Anda di halaman 1dari 5

Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Bahagian A
[Masa yang dicadangkan : 15 minit]
[10 markah]

1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 1)


1
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Bahagian B
[Masa dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu mengikut ibu bapa kamu ke sebuah pasar malam. Gambarkan keadaan atau perkara
yang berlaku ketika kamu dan keluarga kamu berada di pasar malam itu.

ATAU

2. Anda sedang menuntut di salah sebuah sekolah berasrama penuh. Tuliskan surat kepada
sahabat anda di kampung menceritakan keadaan kehidupan anda di asrama.
Tulis surat anda itu selengkapnya.

ATAU

3. Kamu akan berpindah ke sekolah baharu. Suatu majlis perpisahan telah diadakan, dalam
majlis itu kamu diminta untuk memberikan ucapan.
Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 1)


1
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Bahagian C
[Masa dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]

1. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Syakila seorang murid yang ceria, cerdik, dan murah hati. Dia selalu menghulurkan
bantuan kepada kawan-kawan sekelasnya. Apabila kawannya terlupa membawa pensel,
dia dengan mudah meminjamkan penselnya kepada kawannya itu. Jika kawannya tidak
dapat menyelesaikan masalah pelajaran, dia akan membantu menyelesaikan dengan cara
membimbing dan menunjukkan cara jalan penyelesaiannya.
Semasa rehat, nasi lemak yang dibeli oleh salah seorang murid terjatuh di atas
lantai simen di kantin itu. Syakila segera mendapatkan budak tersebut, Syakila membuat
keputusan untuk mengeluarkan wang dari Tabung Kelab Pengawas untuk membelikan
nasi lemak sebagai menggantikan nasi lemak yang terjatuh itu. Budak tahun satu itu
mengucapkan terima kasih atas pertolongan Syakila. Dia prihatin tentang kesukaran
kawan-kawannya. Oleh sebab itulah dia disenangi dan disayangi oleh kawan-kawannya.

JAWAPAN SOALAN PENULISAN


BAHASA MELAYU 012 - SET 1
Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 1)
1
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

1 BAHAGIAN A
1. Keadaan jalan raya pada hari itu sangat sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang.
2. Kenderaan yang sering menggunakan jalan raya seperti kereta, bas, dan motosikal.
3. Seorang ibu dan seorang anak lelakinya sedang melintas jalan raya di tempat yang disediakan.
4. Seorang pemuda juga sedang melintas di kawasan melintas yang disediakan di bandar tersebut.
5. Sebuah van sedang berhenti kerana lampu isyarat di kawasan atau jalan itu berwarna merah.

1 BAHAGIAN B
 Cadangan Isi Karangan
 nyatakan hari/masa – mengikuti ibu bapa ke pasar malam – hendak membeli barang keperluan
 pergi menaiki kereta – jaraknya kira-kira sepuluh kilimeter – keadaan riuh-rendah di pasar malam
 mengekori ibu bapa di pasar malam – meninjau harga barang – berkunjung ke gerai yang biasa
 membeli keperluan dapur – membeli makanan yang dihajati – membeli buah-buahan kegemaran
 ayah menawar harga beg – membeli beg dan stoking sekolah – harganya sangat berpatutan
 membeli ais cendol – bergerak keluar dari pasar malam – pulang, setelah selesai membeli-belah

2 BAHAGIAN B
 Cadangan Isi Karangan
 Cadangan Isi Karangan
 nyatakan hari/masa – mengikuti ibu bapa ke pasar malam – hendak membeli barang keperluan
 pergi menaiki kereta – jaraknya kira-kira sepuluh kilimeter – keadaan riuh-rendah di pasar malam
 mengekori ibu bapa di pasar malam – meninjau harga barang – berkunjung ke gerai yang biasa
 membeli keperluan dapur – membeli makanan yang dihajati – membeli buah-buahan kegemaran
 ayah menawar harga beg – membeli beg dan stoking sekolah – harganya sangat berpatutan
 membeli ais cendol – bergerak keluar dari pasar malam – pulang, setelah selesai membeli-belah

3 BAHAGIAN B
 Cadangan Isi Karangan
 Format : ucapan alu-aluan/bertatasusila – menyatakan tajuk ucapan – penghargaan, terima kasih
 ucapan terima kasih kepada PIBG – sudi mengadakan jamuan – menyatakan perasaan sedih
 mengenang jasa rakan-rakan – jasa guru-guru selama lima tahun – tetap terpahat di dalam hati
 sukar untuk meninggalkan sekolah – berpisah dengan kawan-kawan – apakan daya, terpaksa
 mendoakan kejayaan kawan-kawan – memperoleh kejayaan cemerlang – mesti gigih berusaha
 sebelum mengundur diri – berjanji untuk berutus surat – mengharapkan dapat berjumpa lagi

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 1)


1
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

1 BAHAGIAN C
Kita seharusnya peka dan prihatin dengan menyelami kesukaran orang lain dan sedia
menghulurkan bantuan. Bantuan yang kita beri secara ikhlas dan jujur itu merupakan satu sedekah
yang tinggi nilainya. Kita juga perlulah sedia memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja yang dalam
kesusahan dan memerlukan bantuan. Kita mesti cepat dan bijak membuat sesuatu keputusan untuk
menyelesaikan sesuatu kerumitan. Jika kita menerima pertolongan daripada orang lain, kita semestinya
menyatakan terima kasih dan bersyukur atas pertolongan tersebut.

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 1)


1

Anda mungkin juga menyukai