Anda di halaman 1dari 2

Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong, Kampung Lenggong, 33400, Lenggong, Perak ____________________________________________________________________________ Ibu bapa dan

Penjaga Murid, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong, Kampung Lenggong, 33400, Lenggong, Perak. 20 MAC 2013 Tuan, Kempen Keceriaan Sekolah Merujuk perkara di atas, pihak sekolah ini akan menganjurkan Kempen Keceriaan Sekolah sepanjang bulan ini. 2. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menyemai kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan kebersihan dan keceriaan sekolah serta mempertingkatkan tahap kehijauan, kualiti landskap dan alam sekitar. 3. Bersempena dengan kempen ini, kami mengalu-alukan jika setiap pelajar membawa satu pokok bunga, sayuran atau rumput hijau ke sekolah. 4. Dengan adanya kempen seumpama ini, pihak kami berharap agar objektif yang digariskan dapat dicapai, antaranya bagi menyediakan persekitaran yang sihat, selamat, sejahtera dan indah untuk seluruh warga SMTDRL. Secara tidak langsung ia juga dapat menggalakkan seluruh semua pihak bersatu tenaga serta bersama-sama berusaha menanam pokok dan menjaganya. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, ............................................ (KHAIRUNNISSA BINTI ZAHIDI) SETIAUSAHA KEBERSIHAN DAN KECERIAAN, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong, Kampung Lenggong, 33400, Lenggong, Perak.

Anda mungkin juga menyukai