Anda di halaman 1dari 13

Karangan

Jenis Pendapat

Tumpukan Perhatian dan Faham


1. Karangan ini berbentuk bebas
2. Seperti karangan jenis perbincangan,
karangan ini juga biasanya meminta anda
memberi pendapat baik buruk sesuatu tajuk.
3. Tiap-tiap isi dan butiran fakta hendaklah
diberikan contoh dan bukti yang sesuai.
4. Kesimpulan karangan ini memerlukan anda
membuat suatu pendirian yang tegas
berdasarkan pendapat yang diutarakan
BEBAS
- Memberi pendapat
- Fikiran
- Pandangan
Tentang sesuatu tajuk sama ada
bersetuju ataupun tidak dengan
pernyataan yang dikemukakan.
1. Karangan ini berbentuk bebas
2. Seperti karangan jenis perbincangan,
karangan ini juga biasanya meminta anda
memberi pendapat baik buruk sesuatu tajuk.
3. Tiap-tiap isi dan butiran fakta hendaklah
diberikan contoh dan bukti yang sesuai.
4. Kesimpulan karangan ini memerlukan anda
membuat suatu pendirian yang tegas
berdasarkan pendapat yang diutarakan .
Pendapat yang diberikan
- Wajar
- Masuk akal
- Waras
- Jitu
Nyatakan pendapat anda tentang sebab-sebab
pelajar gagal dalam peperiksaan
Gunakan Peta Minda untuk mencari Isi-isi utama
dan isi-isi penting
SIAPA

APA

KATA TANYA DI MANA

BAGAIMANA
BILA
1. Nyatakan pendapat anda tentang sebab-
sebab pelajar gagal dalam peperiksaan.

2. Apakah faktor-faktor yang menentukan


kejayan seseorang pelajar? Bincangkan.

3. Kebanyakan remaja berasa bahawa ibu bapa


kurang berkomunikasi dengan anak remaja
mereka.Bincangkan.
Mudah berputus asa.
Apabila kita mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan buat pertama kalinya, janganlah
berputus asa.Anggap itu sebagai satu pemangkin kepada kita untuk terus berusaha tanpa rasa jemu
dan penat.Sesungguhnya manusia yang berjaya adalah manusia yang terus  berusaha walaupun
mendapat kegagalan berkali-kali.....

Kurang memberi tumpuan.


Sikap pelajar yang kurang memberikan tumpuan ketika guru mengajar juga menjadi penyebab pelajar
gagal dalam peperiksaan. Pelajar yang kurang memberikan tumpuan, lazimnya tidak dapat menguasai
pelajaran  yang diajar oleh guru. Apabila sesuatu tajuk itu keluar dalam peperiksaan, pasti pelajar
tidak dapat  menjawab dengan baik. Oleh yang demikian, pelajar seharusnya memberikan tumpuan
sepenuhnya ketika  guru mengajar di dalam kelas.

Suka ponteng
Sikap pelajar yang suka ponteng kelas dan ponteng sekolah juga merupakan salah satu sebab mereka
gagal dalam peperiksaan. Apabila pelajar ponteng kelas, pelajar pasti akan ketinggalan dalam mata
pelajaran tersebut. Jika pelajar selalu ponteng sekolah, maka pelajar akan ketinggalan lebih banyak
lagi dalam pelajaran. Sikap negatif ini pasti akan menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan
peperiksaan dengan baik.

Suka menangguh 
merupakan satu sikap yang sering diamalkan oleh pelajar.Pelajar seringkali melakukan kerja last
minute kerana sikap suka menangguh.Namun,segelintir pelajar sangat mengharapkan keputusan
cemerlang dengan kerja yang dibuat walaupun kurang kesungguhan.

Telefon bimbit 
bukanlah asing dalam kalangan remaja hari ini.Terutamanya pelajar yang berumur 12 tahun ke
atas.Hampir separuh masa pelajar dihabiskan dengan melayan telefon bimbit dirumah mahupun
disekolah.Pelajar tidak lagi sibuk dengan buku ditangan namun sebaliknya telefon menjadi perhatian.
Contoh Karangan

Apakah faktor-faktor yang menentukan kejayan seseorang pelajar? Bincangkan.

Kejayaan adalah seseuatu yang seseorang akan dapat setelah mencapai sesuatu yang dikehendaki atau sesuatu
matlamat.Kejayaan tidak datang begitu sahaja namun untuk meraih kejayaan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang
kepadanya.

“Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang” adalah salah satu peribahasa yang memberitahu kita bahawa usaha dan kegigihan itu
perlu untuk mendapatkan kejayaan. Kejayan seseorang pelajar tidak akan kesempaian sekiranya pelajar itu malas atau tidak
mencuba untuk menceburi sesuatu bidang. Ia lebih sukar jika seseorang pelajar itu malas dan enggan mengubah sikapnya yang
buruk itu. Kegigihan atau keinginan untuk berjaya atau lulus akan mendorong pelajar tersebut untuk terus mencuba hingga berjaya.
Contohnya, Thomas Edison, salah seorang saintis yang terkenal di dunia telah gagal hampir dua ribu kali semasa sedang mereka
bulb lampu yang telah memberi kesenangan untuk manusia pada zaman ini tetapi beliau tidak pernah berputus asa kerana beliau
percaya bahawa suatu hari nanti beliau akan turut berjaya seperti ahli-ahli sains seperti Albet Einstien. Beliau telah berjaya semasa
mereka bulb lampunya yang ke- dua ribu satu.

Faktor penting yang menyumbang pada kejayaan seseorang pelajar itu adalah pentingnya membahagikan masa seharian. Pada
zaman sekarang, ramai pelajar begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti-aktiviti seperti tuisyen, aktiviti luar darjah (CCA), kelas
madrasah dan sebagainya. Ramai pelajar tidak fokus dan mula mengabaikan pelajaran mereka tanpa disedari kerana terlalu sibuk
dengan aktiviti-aktiviti tersebut. Pelajar harus pandai membahagikan masa dengan membuat jadual untuk setiap aktiviti setiap hari
supaya masanya tidak akan diluang sepenuhnnya pada aktiviti-aktiviti tambahan sahaja malah ia juga akan memberikan masa
untuk pelajar itu mengulangkaji pelajarannya.Dengan itu, markah yang baik dapat diraih oleh pelajar tersebut. Ia penting untuk
seseorang pelajar itu berjaya dalam pelajaran dan juga kegiatan luar darjah.

Sokongan daripada orang-orang yang kita sayangi tidak harus dilupakan. Orang-orang yang terdekat seperti ibu bapa, rakan-rakan
dan guru-guru dapat mendorong seseorang pelajar untuk terus berjaya sekiranya pelajar itu bermasalah atau menghadapi
kesukaran kerana kata-kata dorongan dapat memberi kesan yang mendalam pada seseorang itu. Alexandra Graham Bell, saintis
yang telah mereka telefon hampir gagal dan putus asa apabila berturut-turut gagal tetapi dengan sokongan isterinya dan ahli
keluarganya,beliau telah berjaya.

Pasti semua manusia ingin meraih kejayan dalam hidup mereka tetapi terdapat juga beberapa faktor atau rintangan yang
menghindari seseorang itu dari meraih kejayaan. Salah satu daripadanya adalah kekurangan wang untuk melanjutkan pelajaran,
kemudaratan kesihatan dan sebagainya. Ini adalah beberapa ringtangan yang dihadapi oleh beberapa manusia tetapi sekiranya
rintangan tersebut tidak dijadikan sebagai alasan untuk mencapai kejayaan, kejayaan pasti dapat diraih. Setelah kita meraih
kejayaan, janganlah kita bermegah namun kita harus merendah diri .
Kebanyakan remaja berasa bahawa ibu bapa kurang berkomunikasi dengan anak remaja mereka.Bincangkan.

Komunikasi memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga terutama sekali mereka yang mempunyai anak remaja.Ia
kerana komunikasi adalah satu cara untuk berinteraksi antara satu sama lain agar dapat memahami dan mengenali masalah dan
perasaan anak remaja tersebut.Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dan salah satunya ialah berkomunikasi dengan
anak remaja mereka.Ibu bapa seharusnya mengambil tahu mengenai kegiatan anak remaja mereka dan mengenali rakan-rakan
anak mereka.

Kebanyakan remaja berasa lebih selesa berkongsi perasaan dan masalah mereka dengan rakan-rakan mereka.Bagi mereka,ibu
bapa hanya mementingkan maruah keluarga tetapi kurang memberi perhatian dengan banyak mengadakan aktiviti atau riada yang
boleh merapatkan perhubungan yang lebih intim di antara ibu bapa dan anak remaja.

Ibu bapa bukan sahaja harus memberi didikan yang sempurna tetapi mereka juga harus memberi pelajaran ugama kepada anak
remaja mereka,walau bagaimanapun mereka juga harus memastikan anak remaja mereka tidak terlepas dari perhatian mereka
akan tetapi janganlah terlalu mengongkong kerana kongkongan yang terlampau terhadap anak remaja boleh membosankan dan
melemaskan mereka.Anak-anak remaja sekarang juga inginkan kehidupan yang normal bersesuaian dengan tahap kematangan
mereka,malangnya pada masa kini,kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya dan kegiatan harian sehingga mereka tidak
mempunyai masa untuk bersama atau berkomunikasi dengan anak remaja mereka atas alasan demi keselesaan hidup kelak nanti.

Oleh hal yang demikian,mereka meletakkan tanggungjawab mendidik anak remaja mereka samaada ke atas pundak guru-guru atau
saudara-mara.Kelakuan seperti ini merenggangkan perhubungan antara kedua-dua ibu bapa dan anak remaja
mereka.Akibatnya,ramai remaja yang melarikan diri atau melibatkan diri dalam jenayah untuk mendapatkan perhatian.Walau
bagaimanapun,untuk menentukan siapa yang bersalah hanya dapat ditentukan berdasarkan kejadian yang telah
berlaku.Kadangkala remaja berkenaan berkecil hati dengan kedua-dua orang tuanya kerana merasa diri mereka tidak
dipedulikan.Walau bagaimanapun,kebanyakan remaja tidak sedar akan kesilapan dan tingkah laku mereka sendiri.Ada yang tidak
mengambil peduli akan teguran dan nasihat orang tua mereka.

Angapan anak-anak remaja masa kini tentang teguran atau nasihat daripada ibu bapa mereka hanyalah seperti leteran semata-
mata.Mereka merasakan 'leteran' itu hanya membuat mereka merasa lebih bosan.Sememangnya,mereka lebih gemar meluangkan
masa bersembang dan mengongsi masalah mereka dengan rakan-rakan mereka yang seusia dengan mereka.Kelakuan seperti itu
membuat mereka lupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak untuk membantu kerja-kerja di rumah.
Pengaruh barat adalah salah satu punca mengapa anak-anak remaja menjadi lalai dengan adat resam budaya mereka.Kebanyakan
remaja juga terikut-ikut cara kebaratan bukan hanya dari segi pemakaian namun juga dari segi perwatakan.Akibatnya,mereka
menjadi lebih aggresif apabila diberi teguran oleh ibu bapa atau kaum keluarga.Teguran dan nasihat yang diberi kepada mereka
seolah-olah hujan jatuh ke pasir.Mereka langsung tidak menghiraukan teguran dan nasihat bak pepatah masuk telinga kiri,keluar
telinga kanan.

Sememangnya,anak-anak remaja masa kini tidak menghargai jasa-jasa ibu bapa mereka apabila mereka bergaul bebas di luar
rumah.Perbincangan bersama keluarga tidak lagi dihiraukan sesama sekali.Komunikasi di antara ibu bapa dan anak remaja mereka
diabaikan dan menjadikan pertalian antara ibu bapa dan anak renggang.Anak-anak remaja seharusnya menghargai pengorbanan
ibu bapa mereka kerana ia tidak dapat dirasakan oleh anak-anak yatim.

Komunikasi diantara kedua-dua ibu bapa dan anak remaja mereka bukan hanya berhadapan malahan ini dapat dilakukan dapat
menggunakan teknologi terkini seperti menghantar pesanan melalui SMS atau emel.Anak-anak remaja sekurang-kurangnya dapat
merasakan bahawa diri mereka dihargai atau diberi perhatian.Mesej pendek seperti "i love you" ataupun "jaga diri baik-baik"
membuat seseorang anak remaja itu sedar bahawa ibu bapa beliau tidak mengabaikan dirinya.Bagi ibu bapa yang lebih
mementingkan kerjaya dan tidak mengambil tahu tentang tingkah laku anak remaja mereka,mereka seharusnya sedar akan
kelalaian mereka yang akan membuat anak remaja mereka hanyut.Anak-anak remaja yang tidak menghiraukan teguran dan nasihat
ibu bapa mereka juga harus sedar akan semuanya untuk kebaikan diri mereka sendiri.Ibu bapa yang terlalu mengongkong anak
remaja mereka pula harus memberi sedikit kebebasan tetapi harus mengambil tahu siapa rakan-rakan anak remaja mereka dan apa
yang dilakukan oleh anak remaja mereka samada di sekolah mahupun kegiatan luar darjah.

Seharus-harusnya,kedua-dua ibu bapa dan anak remaja mempunyai peranan penting masing-masing untuk mengeratkan lagi
hubungan keluarga.Hubungan yang intim dapat menjalinkan sebuah keluarga yang bahagia.Oleh itu,komunikasi amat penting agar
dapat memahami antara satu sama lain

Anda mungkin juga menyukai