ini hingga ke tahap mempertahankan negeri masingmasing.

Laga Ayam

Permainan Tradisional di Sabah

Permainan rampanau amat digemari sebagai kaedah menyeberangi sungai ataupun parit serta kawasan yang becak. Kanak-kanak di zaman dahulu menjadikan sebagai permainan santai bagi mengisi masa lapang sementara ibu bapa mereka sibuk di ladang.

Dilaksanakan selepas menuai padi. Hanya menggunakan tapak tangan kanan manakala tangan kiri diletakan di belakang. Perlawanan ini dijalankan dengan cara kedua dua pihak bertiarap (Poinhoub) di lantai dan di tengah-tengah terdapat garisan sebagai penentu kemenangan.

Permainan ini merupakan sejenis sukan tradisi warisan masyarakat Kadazandusun Tindai dan Bajau. Permainan ini dimainkan di satu kawasan lapang yang diadakan berhampiran dengan rumah pengantin. Permainan ini akan dimula oleh kanakkanak, diikuti remaja dan seterusnya orang dewasa. Biasanya hadiah akan disedia sekurangkurangnya RM1000 kepada sesiapa yang mencapai sasaran.

R U J U
http://www.tic.kelantan.gov.my/index.php/permainan-tradisional

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/5499-permainantradisional.html
http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/permainan_ Tradisional http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidak-ketara/adat-abudaya/permainan-tradisi http://www.mykedah2.com/10heritage/105_7.html

K
A

http://www.sabah.gov.my/ls/file/Sinopsis_Skn_Tradisi_BM.pdf

Anda mungkin juga menyukai