Anda di halaman 1dari 7

STRATEGI UNTUK HANTARAN

TENGAH
Strategi I Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi seperti ini
bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk
hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel. WD pula akan cuba
menghantar bola kepada WA yang sedang berada dalam kawasan lawan. WA
menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuat
hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada dalam kawasan jaringan.
Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.

KEMAHIRAN ASAS BOLA


JARING
Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula dengan
hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting ialah
setiap pemain hendaklah cuba mencari ruang yang baik agar pemain pasukan lawan
tidak dapat menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemain perlu bergerak dengan lebih
pantas.

Strategi Hantaran ke Dalam


Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung kepada
pasukan mana yang sedang menguasai bola. (Dari Kawasan Gol??) Apabila bola
dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan pertama, bola
akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama hantaran ke
dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai
penyerang untuk melaksanakan strategi ini. Dengan berpandukan rajah di bawah
(mana??), kita dapat lihat bagaimana strategi ini dilaksanakan. Pemain GK akan
memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain GD.
Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2 (gerakan ini
hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri daripada kawalan
atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2
untuk menerima hantaran daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada
WD2, pasukan ini yang pada mulanya berada pada kedudukan bertahan akan
bertukar sebagai pasukan menyerang.

Strategi Pertahanan
Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan dapat
dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat digagalkan. Ia juga
bertujuan merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada posisi bertahan
kepada menyerang. Bertahan bererti mengawal pasukan lawan. Pemain yang
berpengalaman akan memilih bermacam-macam cara untuk membuat pertahanan
yang baik, kerana jika pertahanan lemah atau tidak teratur, pihak lawan dengan
mudahnya dapat membolosi barisan pertahanan untuk membuat serangan.

PENGADIL
Terdapat dua orang pengadil dan dua orang pegawai yang
terdiridaripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa.Pengadil bert
anggungjawab untuk memeriksa gelanggang, peralatan,pakaian pemain sebelum pe
rmainan dimulakan serta mengawalpermainan semasa ia berlangsung.
PAKAIAN
Pemain akan memakai pakaian seragam yang sesuai.Kebiasaannya pakaian mereka
terdiri daripada baju-t, seluar panjang,stoking, kasut dan bip. Bip dipakai diluar
baju-t dan setiap bip ditulis
namatugas setiap pemain. Nama tugas ini tertera di bahagian depan danbelakang
bip.
CARA BERMAIN
Bilangan keseluruhan pemain bagi satu pasukan dalam satugelanggang ialah tujuh
orang. Ini bermakna ada 14 orang orang pemaindalam satu gelanggang. Tempoh
masa juga telah ditetapkan oleh pengadildan diketahui oleh pemain.
PERMULAAN PERMAINAN
Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan menentukanpasukan yang mana akan
membuat lontaran mula. Kebiasaannya,lontaran ini ditentukan melalui undi melontar
syiling. Setiap ketua
pasukanakan memilih tanda belakang atau depan syiling tersebut. Bagi ketuapasuka
n yang dapat memilih dengan tepat akan membuat lontaran mula.
Manakala bagi pihak ketua pasukan lawan akan memilih kawasan golyang
digemarinya.Sebelum pengadil meniup wisel untuk memulakan permainan,setiap pe
main akan berada di kawasan masing-masing. Manakala C(centre) akan bersedia di
kawasannya untuk memulakan lontaran mula.
Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan
strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah
khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun
semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih
cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan,
terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau
lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya
pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar.
Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi
yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan
berkesan.
KEDUDUKAN
Berikut merupakan 7 orang
pemain utama dalam permainan
bola jaring :
Penjaga Gol (GK)
Pertahanan Gol (GD)
Pertahanan Sayap (WD)
Pemain Tengah (C)
Penyerang Sayap (WA)
Penyerang Gol (GA)
Penjaring Gol (GS)
Berikut merupakan kedudukan pemain dalam gelanggang
(ketika membuat hantaran tengah) :

Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang
ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap
pasukan.) Setiap pemain perlu memakai bib menunjukkan satu dari kedudukan di
bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan
di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka
dianggap offside. Kedudukan digambarkan di bawah:

Kedudukan bola jaring

Nama
kedudukan Singkatan Lawan Kawasan dibenarkan

Goal Attacking third, including goal


Goal Shooter GS Keeper. circle

Goal Attacking and centre thirds,


Goal Attack GA Defence including the goal circle

Wing Attack WA Wing Attacking and centre thirds, but


Kedudukan bola jaring

Nama
kedudukan Singkatan Lawan Kawasan dibenarkan

Defence not the goal circle

Attacking, centre, and defending


Centre C Centre thirds, but not the goal circles

Wing Centre and defending thirds, but


Wing Defence WD Attack not the goal circle

Goal Centre and defending thirds,


Goal Defence GD Attack including the goal circle

Goal Defending third, including the


Goal Keeper GK Shooter goal circle

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Jaring Penjara Malaysia

2. PENGANJUR/PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh
Institusi Penjara yang
dipilih.

3. PENDAFTARAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pegawai/anggota/kakitangan yang
bertugas di bawah
Jabatan Penjara Malaysia.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sepuluh (10) orang pemain
menggunakan Borang
yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya
berlaku
sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan
secara
automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut
dianggap tidak
sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

4. FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Masa permainan adalah 25 minit (10 minit setiap separuh masa dan 5 minit
rehat).
4.2 Pilihan 1 (sekiranya pasukan yang menyertai ialah enam (6) pasukan atau
lebih):
4.2.1 Pusingan awal:
Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan iaitu A dan B. Pasukan yang
menyertai akan diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing pada tarikh dan
masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
4.2.2 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir:
Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ke pusingan separuh akhir. Johan
kumpulan A akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan B, dan Johan Kumpulan B
akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan A. Pemenang kedua-dua perlawanan
tersebut akan ke pertandingan akhir manakala yang kalah pula akan menentukan
tempat ketiga dan keempat.
4.3 Pilihan 2 (sekiranya pasukan yang menyertai kurang dari enam (6) pasukan):
4.3.1 Pertandingan akan diadakan secara liga di mana semua pasukan akan
bertemu
antara satu sama lain.

5. PERATURAN DAN UNDANG UNDANG PERTANDINGAN


5.1 Pasukan / penukaran pemain
5.1.1 Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang
pemain
sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang pasukan tersebut dikira
kalah.
5.1.2 Bila seorang pemain mengalami kecederaan dan tidak menyambung
permainan,
permainan boleh dihentikan dua (2) minit untuk menentukan samada pemain itu
boleh
meneruskan permainannya. Keputusan akan dibuat oleh pegawai pasukan itu.
Hanya
dua (2) pegawai dibenarkan ke gelanggang pada masa itu.
5.1.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula
selepas waktu
rehat separuh masa.
5.1.4 Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang
pemain yang
telah mengambil kedudukan lewat itu. 5.1.5 Pemain hanya boleh diganti selepas
permainan dihentikan kerana kecederaan dan
pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.
5.1.6 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10)
minit
sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal berada
di
gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya
dimulakan, maka kemenangan percuma akan diberikaan kepada pasukan lawan
dengan mata 15 0.
5.2 Selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang dinyatakan,
pertandingan ini tertakluk
dengan Undang-Undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (International
Federal of Netball-
IFNA)
5.3 Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan undang-undang
permainan dengan
undang-undang IFNA, maka undang-undang IFNA perlulah dipatuhi.
5.4 Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-undang
permainan, maka
keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur dari aspek teknikal.
5.5 Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana
peraturan jika difikirkan
perlu.
5.6 Penentuan kemenangan Setiap kemenangan akan diberi dua (2) mata, seri
satu (1) mata, dan
kalah (0) mata. Jika berlaku lebih dari satu pasukan mendapat mata yang sama,
maka kaedah di
bawah digunakan untuk menentukan pemenang:

i. Sekiranya masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang.
ii. Sekiranya masih seri, pasukan yang paling kurang bolos dikira pemenang
iii. Sekiranya masih seri juga, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di
peringkat
awal dikira pemenang.

5.7 Pakaian:
5.7.1 Pakaian yang digunakan oleh setiap pasukan bertanding hendaklah seragam
iaitu
mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian tersebut hendaklah
dipakai
setiap kali bermain sepanjang pertandingan ini.
5.7.2 Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track/tight panjang.
5.7.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set bibs yang berlainan
warna.
Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai bibs yang sama maka pasukan yang
disebutkan lebih awal hendaklah menukar bibs mereka.

6. PENGADIL PERTANDINGAN
Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pangadil-pengadil yang bertauliah
sepanjang pertandingan.
Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah muktamad.

7. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan
Rayuan yang
dilantik oleh pihak penganjur kejohanan in

Anda mungkin juga menyukai