Anda di halaman 1dari 2

SULIT SKEMA 012

PKSR 1
BAHASA MELAYU (PENULISAN)
TAHUN 4

Bahagian A
(10 markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti untuk mengisi masa lapang tersebut. Tulis satu ayat
yang lengkap bagi setiap gambar.

Jawapan:
1. Kita boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah seperti membaca buku ataupun
menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru di rumah.
2. Amalia mengisi masa lapangnya dengan membantu ibunya memasak dan melakukan kerja-kerja
yang diminta oleh ibunya.
3. Bagi mengeluarkan peluh, Azam dan kakaknya menggunakan masa yang terluang dengan
bermain badminton bersama-sama pada setiap petang.
4. Zakiah menggunakan sebahagian masa petangnya dengan menyiram pokok-pokok bunga yang
ada di halaman rumahnya.
5. Adam dan keluarganya mengisi masa lapang dengan menonton televisyen bersama-sama
keluarga di rumah.

* mana-mana jawapan yang bersesuaian adalah diterima.

10 X 2 = 20 markah

Bahagian B
(15 markah)

Gambar menunjukkan masa dalam kehidupan kita seharian. Tulis ulasan kamu tentang pentingnya
masa dalam kehidupan kita. Tulis ulasan kamu dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu
hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Jawapan:
- Gambar di atas menunjukkan kita perlulah menggunakan masa dengan melakukan perkara-perkara
yang berfaedah.
- Masa amat berharga dalam kehidupan kita.
- Setiap masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.
- Gunakan masa yang ada secara terancang kerana masa itu emas.
- Kita mestilah bijak menghargai masa.
- Jangan membuang masa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
- Buat jadual tentang penggunaan masa kita dengan terancang.
- Susun jadual mengikut kepentingan dan keutamaan.
- Penggunaan masa secara terancang dapat mendisiplinkan diri kita.
- Sebagai pengguna yang bijak, gunakan masa dengan baik dan hargailah masa yang ada.

* mana-mana jawapan yang bersesuaian adalah diterima.

15 X 2 = 30 markah

1
SULIT SKEMA 012

Bahagian C
(25 markah)

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjangnya jawapan kamu
hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1
Setiap sekolah mempunyai peraturan sekolah yang perlu diikuti dan patuhi.
Tulis karangan yang bertajuk ‘Peraturan di sekolah yang perlu saya patuhi.’

Jawapan:
Pendahuluan – menyatakan definisi peraturan sekolah yang perlu dipatuhi/menjelaskan pentingnya
mematuhi peraturan
Isi – menyatakan antara peraturan yang perlu dipatuhi
- Datang awal ke sekolah
- Memakai pakaian sekolah yang lengkap
- Tidak berbuat bising ketika guru tiada di dalam kelas
- Menjaga kebersihan sekolah
- Tidak berebut-rebut ketika membeli makanan di kantin
- Menjaga disiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah
Penutup – berharap setiap murid dapat mematuhi peraturan yang diberi – disiplin yang baik dapat
membentuk masyarakat yang berbudi bahasa

Soalan 2
Setiap orang mempunyai sahabat baik. Sahabat yang baik sentiasa bersama-sama kita walaupun dalam
apa-apa jua keadaan.
Berdasarkan pernyataan di atas, tulis karangan tentang sahabat baik kamu.

Jawapan:
Pendahuluan – menjelaskan nama sahabat yang disayangi/ menyatakan umurnya/ kelas yang
diduduki/ kegemarannya/ tempat tinggalnya
Isi – sebab menyayanginya
- sering membantu dengan ikhlas
- baik/ lembut/ setia
- sentiasa menasihati saya dan rakan-rakan
- tidak lokek dengan senyuman dan berbudi pekerti
- mempunyai minat yang sama/ sering pergi ke sekolah bersama-sama
Penutup – berdoa agar persahabatan akan terus berkekalan/ moga dapat menyambung pelajaran di
tempat yang sama/ berjanji akan belajar bersungguh-sungguh

* mana-mana jawapan yang bersesuaian adalah diterima.

25 X 2 = 50 markah

Jumlah markah = 20 + 30 + 50
= 100 markah

Anda mungkin juga menyukai