Anda di halaman 1dari 49

Kertas Modul Cemerlang UPSR Bahasa Melayu 99 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENULISAN (BAHAGIAN A)

PANDUAN UMUM

1. Ayat mestilah berkaitan dengan gambar dan arahan yang diberi.


2. Membina hanya lima (5) ayat.
3. Menulis nombor bagi setiap ayat.
4. Membina ayat yang gramatis.

LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB

1. Baca dan fahami arahan soalan.


2. Contoh arahan:
Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara …
3. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan setiap gambar dengan „cara-cara‟.
4. Cari kata kerja yang sesuai bagi setiap aktiviti dalam gambar.
Contohnya, memberi perhatian, mengulang kaji, berbincang.
6. Boleh gunakan nama bagi watak yang terdapat dalam gambar atau kata ganti diri
“kita‟ untuk membina ayat.
7. Tulis ayat yang gramatis dan mengandungi:
7.1 Idea yang tepat.
7.2 Peluasan subjek atau predikat.
7.3 Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA MENULIS AYAT

1. Penggunaan kata ganti diri „saya‟, „keluarga saya‟, „emak saya‟ dan yang
berkaitan dengan diri sendiri.
2. Menulis waktu, contohnya „Pada pukul 6.00 petang‟ sedangkan tidak dinyatakan
di dalam gambar.
3. Menulis nama tempat, contohnya „Berkelah di Pantai Port Dickson‟ kecuali ada
dinyatakan di dalam gambar.
4. Tidak membina ayat, „Gambar di atas menunjukkan …‟
5. Tidak boleh menggunakan penanda wacana pada permulaan ayat.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 100 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 1:

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menjadi murid cemerlang.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara menjadi murid cemerlang berdasarkan
gambar tersebut.

CARA-CARA
MENJADI MURID
CEMERLANG

BAHAGIAN A (JAWAPAN CADANGAN)

1 Kita mestilah memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam kelas.

2 Teknik perbincangan sesama rakan merupakan satu cara pembelajaran yang berkesan.

3 Pembelajaran kendiri seperti selalu membuat ulang kaji dapat menjamin


kecemerlangan.

4 Amalan berkunjung ke pusat sumber sekolah mesti menjadi budaya kepada kita.

5 Bagi mengimbangi kecerdasan mental dan kecergasan fizikal, kita perlu bergiat aktif
dalam sukan.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 101 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 2:

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti ahli keluarga di sebuah rumah.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut berdasarkan gambar.

BAHAGIAN A (JAWAPAN CADANGAN)

1 Seorang budak perempuan sedang menyusun buku-buku di dalam rak buku di ruang
tamu rumahnya supaya kemas .
2 Puan Shapina mengelap gambar hiasan yang terdapat pada dinding dengan sehelai
sapu tangan yang lembap.
3 Seorang pekerja mengecat dinding ruang tamu sebuah rumah dengan penuh teliti
supaya cat tidak tertumpah pada dinding.
4 Encik Azrul membersihkan pintu rumahnya dengan menggunakan sehelai kain buruk.
5 Seorang kanak-kanak begitu leka bermain kereta mainannya ketika ahli-ahli
keluarganya yang lain sibuk membuat kerja.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 102 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

Soalan 3:

Gambar di bawah menunjukkan sebatang pokok kelapa dan bahagian-bahagiannya.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang kegunaan pokok kelapa kepada manusia.

Daun kelapa

Batang
kelapa
Buah kelapa

Tempurung
kelapa
Isi kelapa

BAHAGIAN A (JAWAPAN CADANGAN)

1 Daun kelapa boleh dijadikan sarung ketupat yang menjadi juadah utama pada Hari
Raya Aidilfitri.
2 Air kelapa sedap diminum semasa musim panas untuk menghilangkan dahaga.
3 Batang pokok kelapa boleh dibuat titi atau tempat duduk untuk berehat di halaman
rumah.
4 Tempurung kelapa boleh dijadikan barangan kraf tangan seperti tabung dan senduk.
5 Isi kelapa tua diparut atau dikisar untuk menghasilkan santan yang digunakan dalam
pelbagai jenis masakan Melayu.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 103 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

Soalan 4:

Gambar di bawah menunjukkan rekod jualan komputer di Kedai Komputer Syafik


Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.

Jualan komputer di Kedai Komputer Syafik


dari hari Rabu hingga Ahad

45

28

Jumaat 65

80

Ahad 90

BAHAGIAN A (JAWAPAN CADANGAN)

Jualan tertinggi Kedai Komputer Syafik adalah pada hari Ahad iaitu sebanyak 90 buah
1
komputer berjaya dijual.

Jualan komputer terendah pada minggu tersebut adalah pada hari Khamis iaitu
2
sebanyak 28 buah sahaja.

3 Jumlah komputer yang berjaya dijual pada hari Rabu adalah separuh daripada jumlah
komputer yang berjaya dijual pada hari Ahad.

4 Komputer yang telah terjual pada hujung minggu berjumlah 170 buah.

5 Jumlah keseluruhan komputer yang dibeli oleh para pelanggan sepanjang lima hari
ialah 308 buah.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 104 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

Soalan 5:

Gambar di bawah menunjukkan suatu aktiviti gotong-royong.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti gotong-royong itu berdasarkan gambar.

BAHAGIAN A (JAWAPAN CADANGAN)

1 Beberapa orang guru dan murid Sekolah Kebangsaan Sri Andalas sedang bergotong-
royong untuk mengindahkan kawasan Hutan Lipur Sungai Selasih.

2 Dua orang guru yang berkaca mata menggunakan penukul untuk membaiki kerosakan
pondok rehat di hutan lipur itu.

3 Dua orang lelaki sedang menyabit rumput dengan berhati-hati untuk membersihkan
kawasan yang semak-samun itu.

4 Dua orang murid perempuan memasukkan sampah-sarap dan rerumput yang telah
disabit ke dalam plastik sampah.

5 Cikgu Ramli berjalan ke arah sebuah lori sambil menjinjit dua bungkusan plastik yang
berisi sampah.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 105 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

Soalan 6:

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah
berdasarkan gambar.

BAHAGIAN A (JAWAPAN CADANGAN)

Fakhwan dan Fakhri bekerjasama memasang khemah semasa aktiviti kokurikulum


1
dijalankan di sekolah mereka.
Aqil ditugaskan untuk menjerang air untuk kegunaan anggota pengakap sepanjang
2
aktiviti perkhemahan dijalankan.
3 Dua orang anggota Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sedang memberikan tunjuk
ajar kepada Farah tentang cara mengikat anduh dengan betul.
Murid-murid yang menyertai aktiviti kokurikulum seperti tae kwan do dapat
4
meningkatkan disiplin diri mereka.
Ahli-ahli kelab fotografi di sebuah sekolah sedang melakukan aktiviti kembara di sebuah
5
hutan lipur sambil mempraktikkan kemahiran mengambil gambar yang diajar oleh guru
pembimbing kelab mereka.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 106 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

Soalan 7:

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara mencegah pembiakan nyamuk aedes.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara mencegah pembiakan nyamuk
aedes berdasarkan gambar.

CARA-CARA
MENCEGAH
PEMBIAKAN NYAMUK
AEDES

BAHAGIAN A (JAWAPAN CADANGAN)

Kita perlu menutup semua bekas yang menakung air supaya nyamuk tidak dapat
1
membiak.
Encik Hazril membuang botol-botol dan tin-tin kosong ke dalam sebuah lubang dan
2
menimbusnya untuk mengelakkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes.
3 Kakak mencuci kolah yang sudah lama tidak digunakan dan memasukkan air yang
baharu supaya tidak berlaku pembiakan nyamuk aedes.
Kita mestilah menanam benda-benda yang tidak digunakan lagi seperti tayar terpakai,
4
dan botol kosong supaya tidak menjadi tempat takungan air.
5 Membubuh ubat Abate dalam bekas yang mempunyai air yang bertakung merupakan
satu langkah pencegahan pembiakan nyamuk aedes yang berkesan.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 107 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

Soalan 8:

Gambar di bawah menunjukkan kepentingan komputer kepada manusia.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang kepentingan komputer kepada manusia berdasarkan
gambar.

BAHAGIAN A (JAWAPAN CADANGAN)

Komputer penting kepada manusia kerana urusan kerja akan menjadi mudah dan cepat
1
seperti menyusun data dan merekodkan fail.
Teknologi komputer dapat menjimatkan tenaga manusia untuk menggerakkan mesin
2
atau jentera berat dalam sektor perindustrian negara.
3 Kemudahan rawatan di hospital dapat diberikan dengan lebih sistematik kepada pesakit
yang menerima rawatan.
Doktor dapat memberikan nasihat dan rawatan yang lebih tepat melalui kemudahan
4
komputer dalam mengesan pelbagai jenis penyakit.
5 Penggunaan mesin pengeluaran wang memudahkan manusia membuat pelbagai
urusan kewangan pada bila-bila masa.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 108 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

Soalan 9:

Gambar di bawah menunjukkan amalan prosedur keselamatan di makmal komputer.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang prosedur keselamatan di makmal komputer
berdasarkan gambar.

Dilarang membawa Dilarang mengusik sebarang


makanan dan minuman sambungan wayar komputer

PROSEDUR
KESELAMATAN
PENGGUNAAN
MAKMAL
KOMPUTER

Tutup semua suis sebelum Tutup komputer dengan


keluar tatacara yang betul

BAHAGIAN A (JAWAPAN CADANGAN)

1 Kita mestilah mematuhi peraturan keselamatan semasa berada di makmal komputer.


2 Murid-murid dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam makmal komputer.
3 Semua suis kipas dan lampu mestilah ditutup sebelum meninggalkan makmal komputer
bagi mengelakkan pembaziran elektrik.

4 Semua murid dilarang sama sekali mengusik sebarang sambungan wayar pada
komputer tanpa kebenaran guru.
Murid-murid dikehendaki menutup komputer mengikut tatacara yang betul agar dapat
5
mengelakkan sebarang kerosakan komputer.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 109 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

Soalan 10:

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara memberikan sumbangan kepada komuniti.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara memberikan sumbangan kepada komuniti
berdasarkan gambar.

CARA-CARA
MEMBERI
SUMBANGAN
KEPADA KOMUNITI

BAHAGIAN A (JAWAPAN CADANGAN)

Beberapa orang anggota Pasukan Tunas Puteri Sekolah Kebangsaan St. Paul sedang
1 membantu Guru Besar sekolah mereka menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa
murid yang miskin dan memerlukan bantuan.
Sebagai anggota Pasukan Tunas Puteri , kita boleh membantu mangsa banjir
2
memindahkan barang-barang kepunyaan mereka ke tempat yang selamat.
3 Kita boleh membantu masyarakat membersihkan kawasan sungai bagi mengelakkan
pencemaran.
Seorang anggota Tunas Puteri sedang mengagihkan bantuan berupa pakaian dan
4
makanan kepada mangsa-mangsa banjir.
Dua orang anggota Pasukan Tunas Puteri memimpin seorang ibu tua yang sedang
5
berjalan ke pusat petempatan mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Taman Seri
Impian.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 110 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENULISAN (BAHAGIAN B)

PANDUAN UMUM

1. Baca dan fahami arahan soalan. Garisi kata kunci soalan.


2. Contoh soalan:
Gambar di bawah menunjukkan beberapa produk berasaskan kelapa.
Tulis ulasan tentang kegunaan kelapa berdasarkan gambar yang diberi dalam bentuk
perenggan.

3. Perhatikan bahan grafik atau bahan rangsangan yang lain (teks, graf, poster,
carta, iklan, puisi, jadual dan lain-lain). Tuliskan kata kunci yang berkaitan
dengan tajuk soalan, contohnya; „Kegunaan Kelapa‟.

4. Bina satu atau lebih perenggan tentang tajuk yang dikehendaki.

5. Untuk mencapai peringkat cemerlang, calon mesti mengemukakan jawapan yang


memenuhi kriteria di bawah:

5.1 Idea yang tepat.

5.2 Ulasan yang jelas, tersusun, menarik dan disertai dengan pandangan atau
pendapat.

5.3 Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas.

5.4 Ayat yang gramatis.

5.5 Ejaan dan tanda baca yang betul.

5.6 Selain idea yang diperoleh terus daripada bahan rangsangan, idea yang
tersirat juga boleh dinyatakan bagi menyokong dan mengukuhkan idea
sedia ada (idea tersurat).

5.7 Calon layak diberi markah penuh sekiranya dapat mengemukakan ulasan
idea yang tepat, tersusun dan menarik serta ayat yang gramatis tanpa
sebarang kesalahan ejaan dan tanda baca.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 111 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 1:

Gambar di bawah menunjukkan beberapa produk berasaskan kelapa.


Tulis ulasan tentang kegunaan kelapa berdasarkan gambar yang diberi dalam bentuk
perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

BAHAGIAN B (CADANGAN JAWAPAN)

Pokok kelapa merupakan pokok serba guna yang memberi banyak manfaat kepada manusia.
Misalnya, batang kelapa dapat dijadikan titi untuk menyeberangi parit, longkang atau anak
sungai. Selain itu, daun kelapa muda pula boleh dijadikan sarung ketupat, manakala lidinya
pula dapat dijadikan penyapu. Seterusnya, air kelapa muda sangat enak dijadikan minuman
serta baik untuk kesihatan kita. Dalam pada itu, isi kelapa yang sudah matang boleh dibuat
santan atau diproses untuk dijadikan minyak masak, sabun mandi dan barangan kosmetik.
Kesimpulannya, hampir keseluruhan bahagian pokok kelapa bermanfaat untuk pelbagai
kegunaan.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 112 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 2:

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti sebuah keluarga di tepi pantai.


Tulis ulasan tentang pelbagai aktiviti yang sesuai di tepi pantai.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

BAHAGIAN B (CADANGAN JAWAPAN)

Pantai merupakan suatu lokasi yang amat sesuai untuk kita berehat atau melakukan aktiviti
riadah. Pelbagai aktiviti yang berfaedah boleh kita lakukan. Antaranya ialah berkelah
bersama-sama keluarga. Aktiviti ini boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan sesama
ahli keluarga.
Selain itu, aktiviti yang lazim dilakukan di tepi pantai ialah bermain dan berenang.
Kedua-dua aktiviti tersebut memang menyeronokkan. Para pengunjung pantai biasanya
bermain bola tampar, kejar-kejar dan membuat pelbagai binaan pasir. Aktiviti tersebut
bukan sahaja menyeronokkan serta melapangkan fikiran, tetapi juga dapat menyihatkan
badan.
Di samping itu, tidak kurang juga pengunjung pantai yang suka bermain layang-
layang di tepi pantai, khususnya kanak-kanak. Sebahagian pengunjung yang lain pula akan
ambil angin sambil menikmati pemandangan di tepi pantai yang indah nian. Kesimpulannya,
banyak aktiviti yang bermanfaat dapat kita lakukan di tepi pantai.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 113 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 3:

Poster di bawah memaparkan pelbagai maklumat tentang ekspo pertanian.


Tulis ulasan tentang ekspo tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

BAHAGIAN B (CADANGAN JAWAPAN)

Poster di atas memaparkan pelbagai maklumat tentang Ekspo D’Agri iaitu ekspo pertanian
yang berlangsung pada tahun 2014. Ekspo ini diadakan pada 13 hingga 16 Februari. Banyak
barangan pertanian dipamerkan dan dijual dalam ekspo ini.

Antara barangan yang dipamer dan diniagakan ialah buah-buahan tempatan, sayur-
sayuran dan produk-produk pertanian. Produk-produk yang dijual merupakan produk yang
dihasilkan oleh usahawan tempatan seperti jem, sos, pes masakan dan sebagainya.
Selain menjual hasil dan produk pertanian, ekspo ini juga memberikan maklumat dan
info terkini tentang pertanian di Malaysia. Maklumat ini sangat berguna kepada petani
moden atau mereka yang berminat untuk menyertai bidang pertanian.
Isi tersurat / Isi tersirat

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 114 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 4:

Gambar di bawah menunjukkan poster tentang peraturan di taman permainan.


Tulis ulasan tentang tentang peraturan di taman permainan tersebut dalam bentuk
perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Jabatan Lanskap dan Rekreasi


SILA AMBIL PERHATIAN
Bagi menjamin keindahan dan keharmonian pengguna taman ini, Undang-undang Kecil Taman dan
Rekreasi Majlis Bandaraya Ipoh telah dikuatkuasakan

Membawa Berkelakuan Merosakkan harta Bermotosikal Berjaja


Anjing sumbang awam

 Sesiapa yang melanggar undang-undang kecil ini dan apabila disabitkan bersalah boleh dikenakan
denda RM1000.00 atau enam bulan penjara atau kedua-dua sekali.
 Peralatan permainan di taman ini untuk kegunaan pengguna yang berumur 5 hingga 12 tahun sahaja.
 Risiko dalam penggunaan peralatan adalah di bawah tanggungjawab pengguna.

“ Hargai keindahan taman di samping memelihara


keselesaan pengguna”

Ingatan mesra daripada Aduan kerosakan, sila hubungi:


YANG DIPERTUA Jabatan Lanskap dan Rekreasi
Bandaraya Ipoh

BAHAGIAN B (CADANGAN JAWAPAN)

Majlis Bandaraya Ipoh telah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di


taman permainan demi keselamatan dan keselesaan pengguna. Pengguna yang
melanggar peraturan boleh dikenakan denda atau penjara jika disabitkan kesalahan.
Segala peralatan yang disediakan hanya sesuai untuk kegunaan kanak-kanak berumur
lima hingga dua belas tahun.
Selain itu, semua pengunjung bertanggungjawab menjaga keselamatan masing-
masing ketika berada di taman permainan dan semasa menggunakan segala peralatan
permainan. Kesimpulannya, kita haruslah bersama-sama menjaga taman permainan
demi keselesaan dan keselamatan semua pengunjung.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 115 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 5:

Gambar di bawah ini menunjukkan beberapa amalan gaya hidup sihat.

Tulis ulasan tentang amalan gaya hidup sihat berdasarkan gambar dalam bentuk
perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

BAHAGIAN B (CADANGAN JAWAPAN)

Poster di atas menunjukkan amalan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan oleh semua
peringkat masyarakat.
Antara amalan gaya hidup sihat ialah bersenam dan berjoging pada setiap petang
untuk mengeluarkan peluh dan mengekalkan berat badan yang ideal. Selain itu, kita juga
perlu memastikan waktu rehat dan tidur kita mencukupi agar aktiviti harian kita tidak
tergangggu. Kita juga harus segera bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan
kesihatan sekiranya kita tidak sihat. Pengambilan makanan seimbang juga dapat menjamin
kualiti kesihatan dan kecergasan tubah badan kita untuk bekerja pada setiap hari. Akhir
sekali, kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok serta
mengekalkan hubungan yang rapat antara ahli keluarga bagi memastikan minda kita
bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian.
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat dapat memastikan semua lapisan
masyarakat hidup dalam keadaan sihat dan ceria.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 116 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 6:

Gambar di bawah menunjukkan keratan teks tentang produk kejayaan negara.


Tulis ulasan tentang kepentingan sains dan teknologi kepada manusia dalam bentuk
perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

BAHAGIAN B (CADANGAN JAWAPAN)

Sains dan tekonologi sangat penting kepada manusia. Sebagai contoh, kita berupaya
melahirkan angkasawan yang hebat dan berkualiti. Selain itu, sains membolehkan kita
memperoleh dapatan baharu tentang pelbagai perkara seperti sel kanser,sel mikrob, dan
pengkristalan protein melalui eksperimen yang dijalankan. Seterusnya, kita boleh
menghasilkan produk bioteknologi bertaraf dunia seperti beras transgenik dan ubat
antikanser berunsur alam. Dalam pada itu, sains dan teknologi turut memudahkan urusan
harian manusia seperti penggunaan MyKad yang berfungsi sebagai kad pintar.
Kesimpulannya, kita dapat meningkatkan kualiti dan gaya hidup kita melalui penggunaan
sains dan teknologi dalam ke hidupan seharian.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 117 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 7:

Iklan di bawah menunjukkan Program Penduduk Sihat Kampung Setia Baru.


Tulis ulasan tentang program tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Program Penduduk Sihat Kampung Setia Baru


Tujuan Kempen:
Untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan dalam kalangan
penduduk Kampung Setia Baru
Aktiviti:
Pemeriksaan Kesihatan
Tarikh: 23-24 April 2016
Penyertaan: Dewasa
Larian Muhibah
Tarikh: 23 April 2016
Penyertaan: Dewasa dan
Kanak- kanak
Memasak Makanan Sihat
Tarikh: 24 April 2016
Penyertaan: Dewasa dan
Kanak-kanak

Sila datang beramai-ramai pada tarikh dan hari yang ditetapkan. Untuk maklumat
lanjut hubungi: Encik Iskandar Zulkarnain (012 – 590 6784)

BAHAGIAN B (CADANGAN JAWAPAN)

Iklan di atas menunjukkan kempen kesihatan yang akan diadakan oleh penduduk
Kampung Setia Baru. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan kesihatan dalam kalangan penduduk Kampung Setia Baru.
Terdapat tiga aktiviti yang dijalankan dalam kempen tersebut. Antaranya ialah
pemeriksaan kesihatan yang akan diadakan pada 23 hingga 24 April 2016.
Penyertaan adalah terbuka kepada golongan dewasa sahaja. Pemeriksaan
kesihatan amat penting untuk memastikan kita bebas daripada sebarang penyakit
kronik. Selain itu, aktiviti yang dirancang untuk golongan dewasa dan kanak-kanak
pula ialah Larian Muhibah dan Memasak Makanan Sihat yang akan diadakan pada
23 dan 24 April. Tujuan aktiviti-aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan
kecergasan dan kesihatan tubuh badan.
Secara keseluruhan, program ini dapat memberi banyak manfaat kepada
penduduk-penduduk Kampung Setia Baru.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 118 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 8:

Gambar di bawah menunjukkan poster tentang Kepentingan Amalan Menabung.


Tulis ulasan tentang Kepentingan Amalan Menabung tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

BAHAGIAN B (CADANGAN JAWAPAN)

Poster di atas menunjukkan kepentingan amalan menabung. Amalan


menabung harus dipupuk sejak kecil. Amalan menabung dapat menjamin masa
hadapan. Seseorang yang bijak menguruskan wang dapat menggunakan wang
tabungannya untuk melanjutkan pelajaran, ibarat pepatah Melayu, „sediakan payung
sebelum hujan‟. Wang tabungan tersebut mampu menampung perbelanjaan ketika
kecemasan seperti membiayai kos perubatan. Dengan itu, kita tidak perlu meminjam
wang daripada saudara-mara atau sahabat handai. Selain itu, amalan ini dapat
memupuk sifat berjimat cermat. Kesimpulannya, amalan menabung perlu menjadi
sebahagian daripada urusan kehidupan kita.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 119 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 9:

Tulis ulasan tentang aktiviti yang boleh dilakukan ketika bergotong-royong berdasarkan
perbualan yang diberi.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Encik : Selamat pagi tuan-puan.


Rahman

Encik Razif : Selamat pagi, Encik Rahman.

Encik : Saya berbesar hati kerana tuan dan puan sudi hadir ke Mesyuarat
Rahman Penyelarasan Tugas sempena gotong-royong membersihkan
balai raya kampung kita.

Cikgu Amir : Apakah yang boleh kami bantu?

Encik : Sebenarnya saya hendak membuat perbincangan dengan ahli


Rahman jawatankuasa sekalian tentang pelaksanaan gotong-royong nanti.

Puan Mei : Bilakah gotong-royong itu akan diadakan?


Ling

Encik : Saya bercadang untuk mengadakan gotong-royong itu pada hari


Rahman Ahad minggu hadapan.

Suresh : Kami sedia membantu tetapi apakah bidang tugas yang akan kita
lakukan nanti?

Encik : Antara tugasan yang ingin saya cadangkan ialah membersihkan


Rahman longkang yang tersumbat, memotong rumput di sekeliling balai
raya, mengecat pagar yang berkarat, membaiki bumbung yang
bocor dan membersihkan kawasan sekeliling.

Encik Ranjit : Saya bersetuju dengan cadangan tersebut. Saya akan membawa
mesin pemotong rumput untuk mempercepat kerja memotong
rumput.

Suresh : Saya menawarkan diri untuk mengetuai kerja mengecat pagar.


Saya akan menyumbangkan empat tin cat berserta dengan berus
cat sekali.

Encik : Wah, bersemangat sungguh Encik Ranjit dan Encik Suresh!


Rahman Terima kasih atas sumbangan tersebut.

Puan Mei : Bagaimanakah dengan tugas kaum wanita?


Ling

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 120 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

Encik : Tugas kaum wanita tentulah menyediakan makanan dan


Rahman minuman. Saya akan memberikan wang sebanyak RM 200.00
untuk membeli bahan-bahan untuk menyediakan masakan.

Encik Abu : Saya pula akan membuat edaran surat dari rumah ke rumah
untuk memaklumkan program kita ini. Saya juga bercadang untuk
menjemput Yang Berhormat Datuk Fauzi Shukri untuk
merasmikan program tersebut.

Encik : Saya berasa sangat gembira atas sokongan padu tuan dan puan
Rahman dalam menjayakan gotong-royong nanti. Akhir kata, saya
berharap program ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat
sambutan daripada semua penduduk kampung. Terima kasih atas
kerjasama tuan dan puan.

BAHAGIAN B (CADANGAN JAWAPAN)

Gotong-royong merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat setempat. Antara
tugas yang sering dilaksanakan semasa aktiviti gotong-royong ialah membersihkan
longkang yang tersumbat supaya memudahkan air mengalir terutama ketika hujan lebat.
Selain itu, kita sewajarnya memotong rumput agar sesuatu kawasan itu bersih dan tidak
menjadi tempat pembiakan haiwan perosak atau haiwan yang boleh membahayakan
keselamatan kita . Seterusnya, kita perlu mengecat pagar supaya tidak berkarat, kelihatan
cantik dan baharu. Di samping itu, kita mestilah membaiki bumbung yang bocor dan
membersihkan kawasan sekeliling. Akhir sekali, kaum wanita turut berperanan untuk
menyediakan makanan kepada semua peserta yang terlibat.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 121 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 10:

Gambar di bawah menunjukkan poster tentang pertandingan mengarang cerita.


Tulis ulasan tentang poster tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MENGKUANG


PERTANDINGAN
MENGARANG CERITA

Anjuran : Panitia Bahasa Melayu


Penyertaan : Terbuka kepada murid tahap dua
Tema : Guru yang Disayangi
Tarikh tutup : 10 Mei 2016

HARI GURU 2016


Hasil karangan hendaklah dihantar kepada Cikgu Suzana binti Sulaiman
Jumlah perkataan hendaklah antara 250 - 300 patah perkataan

Hadiah
10 hadiah
Pertama Kedua Ketiga
saguhati

Dapatkan borang penyertaan daripada guru kelas masing –masing.

BAHAGIAN B (CADANGAN JAWAPAN)

Poster di atas menunjukkan maklumat tentang Pertandingan Mengarang Cerita yang


dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Sri Mengkuang. Pertandingan
ini terbuka kepada murid tahap 2 kerana mereka mempunyai asas kemahiran mengarang
yang baik. Selain itu, tema yang dipilih ialah Guru yang Disayangi supaya murid
menghargai jasa dan pengorbanan guru. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Mei 2016.
Ini memberikan ruang yang agak panjang kepada peserta untuk menghasilkan karya yang
lebih baik. Antara hadiah yang ditawarkan ialah komputer riba, basikal, kamus dan majalah
untuk menarik minat menyertai pertandingan tersebut. Kesimpulannya, pertandingan ini
dapat menyemai perasaan kasih sayang sesama murid dan guru.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 122 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 11:

Petikan di bawah menceritakan pengalaman bekas pemain bola sepak terkenal dalam
mengharungi kehidupannya.

Tulis ulasan tentang cerita yang dipaparkan dalam bentuk perenggan.

Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Dahulu, aku memang banyak kenalan. Aku berkereta besar dan banyak wang.
Namaku pula sering menjadi sebutan. Maklumlah, aku antara penjaring gol
yang disegani di peringkat kebangsaan. Namun begitu, akibat kecederaan
teruk ketika bertembung dengan pemain lawan, aku mulai tersisih dan
dilupakan.

Keadaan kesihatanku kini bertambah teruk. Aku tidak mampu hendak


bergerak. Makanpun aku tidak berselera. Kata doktor, bahagian pinggangku
hingga ke hujung kaki lumpuh untuk selama-lamanya.

Kini, aku terlantar di katil. Tiada peminat dan kawan yang datang
menziarahi. Yang ada hanyalah ibuku yang sudah lanjut usianya. Beliaulah
tempat aku mengadu, beliaulah tempat aku menagih simpati.
Sekarang, baru aku faham erti kehidupan. Rupa-rupanya, kawan
ketawa senang didapati, kawan menangis sukar dicari.

BAHAGIAN B (CADANGAN JAWAPAN)

Petikan di atas memaparkan kisah suka duka seorang bekas pemain bola sepak dalam
mengharungi kehidupannya. Suatu ketika dahulu, beliau disanjung dan dipuja. Beliau
banyak kenalan dan hidup mewah kerana kehebatannya menjaringkan gol. Akan tetapi,
apabila beliau lumpuh dan terlantar di hospital, para peminat dan rakan terus menjauhkan
diri. Yang tinggal hanyalah si ibu tempat menagih simpati. Pada pandangan saya, keadaan
seperti ini tidak harus terjadi. Sepatutnya, kita perlu lebih prihatin dan membantu orang
yang pernah berjasa seperti beliau.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 123 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

SOALAN 12:

Baca petikan cerita di bawah ini dengan teliti.


Tulis ulasan tentang cerita tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Pemimpin yang mengetuai sesebuah kampung dikenali sebagai ketua kampung.


Encik Zamzuri bin Ariffin telah menjadi ketua kampung di Kampung Melayu,
Kluang selama lima tahun. Kampung tersebut terletak agak jauh dari bandar tetapi
mempunyai kemudahan prasarana seperti bekalan elektrik, air, telefon dan jalan raya
yang sempurna hasil perjuangan Encik Zamzuri dan barisan ahli jawatankuasa
kampung tersebut.
Selain itu, kampung tersebut telah beberapa kali memenangi pertandingan
Kampung Terbersih dan Tercantik peringkat daerah dan negeri. Hal ini demikian
kerana penduduk kampung tersebut sering menjalankan aktiviti gotong-royong untuk
membersihkan kawasan kampung mereka. Selaku ketua kampung, Encik Zamzuri
sentiasa memastikan anak-anak buahnya hidup bersatu padu dan aman damai.
Tugas sebagai seorang ketua kampung bukan sahaja memastikan kehidupan
penduduk sentiasa berada dalam keadaan selesa, malahan beliau turut berusaha untuk
memastikan keselamatan penduduk terjamin. Oleh sebab itu, barisan ahli
jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
kampung (JKKK) telah dibentuk untuk membincangkan dan menjaga hal-hal
berkaitan keselamatan penduduk dan kampung.
Encik Zamzuri juga sering membantu anak-anak buahnya untuk
mendapatkan bantuan persekolahan dan rawatan kesihatan. Beliau juga menyediakan
surat sokongan bagi setiap permohonan yang dibuat oleh penduduk kampung untuk
mendapatkan rawatan secara percuma di Hospital Kluang khususnya bagi mereka
yang tidak berkemampuan.
Sikap prihatin dan bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Encik Zamzuri
menyebabkan beliau amat disenangi dan dihormati oleh penduduk kampung tersebut.

Encik Zamzuri bin Ariffin merupakan seorang Ketua Kampung yang prihatin dan
bertanggungjawab. Beliau telah menjadi ketua kampung di Kampung Melayu, Kluang
selama lima tahun. Hasil perjuangan beliau, kampung tersebut dapat menikmati pelbagai
prasarana. Selain itu, beliau sentiasa memastikan penduduk kampungnya hidup dengan
selesa, aman damai dan bersatu padu. Keselamatan penduduk turut dititikberatkan oleh
Encik Zamzuri. Oleh sebab itu, kampung tersebut telah banyak mencatat kejayaan. Dalam
melaksanakan tugas dengan berkesan, beliau telah dibantu oleh barisan ahli Jawatankuasa
Keselamtan dan Kemajuan Kampung. Beliau menjadi ketua kampung yang disegani dan
dihormati oleh anak-anak buahnya kerana sering memberikan bantuan kepada mereka.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 124 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Sempena Bulan Membaca peringkat kebangsaan 2015, satu pameran dan jualan buku telah
diadakan di tempat kamu. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu telah ditugaskan untuk
menulis berita tentang pameran dan jualan buku tersebut.
Tulis berita itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Ingin
kunyanyikan
Sebuah harapan
Sebagai pesanan
Agar berkesan di
hatimu

Wahai anak dunia


Mari kita berdoa
Untuk sebuah dunia
Yang damai sejahtera
Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu “Anak Dunia” nyanyian
Ruhil. Lirik tersebut menggambarkan pentingnya penjagaan serta pelindungan yang perlu
diberi dan disediakan kepada kanak-kanak sebagai tanda kasih sayang kita terhadap mereka.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut. Tuliskan cerita tentang sambutan Hari Kanak-kanak
Sedunia yang diraikan di sekolah kamu.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 125 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (1) – BERITA (KERANGKA)

 Format tempat peristiwa, tarikh – tajuk berita ditulis – mesti dinyatakan, tepat, jelas
 Idea 1 banyak syarikat buku terlibat – pameran, jualan – pelbagai buku dipamerkan
 Idea 2 objektif pameran – pupuk minat membaca – membudayakan minat membaca
 Idea 3 pertandingan bercerita, melukis – terbahagi dua kategori – tahap satu, dua
 Idea 4 pertandingan melukis – hadiah wang tunai, alat tulis – sumbangan kedai buku
 Penutup potongan istimewa – sambutan menggalakkan – pengurusan memuaskan hati

PAMERAN DAN JUALAN BUKU DI ARENA SQUARE KUALA KANGSAR

KUALA KANGSAR, 21 Mac – Pameran dan jualan buku telah bermula pada 20 Mac 2015
bertempat di Arena Square Kuala Kangsar. Pameran dan jualan ini telah dirasmikan oleh
Tuan Haji Abdul Halim bin Haji Hamed, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah dari sekitar Kuala
Kangsar dijemput hadir bagi memeriahkan majlis pelancaran tersebut. Kira-kira dua ribu
pengunjung membanjiri arena square semasa majlis tersebut.

Banyak syarikat buku dan kedai buku telah menyertai pameran dan jualan kali ini.
Pameran dan jualan yang diadakan selama seminggu ini dibuka dari pukul 8:00 pagi hingga
10:30 malam setiap hari. Pelbagai jenis buku cerita, buku rujukan, kamus, ensiklopedia, dan
majalah dipamerkan.

Tujuan pameran dan jualan ini diadakan adalah untuk memberi galakan serta dapat
memupuk minat membaca dalam kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, pameran dan
jualan ini merupakan satu daripada langkah untuk merealisasikan program Bulan Membaca
peringkat kebangsaan.
Sempena pameran dan jualan buku ini, pertandingan bercerita dan melukis juga turut
diadakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori untuk murid-murid sekolah
rendah. Satu kategori untuk murid-murid tahap satu manakala satu kategori lagi untuk
murid-murid tahap dua.
Semua alatan dan kelengkapan bagi menyertai pertandingan bercerita dan peraduan
melukis disediakan bagi oleh pihak penganjur. Pemenang bagi pertandingan ini akan
menerima hadiah berupa wang tunai, buku cerita dan alat tulis. Hadiah disumbangkan oleh
syarikat-syarikat buku terkemuka.
Sepanjang pameran dan jualan ini berlangsung, para pembeli diberi potongan harga
istimewa sehingga 70% daripada harga asal. Suasana pameran sungguh meriah. Pameran
buku yang diadakan juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang
ramai. Semua pihak berpuas hati dengan promosi hebat serta pengurusan yang efisien
pameran dan jualan buku kali ini.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 126 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (2) – CERITA (KERANGKA)


 Info Hari Kanak-kanak Sedunia – sungguh meriah – berkumpul di dataran kejat
 Idea 1 pukul 8:00 pagi – gerak ke dewan sekolah – duduk, tempat yang disediakan
 Idea 2 bermula, bacaan doa – ucapan perasmian, Guru Besar – kata-kata nasihat
 Idea 3 persembahan murid solo, kumpulan – pelbagai aksi – puisi, boria, dan sketsa
 Idea 4 umum Tokoh Kanak-kanak – nama tokoh – selamatkan murid daripada lemas
 Penutup jamuan ringan, semua murid – ditaja oleh guru-guru – perasaan amat terharu

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Pada hari Rabu yang lepas, saya dan kawan-kawan telah diraikan oleh guru-guru sempena
sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah. Sambutan pada tahun ini sungguh
meriah. Seawal pukul 7:30 pagi lagi, murid-murid sudah mula berkumpul di dataran kejat untuk
mendengar taklimat dan tatacara program sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat
sekolah daripada guru bertugas.
Tepat pada pukul 8:00 pagi. Kami diarahkan bergerak ke dewan sekolah dengan penuh
disiplin mengikut kelas masing-masing. Kami duduk di tempat yang telah disediakan. Semua
guru kelas akan mengawasi murid-murid semasa aktiviti sambutan berlangsung.
Upacara sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Radzuan bin
Kassim bagi memohon restu daripada yang Maha Esa. Seterusnya, ucapan perasmian telah
disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Dalam ucapannya, beliau telah menasihati murid-murid
agar belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna serta dapat memberikan
sumbangan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Acara sambutan ini terus dihangatkan dengan persembahan nyanyian solo dan
berkumpulan oleh murid-murid. Pelbagai aksi dan bakat terpendam ditonjolkan, antaranya
bakat menjadi pembaca berita, pemuisi, persembahan boria dan sketsa. Kelas kami pula
mempersembahkan bicara berirama yang bertajuk “Sayangilah Si Kecil”.
Kemuncak sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah ialah pengumuman
Tokoh Kanak-kanak 2015. Panel pemilihan telah sebulat suara mengisytiharkan Muhammad
Haikal Afifi bin Amar Zorakis dari kelas Enam Wawasan sebagai Tokoh Kanak-kanak 2015.
Muhammad Haikal Afifi telah menyelamatkan dua orang adik-beradik daripada lemas di bawa
arus banjir di Kampung Gajah.
Program diakhiri dengan jamuan nasi beriani gam. Saya difahamkan, jamuan istimewa
ini ditaja oleh guru-guru sekolah kami. Saya dan rakan-rakan sangat terharu dengan sikap
pemurah guru-guru. Sambutan hari ini merupakan sambutan terakhir yang kami raikan pada
peringkat sekolah rendah.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 127 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Anda berpeluang mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh
pejabat pelajaran daerah. Tajuk syarahan anda ialah, “Cara-cara Menjaga Kesihatan”.
Tuliskan teks syarahan kamu itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Bangsa Malaysia berhemah


tinggi Ramah dan mesra elok
pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah
dilindungi Bertimbang rasa hormat
menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas


Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita
Dua rangkap di atas merupakan korus daripada lirik lagu “Budi Bahasa Budaya Kita” yang
dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza. Lirik tersebut menggambarkan pentingnya budi
bahasa demi memperkasa budaya bangsa.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut. Tuliskan cerita berpandukan situasi yang diberi.
Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, tiba-tiba kamu ternampak
seorang warga emas terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.
Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 128 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (1) – SYARAHAN (KERANGKA)

CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN

Assalamualaikum, selamat sejahtera saya ucapkan. Yang saya hormati Saudara Pengacara
Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, panel
hakim yang arif lagi bijaksana, serta rakan-rakan yang disenangi. Tajuk syarahan yang telah
diamanahkan kepada saya berbunyi “Cara-cara Menjaga Kesihatan”.
Kesihatan merupakan aset atau anugerah yang terlalu tinggi nilainya kepada setiap
individu. Amalan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan penyakit yang berbahaya seperti
sakit jantung, darah tinggi, angin ahmar, strok, kencing manis dan lain-lain lagi. Kesihatan
dapat dijaga dan dikawal melalui pengambilan makanan yang seimbang.
Hadirin yang saya muliakan,
Selain itu, kita juga hendaklah bersenam dalam masa setengah jam, sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu. Semasa bersenam, lemak akan dibakar dan peluh daripada
badan kita akan keluar bersama-sama kotoran yang boleh menyebabkan penyakit. Amalan
bersenam dan berjoging juga dapat memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kita.
Di samping itu, kebersihan tubuh badan merupakan satu daripada punca kesihatan
seseorang individu. Kita hendaklah menjaga kebersihan kulit, rambut, kuku, gigi dan
pakaian. Tubuh badan yang bersih dapat mengelakkan serangan kuman serta jangkitan
penyakit.
Hadirin yang saya hormati,
Kita sewajarnya mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa. Kurangkan
pengambilan gula, lemak, garam dan minyak dalam sajian makanan harian kita. Kita tidak
boleh merokok, minum arak, mengambil dadah jika mahu hidup yang sempurna dan
bahagia.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga tempat tinggal kita agar sentiasa bersih. Oleh
sebab itu, kita wajarlah menghindarkan pembiakan lalat, tikus dan lipas yang boleh
membawa pelbagai penyakit sekali gus boleh mengancam kesihatan dan aktiviti seharian
kita. Justeru, wujudkanlah persekitaran “rumahku mahligaiku”. Sekian, terima kasih.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 129 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (2) – CERITA (KERANGKA)

MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA WARGA EMAS

Saya dan beberapa orang kawan menuju ke pondok perhentian bas. Kami bercadang hendak
pergi ke kedai buku yang terletak di bandar Batu Pahat. Saya berhasrat untuk membeli alat tulis
dan barang keperluan sekolah serta buku-buku rujukan UPSR.
Semasa saya dan rakan-rakan saya menunggu ke pondok perhentian bas, saya
terpandang seorang warga emas yang sedang terkial-kial membawa beg plastik berisi
barangan. Dengan tidak semena-mena, warga emas itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya
dalam karung plastik itu bertaburan di atas jalan raya.
Saya dan rakan-rakan saya segera membantu, saya mengutip barang yang bertaburan di
atas jalan raya. Saya memimpin warga emas itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian,
warga emas tersebut bernasib baik kerana mengalami luka kecil sahaja. Dia hanya mengalami
luka di bahagian tapak tangan dan siku tangan sebelah kirinya.
Warga emas itu memberitahu kami bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumah
anaknya di Taman Perumahan Parit Raja, Batu Pahat. Saya berjanji untuk menghantarnya
pulang ke rumah anaknya itu. Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu pada masa itu.
Setelah saya dan Pak Cik Jamaluddin tiba di rumah anaknya, dia mempelawa saya
masuk ke dalam rumah anaknya itu. Dia menghidangkan segelas minuman sejuk dan beberapa
keping kek untuk saya. Kami minum dan makan kek bersama-sama. Dia mengucapkan terima
kasih atas pertolongan saya dan rakan-rakan saya terhadapnya.
Sungguhpun rancangan saya untuk membeli peralatan sekolah dan buku rujukan tidak
kesampaian, namun saya berasa amat gembira sekali kerana dapat membantu orang yang
dalam kesusahan. Saya pun beredar meninggalkan Pak Cik Jamaluddin ke pondok perhentian
bas untuk menunggu bas dan pulang semula ke rumah.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 130 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Kamu diminta untuk menyampaikan ucapan sempena sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan
dalam perhimpunan rasmi sekolah. Tajuk ucapan yang kamu akan sampaikan pada hari
tersebut berbunyi “Kebaikan Menabung”.
Tulis teks ucapan kamu itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Mendukung cita-cita aspirasi negara,


Membangun modal insan transformasi cemerlang,

Sukan untuk semua, untuk kecemerlangan,


Jadikan satu budaya, demi negaraku Malaysia,

Satu murid satu sukan, sukan untuk semua,


Satu murid satu sukan, sukan untuk kecemerlangan,

Satu murid satu sukan, badan sihat otak cerdas,


Satu murid satu sukan, majulah sukan untuk negara,

Empat rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu 1 Murid 1 Sukan (1M1S).
Lirik tersebut mengambarkan pentingnya kegiatan sukan kepada murid-murid.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut. Tuliskan cerita tentang faedah-faedah yang diperoleh
apabila seseorang murid bergiat aktif dalam bidang sukan.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 131 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (1) – UCAPAN (KERANGKA)

 Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, tajuk – mengakhiri ucapan


 Idea 1 wang, keperluan hidup – simpan di dalam tabung – latihan berjimat-cermat
 Idea 2 menabung dalam bank – lebih terjamin, selamat – contoh bank perdagangan
 Idea 3 dapat pulangan, untung – bonus kepada penyimpan – tabungan bertambah
 Idea 4 simpan di bank, lebih selamat – simpan di rumah, berisiko – pilih yang terbaik
 Penutup “Kebaikan Menabung” – rancang masa depan – menabung amalan bijaksana

PELANCARAN BULAN KEMPEN MENABUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga perhimpunan. Terima kasih Tuan
Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang,
guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan. Sempena sambutan bulan Kempen Menabung
yang dilancarkan oleh pihak sekolah hari ini, saya diberi amanah untuk menyampaikan
ucapan yang bertajuk “Cara-cara Menabung”.
Hadirin yang saya hormati,
Satu daripada keperluan penting dan utama dalam kehidupan seharian kita adalah
wang. Ada pelbagai cara menyimpan wang. Sebagai contoh, ada yang menyimpan wang
mereka di dalam tabung. Amalan menabung dapat melatih seseorang lebih berjimat-cermat.
Justeru, sebagai persediaan pada waktu kesempitan atau tatkala detik terdesak bagi sesuatu
urusan yang memerlukan wang.
Menyimpan wang di dalam bank merupakan cara menabung yang sangat digemari
oleh rakyat Malaysia. Di Malaysia terdapat banyak institusi kewangan. Contohnya, pada
hari ini pegawai Bank Rakyat ada bersama-sama kita. Mereka memperkenalkan program
“Kempen Menabung Duit Raya” ke sekolah kita. Rakan-rakan yang ada duit raya dan
berhajat untuk menyimpannya di Bank Rakyat, selepas majlis ini bolehlah berjumpa dengan
mereka. Ada pelbagai hadiah menanti kawan-kawan.
Jika kawan-kawan menyimpan wang di dalam bank, kawan-kawan boleh mendapat
pulangan keuntungan perniagaan yang dijalankan oleh pihak bank. Keuntungan perniagaan
ini dikenali sebagai bonus. Jika kawan-kawan menyimpan wang ke dalam bank setiap bulan,
maka wang tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa. Untungkan kawan-kawan?
Wang yang disimpan di dalam bank lebih selamat berbanding daripada wang yang
disimpan di rumah. Wang yang disimpan di rumah terdedah kepada pelbagai risiko. Kitalah
yang menentukan cara yang terbaik untuk menabung. Kawan-kawan nak simpan duit di
mana?
Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, sekali lagi ucapan terima kasih kepada
pihak sekolah yang memberi peluang kepada saya berucap dalam perhimpunan ini. Saya
juga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Kempen Menabung. Oleh sebab itu,
rancang masa depan anda dengan bijak melalui amalan menabung. Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 132 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (2) – CERITA (KERANGKA)


 Info bersukan sihatkan fizikal – berjoging, berbasikal, berenang – banyak faedah
 Idea 1 bersukan, badan sihat – mengeluarkan peluh – cergas serta tidak berasa lesu
 Idea 2 dapat kenalan, bertegur sapa – hubungan dieratkan – pupuk perpaduan kaum
 Idea 3 mengisi masa lapang – kesibukan mengikuti latihan – terhindar gejala sosial
 Idea 4 aktif dalam bidang sukan – memenangi kejohanan – rezeki akan bertambah
 Penutup bergiat aktif, sukan – menjayakan dasar pendidikan – ceria sepanjang masa

CERGAS FIZIKAL CERDAS MENTAL

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang boleh menyihatkan fizikal dan mental kita.
Aktiviti yang mudah dilakukan adalah seperti bersenam, berjoging, berbasikal, berenang dan
sebagainya. Malahan kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia sentiasa melibatkan diri dengan
aktiviti sukan. Hal ini kerana melalui aktiviti sukan banyak faedah yang dapat kita peroleh.
Satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita berekreasi
seperti berbasikal dan bermain badminton badan akan mengeluarkan peluh. Aktiviti ini dapat
membakar lemak dalam tubuh kita. Kesannya, badan kita akan menjadi sihat dan cergas serta
tidak mudah berasa lesu ketika belajar di dalam kelas. Fizikal yang cergas amat berkait rapat
dengan minda yang cerdas.
Seterusnya, melalui aktiviti sukan kita boleh berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak
mengira peringkat umur, bangsa mahupun agama kita. Sebagai contoh, semasa kita berjoging
di kawasan taman perumahan biasanya kita dapat bertegur sapa dengan individu yang berada
di kawasan berkenaan. Justeru, hubungan dapat dieratkan dan perpaduan antara kaum pula
dapat dipupuk.
Selain itu, bersukan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Sesi
latihan sukan atau permainan biasanya dijalankan selepas waktu persekolahan atau ketika
waktu lapang pada cuti hujung minggu. Kesibukan kita mengikuti latihan sukan atau permainan
ini boleh menghindarkan diri daripada terjebak dengan tidak sihat atau gejala sosial seperti
melepak dan berpelesiran.
Jika kita aktif dalam bidang sukan, biasanya kita akan terpilih mewakili sekolah, daerah,
negeri mahupun negara. Apabila kita berjaya memenangi sesuatu kejohanan sukan, maka kita
telah berjaya mengharumkan nama sekolah, negeri dan lainnya. Nama kita juga kian dikenali
dan rezeki semakin bertambah.
Kesimpulannya, banyak manfaat yang dapat diperoleh apabila kita bergiat aktif dalam
bidang sukan. Marilah kita bersama-sama menjayakan dasar pendidikan melalui “Satu Murid
Satu Sukan” agar rakyat Malaysia menjadi golongan yang cergas dan ceria sepanjang masa.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 133 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Sekolah kamu telah mengadakan jamuan perpisahan khas bagi meraikan guru yang bertukar
sekolah kerana dinaikkan pangkat. Guru yang diraikan itu ialah guru kelas kamu. Sebagai
ketua kelas, kamu diminta memberi ucapan dalam majlis perpisahan tersebut. Tuliskan
ucapan kamu itu selengkapnya.
Tulis teks ucapan kamu itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Terima kasih pada mu cikgu


Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Kaulah pelita hidup bagi kami semua


Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya

Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu “Terima Kasih Cikgu”
nyanyian Najwa Latif. Lirik tersebut menceritakan tentang pengorbanan seorang guru.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut. Tuliskan cerita tentang jasa dan pengorbanan seorang
guru terhadap diri kamu.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 134 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (1) – UCAPAN (KERANGKA)

 Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, yatakan tajuk – akhiri ucapan
 Idea 1 bertukar sekolah – sedih, terharu – berasa kehilangan guru yang disayangi
 Idea 2 dedikasi, tanggungjawab – jasa, pengorbanan dikenang – tunjuk ajar berguna
 Idea 3 mohon maaf – kesalahan tutur kata, tingkah laku – sukar untuk membalas jasa
 Idea 4 gembira bertugas, tempat baharu – khidmat selesa – semoga berjumpa lagi
 Penutup akhiri ucapan, serangkap pantun – lahir penghargaan – ucapan terima kasih

JAMUAN PERPISAHAN UNTUK GURU KELAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang saya hormati Pengacara Majlis, Yang
Berusaha Tuan Guru Besar, Puan Zurawati binti Yusof, guru yang diraikan, guru-guru dan
rakan-rakan yang budiman. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kerana
diberi peluang berucap dalam majlis ini.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Puan Zurawati binti Yusof akan bertukar
sekolah. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Kokurikulum di SK Kuala
Muda, iaitu sekolah jiran terdekat kita. Sekalung tahniah atas perlantikan ke jawatan
tersebut daripada kami muri-murid tahun Enam Wawasan. Walaupun berasa sedih dan
terharu, kami terpaksa menerima hakikat ini.
Cikgu Zurawati telah mengajar di sekolah ini hampir sebelas tahun. Selama beliau di
sini, beliau telah bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau tidak jemu-
jemu membimbing dan menasihati kami. Segala nasihat beliau akan kami ingat dan kami
jadikan panduan hidup. Jasa beliau tetap kami kenang hingga ke akhir hayat.
Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Wawasan mengambil kesempatan untuk
memohon maaf atas segala kesalahan tutur kata dan tingkah laku kami selama ini. Jasa dan
budi baik cikgu amat sukar untuk kami membalasnya. Kami berharap agar cikgu sudi
bersama-sama kami ketika keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) diumumkan pada bulan November nanti.
Kami doakan semoga cikgu Zurawati bergembira di sekolah baharu dan dapat
menjalankan tugas dengan selesa. Dengan setulus hati, kami memohon agar cikgu
menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada kami. Semoga dengan penghalalan ilmu
ini, kami akan tenang menghadapi UPSR pada minggu hadapan. Sebagai mengakhiri ucapan
ini, terimalah serangkap pantun daripada saya.
Kait pulasan dengan galah,
Jatuh setangkai di atas titi;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Sekian, terima kasih. Wassalam.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 135 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (2) – CERITA (KERANGKA)

 Info hati kecilku menangis – perutku memulas-mulas – rakan-rakanku jamu selera


 Idea 1 tiba-tiba bahu disentuh – ajukan pertanyaan – memelukku, jawab pertanyaan
 Idea 2 pimpin tangan ke kaunter nasi lemak – belanja makan – terubat perut pedih
 Idea 3 cikgu kelas mendekatiku – nyatakan hasrat membantu – menemui ibu bapaku
 Idea 4 cikgu kunjung ke rumahku – bawa borang bantuan – kami sungguh terharu
 Penutup kini, berada di universiti – akan bergelar doktor – ingatan, terima kasih cikgu

BUDI DIKENANG BAKTI DISANJUNG

Hati kecilku menangis sendirian. Perutku semakin memulas-mulas, aku amat lapar sekali
pada pagi itu. Tatkala itu, rakan-rakanku yang lain enak menikmati pelbagai juadah seperti
nasi lemak, mi udang, kuetiau goreng dan kuih-muih di kantin sekolah. Aku berpeluang
menjamah makanan pada waktu rehat nanti melalui program Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Lama lagi aku terpaksa berlapar.

Tiba-tiba bahuku disentuh. “Yusri, mengapa kamu tidak makan?” Tanya Hazman
dengan suara yang lembut. “Saya… saya kenyang,” tergagap-gagap saya menjawabnya.
Dengan tiba-tiba... Hazman memelukku. Keadaan tubuhku yang lemah dan kurus itu
menjawab segala persoalan Hazman itu.

Tanpa berlengah Hazman segera memimpin tanganku menuju ke kaunter nasi lemak
di kantin sekolah. Dia terus membelikan sepinggan nasi lemak dan segelas air milo untukku.
Aku dan anak cikgu kelasku, Hazman makan bersama-sama. Alhamdulillah. Syukur,
terubatlah perutku yang pedih ini.

Beberapa minit kemudian, Cikgu Nordin, ayah Hazman mendekati kami berdua.
Beliau telah meluahkan hasratnya untuk menangani masalah yang saya dan keluarga saya
hadapi. Beliau akan menemui ibu bapa saya dalam masa yang terdekat ini. Beliau berjanji
untuk menolong dan membantu saya. Rupa-rupanya Cikgu Nordin telah lama memantau
kedaifan yang keluarga saya alami.

Pada petang itu juga, Cikgu Nordin dan Hazman berkunjung ke teratak kami. Beliau
membawa borang bantuan untuk ditandatangani oleh ayah saya. Kami sekeluarga sungguh
terharu sekali atas keperihatinan Cikgu Nordin melaksanakan khidmat sosial dan kerja amal
membantu golongan miskin.

Kini, aku dan Hazman sudah berada di menara gading. Tahun ini juga merupakan
tahun akhir pengajian kami. Tahun hadapan aku dan Hazman akan bergelar doktor. Namun
demikian, segala jasa, budi baik dan tunjuk ajar Cikgu Nordin masih segar dalam memoriku.
“Terima Kasih Cikgu”.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 136 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Satu program kecemerlangan akademik untuk meningkatkan prestasi UPSR telah diadakan
oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah kamu.
Kamu telah ditugaskan untuk menulis berita tentang program kecemerlangan akademik bagi
meningkatkan prestasi UPSR yang telah diadakan itu. Tulis berita itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia. Dalam perkembangan


berkaitan, budaya ilmu merupakan prasyarat penting ke arah pembinaan sahsiah diri yang
unggul dalam kalangan murid, pembangunan bangsa yang kuat serta pembinaan tamadun
yang tinggi. Sejarah telah membukitkan dan menyatakan hakikat tersebut dalam semua
tamadun yang pernah serta sedang mempengaruhi dunia seperti tamadun Yunani, Islam,
Barat Moden, Jepun dan Korea Selatan.
Bagi meneruskan kesinambungan ilmu pengetahuan, pusat tuisyen diwujudkan. Pusat tuisyen
merupakan satu daripada saluran ilmu yang menjadi pilihan para ibu bapa dewasa ini.
Dengan adanya pusat tuisyen banyak faedah yang dapat kita peroleh.
Terangkan kelebihan belajar di pusat tuisyen tersebut.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 137 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (1) – BERITA (KERANGKA)

 Format tempat, tarikh – tajuk berita yang ditulis – mesti dinyatakan, tepat dan jelas
 Idea 1 lokasi program diadakan – jangka masa program – perasmi program tersebut
 Idea 2 objektif program UPSR – teknik menjawab soalan – berdisiplin dan yakin diri
 Idea 3 pelbagai bentuk pengisian – ceramah dan bengkel – dikendalikan Guru Pakar
 Idea 4 menurut seorang peserta – memperoleh banyak ilmu – yakin hadapi UPSR
 Penutup upacara penutup – Yang Dipertua PIBG – cemerlang, disiplin, pekerti mulia

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK (UPSR) 2016

Alor Star, Sabtu, 16 Januari 2016 – Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim, Alor Star,
Kedah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan program
kecemerlangan akademik (UPSR) yang bermula hari ini. Program kecemerlangan ini
dihadiri oleh 150 orang murid. Program tersebut mendapat sambutan yang amat memuaskan
daripada ibu bapa dan penjaga murid.
Program yang diadakan di bangunan Menara Zakat, Alor Star itu berlangsung
selama dua hari satu malam. Program kecemerlangan ini bermula pada 15 Januari dan
berakhir pada 16 Januari 2015. Program kecemerlangan UPSR tersebut telah dirasmikan
oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Tuan Haji
Asmee bin Haji Tajuddin.
Menurut Tuan Haji Asmee, objektif program kecemerlangan ini diadakan adalah
untuk memberi pendedahan kepada murid teknik belajar yang berkesan. Mereka juga
dibimbing cara menjawab soalan yang betul dan pengurusan masa yang baik. Selain itu,
program ini juga bertujuan untuk meningkatkan disiplin dan yakin diri dalam kalangan
murid-murid.
Program kecemerlangan diisi dengan pelbagai idea dan teknik penyampaian ilmu
yang berkesan. Antaranya, termasuklah ceramah, bengkel, kembara akademik dan sesi
renungan. Seramai enam orang guru yang berpengalaman serta berkepakaran dalam bidang
masing-masing telah mengendalikan program kecemerlangan akademik ini.
Menurut seorang peserta program Dhia Irdina binti Rafaei, dia berasa sungguh
gembira kerana berpeluang mengikuti program tersebut. Menurutnya lagi, setelah mengikuti
program dua hari satu malam ini, dia memperoleh banyak tip pembelajaran yang berguna.
Di samping itu, dia juga lebih berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan
datang.
Upacara perasmian penutup Program Kecemerlangan UPSR 2016 telah
disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG SK Tunku Abdul Halim, Alor Star, Tuan Haji Arif
bin Ahmad Saufi. Beliau mengharapkan program ini dapat melahirkan murid yang
cemerlang, berdisiplin dan berpekerti mulia.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 138 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (2) – FAKTA (KERANGKA)

 Info perkembangan pusat tuisyen – mencuit tumpuan ibu bapa – martabatkan ilmu
 Idea 1 lokasinya strategik – dilengkapi pendingin hawa – senario yang ceria, santai
 Idea 2 bimbingan lebih personal – proses interaksi positif – lonjak kecemerlangan
 Idea 3 tenaga pengajar mesra – ketiadaan hukuman, dendaan – hadir berlenggang
 Idea 4 kupasan berorientasikan peperiksaan – latih tubi acap kali – nota eksklusif
 Penutup era pendidikan global – jadi medan singgah – jaringan keputusan maksimum

KELEBIHAN BELAJAR DI PUSAT TUISYEN

Era Pendidikan Bestari kini telah menyaksikan perkembangan pusat tuisyen yang muncul
umpama “Cendawan tumbuh selepas hujan.” Intitusi pendidikan swasta ini juga makin mencuit
tumpuan ibu bapa untuk memperoleh input intensif bagi memartabatkan ilmu dalam kalangan
anak-anak mereka.

Selain lokasinya yang strategik, kemudahan bilik kuliah yang canggih, selesa dan
dilengkapi pendingin hawa membantu pusat tuisyen menjadi tumpuan ramai. Proses penimbaan
ilmu juga terbukti berlangsung dalam senario yang ceria, santai, dan hening tanpa gangguan
anasir luaran.

Pengagihan kumpulan yang kecil di kelas tuisyen pula dapat membantu pelajar
memperoleh bimbingan secara lebih personal. Malah, pengelompokan pelajar dari pelbagai
sekolah pula berupaya mewujudkan proses interaksi positif. Budaya pertukaran nota,
perkongsian idea dan pertarungan minda yang diamalkan di pusat tuisyen terbukti telah
melonjakkan kecemerlangan akademik.

Tenaga pengajar yang menyuntik ilmu dan teknik pintar belajar juga mesra pelajar.
Malahan, pelajar lebih selesa dengan pengecualian penggunaan uniform, ketiadaan hukuman
atau dendaan. Kehadiran yang berlenggang tanpa beban beg juga membantu kelangsungan
proses pembelajaran selesa dan kondusif.

Kupasan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di pusat tuisyen yang berorientasikan


peperiksaan lebih berfokus kepada skop pilihan. Aktiviti latih tubi pula dilakukan dengan lebih
acap dan berfokus. Malahan, bekalan nota eksklusif dan kekerapan sesi soal jawab juga telah
memperkukuh pemahaman pelajar.

Kepentingan mengikuti kelas tuisyen dalam era pendidikan globalisasi, menyebabkan


institusi ini kini menjadi medan singgah bagi mereka yang berhasrat menjaring keputusan
maksimum dalam peperiksaan yang bakal diduduki.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 139 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Majlis Apresasi Kecemerlangan Pendidikan adalah hari pengiktirafan pencapaian murid


dalam pelbagai bidang, misalnya bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Sebagai Setiausaha Kokurikulum Sekolah, kamu dikehendaki menyediakan sebuah laporan
tentang Majlis Apresasi Kecemerlangan Pendidikan yang gilang-gemilang tersebut.

Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Murid-murid yang senantiasa berdamping dengan buku atau yang digelar sebagai ulat buku
serta rajin mengulang kaji pelajaran akan lebih mudah untuk menguasai ilmu pengetahuan
kerana mereka memperoleh maklumat atau pengetahuan yang dapat diguna pakai semasa
menjawab soalan dalam peperiksaan yang diduduki.
Bincangkan tentang kebenaran pendapat bagi tajuk perbincangan di atas.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 140 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (1) – LAPORAN (KERANGKA)

 Format laporan – tandatangan, nama, jawatan, tarikh – Apresiasi Kecemerlangan


 Idea 1 nama sekolah – hari, tarikh sambutan – waktu mula, maklumat sambutan
 Idea 2 kehadiran ibu bapa – pegawai pelajaran daerah – iringan paluan kompang
 Idea 3 ucapan perasmian majlis – ucapan tahniah – menjadi pewaris bijak negara
 Idea 4 agenda selingan – karut komedi, tarian kipas, sketsa – pujian para tetamu
 Penutup pameran multimedia – menikmati jamuan – ditaja oleh PIBG, majlis bersurai

MAJLIS APREASIASI CEMERLANG 2015


SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KERAMAT

Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2015, Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat, Kuala


Selangor telah diadakan pada hari Rabu, 18 November 2015. Majlis gilang-gemilang
akademik kali yang ke-45 ini dimulakan pada pukul 8:30 pagi. Majlis berprestij tersebut
berlangsung di Dewan Seri Cempaka, SK Tanjung Keramat, Kuala Selangor.
Banyak ibu bapa yang hadir kerana ingin menyaksikan anak mereka menerima
hadiah dan sijil penghargaan. Ketibaan tetamu kehormat, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala
Selangor, Puan Hajah Siti Zaiton binti Selamat telah disambut dengan paluan kompang dan
diiringi pihak pengurusan sekolah dan pembawa bunga manggar.
Dalam teks perasmiannya, tuan pegawai pelajaran telah merakamkan ucapan
tahniah kepada mereka yang telah meraih kecemerlangan dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah. Beliau juga turut menasihati semua murid supaya dapat belajar
dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar mampu menjadi pewaris negara yang
berwawasan.
Beberapa agenda selingan seperti persembahan karut komedi, tarian kipas dan
sketsa juga dipersembahkan untuk memeriahkan majlis sambutan hari anugerah.
Persembahan oleh murid-murid ini mendapat pujian daripada tetamu yang hadir.
Selepas menyaksikan pameran bahan multimedia pengajaran interaktif yang
diadakan di bilik darjah bersebelahan, semua tetamu menghadiri jamuan ringan di bilik
gerakan sekolah. Jamuan ini telah ditaja oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SK
Tanjung Keramat.
Sambutan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan 2015, Sekolah Kebangsaan
Tanjung Keramat, telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama daripada semua pihak.

Laporan disediakan oleh, 18 NOVEMBER


2015.
ZafarulHadi
(ZAFARUL HADI BIN MAT WAZIR)
Setiausaha Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat,
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 141 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (2) – FAKTA (KERANGKA)

 Format definisi pembelajaran – kesungguhan, ketekunan – catat nota, buat rujukan


 Idea 1 menelaah, latih tubi – menyegarkan semula ilmu – lebih mudah difahami
 Idea 2 pencairan ilmu – menelaah lebih kerap – rancak dekat waktu peperiksaan
 Idea 3 kayu ukur pemahaman – bertanya guru – dapat memperkukuh pengetahuan
 Idea 4 faktor emosi murid – ketenangan pengaruh minda – ilmu bertapak, disebarkan
 Penutup telaah kunci kejayaan – sediakan jadual belajar – impian buahkan kejayaan

KESUNGGUHAN DAN KETEKUNAN ASAS KEJAYAAN

Proses pembelajaran boleh didefinisikan apabila guru mengajar dan murid pula belajar.
Murid-murid perlulah ada kesungguhan dan ketekunan menelaah pelajaran mereka.
Menelaah atau mengulang kaji pelajaran pula merangkumi mencacat nota dan membuat
rujukan.

Mengulang kaji pelajaran memerlukan seseorang murid menjalankan latih tubi yang
kerap dan berterusan. Latih tubi dapat membangkitkan kesegaran semula sesuatu topik yang
kita pelajari. Apabila berlaku pembugaran ilmu, amat mudah untuk kita memahami apa-apa
jua yang kita baca.

Faktor masa juga antara penyebab berlakunya pencairan dan keciciran ilmu. Bagi
mengatasi masalah pencairan dan keciciran ilmu, menelaah perlu dilakukan lebih kerap.
Semakin hampir hari dan masa peperiksaan, semakin rancak proses menelaah diamalkan.

Menelaah pelajaran dapat dijadikan kayu ukur penentu tahap kefahaman kita
terhadap sesuatu topik pelajaran. Jika kita kurang memahami sesuatu tajuk pelajaran, kita
jangan segan, mesti bertanya kepada guru kita. Impaknya, kita akan memperkukuh
pengetahuan kita terhadap topik tersebut seterusnya boleh menguasai kemahiran berkenaan.

Namun demikian, faktor emosi perlu diambil kira semasa menelaah pelajaran.
Ketenangan jiwa dan persekitaran yang sesuai akan mempengaruhi minda kita. Minda yang
tenang akan memudahkan ilmu bertapak di ruang pemikiran kita. Ketenangan jiwa dan
kedamaian persekitaran dapat seseorang murid boleh temui di pusat sumber sekolah.
Justeru, pusat sumber sekolah adalah tempat yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran
dan untuk sesi perbincangan berkumpulan bersama-sama rakan.

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa menelaah adalah kunci kejayaan dalam


pelajaran. Oleh itu, moleklah kita menyediakan jadual belajar sendiri di rumah bagi
menelaah pelajaran mengikut keutamaan. Di samping itu, disiplin diri juga amat penting
untuk merealisasikan agar impian murni ini membuahkan hasil yang diidam-idamkan.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 142 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Kamu memasuki satu pertandingan perbahasan peringkat kelompok. Tajuk yang telah
ditetapkan ialah “Barangan Tempatan Lebih Baik daripada Barangan Import”.
Sama ada kamu sebagai pencadang mahupun sebagai pembangkang, sediakan teks hujah-
hujah kamu itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Sungguh-sungguh paling
senang Punya guru manis
Murid-murid yang belajar
Tidaklah mengantuk

Pandangan matanya bukan ke papan tulis


Tetapi kepada guruku yang seksi dan manis
Biar ditambah enam bulan lagi
Betah rasanya di kelas ini

Dua rangkap di atas merupakan lirik lagu “Guru Cantik” yang dinyanyikan oleh A. Ramlie.
Lirik tersebut menggambarkan hebatnya seorang guru sebagai pendidik anak bangsa.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut. Tuliskan cerita berpandukan tajuk yang diberi.
Guru banyak berkorban untuk kejayaan anak muridnya. Sebagai seorang murid, kamu ingin
membalas jasa yang guru kamu telah curahkan.
Terangkan usaha-usaha untuk membalas jasa guru kamu itu.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 143 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (1) – PERBAHASAN (KERANGKA)

 Format beri salam, kata sapaan – memperkenalkan diri – menyokong, tegaskan tajuk
 Idea 1 barang tempatan, produk Malaysia – harga lebih murah – cukai yang rendah
 Idea 2 kualiti setanding barang import – produk, bersih, suci – tepat piawai kerajaan
 Idea 3 kawal aliran mata wang – ekonomi negara mantap – dana negara meningkat
 Idea 4 sedia peluang pekerjaan – permintaan pengguna – kurangkan pengangguran
 Penutup rumusan sokong hujah – beli barangan tempatan – bantu sektor perkilangan

Barangan Tempatan Lebih Baik daripada Barangan Import

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara. Yang saya hormati, Tuan Pengacara
Majlis, Tuan Guru Besar, para hakim yang adil, barisan pembangkang, guru-guru, dan
rakan-rakan sekalian. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya mempertahankan tajuk
perbahasan yang berbunyi “Barangan Tempatan Lebih Baik daripada Barangan Import”.
Barangan tempatan bolehlah disimpulkan sebagai satu produk yang dihasilkan oleh
penduduk Malaysia sendiri seperti makanan, pakaian dan kenderaan. Harga barangan
tempatan juga lebih murah berbanding dengan barangan import. Hal ini demikian kerana
kerajaan tidak mengenakan cukai yang tinggi kepada barangan tempatan. Semua golongan
mampu memilikinya.
Kualiti barangan tempatan juga setanding dengan kualiti produk yang diimport.
Malahan, ada barangan tempatan yang telah menembusi pasaran dunia dan barangan ini
mendapat sambutan yang begitu baik. Contohnya, barangan makanan yang dikeluarkan oleh
syarikat tempatan bersih dan suci. Pihak pengeluar barangan berusaha sebaik mungkin
untuk menepati piawaian SIRIM dan JAKIM.
Hadirin yang dimuliakan,
Salah satu kepentingan membeli barangan tempatan adalah untuk membantu
menaikkan taraf ekonomi negara. Usaha murni ini dapat memajukan negara di samping
mempersiapkan negara bagi mencapai wawasan negara maju menjelang tahun 2020.
Permintaan tinggi produk tempatan mampu menjana aliran wang negara yang stabil tatkala
kita menghadapi kegawatan ekonomi.
Peluang perniagaan juga turut terbuka luas selain membuka lebih banyak ruang
kerja untuk modal insan meraih sesuap rezeki di tanah air sendiri. Perkembangan pesat
industri pembuatan dapat menyediakan pelbagai peluang pekerjaan. Banyak kilang dan
pusat industri didirikan untuk memenuhi permintaan para pengguna. Oleh itu, kadar
pengangguran dapat dikurangkan.
Berfokus hujah-hujah yang berpaksikan idea mantap dan bernas, jelaslah kepada kita
bahawa barangan tempatan lebih baik daripada barangan import. Jom! Heboh-hebohkan!
“Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia”. Bijak dahulu bijak sekarang. Dengan
membeli barangan tempatan, kita dapat membantu sektor industri dan perkilangan terus
berkembang maju. Sekian, terima kasih.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 144 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (2) – FAKTA (KERANGKA)

 Info masa habis di sekolah – dididik, diasuh oleh guru – jasa guru patut dikenang
 Idea 1 belajar bersungguh-sungguh – siapkan kerja rumah – ilmu yang amat berguna
 Idea 2 Penghargaan, Hari Guru – beri hadiah – sebagai tanda ingat kepada guru
 Idea 3 menjadi insan berguna – senyum, memberi salam – guru rasa sangat gembira
 Idea 4 jasa guru sepanjang hayat – lahirkan jurutera, doktor – asuhan guru dedikasi
 Penutup pengorbanan para guru – wajar diingati, dihargai – menjadi insan berjaya

MENGHARGAI JASA GURU

Murid-murid menghabiskan masa di sekolah kira-kira lima jam tiga puluh minit dalam
sehari. Sepanjang tempoh itu, murid-murid dijaga, diberi pendidikan, dibentuk menjadi
manusia berguna oleh guru. Guru laksana ibu dan ayah kepada murid-murid di sekolah.
Peranan guru membentuk jasmani dan rohani anak muridnya patut dikenang dan dihargai.
Salah satu cara untuk membalas jasa guru ialah dengan belajar bersungguh-
sungguh. Sebagai contoh, latihan atau kerja rumah yang diberi oleh guru hendaklah
disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Guru akan berasa besar hati apabila
anak-anak muridnya berjaya kerana segala yang diajarkan dapat dimanfaatkan oleh anak
didiknya.
Semasa sambutan perayaan Hari Guru pula, berilah hadiah kepada guru yang
mengajar kita. Sebagai contoh memberi pen, bunga, ataupun kad ucapan penghargaan.
Perbuatan yang kita lakukan membuatkan guru terasa dirinya dihargai dan berasa terharu
kerana segala yang dilakukan selama ini rupa-rupanya menjadi ingatan kepada anak
muridnya.
Cara membalas jasa guru juga boleh ditunjukkan dengan menjadi insan yang
berkeperibadian mulia. Apabila bertemu guru, lemparkan senyuman dan berilah salam. Jika
sikap yang berhemah serta bertatasusila ini kita amalkan, sudah tentu guru berasa amat
gembira.
Jasa guru segar dalam ingatan murid-muridnya sepanjang hayat. Kejayaan seorang
pemimpin menerajui negara mahupun kejayaan seorang doktor melakukan pembedahan
adalah hasil kegigihan seorang guru menyuntik ilmu kepada anak muridnya. Kejayaan anak
didiknya itulah yang memberikan semangat kepada seorang guru untuk terus mengasuh dan
mendidik hingga ke akhir hayatnya.
Sesungguhnya pengorbanan suci seorang guru diibaratkan sebagai lilin yang
menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Oleh itu, kita sewajarnya
menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Tanamkan dalam hati sanubari untuk menjadi
insan yang berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum, dan berkeperibadian unggul serta
mempunyai sahsiah yang terpuji dan mulia.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 145 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Kamu terpilih mewakili kelas kamu dalam satu pertandingan syarahan anjuran panitia Bahasa
Melayu sekolah kamu. Tajuk syarahan yang ditetapkan ialah “Rajin Membaca Ilmu
Berganda”.
Sediakan teks syarahan kamu itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Cerana kesumba indah melati, Cantik


tersemat dambaan puteri;
Ilmu ditimba sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bestari.

Anak muda pulang ke desa,


Ibu dan ayah lama menanti;
Warga membaca tak buang masa,
Khutub khanah teman sejati.

Dua rangkap pantun di atas berkaitan dengan pusat sumber sekolah (PSS) boleh memainkan
peranan penting sebagai agen penyebar ilmu pengetahuan dalam kalangan murid-murid.
Berdasarkan dua rangkap pantun tersebut. Tulis karangan yang bertajuk “Pusat Sumber
Gedung Ilmu”. Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 146 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (1) – SYARAHAN (KERANGKA)

 Format kata alu-aluan, bertatasusila – ucap selamat – penegasan tajuk syarahan


 Idea 1 menyemai minat membaca – beri faedah sepanjang hayat – baca nadi ilmu
 Idea 2 pengetahuan bertambah – mudah menyesuaikan diri – lancar berkomunikasi
 Idea 3 cara paling mudah – membeli buku, majalah – mudah didapati di kedai buku
 Idea 4 dapat menghiburkan – novel, cerpen dan puisi – harga sangat berpatutan
 Penutup membantu lulus peperiksaan - dipupuk sejak kecil – membaca, budaya kita

RAJIN MEMBACA ILMU BERGANDA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru-guru Cemerlang,
guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, “Rajin Membaca Ilmu Berganda”.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari
mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang
hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut. Membaca boleh
diibaratkan sebagai nadi ilmu.
Manfaat yang jelas diperoleh melalui sikap rajin membaca ialah ilmu pengetahuan
seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan dan penguasaan ilmu
pengetahuan memudahkan seseorang itu untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan era
moden yang penuh cabaran ini. Orang yang banyak membaca akan dapat melancarkan
komunikasi dua hala dalam khalayak ramai.
Tambahan pula, sikap gemar membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah
dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah,
akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana sahaja yang sesuai buat mereka
berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan. Di samping menjana minda, masa senggang
dapat diisi dengan sebaik-baiknya.
Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu
terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai
bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah. Bahan-
bahan seperti novel dan cerpen mudah didapati di kedai-kedai buku dan harganya juga amat
berpatutan.
Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus
dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah
peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang. Konklusinya, tabiat suka membaca perlu
dipupuk sejak kecil lagi. Jadikan amalan membaca sebagai budaya kita. Sekian, terima
kasih. Wassalam.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)
Kertas Modul Gemilang UPSR Bahasa Melayu 147 Kertas Penulisan 012 (A/B/C) – Modul Amanjaya

BAHAGIAN C (2) – FAKTA (KERANGKA)

 Info peranan pusat sumber sekolah – agen penyebar ilmu – buku pelbagai bahasa
 Idea 1 simpanan media rujukan – boleh pinjam buku – selesa, ulang kaji pelajaran
 Idea 2 aktiviti dijalankan – bimbingan berkomunikasi – tingkatkan mutu pendidikan
 Idea 3 penggunaan teknologi – komputer, jaringan internet – pusat sumber digital
 Idea 4 lancar program bacaan – bina tabiat membaca – inisiatif, ganjaran diberi
 Penutup gedung ilmu – rajin membaca, ilmu berganda – pencetus minda cemerlang

PUSAT SUMBER GEDUNG ILMU

Pusat sumber sekolah (PSS) memainkan peranan penting sebagai agen penyebar ilmu
pengetahuan dalam kalangan murid-murid sekolah. Di pusat sumber sekolah terkumpul
pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, buku rujukan, buku nota, ensiklopedia dan
lain-lain lagi. Buku-buku ini juga boleh didapati dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
dan Bahasa Arab.
Pelbagai maklumat boleh diperoleh di pusat sumber sekolah. Murid-murid juga boleh
meminjam buku-buku tertentu sebagai media rujukan tambahan. Pusat sumber sekolah juga
berperanan dalam membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Mengulang
kaji pelajaran lebih selesa di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita.
Pelbagai aktiviti yang bercorak akademik boleh dijalankan di pusat sumber sekolah.
Antaranya adalah pertandingan kuiz bahasa, pertandingan mengarang, pertandingan
bercerita dan pertandingan berbalas pantun. Justeru, tidak dapat disangkal lagi bahawa
kewujudan pusat sumber adalah bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan di
sekolah tersebut.
Kini, ilmu bukan sahaja boleh diperoleh daripada pembacaan buku atau majalah
sahaja, malah penggunaan teknologi seperti komputer dan jaringan internet juga dapat
membantu dan membekalkan informasi serta ilmu pengetahuan lebih pantas. Penggunaan
komputer juga jelas menunjukkan bahawa pusat sumber sekolah telah menuju ke arah pusat
sumber digital ataupun pusat sumber elektronik.
Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan program bacaan yang
dikenali sebagai Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Program ini merupakan suatu
pendekatan ilmiah bagi membina tabiat membaca yang berterusan dalam kalangan murid-
murid di sekolah rendah. Pelbagai inisiatif dan ganjaran diberikan kepada murid-murid
yang terlibat secara aktif menjayakan program ini.
Kesimpulannya, pusat sumber sekolah memainkan peranan penting dalam
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pusat sumber sekolah, pengajaran
mungkin tidak akan mencapai matlamatnya dengan menyeluruh. Pusat sumber sekolah
merupakan sebuah gedung yang terlalu sarat dengan khazanah ilmu yang perlu didampingi.
Rajin membaca, ilmu berganda. Manfaatkan pusat sumber sebagai ejen pencetus minda
gemilang sepanjang usia.

Kertas Modul Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu : Tahun Enam
Hak Cipta Panel Penggubal Item Modul Bahasa Melayu UPSR – AMANJAYA (JPN Negeri Perak dan Yayasan Perak)

Anda mungkin juga menyukai